{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)}
(al-Hujurat : 15)
Thursday, November 19, 2009
FIKRAH Mahasiswa-4
KEKUATAN JISMIYYAH , RUHIYYAH & FIKRIYYAH MELAHIRKAN MAHASISWA CEMERLANG
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لا تَعْلَمُونَهُمْ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لا تُظْلَمُونَ
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
( Surah Al Anfal : Ayat 60 )
Hadaf / matlamat kita adalah untuk memastikan musuh – musuh Allah yang terdiri daripada golongan mustakbirin dan Jabbaarin , gentar dan tunduk kepada ugama Allah swt. Justeru itu , kita mesti memiliki kekuatan semampu mungkin untuk mencapai hadaf kita. Kekuatan yang dimaksudkan terbahagi kepada 2 kategori
• قوة المآدي - terbahagi kepada قوة المالي و الجسمي
• قوة الروحي - terbahagi kepada قوة الإيماني و الفكري
Kesimpulannya , Allah swt. mengarahkan orang – orang yang beriman dengan kalimah و أعدوا ( dhomir jama’ pada kalimah tersebut kembali kepada ayat 45 dalam surah yang sama – Al Anfal )
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
( Surah Al Anfal : Ayat 45 )
Sifat orang beriman ialah thabat ( teguh ) dalam perjuangan untuk menjulang panji kalimatul haq dan ianya adalah satu daripada syarat kemenangan .
وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا مِنْ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلا
Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
( Surah Al Ahzab : Ayat 22 - 23 )
Perlu disedari dan diinsafi bahawa mahasiswa adalah sayap kanan perjuangan ummat ini , demi mengembalikan semula kedaulatan Islam dan kesejagatan ummatnya. Satu sayap yang amat penting posisinya , sehingga Allah swt telah menegaskan di dalam taujihat Quraaninya :
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَئِكَ سَيَرْحَمُهُمْ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi Mereka zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
( Surah At Taubah : Ayat 71 )
Justeru Al Amru bil Ma'ruf wan Nahyu A'nil Mungkar suatu kewajipan. Namun suatu realiti yang tidak boleh dinafikan bahawa operasi ini amat sulit dan getir. Ianya tidak semudah yang diungkapkan. Ia adalah suatu operasi ( kewajipan ) yang terdedah kepada tentangan yang mencabar.
Suatu operasi yang terpaksa merentasi ibtila’ dan mehnah [ ujian ]. Suatu operasi yang terpaksa menuruni lurah tribulasi. Suatu operasi yang terpaksa berdepan dengan konspirasi musuh yang tidak pernah mengenal simpati.
Mahasiswa yang dimuliakan ,
Projek الأمر و البهي ini memerlukan battalion yang tahan lasak, mampu merentasi risiko , berjiwa cekal dan tabah serta berpengalaman jauh, penuh strategi dan pengalaman.
Projek الأمر و النهي ini memerlukan صفوة المخترة atau قاعدة الصلبة dan عصبة المؤمنة Dalam ertikata lain mereka adalah saf yang gemilang ( Mereka adalah mahasiswa cemerlang ).
Projek ini akan gagal ! kiranya saf pejuangan ini turut disertai oleh individu yang penakut dan lemah jiwanya.
Projek ini juga akan gagal kiranya battalion perjuangan ini turut disertai oleh individu yang lesu , beku dan jumud. Dalam ertikata lain mereka adalah “makhluk perosak” yang menggagalkan strategi perjuangan ini. ( Mereka adalah mahasiswa yang pasif, naih, laih dan dhoif ).
Persoalannya….bagaimana kita mahu melahirkan mahasiswa Cemerlang ini ? Maka risalah ini menjawab segala-galanya.
Mahasiswa yang dihormati sekelian. Jawapannya ialah paduan tiga kekuatan dan tiga kekuatan inilah yang melahirkan Mahasiswa Cemerlang.
Kekuatan Jismiyyah ,
Kekuatan Ruhiyyah ,
Kekuatan Fikriyyah.
Pertama : Kekuatan Jismiah / Fizikal
Tidak dimaksudkan dengan kekuatan jismiah ini, mahasiswa perlu masuk kelab-kelab yang lasak seperti kelab Taekwando, kelab Askar Wataniah dan sebagainya. Tetapi ia bermaksud mahasiswa perlu memiliki susuk tubuh yang mampu memikul beban dakwah dan tanggung jawab perjuangan ini serta berkemampuan juga menanggung risikonya. AWAS….setiap perjuangan ini pasti diuji dan dicuba dengan ujian[mehnah] Allah s.w.t.
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
( Surah Muhammad : Ayat 31 )
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
( Surah Al Ankabut : Ayat 2 - 3 )
Kekuatan / keupayaan fizikal yang memungkinkan mahasiswa menunaikan ibadah dan aktiviti taqarrub Ilallah. Hal ini memaksa mahasiswa menjaga kekuatan fizikal / agar tahap keupayaanya mengizinkan mahasiswa tampil kehadapan , menghadapi segala kemungkinan.
Ertinya kesihatan dan kemahiran fizikal adalah dua tahap keupayaan yang mesti dimiliki dan ditingkatkan kualitinya. Kita tak mahu gerak kerja dakwah tergendala kerana 2 tahap keupayaan ini terlalu rendah.
Contoh: Apabila kita nak menyusun program / aktiviti , pelbagai alasan yang kita terima dari mahasiswa .Tak sempat masa, assignment banyak, ada tugas lain,tak ada Ilmu, tak ada pengalaman dll. Keluhan-keluhan sebegini sebenarnya boleh menyebabkan mahasiswa lari dari tugas perjuangan.
Mahasiswa yang dihormati sekelian.
Kedua : Kekuatan Ruuhiyah
Kekuatan ruh adalah bersinonim dengan kekuatan jisim. Sebagaimana bidalan Hukama’
رُهْبَانُ في اللَيْلِ وَ فُرْسَاُن بِالنَّهَارِ
" Rahib di malam hari dan kuda yang tangkas di siang hari"
جُنْدِيَّةٌ بَحْتٌ مِنْ نَاحِيَةِ العَمَلِ وَ صُوْفِيَّةٌ بَحْتٌ مِنْ نَاحِيَةِ العِبَادَة
“ Tentera yang berdisiplin dalam menjalankan tugas dan sufi yang abid dalam melaksanakan ibadat"
Ruh ibarat nadi , menjadi roda untuk menggerakkan semangat perjuangan yang berterusan. Persediaan Ruhiyyah ini juga adalah suatu kewajipan utama apabila ia dibias oleh statement Ilahi:
يَاأَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ قُمْ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلا
أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلا ثَقِيلا
Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
( Surah Al Muzammil : Ayat 1 - 5 )
Kekuatan ruh adalah asas kelangsungan perjuangan untuk merealisasikan projek الأمر بالمعروف و النهي عن المنكر . Ia juga satu kuasa dalaman, laksana antibody yang yang mampu mengawal diri dari terjerumus dan terseleweng.
Kekuatan ruh bererti kekuatan bertawakkal dan tunduk kepada Allah. Beriltizam[komitment] dengan amal Islami dalam apa jua situasi .
انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
( Surah At Taubah : Ayat 41 )
Kekuatan ruh jua bererti optimis bahawa مستقبل لهذا الدين Yakin Islam pasti menang. Justeru itu mahasiswa tidak sewajarnya merasa lemah.
وَلا تَهِنُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمْ الأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
( Surah Ali Imraan : Ayah 139 )
Kekuatan roh yang dimiliki oleh generasi terdahulu telah mencatat kemenangan dan sejarah yang gemilang. Selayaknya kita turut mencontohi mereka. Demikianlah anjuran Imam Malik rhm .
لا يَصْلُحُ أخِرُ هذِهِ الأُمَّةِ إلاّ بِمَا صَلُحَ بِهِ َأوَّلُهَا
“ Tidak gemilang ummat akhir zaman melainkan kembali melaksanakan apa yang telah menyebabkan ummat terdahulu menjadi gemmilang”
Apa yang penting kita mesti memiliki 3 prinsip :
• Iman & Tawakkal : Yakin menang dan serah kepada Allah. ( Al Ahzab ayat 22 )
• Tegas & Cekal : Tidak berganjak & cintakan syahid. ( Al Ahzab ayat 23 )
• Dakwah & Istiqamah.
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمْ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا
وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
( Surah Fussilat : ayat 30 )
Ketiga : Kekuatan Fikriyyah
Nabi Muhammad Saw di sepanjang zaman menghadapi musuh berbentuk غزوة الفكري . lantaran itu Al-Quran diturunkan dalam bentuk hujjah dan keterangan nyata untuk menghadapi mereka.
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ
"dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam."
( Surah An Nahl : Ayat 89 )
Ancaman غزوة الفكري menjelang abad 21 semakin sengit sementara mufakkir-mufakkir Islami semakin berkurangan. Ini suatu fenomena yang amat membimbangkan kita. Gejala Juhala’ berleluasa , pengangguran otak [ malas berfikir ] sampai ketahap bahaya . Mereka hanya rasa memadai mendapat sandaran mahasiswa/wi , Dr, ustaz , Prof. dan lain lain .
Tetapi malas berfikir untuk menterjemahkan amal Islami. Kelemahan ini menyebabkan benteng ummah kian rapuh (mudah ditembusi dengan pelbagai helah licik golongan orientalis). Kita mesti bina kekuatan fikriyyah ini, terutamanya mahasiswa .
Daya fikrah sebahagian mahasiswa masih telalu lemah. Kebanyakan mahasiswa hanya fikir tentang diri sendiri, fikir untuk kesoronokan/hiburan atau hanya apa yang berlaku di sekeling mereka sahaja. Mereka tidak melihat peranan mereka untuk ummah dan sedang Islam mesti dilihat secara syumul , justeru itu fikrah mahasiswa jua mestilah jelas dan syumul juga. Ketajaman fikrah Islami amat perlu di era kini ( Era maklumat / era manusia berfikir , tetapi mereka berfikir dengan fikiran yang dikuasai oleh fikrah jahiliyyah moden yang hanya berorientasikan fikrah maddiah.
Untuk membina kekuatan ini mahasiswa mesti berani tampilkan diri , banyak membaca dan mengadakan perbincangan ilmiah.
Sebahagian mahasiswa masih tidak menguasai ilmu . Masih ada mahasiswa , tak nak jadi pemidato Islami atau berceramah di surau-surau/masjid yang mampu mengutarakan fikrah-fikrah Islamiah yang mantap kepada masyarakat kampus atau sekeliling, nak mengemukakan soalan kepada penceramah pun , masih ada lagi mahasiswa yang menulis dikertas untuk diajukan tanpa mampu mengeluarkan soalan secara spontan.
Perbincangan kita pula banyak berkisar kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan remeh temeh (yang tidak membawa manafaaat kepada jamaah seperti mengumpat, mencela ,tuduh-menuduh dsbnya.)
Mahasiswa yang di hormati sekelian,
Tiga kekuatan ini saling berantaian. Kalau hanya badan sihat ,tapi tidak mampu memberi komitment. Ini tidak boleh jadi. Kuat beribadat tapi jumud , juga sia-sia . Bukan kita seorang nak masuk syurga. Islam perlu disebarkan dan ini memerlukan pemikiran yang haraki .
Kemudian fikrah jelas, hebat berfikir tapi malas nk agi komitment…nak buat apa, pelbagai alasan di berikan dan ada juga yang memberi alasan bercanggah dengan islam dan mengatakan dialah yang buat kerja paling banyak tetapi hakikatnya habuk pun tidak ada. Wal hasilnya semua aktiviti dan program tergendala disebabkan mahasiswa tidak memiliki tiga kekuatan yang telah digariskan .
Mahasiswa jangan banyak dalih dan lengah, pastikan tiga kekuatan ini dapat dikumpulkan semaksima mungkin . Demi Islam dan perjuangannya . Bila lagi kita nak berubah dan berusaha gigih untuk memiliki kemampuan dan kekuatan ini . Bukankah kita bercita – cita besar untuk menang dan seterusnya mendaulatkan syariat Islamiyyah di muka bumi Allah amnya dan di tanahair kita dan juga di kampus kita tempat kita menuntut ilmu khasnya .
Kalau benar ini menjadi cita – cita kita , wahai mahasiswa ! lupakan segala karenah dan masaalah peribadi atau masaalah lepak-melepak atau mengawan . Hindarkan jua masaalah yang hanya dicetuskan oleh media, fitnah, tuduhan dll . Telah tiba waktunya kita memberi keutamaan kepada persoalan amal Islami dan bagaimana melaksanakan masa depan ummah dan membanteras gejala maksiat .