{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)}
(al-Hujurat : 15)
Saturday, November 28, 2009
FIKRAH Mahasiswa-6
MAHASISWA :
ENGINE KEMENANGAN
Mahasiswa adalah engine penggerak yang bertanggungjawab mengaktifkan jamaah agar tidak sekadar berfungsi tetapi mampu mencetus gerakkerja berkesan , menumbuh kesedaran ahli , meraih sokongan pengundi dan membawa pulang 'sijil' kemenangan .
Jentera mahasiswa menjadi sandaran jamaah dan harapan ummah yang mahukan agenda perubahan berjaya dilaksanakan dengan baik . Pendek kata , sebahagian dari faktor kemenangan jamaah dalam pilihanraya kampus mahupun Negara bergantung kepada sejauh mana keupayaan dan kemampuan jentera melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka dengan amanah dan istiqamah .
Apa yang paling penting , ia turut bergantung kepada tahap prestasi diri setiap individu mahasiswa , apakah ia menepati piawaian jentera yang ikhlas , taqarrub Ilallah , soleh , benar dan sebagainya yang mampu meraih redha Allah swt. sehingga turun nusrah atau mau'nahNya .
Syarat Menang Mestilah Berjuang
Saya mengharapkan Jentera Mahasiswa dapat melaksanakan tanggungjawab ini [ berjuang dan menang ] dengan penuh dedikasi dan 'memberi' yang terbaik . Tampil dengan himmah yang tinggi , syaksiyyah yang solehah dan perwatakan yang meyakinkan sebagai duta jamaah .
Ingatlah , bahawa kita menyertai perjuangan ini bukan kerana tuntutan pengaruh semata-mata atau dalam Negara mengunakan system demokrasi jauh sekali untuk beriman dengan demokrasi , tetapi kita menyertai perjuangan islam ini adalah amanah untuk membawa risalah perjuangan suci yang kita dokong selama ini dan mendaulatkannya iaitu syariat Islam dan seluruh syiarnya, dan apa yang penting melaksanakan tuntutan Allah s.w.t selaku kita adalah hambanya yang hina di sisi Allah s.w.t
Maknanya kita merupakan engine baru mesti di gilap jiwa kita dan mesti gigih,tekun, sabar dan istiqmah serta teliti tanpa peduli apa halangan yang terpaksa kita hadapi sebagaimana kita bekerja keras dan rajin , serta tegas tanpa menghiraukan apakah keputusan yang akan kita perolehi , menang atau kalah .
Berkali telah saya tegaskan bahawa perjuangan kita tidak syarat menang atau memliki pengaruh yang ramai, tetapi untuk mencapai kemenangan dan pengaruh yang ramai syaratnya mestilah kita berjuang . Saya teringat akan pesanan Tok Guru saya, sekiranya kita hendak memilik pengaruh yang ramai atau musuh mengeruni kita. Hendaklah terlebih dahulu kita mengerunkan dan mengukur diri kita samaada kita betul-betul takut akan Allah atau pun tidak. Sekiranya kita takut kepada Allah sudah tentu kita menjadi insan soleh berjiwa islam.
Sekurang - kurang perkara yang perlu dilakukan oleh Mahasiswa ialah :
1. Rohani Yang Mantap .
Maksudnya : Mahasiswa jangan turun beraksi [ berjuang ] tanpa mempersiapkan diri dengan kerohanian yang mantap atau erat hubungan dengan Allah swt. Turunlah dengan nama Allah swt. bersama iringan doa memohon restu Allah swt agar apa jua bidang tugasan yang kita lakukan beroleh kejayaan dan hasil yang gemilang .
Janganlah kerana tugas, jadual waktu yang padat kononnya , kita abaikan tanggungjawab asas kita sebagai seorang hamba Allah swt dan menjarakkan hubungan kita denganNya . Sebagai contoh , mengabaikan solat 5 waktu dan meringan - ringan solat berjamaah atas alasan keletihan setelah berjaga malam dengan kerja dan tugasan atau assignment yang banyak .
Konsisten dengan munajat dan solat hajat adalah suatu yang sentuhan terbaik jika dilakukan oleh jentera sendiri berbanding orang lain tanpa menafikan orang lain juga perlu terus bermunajat .
2. Akhlak Mahmudah.
Merujuk kepada syakhsiyyah atau peribadi yang terpuji . Bukan hanya terhenti kepada perilaku tetapi juga tutur bicara , penampilan , pakaian , interaksi dan segalanya mestilah lunak , berhemah dan menawan hati .
Saya percaya , mahasiswa antara orang yang paling letih dan penat sepanjang tempoh perjuangan ini. Kekadang mereka tidak sempat makan dan tidak cukup tidur demi memastikan segala urusan dan gerakkerja berjalan lancar mengikut jadual dan kadang-kadang ada yang tergadai pencapain akademik mereka demi kepentingan pencapaian orang lain. Waktu - waktu beginilah emosi mudah terganggu dan kesabaran mudah tercabar .
Mahasiswa mesti tabah dan berjiwa besar . Bekerjalah dengan tenang dan sentiasa bertindak sambil mengorak senyuman yang menggamit damai setiap orang yang berurusan dengan jentera mahasiswa . Sabarlah menghadapi karenah orang ramai yang pastinya pelbagai ragam . Anggaplah segalanya adalah ujian dan kita tanganinya dengan hikmah dan sakinah .
Tambahan pula berdepan provokasi musuh , mahasiswa mestilah bijak mengawal keadaan dan awasi situasi agar tidak terperangkap .
3. Dengar dan Taat .
Suasana berjuang seringkali meletakkan mahasiswa berhadapan dengan arahan yang bersifat ad hoc (sementara) atau tugasan diluar garis pandu dan bidang tugas yang telah diputuskan . Mahasiswa mesti sabar dan tabah menghadapi keadaan ini . Jangan merajuk apalagi menunjuk sikap protes terhadap pimpinan dan beremosi dengan kepimpinan walaupun di dalam meeting .
Laksanakan tugas atau arahan sebaik mungkin dengan hati yang mengharapkan redha Allah swt dan mengharapkan keputusan yang positif serta hasil kerja yang terbaik . Jangan sekali - kali melaksanakan tugasan secara sambil lewa atau sekadar melepaskan batuk ditangga .
Bekerja dan berjuanglah dengan rasa bangga bukan rasa bersalah meskipun kita berhadapan dengan penguasaan musuh . Selesaikan tanggungjawab sebagaimana yang diharapkan semampu mungkin sekalipun kita terpaksa mengorbankan kepentingan diri seperti masa , wang ringgit , tenaga malah darah dan nyawa jika perlu .
4. Faham dan Ikhlas
Mahasiswa mestilah terlebih dahulu menguasai satu - satu bidang atau perkara yang diamanahkan kepadanya sebelum dilaksanakan agar menghasilkan keputusan yang baik . Jangan segan untuk bertanya dan jangan rasa rendah diri untuk menerima tunjuk ajar walau dari sesiapa . Apatah lagi menerima tunjuk ajar dari pimpinan atau mereka yang berpengalaman .
Mahasiswa mestilah faham matlamat dan objektif sesuatu tanggungjawab yang digalaskan kepadanya dan laksanakannya kerana Allah swt bukan kerana manusia atau lainnya. Setiap masaalah yang timbul mestilah segera dirujuk kepada pihak yang berhak membuat keputusan .
Lantaran ikhlas kita kepada Allah swt , maka kerja yang kita lakukan jangan mengharap imbuhan apalagi pujian manusia . Saya tidak nafi bahawa setiap kerja perlukan peruntukan kewangan , namun kita menyedari bahawa peruntukan tidak semesti cukup dan memadai . Kita memerlukan pengorbanan untuk berjaya dalam perjuangan ini .
5. Tindakan berasaskan Syura.
Elakan sikap bertindak sendirian , demikian juga keputusan sendiri mestilah dihindarkan sebaliknya merujuk kepada keputusan bersama yang diputuskan melalui mesyuarat samaada diperingkat jentera dalam bidang kuasa tertentu atau keputusan yang telah diambil oleh kepimpinan jamaah .
Mungkin sesuatu keputusan itu tidak menepati selera dan kemahuan kita . Maka kita mestilah bertanggungjawab dengan keputusan tersebut dan laksanakan amanah tanpa sebarang rasa ralat di dalam hati .
Contoh : Isu penetapan calon yang bertanding dalam pilihanraya kampus. Besar kemungkinan calon yang diputuskan oleh pimpinan kelak bukanlah calon favourite kita , maka kita tidak perlu gundah jauh sekali berpaling tadah meninggalkan jamaah atau tutup pos sebagai protes .
Kita berjuang kerana Allah swt bukan kerana calon dan bukan kerana sesiapa . Keputusan syura insyaallah akan membawa kebaikan kepada kita , jamaah dan perjuangan Islam itu sendiri insyaallah .
Bagaimana Mahasiswa Menggerakkan Perjuangan Memburu Kemenangan
Sabda Rasulullah saw :
و من أبي عبد الله خباب بن الأرت رضى الله عنه قال شكونا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو متوسد بردة له في ظل الكعبة فقلنا : ألا تستنصرلنا ؟ ألا تدعولنا ؟ فقال : قد كان من قبلكم يؤخذ الرجال فيحفر له في الأرض فيجعل فيها ثم يؤتى بالمنشار فيوضع على رأسه فيجعل نصفين و يمشط بأمشاط الحديد ما دون لحمه و عظمه ما يصده ذلك عن دينه و الله ليتمن الله هذا الأمر حتى يسير الراكب من صنعاء إلى حضر موت لا يخاف إلا الله و الذئب على غنمه و لكنكم تستعجلون
Maksudnya : Dari Abi Abdullah Khabbab bin al Arat Rha. telah berkata : Kami telah mengadu kepada Rasulullah saw sedang Rasulullah saw pada waktu berbaring di bawah naungan Kaabah berbantalkan serban . Maka kami bertanya : Apakah Tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita ? Adakah tidak Tuan berdoa bagi pihak kita ?
Maka berkata Rasulullah saw : Sesungguhnya orang - orang sebelum kamu , ditangkap seorang lelaki lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya , kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya , namun demikian itu tidak memalingkan ia dari agamanya.
Demi Allah . Nescaya Allah menyempurnakan urusan ini ( agama Islam ) sehinggalah musafir dari Sana'a ke Hadhra Maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah , akan tetapi kamu adalah golongan yang gopoh .
Riwayat Imam Bukhari
Keghairahan untuk meraih kemenangan perlu ditenangkan seraya kita merujuk kepada manhaj perjuangan Nabi kita Muhammad saw bagaimana baginda saw. membina kemenangan .
Hadis ini sebagai renungan kita memaparkan bagaimana sikap Nabi saw disaat berhadapan dengan keadaan yang sangat kritikal , apabila para sahabat rhm. sering di siksa dengan dahsyat oleh kuffar musyrikin .
Antara mereka ialah Khabbab al Arat yang disalai oleh musyrikin di atas bara api dan dikelar jasadnya dengan besi panas sehingga masak dan luluh daging jasadnya . Kesan penyiksaan tersebut meninggalkan parut yang sangat hodoh pada diri Khabbab . Satu ketika Khabbab rha inilah yang pergi bertemu Nabi saw. yang sedang beristerehat di tepi Kaabah lantas bertanya : Apakah Tuan tidak berdoa kepada Allah agar kita menang ?
Sahabat sekalian :
Yang bertanya ialah insan yang berjuang malah menghadapi penyiksaan dahsyat oleh musuh dengan begitu tabah sekali . Yang bertanya ialah sahabat yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk pertahankan prinsip dan pegangan agama . Insan yang bertanya ialah sahabat yang telah mewaqafkan dirinya untuk Islam dan perjuangan suci ini , tiba - tiba ..
Nabi saw. menjawab bahawa orang terdahulu lebih teruk menerima penyiksaan dari musuh - musuh Allah swt sehingga ada yang digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan jasadnya disikat dengan sikat besi sehingga bercerai daging dari tulangnya namun mereka tetap mempertahankan agamanya .
Maka kamu yang datang meminta - minta agar di doakan kemenangan , biarpun kamu sangat perit berhadapan dengan kezaliman musuh , kamu adalah golongan yang gopoh dan tidak sabar menanti kemenangan yang dijanjikan Allah swt .
Sifat Kemenangan .
Kemenangan adalah suatu yang dianugerah oleh Allah swt . Ianya ( kemenangan ) tidak boleh dicipta oleh kita dengan maksud tiada kemenangan buatan kita selain ia anugerah Allah swt dan tiada jalan pintas untuk mencapai kemenangan . Demikianlah sunnatullah terhadap kemenangan atau nusrah yang dijanjikan buat mereka .
Sebagai analogi yang boleh saya bentangkan sebagai renungan kita bersama ialah bagaimana situasi seekor anak burung yang masih berada di dalam cengkeram telor sebelum ia dilahirkan ke bumi yang ganas ini .
Anak burung di dalam cengkerang telor tersebut , mahu tidak mahu ia terpaksa menunggu satu tempoh matang ia menetas dan akhirnya hidup untuk membesar seperti burung yang lain . Andai kata anak burung ini tidak sabar untuk menetas demi melihat alam yang indah ini lalu ia cuba untuk memecahkan cengkerang telor dari dalam dengan paruhnya yang masih muda , nescaya usahanya itu gagal dan sia - sia .
