{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)}
(al-Hujurat : 15)
Tuesday, December 1, 2009
JALAN TARBAWI
Medan Dakwah Itu Sangat Luas, Maka Pilihlah Mana Yang Sesuai Bagi Diri Kamu
Ketika mana dakwah itu masih di peringkat pengasasan dan pembinaan, para du’at perlu memilih mana-mana cara yang sesuai untuk dipraktikkan di tempat yang sesuai.
1. Mulakanlah dengan yang dekat sebelum yang jauh
2. Mulakan dengan yang kecil / muda sebelum yang besar / tua
3. Dahulukan yang tawadhu’ berbanding yang takabbur
4. Dahulukan yang berpendidikan sebelum yang buta huruf
5. Utamakan yang masih bebas (tidak menganggotai mana-mana kumpulan) dari yang telah ada keanggotaan
6. Utamakan kawan-kawannya di tempat kerja sebelum yang lain
1. Mulakanlah dengan yang dekat sebelum yang jauh
Maka dakwah kepada yang dekat ini tidak memerlukan kita berjalan jauh kerana mereka sedia ada di depan kita. Hakikatnya, kaum kerabat kita dan jiran-jiran kita juga ingin merasai sentuhan dakwah seperti yang kita dapat.
Mereka ini lebih kita kenali, malah tidak memerlukan kita untuk mengumpul maklumat tentang diri mereka kerana telah dikenali sejak sekian lama. Malah tidak memerlukan kepada mukadimah yang banyak.
Para daie perlu menegur jiran-jiran dan kerabatnya dengan dengan baik, jika tidak mereka akan lari. Dia tinggal bersama-sama mereka dan mereka melihat kebaikan dan keburukannya, merasai suka dan duka bersama-sama mereka. Maka dia (para daie) itu bertanggungjawab ke atas mereka.
Nabi saw telah mengkritik orang-orang yang tidak mengajar dan menegur jiran-jiran mereka, malah telah mengancam dengan hukuman kerana lalai dengan taklifan dakwah ini (2). Hatta Rasulullah saw sendiri ketika memulakan dakwah, Allah swt telah menyuruhnya berdakwah kepada kaum kerabatnya. Firman Allah swt :
öÉRr&ur y7s?uϱtã úüÎ/tø%F{$# ÇËÊÍÈ
214. dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu Yang dekat (3).
Imam Ar-Razi berkata :
Maka selepas itu, Baginda saw disuruh berdakwah kepada kaum kerabatnya. Ini kerana, apabila di dicaci dan menghadapi ujian, maka kerabatnya juga akan menerimanya. (Lalu mereka boleh menolongnya).
Diriwayatkan di dalam Sohih Bukhori, dari Ibnu Abbas r.a katanya :
Ketika mana turunnya ayat ini ( Surah Asy-Syura : 214 ), Nabi Muhammad telah menaiki bukit safa lalu dia menyeru : “ Wahai Bani Fahr, Wahai Bani ‘Adi ”.
Maka semua kaum Quraisy pun berkumpul, malah sesiapa yang tidak mampu untuk keluar dari rumah, dia akan mengutuskan seseorang untuk mendengar perkhabaran dari baginda. Sabda baginda : “Adakah kamu semua akan percaya jika aku mengatakan bahawa ada sekumpulan kuda (tentera) ingin menyerang kamu semua, adakah kamu akan percaya? ”.
Jawab mereka : “ Ya, kami tidak pernah melihat engkau berbohong ”. Lalu sabda Nabi saw : “ Sesungguhnya aku ini adalah pemberi peringatan kepada kamu semua tentang azab yang pedih ” (4).
Ibnu Hajar berkata :
Dan sebab mengapa disuruh supaya berdakwah kepada kaum keluarga dulu adalah, supaya apabila dia berdakwah kepada orang lain, mereka tidak akan memberikan sebab (mengapa tidak berdakwah kepada keluarga sendiri dulu) yang boleh menghalang dakwah (5).
2. Mulakan dengan yang kecil / muda sebelum yang besar / tua
Ini kerana budak kecil masih belum terikat pemikirannya dengan mana-mana fahaman atau mana-mana pihak. Berurusannya dengannya adalah lebih mudah berbanding dengan orang tua yang telah memilih jalan hidupnya sendiri, terikat dengan banyak pihak dan penuh dengan tanggungjawab.
Manakala bagi budak kecil yang telah meyahut dakwah, dia terus boleh diproses dan dibentuk. Para du’at tidak perlu menghabiskan masa yang panjang untuk membuang adat-adat dan kebiasaan jahiliyyahnya, malah lebih cepat untuk menerima dan mengamalkan akhlak-akhlak islam.
Kanak-kanak ataupun budak kecil ini, memang sudah menjadi tabiat mereka adalah menjadi pengikut kepada dakwah para rasul. Di dalam kisah Nabi Musa a.s. , Allah swt berfirman:
!$yJsù z`tB#uä #ÓyqßJÏ9 wÎ) ×pÍhè `ÏiB ¾ÏmÏBöqs% 4n?tã 7$öqyz `ÏiB cöqtãöÏù óOÎg'Z~tBur br& óOßgoYÏGøÿt 4 ¨bÎ)ur cöqtãöÏù 5A$yès9 Îû ÇÚöF{$# ¼çm¯RÎ)ur z`ÏJs9 tûüÏùÎô£ßJø9$# ÇÑÌÈ
83. maka tidaklah ada Yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun Dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana Sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi, dan sebenarnya ia dari orang-orang Yang melampaui batas.(6)
Tidaklah dimaksudkan dengan kata-kata ini, kita boleh meninggalkan orang-orang tua. Tetapi apa yang dimaksudkan adalah penerimaan dan penyambutan dakwah oleh budak kecil lebih cepat. Kanak-kanak pada hari ini adalah pemuda masa depan, merekalah harapan ummah.
3. Dahulukan yang tawadhu’ berbanding yang takabbur
Sifat tawadhu’ yang ada seseorang mad’u itu adalah satu kemungkinan untuk dia menyambut dakwah dan kebenaran. Manakala orang yang takabbur pula menunjukkan kepayahannya untuk menerima kebenaran dan suka mencemuh manusia. Justeru, kita dapati pengikut-pengikut para rasul adalah dari kalangan orang-orang kaya yang bersyukur dan tawadhu’ ataupun orang-orang fakir yang lemah dan sabar.
Dakwah kepada golongan sebegini lebih banyak membuahkan hasil pada kebiasaannya. Ini juga bukanlah bermaksud melarang berdakwah kepada yang lain. Sesungguhnya keuntungan yang diperolehi berdekatan dengan kita adalah lebih mudah, sebelum kita mengaut keuntungan dari tempat yang jauh. Begitu juga dengan dakwah, cari pendokongnya dari yang dekat. Maka apabila telah ramai pendokongnya, mudahlah penyebaran dakwah itu sendiri.
4. Dahulukan yang berpendidikan sebelum yang buta huruf
Ini adalah kerana peranan yang boleh dimainkan oleh orang yang berilmu dan berpendidikan itu lebih luas. Dia lebih berkemampuan dari yang lain untuk mengeluarkan pendapat-pendapat dan membuat pemilihan. Iaitu memilih fikrah-fikrah yang dapat memberikan kesedaran, dan kebiasaannya dia akan lebih beriltizam dengannya. Selain itu, orang yang bijak dan berpendidikan ini lebih mengetahui perbezaan dan khilaf-khilaf dikalangan para ulama’ serta mengetahui sebab berlakunya perbezaan ini berbanding yang lain.
5. Utamakan yang masih bebas (tidak menganggotai mana-mana kumpulan) dari yang telah ada keanggotaan (Al-Muntama)
Orang yang masih ‘bebas’ ini, tidak terikat dengan mana-mana pihak, dia duduk di pertengahan. Manakala orang telah menganggotai mana-mana kumpulan (Al-Muntama), maka dia telah terkeluar dari di pertengahan dan menjadi pendokong pihak yang dianggotainya.
Untuk menarik mad’u yang bebas ini adalah lebih mudah berbanding Al-Muntama ini. Namun begitu, jika Al-Muntama ini menukar pendiriannya kepada sesuatu fikrah yang lebih baik, dia akan mampu melebihi orang lain kerana mempunyai pengalaman yang luas dan persediaan lebih baik. Hakikatnya, ia jarang-jarang berlaku.
6. Utamakan kawan-kawan di tempat kerja sebelum yang lain
Ini kerana, kawan-kawan di tempat kerja tersebut selalu kita jumpa, bidang percakapan juga lebih luas serta banyak persamaan. Sebagai contohnya, doctor lebih sepadan doctor berbanding jurutera, peguam lebih sesuai dengan peguam berbanding guru atau pensyarah dan sebagainya.
Oleh itu, para daie yang bersih hatinya dan mempunyai rasa berlumba-lumba melakukan kebajikan akan cuba sedaya menjadikan rakan sekerjanya merasai sentuhan tarbiyah ini.
Berdakwah mengikut marhalah-marhalah dakwah tersebut
Kadang-kadang dakwah itu berada di peringkat pengumpulan dan penyebaran, kadang-kadang di peringkat melaksanakan misi atau projek-projek tertentu (seperti : pendidikan, ekonomi, kemanusiaan @ kemasyarakatan dan politik). Maka pada setiap peringkat mempunyai keperluan atau kehendak yang berbeza, yang kita perlu penuhi. Ini dapat kita fahami dari sabda Baginda saw :
(( اللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ بِأَحَبِّ هَذَيْنِ الرَّجُلَيْنِ إِلَيْكَ ، بِأَبِيْ جَهْلٍ أَوْ بِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ ))
Maksudnya : “ Ya Allah, muliakanlah Islam ini dengan dua orang lelaki yang aku cintai : Abi Jahal atau Umar Al-Khattab.” (7)
Kalau kita perhatikan, marhalah dakwah ketika itu adalah di Mekah. Dakwah islam kebanyakannya tersebar dikalangan orang-orang yang lemah dan fakir. Dakwah pada itu perlu disebarkan secara terang-terangan. Oleh itu, tokoh seperti Saidina Umar sangat sesuai untuk menjadikan dakwah islam bertukar ke peringkat yang seterusnya, iaitu disebarkan secara terbuka. Selepas Saidina Umar masuk islam, dakwah islam telah memasuki fasa perubahan yang baru, iaitu dari sirr (rahsia) kepada jahar (terang-terangan).
Di dalam kisah yang lain pula, ketika Mus’ab bin Umair diutuskan ke Yathrib (Madinah), dia telah berjaya mengislamkan dua tokoh besar di Madinah ketika itu iaitu ; Usaid bin Hudhair dan Sa’ad bin Mu’az. Selepas mereka masuk islam, mereka telah berjaya mempengaruhi kaum-kaum mereka untuk memeluk islam.
Kesimpulannya daripada dua kisah di atas, kita perlu memusatkan segala usaha dakwah kepada pusat tumpuan atau markaz sesuatu masyarakat supaya kerja-kerja dakwah dan proses merubah sesuatu masyarakat tesebut lebih cepat. Juga, kita perlu berdakwah berdasarkan peringkat atau tahap dakwah tersebut.
Wallahu’alam…
PENUTUP
Semoga sedikit usaha ana ini diterima oleh Allah swt sebagai amal soleh amin. Terjemahan yang dibuat bukanlah secara bulat-bulat, tetapi ana menggunakan uslub bahasa yang lebih sesuai supaya mudah difahami.
Wallahu’alam.
(2) Majma’ Zawaid
(3) Surah Asy-Syura : 214
(4) Fathul Bari oleh Ibnu Hajar Al-Asqolani
(5) Fathul Bari
(6) Surah Yunus : 83
(7) Hadis Riwayat At-Tarmizi
Artikel ini adalah terjemahan tulisan dari buku Qowaid Ad-Dakwah ila Allah oleh Dr. Hammam Abdul Rahim Sa’id. Diterjemahkan oleh Ustaz Mohd Naqib Hamdan.