{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)}
(al-Hujurat : 15)
Friday, January 29, 2010
USRAH Mantap Mahasiswa Hebat [UMMH]
Mahasiswa perlu memantapkan Usrah kerana Usrah adalah tunjang kepada Tarbiah. Kekuatan Jemaah Islam d kampus, terletak pada kekuatan usrah di kampus-kampus.Semua gerakan islam kampus mesti memperkasakan tarbiah dan perlu di sambut dengan tangan terbuka oleh semua ahli jemaah tidak kira setinggi mana kedudukan mereka di dalam jemaah…agenda tarbiah adalah satu kewajipan yang perlu di laksanakan dan bukan di laksanakan skadar melepas batuk di tangga…Tarbiah adalah satu aspek yang cukup luas untuk sebuah gerakan islam seperti ITFAL di UniKL, PMIUM di UM, WUFI di UIA, PMIUTM di UTM dan banyak lagi gerakan-gerakan islam yang tumbuh di kampus-kampus tetapi Cuma satu aspek yang ingin dikongsikan dan di tekankan dalam ruang yang cukup terhad ini iaitu USRAH..
Usrah adalah alat yang cukup penting dalam mencapai wehdatul amal wehdatul fiqr tetapi perlaksanaan yang tidak selari di semua peringakt adalah permasalahan utama yang perlu di atasi oleh jemaah islam, yang sering kali ahli meletakkan kesalahan kepada pimpinan bila berlaku kegagalan fungsi tarbiah untuk sampai kepada ahli yang di dukung dengan pelbagai latar belakang. Sedangkan kadang-kadang ahli-ahli sendiri yang takut kepada USRAH itu sendiri. Dalam hal ini naqib memainkan peranan dalam melaksanakan usrah mengikut acuan yang telah di atur.
Jika kita lihat perjuangan yang dulunya segar dengan ruh amal islami dan di kini di landa keletihan dan kebosanan dalam tanzim, dalam pembelajaran.
Jika kita tengok dari sirah nabawiyah yang mana prosess pembentukan peribadi para pejuang hasil dari pada lenturan Rasul Allah s.a.w melalui amal islami yang merangkumi 3 kategori:
Amal Jamaei (Harakah Islamiyyah)
Amal Ijtimaei ( Masyarakat )
Amal Fardi ( Individu )
Ø Amal Jamaei.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw. membentuk satu kelompok usrah di rumah Arqam bin Abi Arqam sebagai proses pengkaderan, berasaskan :
1. Ukhuwwah Islamiyyah ( Persaudaraan Islam )
2. Tasawwur Amal Islami ( Kefahaman Gerakkerja Islam )
3. Tauziu’l Amal توزيع العمل ( Pengagihan tugas )
4. Bina’ Asy – Syakhsiyyah بناءُ الشخصية (Membentuk Perwatakan/keperibadian)
Jiwa yang soleh Watak kepimpinan Peribadi mujahid ( pejuang )
Pesanan Rasulullah saw. kepada Huzaifah Ibnul Yaman :
تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِيْنَ وَ إِماَمَهُمْ“
Kamu hendaklah beriltizam ( komited ) dengan Jamaah Islam dan pemimpin mereka.”
Riwayat : Bukhari dan Muslim
Ø Amal Ijtimaei.
Aktiviti social dengan membawa konsep :
1. At Ta’awun التعاون ( bertolong bantu dalam perkara baik & takwa )
2. At Tawasho التواصى ( berpesan – pesan dengan kebenaran dan kesabaran )
3. Ad Dakwatu Ilallah ( menyeru kembali kepada Allah swt. )
4. Al Amru bil makruf
5. An Nahyu A’nil mungkar
Berkata benar walau berhadapan dengan pemimpin yang dholim
Tegas dengan prinsip syara’
Ø Amal Fardi
Berpusat kepada agenda taqarrub kepada Allah swt.
1. Qiamulaill & Solat An Nawafil ( Solat sunat )
2. Fikir dan zikir )Al Mathurat dll
3. Tilawatul quran
يَاأَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ قُمْ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلا
أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلا ثَقِيلا
Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat. -
Muzammil : 1 – 5
( Hati yang murni dan tulus ikhlas dlm melaksanakan tugas )
Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abi Hurairah rha. katanya Rasulullah saw bersabda :
إِنَّ اللهَ تعالى لاَ يَنْظُرُ إِلىَ أَجْسَامِكُمْ وَ لاَ إِلىَ صُوَرِكُمْ وَ لكِنْ يَنْظُرُ إِلىَ قُلُوْبِكُمْ
Maksudnya : Sesungguhnya Allah taala tidak memandang kepada penampilan tubuh badan kamu dan tidak juga kepada penampilan zahir kamu akan tetapi Allah swt memandang kepada hati kamu .
Macammana perjuangan hari ini hambar dan tidak memahami apa erti saya menganut Islam. Saya masih ingat ketika dulunya dengan sahabat-sahabat berjumpa di Terengganu yang mana hebat menjalankan pelbagai aktiviti dengan tamrinnya,aktiviti rehlah, mukhaiyam dan macam lagi namun semua itu menjadi kenangan sahaja. Di kampus juga sama, tiada lagi qiamulail, solat jemaah kerana ada yang tidak faham dan ada yang mengatakan gerakan islam tidak semestinya ke surau/masjid untuk solat berjemaah, Ini adalah kelemahan kita yang masih takut untuk solat berjemaah sedangkan Rasul Allah s.a.w cukup pantang dan bertindak henda membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.
Dalam ikatan ikhwan juga, saya ingin menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian supaya menjalinkan ukhuwah mesti dieratkan dan intimkan. Seringkali kita menegur sahabat dan menyapa serta menghormati sahabat- sahabat dan berpelukan apabila bertemu.Apabila seorang sahabat tiada, ia akan menimbulkan tanda tanya kerana di sebapkan caknanya terhadap sahabat- sahabat, tetapi hari ini berlaku sebaliknya tidak menegur dan bermasam muka bila bertemu. Ini yang perlu kita jauhi.
Kalau dahulunya kita sendiri terasa dan menolak segala fitnah yang di lemparkan kepada sahabat menunjukan nilai ukhuwah antara kita sungguh mantap. Tidak siapa mampu untuk melukai dan tak mungkin lahir perasaan cemburu, dengki antara kita. Mana tidaknya, makan setalam, tidur sebantal kadang-kadang epal sebiji tu pun di gigit bersama-sama bersulamkan doa rabitah.
Buku - buku haraki sentiasa di tangan , sementara bibir pula rajin melazimi usul isyrin agar lancar di lidah sesudah dihafal untuk menjadi kaedah dalam berjuang menyelesaikan kekusutan berfikrah . Tugasan dakwah dilaksana penuh dedikasi sebaik sahaja menghabisi kertas kerja dan amanat pimpinan dalam pertemuan - pertemuan bulanan seperti Liqa' Fikri atau seminar penerangan .
Semangat jihad berkobar - kobar , merasakan setiap gerakkerja jamaah biarpun di medan siasah adalah ibadah yang menghasilkan pahala . Ceramah para pimpinan banyak berkisar erti perjuangan atau pemantapan aqidah dan akhirnya barulah disudahi dengan perkembangan isu semasa . Orang yang mendengar menerima secara seimbang antara kesedaran isu semasa dengan fikrah dan aqidah perjuangan .
Apabila masaalah timbul, segera kita cari naqib atau terus kepada pimpinan untuk mengatasinya. Masing - masing menutup masaalah dan aib saudara masing - masing kerana mengutamakan kekuatan jamaah dan tugas perjuangan yang lebih besar . Cepat melupakannya serta segera memaafkan . Masaalah tidak menjadi kudis gatal kepada pejuang kerana ukhuwwah islamiyyah yang tebal segera merawatnya .
Kalau dulunya mesyuarat dengan penuh mesra . Menghargai pandangan sahabat seperjuangan malah sering mendahulukan pandangan sahabat dan pimpinan sekalipun kita mempunyai pandangan yang berbeza . Rasa bangga apabila pandangan sahabatlah yang diterima dan fikrah perjuangan menjadi se- iya dan sekata . Walau berbeza dan berselisih pandangan sesama sendiri , tidaklah meninggi suara jauh sekali untuk memperbodohkan sahabat dan pimpinan sendiri . Mesyuarat menjadi pertemuan yang cukup menyeronokkan malah dinanti - nanti . Sebulan dirasakan setahun untuk bertemu kembali dengan sahabat seperjuangan . Tetapi hari ini tidaklagi kerana dalam mesyuarat ada yang melenting-lenting hendak menunjukkan kehebatan masing-masing dan ada yang emotional apabila Amirul Mukminin menanyakan persoalan, dan ada yang bermasam muka. Saya sangat berharap supaya tidak berlaku lagi dan tidak berpanjanag di sebapkan ketidakmatangan kita sendiri.
Apa yang sedihnya pada hari ini Usrah yang mantap suatu dahulu telah hilang.Ukhuwah pun semakin lemah. Berjuang seharian terasa bagai berjalan di atas bara api . Nak bercakap rasa tak kena , tak bercakap rasa salah . Jumpa sahabat hanya mengangguk kepala , kalau sempat pun sekadar bersalam tangan . Rasa sukar untuk mendekap pipi , sebab masing - masing sibuk memburu waktu entah nak kemana .. kalau peluk semua ahli mesyuarat , terpaksa mengambil masa yang agak lama . Ada yang rasa janggal dan geli geleman .....
Makan secara layan diri kemudian berasingan melayan perasaan . Memandang sahabat seperti musuh . Ya ... musuh dan saingan politik kerana kita tidak lagi berjamaah tetapi berpolitik .
Datang mesyuarat seperti datang parlimen untuk berdebat dengan musuh . Pantang keluar pandangan berbeza ditingkah segera agar ditarik balik kenyataan layaknya seperti diparlimen bukan dalam mesyuarat yang penuh kasih dan sayang . Jiwa menjadi kasar dan keras . Mudah terasa dan sangat sensitif yang menghela ke arah sengketa .
Adab bermesyuarat dan mengemuka serta berbeza pandangan telah hilang entah di dalam buku haraki mana yang tidak lagi dibaca kini . Nak baca macam mana , usrah pun kadang-kadanag tak hadir, solat jemaah pun tak datang . Kita telah tidak lagi menggunakannya seperti wehdatul fikri , wehdatul amal dan sebagainya .
Memang aneh dan pelik cara kita berjamaah di dalam keadaan sekarang ini . Timbul rasa curiga mencurigai antara satu sama lain . Suasana sentiasa tegang dan panas . Bila - bila masa boleh mencetus perbalahan . Masing - masing dok tunggu tuning point sebagai masa nak bertindak .
Hati kita menjadi jauh walau kita satu kampus . Sorotan mata bila memandang sesama kita kering kontang tanpa nilai ukhuwwah dan kasih mesra . Seperti merenung musuh , kalau tidak pun seperti menaruh rasa jengkel dan benci sesama kita . Ada sahaja yang tidak kena dan hati sentiasa tidak puas .
Rasa hormat sesama kita sahabat seperjuangan semakin pudar semangat khidmat kepada jamaah juga semakin luntur . Bertindak dalam paksa jangan sampai orang kata kita tidak buat kerja . Kemanisan dalam melakukan kerja dan tugas jamaah tidak terasa , kalau pun masih terasa hanya sekadar manis - manis buah jambu separuh masak atau sekadar manis gula Melaka .
Kini "ummh" dalam berjamaah dan berjuang tidak terasa lagi . Seperti menghirup Tom Yam yang tawar tanpa garam dan perencah . Habis semangkuk , perut boleh kenyang tetapi ummhnya tiada . Bagaimanalah kita nak mengembalikan semula ummh dalam perjuangan ini ?
Harapan saya , agar mahasiswa /pemuda dapat menikmati semula ummh tersebut . Untuk itu , mahasiswa mesti ada "ummh" iaitu Usrah Mantap Mahasiswa Hebat [ UMMH ] .