{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)}
(al-Hujurat : 15)
Wednesday, February 24, 2010
Aktiviti Politik Kampus
Politik Kampus Sepintas Lalu-Bahagian 2
Petikan buku Politik Kampus Di Sebalik Tabir, karangan Mohd. Shuhaimi Al Maniri,hlm.13-24
Aktiviti Politik Kampus
Aktiviti politik kampus adalah sebahagian dari budaya pelajar. Menurut M.A. Fauzi (1977) golongan pelajar mempunyai pola perlakuan, sistem dan tradisinya yang merangkumi sikap, nilai, moral, prinsip dan ciri keintelektuelan. Sementara Lipset (1969) menyatakan "politik pelajar seharusnya tidak menyamai dengan politik orang dewasa. Perlakuan politik pelajar ini adalah bebas dan mempunyai perjuangan mereka sendiri".
Dari sebilangan besar mahasiswa di universiti, jumlah mereka yang terlibat secara aktif dalam kegiatan politik begitu kecil, iaitu kira-kira 10 peratus sahaja (kajian di Amerika dan negara maju sekitar peratus sahaja). Segelintir sahaja yang berminat dan terlibat dengan politik kampus. Kumpulan minoriti yang aktif ini memandang politik kampus ini sebagai sebahagian dari kehidupan mahasiswa. Cockburn and Blackburn dalam 'Student Power : Problem, Diagnosis, Action' menyebut tindakan mereka yang lazimnya dilakukan secara berkumpulan boleh mencetuskan apa yang dipanggil 'kuasa pelajar'.
Perlakuan politik mahasiswa mempunyai hubungan yang rapat dengan penglibatan mereka dalam persatuan-persartuan. Kebanyakan mereka yang giat berpolitik juga memegang jawatan-jawatan dan aktif dalam berpersatuan. Pelajar-pelajar yang aktif berpersatuan didapati mempunyai minat yang tinggi dan melibatkan diri dalam hal-hal politik kampus. Sementara pelajar-pelajar yang pasif dalam politik pula tidak aktif dalam aktiviti-aktiviti persatuan.
Bagi aktivis pelajar, pada peringkat awal yakni semasa berada tahun pertama, mereka memegang peranan sebagai Ahli Jawatankua atau peserta dalam sesuatu projek yang dianjurkan. Kemudia semasa berada di tahun kedua dan ketiga, mereka memegang jawatan Exco-exco persatuan. Dalam masa yang sama juga, pelajar-pelajar inilah yang berpeluang untuk berkempen dan bertanding dalam pilihanraya kampus. Justeru itu, aktiviti dan kepimpinan yang diperolehi dari kegiatan persatuan mempengaruhi penglibatan politik di kalangan mahasiswa [Syed Kheder Ismail, 1986].
Secara amnya pergerakan mahasiswa dalam politik kampus telah berjaya merubah beberapa keadaan, khususnya dalam kampus.Walaupun ramai yang berpendapat bahawa mahasiswa sekarang semakin tidak berupaya menangani persoalan-persoalan yang timbul dengan baik dan berkesan berbanding dengan mahasiswa dahulu,namun tidak dapat menafikan bahawa era baru yang dibawa oleh mereka iaitu memperjuangkan politik yang berbentuk "dakwah" merupakan suatu perubahan yang boleh dibanggakan kerana rneninggalkan kesedaran Islam di kalangan masyarakat.
Secara umumnya aktiviti-aktiviti politik pelajar di kampus melibatkan; pertama; aktiviti berbentuk simposium, seminar, forum, debat, ceramah dan sebagainya di mana perkara-perkara politik, ekonomi dan isu-isu semasa dibincangkan. Aktiviti-aktiviti seumpama ini membolehkan mereka berkomunikasi dengan pemimpin-pemimpin politik dan tokoh- tokoh masyarakat yang diundang ke kampus. kedua; Mesyuarat-mesyuarat di dalam berbagai organisasi pelajar seperti Majlis Perwakilan Pelajar dan berbagai lagi persatuan pelajar di mana keputusan atau resolusi diambil akan dipaparkan atau dihebahkanuntuk tatapan pelajar.
Ketiga; kenyataan-kenyataan pelajar yang ia disalurkan dalam media massa dalam kampus ataupun peringkat kebangsaan yang menyatakan pendirian dan hasrat perjuangan mereka. keempat; Proses pilihanraya kampus dan pemilihan pemimpin berbagai persatuan mahasiswa di mana mereka berpeluang untuk berkempen dan mengundi untuk memilih kepimpinan sesuatu persatuan atau badan. kelima; aktiviti-aktiviti sebagai reaksi spontan mereka terhadap sesuatu isu yang berlaku sama ada berbentuk bantahan-bantahan, perarakan, tunjuk perasaan dan demonstrasi aman yang sering dilakukan. Menerusi tindakan-tindakan seperti ini, mahasiswa mampu menyuarakan pandangan dan kritikan mereka.
Skop aktiviti pelajar harus lebih meluas dengan fungsi dan potensi yang ada pada mahasiswa. Tohmahan bahawa perjuangan mahasiswa merupakan ciplakan idea pembangkang harus ditolak. Soal pelajar menyebelahi pembangkang adalah soal lain tetapi tidak sewajarnya mereka menerima membuta tuli. Harus diingat pembangkang tidak mempunyai imej yang baik kepada pelajar dan sekiranya pelajar berterusan menyuarakan bangkangan serupa dengan parti politik, akan timbul kesukaran untuk memenangi hati masyarakat kampus [Fathi Aris, 1990].
Di kampus sekarang, dakwah jarang lagi diperkatakan. Kegiatan pertubuhan Islam tidak serancak dulu, malah hanya berlegar 4 kalangan ahli sahaja.
Pensyarah-pensyarah pendidikan Islam pun jarang bercakap berhubung kewajiban menutup aurat ataupun berjuang dalan gerakan Islam. Tidak ada lagi pekeliling atau risalah-risalah yang dikeluarkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang menekankan aspek-aspek ini. Ceramah-ceramah agama juga tidak lagi diminati Apakah pelajar-pelajar baru semuanya sudah memahami Islam secara menyeluruh atau aktivis islam di kampus telah jemu mengatur program?
Selain daripada itu, pemimpin-pemimpin pergerakan mahasiswa Islam juga memainkan peranan untuk menyedarkan masyarakat luar kampus dengan mengadakan berbagai aktiviti khususnya di kampung-kampung seperti OPKIM, Khemah Ibadat, Khemah Kerja Dakwah dan sebagainya. Program-program seumpama ini berjaya mengajak penduduk kampung berganding bahu melakukan kerja-kerja kebajika tanpa mengira pegangan politik masing-masing.
Sungguhpun kehadiran mereka ke kampung-kampung tidak dapat merubah suasana kampung secara mendadak, tetapi sedikit sebanyak dapat dilihat perubahannya. Pihak kerajaan kadang-kadangnya dengan mudah meluluskan sesuatu projek pembangunan seperti jalan-jalan, tandas awam dan sebagainya sekiranya ada program yang dijalankan oleh mahasiswa di kampung-kampung berkenaan. Ini kerana pada kebiasaannya projek ini dirasmikan oleh Pembesar-pembesar Negeri berkenaan [Siti Zabidah A.Rahman ,1992].
Bersambung......