Sikap tidak sabar ibunya juga boleh membawa padah kiranya tidak sabar ingin melihat anak kesayangannya lahir atau menetas lalu ia memecahkan cengkerang telor itu dengan paruhnya yang kuat , maka keluarlah anaknya tetapi tidak mampu bertahan lama kerana belum masanya yang matang bagi ia hidup . Anak burung itu akan mati binasa angkara sikap gopoh ibunya.
Syarat Kemenangan
Saya kira demikianlah perihal perjuangan yang kita dokong ini . Walaupun kita ini bukanlah anak burung yang masih lemah tetapi kita mesti sabar menanti detik kemenangan yang bakal di anugerahkan oleh Allah swt setelah kita berjaya mendatangkan syarat - syarat kemenangan dengan baik dan berkesan .
Kita mesti mengambil sunnatullah dalam perjuangan suci ini dengan kita
- gigih berjuang ,
- ikhtiar melepasi segala cabaran ,
- ikhlas dan istiqamah dalam mengenderai perjuangan ,
- tabah mendepani ujian serta halangan dan
- berkorban apa jua sebagai taruhan buat perjuangan mulia ini .
Jangan sekali - kali kita keluar dari landasan sunnatullah ini kerana tidak sabar hendak menang atau memiliki pengaruh yang ramai
Kita bukan tidak mahu kemenangan atau memiliki pengaruh yang ramai , tetapi kita mestilah melihat kepada beberapa persoalan bersama jawapannya terlebih dahulu .
Pertama : Untuk apa kemenangan itu mahu dicapai ? apakah ia bermaksud memberi kemenangan kepada Islam ?
Kedua : Bersediakah kita dengan kemenangan ? apakah kemenangan itu kelak tidak menjadi fitnah kepada kita dan perjuangan yang didokong ini ?
Ketiga : Bagaimana kemenangan itu dicapai ? apakah ia tidak melanggar batas syara' dan prinsip amal islami ? kerana sudah tentu kaedah Islam ialah Matlamat tidak menghalakan cara .
Semua persoalan diatas mesti dijawab dengan hati yang jujur , jiwa yang tulus dan aqal yang ikhlas mengenai bagaimana situasi kita terhadap kemenangan yang ingin dicapai .
Tiada jalan pintas dalam Mencapai Kemenangan .
Jalan pintas bagi mengusahakan kemenangan buat perjuangan kita yang murni ini , ia mungkin boleh tercapai tetapi ia hanyalah sebuah kemenangan yang rapuh dan lemah .
Jalan pintas hanya laluan yang sering digunakan oleh golongan musta'jilun ( gopoh ) yang mungkin berjuangnya tidaklah setara mana.
Bukan bermakna kita tidak mahu menang dan selesa pula menjadi orang yang kalah , tetapi kita doakan agar kemenangan yang kita capai tidak menjadi fitnah kepada diri dan perjuangan Islam ini . Apa yang lebih jelas ialah kita berjuang dan berkorban sehabis daya dan upaya guna memastikan Islam berdaulat di atas tanahair kita dengan mengambil sunnatullah dalam perjuangan ini .
Antara sunnatullah dalam perjuangan ini :
Firman Allah swt :
لو كان عرضا قريبا و سفرا قاصدا لتبعوك و لكن بعدت عليهم الشقة
Jika sekiranya ( perjuangan ) ini suatu capaian hasil yang dekat dan perjalanan yang singkat nescaya mereka ( musyrikin ) akan mengikut engkau , akan tetapi ( perjuangan ) ini jauh perjalanannya dan dirasakan sukar ke atas mereka .
demikian juga Firman Allah swt :
و اذ يمكر بك الذين كفروا ليثبتوك أو يقتلوك أو يخرجوك و يمكرون و يمكر الله و الله خير الماكرين
dan ingatlah ketika orang - orang kafir merancang untuk memenjarakan kamu , membunuh kamu dan menghalau kamu keluar daerah , mereka merancang dan Allah swt juga merancang dan Allah swt sebaik - baik perancang .
Surah al Anfaal . Ayat : 30
- Jauh perjalanan ,
- sukar halangannya ,
- dipenjara ,
- dibunuh dan
- dihalau
adalah 5 item sunnatullah yang mesti ditempuh melengkap manhaj perjuangan ini.