{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)}
(al-Hujurat : 15)
Wednesday, November 11, 2009
FIKRAH Mahasiswa-2
Apa yang harus dilakukan
oleh MAHASISWA
Untuk Menghadapi cabaran
( siri 2 )
1. Tingkatkan kesedaran Thaqafah dan Tasawwur Amal Islami ( ilmu pengetahuan ) menghadapi serangan pemikiran yang kian sengit dan mencabar .
2. Memelihara aqidah Imaniah sehingga mampu menangkis segala syubhah dan helah aqidah yang dilontar oleh musuh dalam apa jua bentuk isu .
3. Bergabung dengan kepimpinan Islam dan gerakerjanya . Kita akan selamat dari lingkaran propaganda yang penuh fitnah dan kekeliruan sehingga lahir golongan teras yang terpilih untuk membantu ugama Allah swt .
4. Membina semangat jihad dan daya prihatin yang tinggi untuk mempertahankan Islam dan ummat dari serangan pemikiran . propaganda isu dan keganasan senjata musuh , sehingga kita berjaya mengembalikan kecemerlangan Islam .
Firman Allah swt :
فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ .
بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرحيم
Maksudnya : Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
( Ar Ruum 4 - 5 )
ISU DALAM WAJAH : KERUNTUHAN MORAL
Kepincangan nilai dan keruntuhan moral di kalangan MAHASISWA hari ini amat membimbangkan , sehingga ia menjadi satu masaalah kronik bagi negara - negara ummat Islam . Keruntuhan ini adalah natijah dari pakatan jahat yahudi dan barat yang mengorientasikan budaya kuning untuk meneruskan penjajahan mereka keatas minda ummat Islam .
Mereka meransang nafsu dan menaja sex bebas serta hiburan yang tidak terbatas untuk menyeret mahasiswa-mahasiswi menjadi liar dan buas semata - semata mencari kepuasan yang tak kunjung puas . Media massa cetak dan elektronik turut memainkan peranan untuk menuang minyak ke atas nyalaan api nafsu yang membara , mencetus noda dan dosa tanpa mengenal ketika dan masa pula tidak memperdulikan azab dan neraka .
Majallah - majallah dan video - video lucah laris di pasaran sementara ia mudah diperolehi tanpa segan silu , malah ianya suatu yang rutin bagi Mahasiswa hari ini. Mahasiswa di Kampus dan di luar Kampus tidak terlepas dari bahang runtuhan moral yang berlaku di celah - celah pembangunan yang mencakar langit .
Penyakit AIDS dan HIV marak menular angkara runtuhan moral yang kian parah bagai satu amaran keras dari ilaahi buat semua manusia agar sedar dan insaf . Barat menaja kebebasan untuk terus memancing ummat Islam agar terus asyik dan alpa dengan runtuhan nafsu syahwah . Mereka mendakwa kebebasan adalah kebabanggan antarabangsa .
KEBEBASAN TAJAAN BARAT
1. Bebas dari kongkongan tanggungjawab di kolej-kolej . Sehingga mereka lebih senang mengunjungi kelab - kelab malam dan pusat - pusat hiburan dari tingggal di kolej-kolej .
2. Bebas berpakaian malah sampai keperingkat berpakaian tetapi telanjang .
3. Bebas bertindak tanpa terbatas kepada disiplin , akhlak dan tatasusila . Adab kesopanan dianggap suatu kongkongan kehidupan .
4. Bebas beraqidah dan memegang prinsip.
5. Pembebasan wanita dengan menuntut hak yangg sama seperti lelaki dan tidak lagi sebagai mahasiswi yang solehah atau suri rumah atau pembantu lelaki bagi yang sudah berkahwin .
6. Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat sekalipun ianya menyentuh pihak yang lain . Ini membuka ruang untuk mereka menghina Islam .
7. Kebebasan media massa sehingga ia diluar kawalan adab kemanusiaan . Sementara media ini menjadi salah satu saranan penting untuk mencetak minda masyarakat . ( dalam masa yang sama mereka mengekang Islamic media )
ISU DALAM WAJAH : TENTANGAN PEMERINTAHAN SEKULAR
Pemerintahan sekular adalah sebuah pemerintahan yang menjarak agama dari politik .
( أد ما لقيصر لقيصر و ما لله لله ). Ini bererti semua orentasi pemerintahan dan pentadbiran negara bebas serta tidak terikat dari prinsip dan pandangan agama . Sebaliknya berasaskan kepada apa yang dipandang baik oleh pemerintah.
Sedang Islam adalah satu agama yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk urusan pemerintahan negara mestilah tunduk dan patuh kepada hukum Ilahi
َأَنْ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنْ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ . أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنْ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ . يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.
Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
( Al Maidah 49 - 51 )
Pemerintahan sekular adalah natijah kepada serangan pemikiran yang dihadapkan kepada ummat Islam . Ianya berfungsi untuk membendung semangat beragama yang ada pada ummat Islam sekaligus mereka mampu mematahkan usaha penguasaan terhadap ummat Islam.
Antara tindakan yang diambil untuk mengekalkan pemerintahan sekular ialah :
1) Menyebarkan fikrah tidak beragama (فكرة اللادنية )
• Mereka memaksa pemikiran ini bertapak di minda ummat Islam dengan apa jua cara termasuk kekerasan .
• Mereka memaksa anak-anak ummat Islam mempelajari sejarah dan tamadun Barat melalui sistem pendidikan yang terpisah jauh dari ruh Ubudiyyah.
• Melontarkan istilah - istilah negatif kepada pejuang Islam seperti pelampau , ekstrim dan lain-lain untuk menanam rasa benci kepada Islam dan pejuangnya di hati mahasiswa Islam .
• Menganjur perhimpunan yang bercampur gaul lelaki dan perempuan sehingga ia dianggap rutin dan bertamadun serta terkini.
• Mencipta pelbagai fesyen pakaian yang mendedahkan aurat.
2) Mengekang Harakah Islamiyyah
• Mereka meletakkan Harakah Islamiyyah sebagai musuh utama mereka yang mampu menggugat kestabilan pemerintahan mereka dan mampu kembali menyatukan kesatuan ummat Islam.
• Lantaran itu, mereka mengambil tindakan tegas demi menghalang Harakah Islamiyyah . Pelbagai tuduhan dan helah ( isu ) dilakukan semata-mata untuk memastikan Harakah Islamiyyah berkubur.
3) Undang-undang ciptaan manusia
• Hasrat mereka adalah untuk melenyapkan syariah Islamiyyah daripada terus bertapak di bumi dan di hati ummat Islam.
• Mereka membentuk demokrasi dan undang-undang ciptaan manusia untuk mentadbir negara dan masyarakatnya sebagaimana mereka meletakkan sistem kapitalis dalam pengurusan ekonomi.
• Memecahkan kesatuan negara-negara ummat Islam kepada negara-negara kecil yang mempunyai undang-undang masing-masing selain dari syariat Islamiyah.
• Mengekalkan prinsip politik sekular mereka ( pecah dan perintah ).
4) Sistem pendidikan sekular
• Suatu sistem yang membuatkan mahasiswa/wi tidak mengenal Islam malah tidak mengenal lagi kalimah syahadah .
• Sistem yang memburuta kehidupan dunia yang sementara dan lupa kehidupan akhirat yang kekal.
• Sistem yang memuja kebendaan dan kedudukan serta memandang rendah hidup beragama.
• Sistem yang membuang jauh ruh agama dari setiap mata pelajaran yang dikemukakan di peringkat sekolah dan universiti .
• Sistem yang mendidik pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sejak di peringkat bawah hingga ke peringkat universiti.
• Menghapuskan tulisan jaawi atau huruf al-Quran dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia agar ummat Islam jauh dari sumber utama syariat mereka.
Wahai Mahasiswa Mahasiswi ……
Masa depan ditanganmu !! Dan ianya Milik Islam …..
Kealpaan dan sikap tidak mengambil berat merupakan agen pembunuh yang sangat berbahaya . Ia mampu membunuh stamina perjuangan seorang aktivis sekaligus mampu melumpuhkan sebuah gerakan Islam yang besar jika kehadirannya tidak dibanteras.
Islam adalah suatu agama yang optimis , sensitive dan responsive , ia melarang ummatnya beku membatu diri , pasif dan dhoif . Sungguhpun suatu kenyataan bahawa kini ummat islam telah ditekan dan ditindas serta dikepung dari segenap arah oleh musuh-musuh Islam yang begitu ramai dan memiliki segala kelebihan maddiah.
Namun, sebagai seorang mahasiswa muslim, kenyataan itu tidak sewajarnya menjadikan kita kaku dan berputus asa terhadap amal Islami malah sebaliknya menyemarakkan semangat perwira dan jiwa keislaman mahasiswa untuk menghadapi segala kemungkinan . Justeru Islam bukanlah satu agama yang menjanjikan kemenangan dan kejayaan di dunia malah ia satu agama yang membawa berita gembira untuk kemenangan di dunia dan di akhirat.
Penguasaan Kuffar akan tiba hari dan saatnya untuk ia jatuh tersungkur mencium bumi bersama kebesaran dan keangkuhan mereka. Namun khabar gembira ini adalah suatu yang amat mahal nilai harganya. Ia tidak mungkin berlaku tanpa pengorbanan dan kegigihan pejuang-pejuang Islam yang tidak mengenal erti penat dan putus asa, demikianlah sunnatullah
إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ
Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
( Ali - Imran 140 )
Firman Allah swt. yang bermaksud :
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
( An - Nuur - 55 )