{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)} (al-Hujurat : 15)

Sunday, January 10, 2010

JOM menghadiri majlis ilmu dengan ULAMA' HABIB UMAR

ليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر

Terkini: Program Qiyamullail Bersama Syeikh Sufian Nur Pada Pagi Ahad Berpindah Dari Masjid al-Falah ke Masjid UIA, Gombak

Program Qiyamullail di Masjid al-Falah, USJ9, Subang Jaya akan diadakan pada pagi Sabtu 9 Jan 2010/ 23 Muharram, bermula jam 4.00 pagi



Jadual Lengkap Program Ziarah dan Dakwah Habib Umar di Malaysia




Peluang untuk semua rakyat Malaysia bersama ulama' murabbi, Ad-Da'ieyatul Al-Islamiyy Al-'Alim Al-'Allamah Al-Habib Umar bin Muhammad Salim bin Hafidz Hafizohullah;

24 Muharram 1431H bersamaan 10 Januari 2010 (Ahad):

-> Masjid Sultan Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa; Jam 6 pagi
-> Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya, Selangor; Jam 6 ptg - 10 mlm



Makluman: Program qiyamullail di Masjid al-Falah akan diadakan pada 23 Muharram 1431/9 Jan 2010 (Sabtu - hari Jum'at, mlm/pagi Sabtu).

Manakala program qiyamullail bersama Syeikh Sufian Nur al-Banjari al-Makki yang asalnya dijadualkan di Masjid al-Falah pada pagi Ahad (10 Jan) telah ditukarkan ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Program bermula jam 4.00 pagi. Pagi Ahad 10 Januari 2010 (hari Sabtu, malam [pagi] Ahad).

Dan seterusnya ..... perhimpunan MAHASISWA serta kuliah shubuh oleh Habib Umar.

Sumber: http://al-fanshuri.blogspot.com/

26 Muharram 1431H bersamaan 12 Januari 2010 (Selasa):

-> Pondok Baitul Qurra', Kg Payasum, Sg Udang, Melaka; 6.30 ptg - 10 mlm


sedikit perkongsian

Biografi Ringkas Ustaz Sufian Nur: Beliau adalah Sufian Nur bin Marbu bin Abdullah al-Banjari al-Makki. Adik kepada al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki. Dibawa keluarga beliau berhijrah ke Mekah ketika beliau berusia 5 tahun. Mendapat mendidikan awal di Mekah. Ketika berusia 14 tahun beliau telah menghafaz al-Quran. Dalam usia 16 tahun beliau sudah mula mengajar dan menjadi imam di beberapa buah masjid di sekitar Mekah. Pernah berkhidmat kepada Musnid ad-Dunya al-'Allamah Syaikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani al-Makki selama 2 tahun.

Selain mendapat pendidikan di Mekah, beliau juga mendapat pendidikan di Mesir dan juga di Hadramaut, Yaman. Kini beliau masih lagi berguru kepada al-'Allamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syaikh Abu Bakar bin Salim.

Beliau juga adalah seorang yang mahir di dalam pembacaan qiraat yang 7. Seorang ahli 'ibadah yang tawaddhu. Kini beliau mengendali sebanyak 15 buah pesantren di Indonesia yang jumlah pelajarnya hampir seribu orang. Beliau juga adalah seorang yang memiliki sanad ilmu dan juga sanad al-Quran. Bahkan diakui oleh Syaikh Nuruddin, bahwa sanad beliau lebih banyak dan lebih tinggi. Selain dari berdakwah dan mendidik, beliau juga ada menulis, antaranya kitab bertajuk Fath al-Haadi al-Raqiib fi Adillah Fath al-Qoriib al-Mujiib.

Mari Mengaji

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails