{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)} (al-Hujurat : 15)

Friday, November 5, 2010

Gerakan Islam FIS di AlGeria



Algeria merupakan sebuah negara yang terletak di benua Afrika.Menurut sumber yang saya tatap ini,bumi Algeria merupakan antara salah satu bumi yang pernah mendapat naungan kerajaan Khilafah Islam Turki,namun begitu bumi ini akhirnya ditakluki oleh kuasa kuffar Perancis pada tahun 1830.Penjajahan kuasa Perancis tidak dibiarkan begitu sahaja oleh para ulama' Algeria,maka bangkitlah Syeikh Abdul Qadir al-Jazair yang menyalakan obor-obor jihad demi membebaskan bumi Algeria daripada cengkaman kuasa kuffar Perancis.Menurut sumber ini,bumi Algeria telah bersimbah darah-darah syuhada' yang gugur di medan jihad menentang kuasa kuffar sehinggakan bumi Algeria digelar sebagai 'NEGARA SEJUTA SYUHADA'.


Algeria menjadi sebuah negara sekular selepas mencapai kemerdekaan,bumi ini dipimpin oleh Ahmad Benbela daripada parti sekular iaitu FLN (Flant Liberation National).Namun begitu,beliau telah digulingkan oleh Menteri Pertahanannya sendiri pada tahun 1965 iaitu Kolonel Hawari.Untuk pengetahuan,Kolonel Hawari walaupun berkelulusan al-Azhar,namun beliau bersikap menindas pejuang-pejuang Islam.Beliau mengamalkan sistem satu parti dan mengharamkan al-Qiam (sebuah pertubuhan yang menuntut Islam diberi peranan dalam negara).Di sini menunjukkan kepada kita bahawa belajar di al-Azhar bukan tiket atau bukti bahawa seseorang itu akan menjadi pejuang-pejuang Islam yang tulen.Berapa ramai yang belajar di sana,tetapi malangnya apabila tamat belajar,mereka takut untuk berjuang bersama-sama Gerakan Islam di tanah air masing-masing.Namun begitu,bumi al-Azhar tetap melahirkan ramai ulama' 'amilin yang berjuang dalam Gerakan Islam contohnya As-Syahid Syeikh Abdullah Yusuf Azzam,Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi dan ramai lagi.

Kolonel Hawari ini meninggal dunia pada tahun 1978 dan digantikan dengan Kolonel Chadli bin Jadid.Pada masa inilah bahang kebangkitan Islam bermula di bumi Algeria di mana pada saat ini angin kebangkitan Islam mula bertiup di seluruh pelusuk dunia.Di Algeria,angin kebangkitan ini bermula secara perlahan-lahan,dimulakan dengan usrah-usrah di masjid-masjid.Dalam usrah-usrah di masjid-masjid ini,perbincangan tidak lagi hanya tertumpu pada soal ibadat sahaja malah mula menjangkau isu keperluan untuk kembali pada Islam,wajibnya untuk menegakkan negara Islam dan sebagainya.

Menurut sumber yang saya gunakan ini,teks-teks usrah yang digunakan pada masa itu antaranya ialah karya-karya ulama' besar seperti Ibnu Taimiyyah,Imam Qayyim al-Jauzi,Imam Ghazali dan juga Imam Nawawi.Daripada ulama' silam hinggalah kepada karya-karya ulama' kontemporari seperti Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi,Syeikh Muhammad al-Ghazali,Syeikh Hamid Kisk dan Imam Sya'rawi yang kesemua ulama'-ulama' ini berasal dari bumi Mesir.Karya tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin juga tidak dilupakan untuk dijadikan bahan kupasan dalam usrah seperti karya-karya As-Syahid Imam Hasan al-Banna,As-Syahid Sayyid Qutb,Sa'id Hawwa dan ramai lagi.Selain itu juga,kaset-kaset juga digunakan sebagai medium untuk menyebarkan dakwah dan rakaman khutbah ke seluruh pelusuk bumi Algeria.

Proses tarbiyyah itu memakan masa dua tahun,maka selepas itu bermulalah konfrontasi di antara jemaah Islam dan pihak berkuasa.Contohnya sebuah kedai arak telah dimusnahkan sebagai salah satu tanda protes kepada dasar-dasar kerajaan sekular Algeria.FIS yang merupakan sebuah Gerakan Islam di bumi Algeria ini telah ditubuhkan sebagai salah satu tanda kebangkitan Islam di benua Afrika Utara.Gerakan FIS ini disertai
oleh anak-anak muda yang berpendidikan,yang pernah menyertai Jihad di Afghanistan dan beberapa golongan anak muda lagi.Tambahan lagi,di kampus-kampus universiti di Algeria telah dijadikan sebagai tapak-tapak semaian bagi melahirkan kader-kader dakwah untuk berjuang bersama FIS.

FIS juga kelihatan hebat apabila mempunyai barisan kepimpinan ulama' dan profesional yang berwibawa seperti Syeikh Ali Benhaj dan Dr. Abbas Madani (gambar di atas).Syeikh Ali Benhaj yang terkenal dengan pidato dan khutbah yang bersemangat telah menggunakan kepakarannya itu untuk menaikkan semangat juang kader-kader FIS agar sama-sama mengorbankan diri di jalan Jihad menegakkan Islam.Kehebatan Syeikh Ali Benhaj itu digandingkan dengan tokoh FIS,Dr. Abbas Madani yang begitu berani mengkritik secara terbuka kerajaan sekular yang memerintah Algeria.Selain itu,FIS juga mempunyai Ir. Abdul Kadir Hachani,seorang jurutera petroleum yang mampu memukau pendengarnya dalam pidato yang disampaikan.

Ketidakstabilan politik Algeria yang berlaku pada dekad 80an telah digunakan sebaik mungkin oleh golongan dakwah untuk menubuhkan FIS.Matlamat FIS amat jelas yakni untuk menegakkan kerajaan Islam.Pada tahun 1990 di bulan Jun,satu pilihanraya tempatan telah diadakan di Algeria.Calon-calon FIS telah mendapat kemenangan yang cukup cemerlang.Kesan daripada inilah maka pada pilihanraya peringkat kebangsaan pusingan pertama yang diadakan di hujung tahun 1991 telah memberikan FIS kejayaan yang membanggakan apabila rakyat Algeria beramai-ramai memberikan sokongan kepada FIS.

Menurut sumber ini,FIS telah memenangi sebanyak 167 kerusi atau 81 % undi popular.Kalimah takbir terus mengisi langit Algeria menandakan kemenangan Islam di Algeria,di saat inilah kuasa kuffar Perancis mula membuat perancangan terhadap Algeria,bekas bumi umat Islam yang pernah dijajahnya.

FIS menggunakan slogan-slogan yang Islamik,contohnya "Tidak ada perlembagaan dan tidak ada hukum,Peraturan yang ada hanyalah hukum Allah dan al-Quran" dan slogan-slogan yang lain.Pendokong FIS juga tidak ketinggalan mengadakan pelbagai program seperti ijtima',ceramah,mengedar risalah dan sebagainya sebagai usaha menegakkan Islam di Algeria.Pendokong FIS juga mempunyai kubu kuatnya iaitu di Masjid Kouba,yakni sebuah masjid yang berpengaruh di tengah Algiers.Sesungguhnya Allah menolong pejuang-pejuangnya yang ikhlas dalam memperjuagkan Islam.Buktinya keahlian FIS telah mencapai 3.5 juta orang pada tahun 1990.Ini membuktikan manusia terlalu inginkan pemerintahan Islam.Manusia tidak mampu lagi untuk hidup di bawah ketempurukan sistem jahiliyyah yang bertentangan dengan Islam.

Maka Amerika dan sekutunya mula menghidu bahawa sebuah republik Islam akan ditegakkan di bumi Algeria.Sedangkan kemenangan FIS terus disambut,menandakan sinaran Islam mula bercahaya,sistem jahiliyyah moden mula runtuh menyembah bumi.Harapan mula disandarkan kepada FIS bagi membawa sinar Islam terutamanya di benua Afrika dan Arab.

Parti sekular pimpinan Benjadid yang memerintah Algeria telah mengalami kekalahan yang teruk yang menyebabkan beliau meletakkan jawatan sebagai tanda kebertanggungjawaban beliau terhadap kekalahan partinya.Di saat FIS yang mendokong Islam mula menghampiri kemenangan,maka Menteri Pertahanan Algeria bertindak biadap membatalkan pilihanraya pusingan kedua yang dijangka berlangsung pada awal tahun 1992.Rancangan golongan sekular dan sekutunya Perancis adalah untuk menyekat FIS daripada naik ke tampuk kuasa kerana FIS hanya memerlukan 49 kerusi sahaja lagi sebelum layak memerintah Algeria.Kebiadapan itu telah dibalas oleh pendokong FIS apabila demonstrasi aman telah diadakan bagi memprotes tindakan tersebut.Seperti mana yang berlaku di Malaysia di bawah regim UMNO/BN,begitulah juga di bumi Algeria malah lebih kejam lagi apabila demonstrasi tersebut dihalang oleh pihak berkuasa.Di sana 'anjing-anjing' tentera thoghut ini telah membunuh ribuan ahli-ahli FIS,darah syuhada' sekali lagi bersimbah di bumi Algeria,regim ini mengepung masjid-masjid,terus menghalang sebarang bentuk perhimpunan dan menahan lebih 30000 pendokong FIS di Algeria.

Kekejaman ini tidak terhenti begitu sahaja,jika ahli-ahli FIS diperlakukan sebegitu,pemimpin tertinggi FIS telah dipaksa mendekam di kem-kem tahanan politik di gurun padang pasir.Ya Allah..dapatkah kita bayangkan betapa deritanya saudara seaqidah kita yang dizalimi.Lebih mendukacitakan apabila ada 'anjing-anjing' tentera yang menyamar memakai janggut palsu lalu menggunakan imej itu untuk melakukan tembakan di tempat awam bagi menimbulkan rasa benci terhadap FIS.Janggut itu dipakai kerana kader-kader FIS sinonim dengan janggut dan jambang.

Kezaliman ini terus dilakukan tanpa punya perasaan perikemanusiaan.Tokoh FIS,Ir. Abdul Kadir Hachani menegaskan bahawa perjuangan FIS bukan melalui jalan keganasan.Sememangnya tindakan menahan aktivis-aktivis FIS adalah tidak lain tidak bukan bertujuan untuk memprovokosi aktivis-aktivis FIS yang lain agar menggunakan jalan keganasan.Ir. Abdul Kadir Hachani,Dr. Abbas Madani,Syeikh Ali Benhaj dan Kabir Rabah adalah di antara tokoh-tokoh FIS yang ditahan dan mendekam di dalam jeriji besi.

Akhirnya Presiden Boudiaf telah mengambil alih tampuk pemerintahan Algeria pada Februari 1992.Beliau juga sememangnya mempunyai perancangan untuk menghancurkan FIS.Telahan ini benar apabila FIS diharamkan pada 9 Februari 1992.Pihak tentera dengan megahnya telah menutup pejabat pusat FIS yang akhirnya menimbulkan rusuhan dan pertempuran bersenjata yang menyebabkan kematian di pihak Islam dan tentera sendiri.Pihak tentera tanpa rasa malu telah menutup masjid-masjid kononnya ianya disyaki menjadi tempat Gerakan Islam FIS.Markaz-markaz FIS juga telah dipotong bekalan elektrik.Di kampus-kampus pula bantahan terus dilakukan sebagai satu protes terhadap pemerintah haram Algeria yang bersikap tidak demokratik.Mahasiswa berarak ke jalan raya sehinggakan bumi Algeria diisytihar darurat.Sebahagian anggota-anggota FIS pula membentuk pasukan bersenjata yang dikenali GIA yang sebahagian ahli-ahlinya pernah mendapat latihan dan pengalaman perang di bumi Jihad Afghanistan menentang kuasa kuffar 'Beruang Merah' Russia.

Regim tentera ini terus menggila melakukan kezaliman terhadap manusia-manusia yang menjadi pendokong perjuangan Islam yang dipelopori oleh FIS.Keadaan ini sebenarnya telah mengheret Algeria ke masalah kemanusiaan yang panjang.Manakan tidak,berpuluh-puluh ribu telah terkorban syahid,penjara-penjara besi menjadi saksi kezaliman yang dilakukan terhadap pejuang-pejuang Islam dan menunjukkan bukti kepada kita bahawa golongan thoghut ini tidak pernah lena daripada menghalang Islam untuk ditegakkan di atas muka bumi Allah ini.

(*sumber : Buku Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden karangan Ustaz Riduan Mohamad Nor)

Mari Mengaji

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails