{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)} (al-Hujurat : 15)

Sunday, January 10, 2010

Kuliah Subuh Habib Umar bin Hafiz (Pengasas Darul Mustafa, Hadramaut) hafizahumullah di UIA


الحمد لله الذي أنزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك
له . و أشهد أن محمدا عبده و رسوله المبعوث رحمة للعالمين اللهم صل و سلم و بارك على أشرف الانبياء و المرسلين سيدنا محمد و على اله و صحبه أجمعين أما بعد : فيا عباد الله أوصيكم و إياي بتقوى الله و طاعته فقد فاز المتقون و تزودوا فإن خير الزاد التقوى

saudaraku sekalian

baru sekejap tadi, saya bersama Ulama' dari Tarim, Hadramaut Yemen HABIB UMAR BIN MOHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ IBN SHEIKH ABU BAKAR BIN SALIM dalam kuliah subuh di Masjid Sultan Azlan Shah di UIA, Gombak.

Didalam majlis ilmu beliau, beliau menyeru kita agar kembali kepada ALLAH dengan melaksanakan Hukum ALLAH, agar kita sesama manusia menjadi sesama kuat.

Daripada Cerita beliau, mengikut undang-undang manusia banyak berubah-rubah mengikut zaman dan mengikut kepala masing-masing dengan menggunakan istilah-istilah yang mengikut hawa nafsu mereka.

sekiranya kita hendak melakukan undang-undang mesti kita lakukan dengan perinatah ALLAH jangan melakukan dengan bertindak mengikut hawa nafsu marah kita. Kalau kita tgk daripada kisah Syaidatina ALI karamaALLAH ketika beliau berperang dengan musyrik dengan mengunakan pedang dan apabila bertindak sehingga musyrik itu jatuh ke tanah dan apabila syaidatina ALI hendak membunuh tetiba musyrik itu meludah air liur ke muka Syaidatina ALI lalu Syaidatina ALI tidak jadi membunuh musyrik itu. Ditanya kepada Syaidatina Ali kenapa tidak di bunuh musyrik itu. Lalu jawab Syaidatina Ali ketika beliau berlawan dengan musyrik itu, "memang aku hendak membunuh musyrik itu kerana ALLAH atas perintah ALLAH tetapi apabila musyrik itu meludah ke muka aku lalu nafsu marahku telah bangkit dan aku tidak akan sesekali membunuh ketika aku bernafsu. Kerana apabila aku membunuh ketika nafsu marahku membuak-buak. aku akan membunuh dengan puas dan aku membunuh dengan tidak mengikut perintah ALLAH".

Begitulah kata Habib Umar agar kita melakukan sesuatu perkara atau undang-undang dengan mengikut perintah ALLAH dan tidak mengikut hawa nafsu kita.

Berkata Habib Umar lagi kenapa kita susah sangat hendak mengikut dan melaksanakan undang-undang ALLAH. Beliau mengambil contoh negara yang menganjurkan WORLDCUP yang di angung-angungkan itu oleh dunia hari ini. Apa bila pasukan yang hendak melangkah masuk ke padang, mesti mereka berjalan berprotokol agar tidak lalai dari landasan bola sepak. Dan tidak boleh hendak berjalan sesuka hati mengikut hati dan perasaan kita di padang sehingga lah selesai permaianan.

Tetapi apabila di luar stadium kita tidak mengikut undang-undang ALLAH seperti mana kita mengikut Undang-undang di dalam stadium tersebut. Bila di tanya kenapa kamu tidak mahu ikut undang-undang ALLAH? Jawabnya ikut suke aku..

Begitulah juga Habib Umar menerangkan tentang ekonomi Islam yang kini dunia di pelopori dengan undang-undang kapitalis, komunisme yang mengamalkan riba. Dan apabila kita perhatikan sekarang ini di Amerika syarikat (U.S.A) telah merudum teruk ekonomi riba mereka dan mereka sendiri mengakui ekonomi islam adalah selamat dengan menyuruh paderi-paderi dan mereka sendiri mengkaji AL-Quran tetang bagaimana hendak mengatasi masalah ekonomi dunia hari ini.

kita sendiri tahu tentang janji ALLAH yang mana ALLAH menjanjikan kemenangan kepada Islam

itu sahaja yang sempat saya berkongsi dan yang saya dapat untuk berkongsi dengan antum dari Ulama' Besar Hadramaut. Kenangan bersama Ulama' adalah suatu kenangan yang paling manis bagi sesiapa sahaja yang menuntut ilmu. Tambahan pula Ulama' itu berdarah keturunan Nabi Muhammad S.A.W. Di Mesir sangat ramai Ulama' untuk bertemu mata. Itu pun bagi mereka yang benar2 memanfaatkan masa di bumi kinanah. Mana2 sahabat yang berada di Bumi Malaysia, boleh lah bertemu Ulama' berdarah keturunan Nabi S.A.W. ini

http://www.alhabibomar.com :Laman web Ad-Daie Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafiz. Ulama tersohor dari negeri Hadramaut di Yaman.

Mari Mengaji

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails