{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)} (al-Hujurat : 15)

Thursday, January 7, 2010

Khalimah ALLAH

[Awan berkhalimah ALLAH di ambil ketika saya di Kijal, Terengganu dalam Perjalanan ke KL pada 3 Januari 2010 ]

Masyarakat hari ini menjadi tengang di antara Islam dan kristian berkenaan dengan isu kalimah Allah s.w.t dan lebih hangat lagi apabilan keputusan mahkamah membenarkan akhbar [Herald]menggunakan kalimah ALLAH yang menimbul pelbagai reaksi di kalangan penganut agama Islam yang mengaanggap sangat eklusif untuk umat Islam.

Di dalam keaadaan yang menetuskan pelbagai polimik dan terlebih dahulu saya menyeru agar semua pihak tidak emosi dan tidak terburu-buru agar tidak menimbulkan kejadian yang tidak di ingini berlaku. Justeru itu kita selaku Umat Islam berpengang teguh dengan Islam yang tetap benar yang telah menjadi petunujuk jalan kehidupan kita dan ianya akan terus di pelihara dengan hujjah yang kuat.

Memang tidak di nafikan pengunaan kalimah Allah boleh di gunakan oleh sesiapa sahaja untuk makhluk Allah samaada Islam, Yahudi, dan Nasoro [Kristian]yang pada asalnya ianya terdapat dalam kitab Taurat,Zabur, Injil dan Al-quran.Perkataan Allah juga di-sebut oleh orang arab atau pengguna bahasa arab yang menganut berbagai agama, sama ada penganut yahudi, kristian dan penyembah berhala sejak dahulu kala .

Al Quran menyebut secara jelas bahawa penganut agama-agma itu menyebut dan menulis perkataan Allah.

Firman Allah Dalam surah Al-Ankabut ayat 61 dan 63 bermaksud

61. Dan sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?.

63. Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka Yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).


Firman Allah dalam surah Al-Luqman ayat 25 bermaksud


25. Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).


Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 38 bermaksud

38. Dan demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".


Firman Allah dalam surah Az-Zukhruf ayat 9 dan 87 bermaksud


9. Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".

87. Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka Bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

Ayat-ayat tersebut diatas mendedahkan bahawa orang-orang yang bukan Islam yang menganut berbagai agama itu mengaku wujudnya Tuhan Yang Bernama Allah mengikut naluri dalam Tauhid Rububiyyah (Adanya Tuhan Pencipta Alam) hanya sekadar itu, namun kepercayaan mereka tidak menepati hakikat dari makana perkataan Allah mengikut maknanya yang sebenar, supaya mengesakan Allah dalam ibadah dan cara hidup seluruhnya.

Jika kita lihat, sebelum ini pun kitab-kitab injil telah banyak di pesongkan oleh mazhab-mazhab kristian sehingga melahirkan pelbagai injil seperti Injil Matthew, Injil Barnaba, Injil Markus, Injil Lukos, Injil Yohanes dan sebagainya.Semenjak dari itu mereka menyekutukan allah/ mensyirikkan Allah dengan menganggap ada tuhan lain selain Allah seperti Tuhan anak, Tuhan Bapa dan Tuhan Ibu.

Pemahaman seperti ini sangat bercanggah dengan islam. Kerana Allah Itu ESA. Tiada Tuhan berhak di sembah melainkan ALLAH sepertimana apa yang di lafazkan oleh setiap mukmin.

Apa yang di beri tahu oleh Tuan Guru Dr. Haron Din baru-baru ini, sekiranya mahkamah membenarkan Kristian mengunakan nama Allah s.w.t mungkin paderi-paderi kristian meletakkan nama ALLAH di atas CROSS salib, atau pun meletakkan Jesus yang di salibkan dengan nama ALLAH ini akan menyebapkan kekeliruan di kalangan Ummat Islam dan menambahkan lagi kemurtadan di negara kita.




Jika di lihat perlembangaan Malaysia sendiri mengatakan Islam agama persekutuan yang bermaksud Islam agama menyeluruh dengan kebebasan agama. Kenapa tidak meletakkan Islam agama rasmi dengan meletakkan undang-undang islam paling atas dan yang menjadi tanda tanye saya kenapa isu agama ini di bicarakan di mahkamah sivil tidak di mahkamah syariah??

Mari Mengaji

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails