{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)} (al-Hujurat : 15)

Tuesday, September 28, 2010

TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH



TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH





A. MUQADDIMAH



Di antara sifat-sifat tarbiyyah Islamiyyah itu, ianya mestilah syumul sebagaimana syumulnya Islam. Ia tidak boleh ditumpukan kepada sebahagian daripada aspek fitrah manusia, dan tanggungjawab rnereka di atas muka bumi ini. Ia tidak boleh ditumpukan kepada aspek kerohanian dan akhlaq sahaja, seperti penumpuan yang dinyatakan oleh bidang tasawwuf dan akhlaq tanpa menafikan bahawa ianya juga adalah wajib.



Ia tidak boleh ditumpukan kepada aspek mengemukakan teori-teori 'aqliyyah sahaja seperti dibincangkan oleh ahli-ahli falsafah, dengan menyedari bahawa 'aqal juga mempunyai peranannya, meliputi roh dan jasad, hati dan 'aqal, akhlaq dan sikap, yang menjadi bekalan di masa senang dan susah, gembira dan derita, damai dan perang, yang memungkinkan seseorang itu menghadapi segala cabaran di dalam diri dan masyarakat yang dibawa oleh sifat baik atau jahat, adil atau zalim.



Oleh itu maka tarbiyyah itu mestilah meliputi tarbiyyah rohaniyyah, tarbiyyah ijtima'iyyah, tarbiyyah jihadiyyah dan sebagainya, berdasarkan kesyumulan Islam di dalam aspek 'aqidah dan kaedah, syari'at dan nizam. Walaupun manusia itu mempunyai sifat-sifat semulajadi, tetapi peranan dan kemampuannya adalah terbatas.



Mestilah ditarbiyyahkan ke arah membina kekuatan 'aqidah yang membina sakhsiyyah dengan sifat-sifat Islam, di mana peranannya dalam gerakan Islam amatlah penting, kerana peranannya bukanlah penyebar dakyah yang bergantung semata-mata kepada kata-kata yang indah dan gaya yang menarik, tetapi peranannya adalah penda'wah yang membentuk umat atau pembantu ke arah itu, atau tenaganya yang penting, sehinggalah ke peringkat menegakkan negara Islam yang memungkinkan Islam itu dilaksanakan dengan syumulnya.



Dan bagi menyempurnakan itu semua pastilah tidak dengan percuma atau dengan harga yang terlalu murah, bukan laksana menunggu turunnya hujan dari langit, atau sekadar KUN FAYAKUN, tetapi ia mestilah melalui proses fitrah manusia yang menjadi 'abdi kepada Allah dan bermatlamat kepada-Nya.



Maka segala-segalanya mestilah dibina di atas iman dan 'amal peribadi atau jama'i, yang ditingkatkan melalui proses ilmu, 'amal, fatanah dan maslahah.Bagi menjelaskan perkara ini saya kemukakan beberapa aspek yang wajib diberi perhatian oleh harakah Islamiyyah dan pendukungnya.



B. 'ILMU



Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), la menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar'manusia melaluipena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.(Surah al-'Alaq: Ayat 1-5)




Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

.....oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam 'ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

(Surah al-Taubah: Ayat 122)



Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

..... sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu .....

(Surah al-Fathir: Ayat 28)



Berkata Sayyyidina 'Umar bin Al-Khattab Radiyallahu 'anhu:

Perdalamkan pengetahuan tentang agama sebelum kamu menjadi pemimpin.

(Hadith riwayat al-Bukhari)



Seseorang yang berjalan itu mestilah mengenali jalan dan tempat yang dituju dan mempunyai kenderaan yang menyampaikannya ke tempat yang dituju. Sesungguhnya perjalanan di dalam berharakah ini adalah menuju sampai ke akhirat, tiada jalan sebenar melainkan Is­lam, kerana itulah yang dinyatakan oleh Allah Subhanahu waTa'ala:



Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam .....

(Surah Ali-'Imran : Ayat 19)



Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

(Surah Ali-'Imran: Ayat 85)



Oleh itu mestilah mengenali Islam melalui jalan dan caranya dengan tasawwur yang sebenar. Menjadikannya sebagai 'aqidah, dan mengetahui bahawa syari'atnya seperti 'aqidah juga dalam menentukan sifat-sifat iman dan kufur, syirik dan munafiq, berdasarkan kepada fahaman yang sebenar terhadap kesyumulan dan kesempurnaan seperti yang dinyatakan oleh al-Qur'an dan sunnah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.



Perlu difahami juga bahawa seseorang Islam itu mestilah memahami perkara-perkara 'aqidah dan tidak harus bertaqlid dalam perkara 'aqidah.Mestilah memahami perkara-perkara yang membetulkan 'ibadahnya, akhlaqnya terhadap Khaliq dan makhluk, sempadan halal dan haram, perintah dan larangan, sehingga dapat menilai dan mengukur dengan cara Islam dalam setiap perkara dan perkembangan yang ada di hadapannya.



Seterusnya mestilah memahami bahawa wujudnya Islam di muka bumi ini mestilah diwujudkan Hakimiyyatullah dengan hukum Allah itu memerintah urusan hambaNya. Bukan sekadar hamba itu beribadat sekadar melakukan syi'arnya sahaja.



Marilah kita mengambil pengajaran dari seorang Badwi yang memahami Islam dengan bahasa 'Arab yang betul apabila ia mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengajak manusia kepada syahadat:

Lalu Badwi itu berkata:

Perkara ini tidak diingini oleh orang yang berkuasa,

Dan seorang Badwi yang lain pula berkata:

Kalau begitu kamu akan diperangi oleh orang 'Arab dan bukan 'Arab.



Oleh itu maka 'ilmu Islam itu hendaklah difahami dengan bahasanya agar terselamat dari kekeliruan bahasa dan istilah yang lain dari

al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.



Para Sahabat Radiyallahu 'anhu menerima 'ilmu dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam walaupun ada di antara mereka dalam usia yang sudah tua. Mereka sentiasa menuntut 'ilmu sama ada di peringkat Makkiyyah dan Madaniyyah di peringkat da'wah sirriyyah dan da'wah jahariyyah, di masa mukim dan musafir, di masa aman dan perang.



Para Assalafussalih mencari 'ilmu tidak mengira penat dan jauh, walaupun kerana menerima riwayat satu hadith yang ringkas dari Rasulullah Saliallahu 'alaihi wasallam dan mereka tidak jemu belajar walaupun sudah 'alim dan mempelajari perkara yang sama walaupun beberapa kali, kerana dengan 'ilmu dari sumbernya yang sebenar melahirkan 'aqidah yang sebenar yang menggerakkan seseorang itu untuk beramal, dan 'ilmu yang tidak melalui cara yang sebenar hanyalah melahirkan 'ulama' ussu' yang merosakkan bukannya membina.



'Ilmu yang tidak mempunyai nur, maka berlakulah apa yang dinyatakan oleh firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:



Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab meng 'amalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nqfsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya; ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir

(Surah al-A'raf: Ayat 175-176)



Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam:

Bencana kepada agama itu tiga perkara; orang alim yang jahat, pemimpin yang zalim dan mujtahid yang jahil.(Hadith riwayat al-Dailami)




'Ilmu menjadi salah satu ciri terpenting dalam kepimpinan harakah Islamiyyah kerana ia laksana cahaya yang menyuluh 'aqal dan hati bagi ma'rifah Allah dan segala tuntutannya, serta memandu dengan betul dan mengendalikan urusan dengan tepat sama ada terhadap Khaliq atau makhluk, iaitu 'ilmu yang memberi manfa'at, 'ilmu yang berdasarkan kepada Din Allah bagi membentuk peribadi, memimpin umat dan membina negara, 'ilmu yang kerapkali di sebut di dalam al-Qur'an, di antaranya firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:



.....mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan 'ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan." Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya,

(Surah al-Baqarah: Ayat 247)




'Ilmu dalam kontek 'aqidah seseorang itu mestilah memahami dan berfikir ke arah menyuburkan iman yang membuahkan 'amal, mengaji dan mengkaji al-Qur'an yang menjadi kitab kepada harakah ini, tunggak dan pergantungannya yang kuat, pemandu dan pengawalnya, penyata dan perlembagaan, menjadi tempat rujukan setiap penda'wah untuk berpandukan kepadanya di dalam ber'amal dan harakah serta menjadi bekalan penting kepada perjalanan perjuangan kita.



Hendaklah juga mengaji dan mengkaji Sunnah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam contoh perlaksanaan secara langsung dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kesemuanya itu mestilah dengan renungan dan fahaman yang menunjangkan 'aqidah dan melaksanakan tuntutannya, sehinggalah menyedari tanggungjawab sebagai seorang Islam, menyedari kelemahan dan kecuaian dan menyelesaikannya sama ada terhadap Allah atau peranan khalifah di atas muka bumi ini. Menyedari hakikat ini terhadap diri sendiri, memahami masyarakat sekeliling, saudara-saudara seIslam di dunia seluruhnya.



'Ilmu juga meletakkan seseorang Islam itu mengenal musuhnya. Bukan sahaja mengenal Fir'aun dan Abu Jahal yang sudah diperkenalkan oleh al-Qur'an sebagai contoh, tetapi mengenal musuh-musuh bentuk baru yang sedang berleluasa hari ini dengan berbagai-bagai nama seperti Nasionalisme, Sekularisme, dan sebagainya.



Adalah menjadi suatu hikmah yang besar apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala menurunkan ayat yang pertama daripada al-Qur'an itu yang menyatakan perihal 'ilmu, jalan dan dasarnya kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan betapa majlis ilmu diberi keutamaan kepada angkatan pertama para Sahabat Radiyallahu 'anhum bukan sekadar maklumat semata-mata tetapi menjadi pelopor harakah Islamiyyah yang dibina di atas iman yang mendalam, yang penuh kematangan dalam semua keadaan dan tempat.





C. 'AMAL DAN TAZKIAH



Menuju ke arah cita-cita Islam dan melaksanakan tugas-tugas Islam, seseorang itu hendaklah melakukan muhasabah ke atas diri sendiri dan menyedari sejauh mana kedudukannya di dalam Islam di mana ia menda'wahkan orang lain kepada­nya, mestilah dikira dari segi istiqamahnya dan iltizamnya dengan Islam, dengan menginsafi firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:



Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu ber'aqal?

(Surah al-Baqarah: Ayat 44)




Dan janganlah 'amal yang dikerjakan itu menjadi sia-sia seperti firman Allah Subhanahu wa Ta 'ala:

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia 'amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.

(Surah al-Kahfi: Ayat 104)




Mereka yang sebenarnya rugi ialah apabila kerugian di akhirat walaupun mendapat keuntungan yang banyak di dunia ini. Keuntungan yang sebenarnya ialah menurut pertimbangan di akhirat walaupun mengalami kerugian yang besar di dunia. Keuntungan itu hanyalah kepada orang-orang yang beriman, mengerjakan 'amal yang salih bermula dengan dirinya sendiri.



Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya

(Surah al-Saf: Ayat 2-3)




Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam:Didatangkan seorang lelaki pada hari qiamat, dia dicampakkan ke dalam neraka, tiba-tiba perutnya keluar berjela-jela, maka dia berpusing-pusing di dalamnya seperti keldai yang berpusing-pusing pada penunggalnya, penghuni neraka berkumpul kepadanya lalu bertanya; tidakkah awak dahulu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran? Dia menjawab: "Ya! Sayalah yang menyuruh orang kepada kebaikan tetapi saya tidak mengerjakannya dan saya juga melarang daripada kemungkaran tetapi saya melakukan­nya. "(Muttafaq 'Alaihi)




Berdasarkan kepada itu, maka setiap orang yang melibatkan diri dengan harakah Islamiyyah hendaklah menyedari jalan yang berdasarkan kepada fikrah sahaja tidak mendatangkan hasil yang baik, bahkan tidak menjadi pegangan yang kukuh dalam masa yang panjang kalau tidak disertakan dengan 'amal yang ikhlas kerana Allah.Iman dan 'amal salih merupakan dua perkara yang berlaziman dan tidak boleh terpisah.





(BUKU - ISLAM : Fikrah Harakah Daulah - Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang)

Sunday, September 26, 2010

Hati Dalam Menerima Petunjuk


Rasulullah SAW bersabda;

عَنْ أَبِى بُرْدَةَ عَنْ أَبِى مُوسَى عَنْ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ مَا بَعَثَنِى اللهُ بِهِ مِنْ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتْ الْمَاءَ فَأَنْبَتَتْ الْكَلأَ وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتْ الْمَاءَ فَنَفَعَ اللهُ بِهَا النَّاسَ فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى إِنَّمَا هِى قِيعَانٌ لاَ تُمْسِكُ مَاءً وَلاَ تُنْبِتُ كَلأً فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِى دِينِ اللهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِى الله بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى الله الَّذِى أُرْسِلْتُ بِهِ

Maksudnya : Dari ِAbu Burdah dari Abu Musa dari Nabi SAW sabdanya: “ Bandingan apa yang Allah SWT utuskan aku membawanya dari hidayah pertunjuk dan ilmu pengetahuan, adalah sama seperti hujan lebat yang menimpa bumi, maka terdapat sebahagian dari bumi itu tanah yang subur, yang menerima dan menyedut air hujan itu, lalu menumbuhkan rumput dan tumbuh-tumbuhan yang banyak, dan terdapat sebahagian daripadanya tanah-tanah yang keras yang hanya menampung air ( tidak menyedutnya ) maka Allah SWT menjadikan dia manfaat kepada manusia, lalu mereka minum dan memberi minum serta mereka menanam ( dan menjirus tanaman mereka ), dan terdapat pula sebahagian daripadanya tanah-tanah yang lain, keadaannya hanyalah tanah rata yang keras dan tidak lekat air ( sedikitpun ) dan tidak dapat menumbuhkan rumput. Demikianlah bandingan orang yang mempunyai kefahaman yang teliti dalam hukum-hukum agama Allah SWT, dan bandingan orang yang beroleh manfaat dari apa yang Allah SWT utuskan aku membawanya, lalu ia mengetahuinya dan mengajarkannya kepada orang lain, dan juga bandingan orang yang tidak hiraukan langsung ( ilmu yang aku sampaikan ) itu dan tidak mahu pula menerima pertunjuk Allah SWT yang aku diutuskan membawanya. ( Riwayat Bukhari )


Tujuan utama Nabi Muhamad SAW diutuskan oleh Allah SWT ialah bagi mengeluarkan manusia daripada beribadat dan tunduk kepada sesama manusia kepada pengabdian diri secara tulus kepada Allah SWT, Tuhan pencipta alam ini. Namun begitu apa sahaja yang dibawa oleh baginda SAW tidak semuanya diterima oleh manusia. Bahkan ramai di antara mereka yang menolak dan ada yang menentangnya. Dalam hadis di atas baginda SAW telah membuat perumpamaan tentang ilmu dan ajaran yang dibawanya dengan sikap hati manusia terhadap penerimaan ajaran tersebut.

Hati manusia dengan ilmu pengetahuan adalah ibarat bumi dengan air hujan. Ada sebahagian dari bumi yang tanahnya subur apabila ditimpa hujan. Lalu ianya menyedut air itu dan menumbuhkan pelbagai jenis tanaman yang bermanfaat kepada manusia dan makhluk-makhluk yang lain. Demikian juga hati manusia, ada di antara mereka yang menerima ilmu dan pertunjuk daripada Allah SWT serta menghafaz ilmu tersebut dan ianya memberi kesan kepada jiwa mereka sendiri. Kesan dari penerimaan ilmu itu telah mengubah sikap dan keperibadian mereka untuk beramal dan memperjuangkan ajaran Islam. Bukan sahaja ilmu tersebut dapat membentuk jiwa dan keperibadian mereka malah mereka juga menyebarkan ilmu tersebut supaya dinikmati oleh orang lain. Ini adalah sebaik-baik hati dan berhak mendapat kepujian Allah SWT.

Jenis yang kedua ialah bumi yang tanahnya apabila ditimpa hujan ia akan menampung air tersebut serta tidak disedutnya ke dalam tanah dan membentuk sungai, alur, tasik dan sebagainya. Air tersebut dapat digunakan oleh manusia untuk pelbagai manfaat. Antaranya menjadi air minuman kepada manusia, haiwan ternak dan juga menyiram tanaman. Namun begitu tanah tersebut tidak mendapat manfaat pada dirinya sendiri. Demikian juga hati dan penerimaan ilmu kepada manusia. Ada manusia yang mempunyai ilmu, dengan ilmu tersebut mereka dapat memberi manfaat kepada orang lain dengan mengajar dan memberi ilmu, tetapi dirinya sendiri dilupakan. Dia sendiri tidak mendapat faedah dari ilmu tersebut. Mereka sibuk menyampaikan ilmu dan pengajaran tetapi dia sendiri tidak beramal dengan ilmunya. Sedangkan tujuan ilmu ialah untuk beramal dan mendapat keredhaan Allah SWT dengan amalan yang baik. Allah SWT menempelak golongan ini sepertimana firman-Nya yang bermaksud:
“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca kitab Allah SWT, tidakkah kamu berakal? ( Al Baqarah: 44 )

Golongan yang ketiga ialah seumpama bumi yang tanahnya gersang dan keras. Keadaanya tidak dapat menampung air malah air tersebut tidak meresap ke dalamnya, apatah lagi untuk menumbuhkan sebarang tanaman. Hujan yang turun menimpanya tidak memberi sedikit manfaat untuk dirinya. Keadaanya terus kering dan mati. Ini adalah hati manusia yang tidak dapat menerima sebarang ilmu pengetahuan dan tidak dapat beramal ibadat atas dunia ini. Hatinya keras dan tertutup kepada cahaya ilmu. Hati manusia yang demikian keadaannya adalah sejahat-jahat hati dan seburuk-buruk perangai. Bagi mereka dunia ini hanya tempat untuk memuaskan hawa nafsu, mengejar dunia dan kebendaan tanpa memikirkan halal dan haramnya. Hatinya mati dan tertutup untuk cahaya ilmu yang berguna. Mereka ibarat bagaikan binatang ternakan, bahkan lebih hina daripada binatang tersebut. Allah SWT amat murka kepada mereka dan akan diletakkan di dalam neraka bagi menerima azabNya. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang dilupakan. ( al A’raf : 179 )


Demikianlah perumpamaan hati dengan ilmu pengentahuan yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW. Baginda SAW mengesa umatnya supaya menjaga hati agar ianya sentiasa hidup dan berfungsi untuk membawa kesejahteraan kepada hidup manusia. Manusia tidak seharusnya menjaga keperluan tubuh badan semata-mata dengan hanya mengambil berat soal kesihatan tubuh badan, namun yang lebih penting ialah kesihatan rohani dan hati nurani. Peranan hati dalam kehidupan seseorang manusia amat penting. Ianya sebagai pemandu yang menentukan perjalanan hidup seseorang. Sabda Rasulullah SAW.

أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِى الْقَلْبُ.

Maksudnya : “ Ketahuilah sesungguhnya pada tubuh itu ada seketul daging. Apabila baik daging tersebut maka baiklah seluruh jasad, dan apabila buruknya daging tersebut maka buruklah seluruh jasad tersebut. Ketahuilah bahawa itu ialah hati. ” Hadis riwayat : Bukhari.

Oleh kerana pentingnya peranan hati dalam kehidupan, maka seseorang manusia perlu berusaha agar hatinya sentiasa hidup. Perbanyakkan amalan-amalan sunat seperti sembahyang, puasa, bersedekah serta perkara-perkara kebajikan. Di samping itu jangan lupa untuk berdoa kepada Allah agar diperteguhkan hati dan pendirian dengan Islam sebagaimana doa yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW ;

"اَللهُّمَ يَا مُقَلِّبَ اْلقُلُوْبَ ثَبِّتْ قَلْبِىْ عَلَىْ دِيْنِكَ وَطَاعَتِكَ "

Ya Allah! Tuhan yang membalikkan hati, perteguhkanlah hatiku atas agama Mu dan ketaatan kepada Mu.

Friday, September 24, 2010

KETEGASAN TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG Hikmah Besar Buat Ummah. Siri Kedua .



KETEGASAN TUAN GURU
HAJI ABDUL HADI AWANG
Hikmah Besar Buat Ummah.

Siri Kedua .
Tegas dengan Islam : China dan India tak sokong ?
PAS sejak awal perjuangannya bukan sahaja tegas dengan dasar Islamnya bahkan sangat konsisten berjuang bagi memastikan Islam dan syariatnya dapat dilaksanakan . Yakin penuh dengan pengamatan saya , bahawa PAS tidak pernah menggadaikan dasar perjuangannya biarpun dibayar jutaan ringgit.

Kalau kita tengok Tok Guru Nik Abdul Aziz demikian juga Tok Guru Hj. Abdul Hadi menyampaikan ceramah – ceramah umum mereka , pasti sahaja ucapan atau pidato mereka bersulam ayat – ayat suci al quran dan sunnah. Ia melambangkan sikap konsisten ulamak al mujahid ini. Membahas isu semasa pun turut dikupas berasaskan perspektif syara’ atau sunnah.

Ya … saya pun memang tidak mampu menafikan bahawa sememangnya ketegasan ulama’ Islam dan pemimpin PAS terhadap Islam sebagai dasar perjuangan ini silih berganti .

ü Ustaz Abu Bakar al Baqir ( 1907 – 1974 ) menegaskan pandangannya demi memastikan Tanah Melayu sebagai Darul Islam pada tahun 1948 :

“ dalam Islam telah cukup syarat – syarat yang membawa kepada keselamatan dunia dan akhirat sekiranya seluruh umat Islam mengamalkannya. Islam lebih demokrasi dari demokrasi dan lebih baik dari segala yang baik ”


ü Dr. Burhanuddin al Helmy ( 1911 – 1969 ) telah menegaskankan dihari Pembukaan Mesyuarat Agung PAS ke 12 ( 1964 ) bahawa :

“ dalam pergolakan politik di tanah air kita ini , PAS muncul dengan cita – cita kenegaraan Islam . Cita - cita ini wujud dan diperjuangkan berdasarkan keyakinan hidup beragama dalam kalangan pendukung PAS . dinyalakan oleh sinar sejarah nabi saw dan sahabatnya yang telah Berjaya membentuk Negara dan pemerintahan yang bercorak dan berhukumkan Islam dan pentadbirannya.”

ü Dato’ Profesor Zulkifli Muhammad ( 1927 – 1964 ) dalam Suara Islam 15 Mei 1957 menulis :

“ Tugas menegakkan sebuah Negara Islam yang di dalamnya ideology Islam dan segala undang – undang di dalamnya , adalah kewajiban pokok yang harus diperjuangkan oleh tiap – tiap mereka yang bernama muslim , lebih – lebih lagi parti Islam seperti PAS .”

ü Tuan Guru Yusof Rawa ( 1922 – 2000 ) di dalam ucapan Dasarnya dalam Muktamar Tahunan PAS ke 35 ( 1989 )


Kita memilih penyertaan dalam pilihanraya sebagai satu pendekatan untuk mencapai matlamat perlaksanaan Islam bersama dengan program tarbiyyah yang berterusan dikalangan ahli dan masyarakat sebagai program yang utama dan asasi ”

ü Tuan Guru Hj. Fadzil Noor ( 1937 – 2002 ) menegaskan :

“ PAS sebagai sebuah Jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan umat , adalah satu daripada mata rantai Gerakan Islam seluruh dunia . Ia bersama – sama dengan Ikhwan Muslimin di Mesir , Jamaat Islami di benua kecil India , Refah party di Turki , FIS di Algeria , HAMAS di Palestin dan lain – lain Harakah islam di seluruh dunia , mendukung perjuangan Islam dan bangun bersama Islam serta merealisasikan corak hidup Islam.”

ü Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat ( 1931 – sekarang )

“ Kita sangat menekankan Islam kerana hanya dengan Islam sahajalah masyarakat Islam dan belum Islam akan bahagia dan selamat . islam bukan sifat menginayai tetapi ia penuh dengan rahmat dan kesejahteraan kerana ia diturunkan oleh Allah swt melalui nabi saw yang bersifat dengan rahmatan lil a’lamin . “ rujuk OFF ROAD Nik Abdul Aziz Nik Mat m/s 39


ü Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang ( 1947 – sekarang ) berani menegaskan sewaktu berada di puncak kuasa Kerajaan negeri Terengganu pd tahun 1999 :

“ saya rela kerajaan ini tumbang demi menegakkan Islam tetapi tidak sanggup melihat ia tumbang kerana rasuah dan penyelewengan .”

Lagu tu lah konsistennya tok – tok guru kita sejak dulu memimpin jamaah bersama dengan sikap yang tegas terhadap Islam sebagai asas perjuangan yang tidak pernah luntur . Biar bagaimana strategi digubal , walau apa halangan ditempoh dan apa pun bentuk tawaran yang dihidang , inilah penegasan mereka . Islam , Islam , Islam , Islam , Islam , Islam dan Islam .

Saat mereka yang memimpin jamaah ini tegas bersama Islam lah , orang Tiong Hua dan India menubuhkan Kelab Penyokongnya diseluruh Negara . Mereka tidak menganut Islam tetapi mereka menyedari Islam sebagai dasar perjuangan PAS . Mereka terima dan sokong PAS dalam keadaan mereka boleh menyertai DAP atau PKR kalau pun mereka tidak mahu menyertai MIC , MCA dan Gerakan ..

Siapa kata kalau Tok Guru tegas dengan Islam maka orang bukan Islam akan lari meninggalkan PAS ? Siapa pula yang gatal mulutnya menjaja ayat ke serata tempat kononnya orang bukan Islam menyesal mengundi PAS kerana presidennya terlalu tegas dengan Islam ?

Analisis siapa yang terlalu dangkal lantas menganggap kerana presidennya terlalu tegas dengan Islamlah menjadi punca kerajaan baru tergendala penubuhannya pada 16 Sept baru nih dan kalau tak jadi tubuh , tok gurulah orang wajar dipersalahkan ! Siapa yang buat analisis nakal macam nih ?

Siapa pula yang lantang berkata sikap Tok Guru yang tegas menyebut Islam mesti Dominan untuk tubuh Kerajaan Baru sebagai kenyataan yang tidak berhikmah ? malah ada yang menyebut kononnya sikap Tok Guru yang tegas dipandang tidak konsisten mempertahankan Pakatan rakyat dan menakutkan orang bukan islam ?

Please ! ( hah mula lah saya nak cakap orang putih ) siapa yang yang kata Cina dan India takut kat Tok Guru ? Lim Kit Siang takut ? kan anak dia sendiri kata nak perintah negeri cara Omar Abdul Aziz . Cara Islam lah tuh ! Ke Lim Kit Siang pun dah mula takut kat anak dia sendiri ?

Kepada Tok Guru sah Lim Kit Siang tak takut . Elok jer Lim Kit Siang ziarah Tok Guru di kediamannya Rusila. Tidak sedikit pun timbul rasa gentar malah Lim Kit Siang disambut dengan juadah hari raya penuh mesra . Habis tu , siapa yang takut kepada Tok Guru ni ? Tak kan ahli PAS takut kepada Presiden dia sendiri ?

Ada Orang cabar Saya Berhujjah ( berdebat )

Maaf lah sahabat , banyak pulak soalan . Soalan ni timbul sebanyak ini sebab saya perlukan jawapan sebanyak itu di atas tohmahan yang begitu banyak menerjah . Malah baru ni , siap ada orang cabar saya berhujjah . Saya kenal benar orang yang cabar saya tu dan dia pun kenal saya . Saya tidak faham kenapa dia cabar saya ?

Walau dia cabar saya tidak secara langsung , tapi jelas dia cabar saya berhujjah dengan dia . kalau yang cabar saya tuh Astora jabat , Khairy Jamaludin atau Dr. Mashitah , pukul 12 tengahari dia cabar , pukul 12.01 minit saya sahut cabaran dia .

Pertama kerana saya tidak kalah demi mempertahankan Islam . Saya akan tampil dengan segala kemampuan . Kedua , saya pun kaki debat dan suka sangat debat – debat nih , bukan dia jer pandai debat .

Tapi kalau yang cabar tu ahli jamaah sendiri , saya malu nak sahut . Minta maaflah . Kata orang , kalau kalah malu dan kalau menang tidak sohor ( masyhur ). Saya minta maaf banyak – banyak.

Saya tidak sahut cabaran berhujjah tu bukan kerana saya tidak hormati cabaran saudara jauh sekali kerana tidak pandai mengenai tajuk yang dicadangkan malah tidak juga memandang rendah keupayaannya berhujjah , tetapi dengan rendah diri saya nak sebut bahawa saya tidak tergamak .

Kecuali lepas nih dia masuk UMNO ker ( waliyazubillah ) pas tu dia cabar saya lagi , maka Insyaallah , siapkan gelanggang , saya segera hadhir!

Ketegasan Tok Guru : Semua Pemimpin Wajar Mendokonginya.

Apabila Tok Guru tegas mahu Islam dijamin kedudukannya dalam kerajaan baru yang bakal dibentuk , maka saya melihat ia hanyalah penegasan semula terhadap prinsip dan dasar perjuangan yang diwarisi dari pejuang terdahulu . Justeru itu ia sangat wajar didokong oleh semua saff kepimpinan jamaah / parti .

Kenapa perlu ada yang mempersoalkan penegasan Tok Guru sedang ia adalah satu penegasan untuk Islam . Apakah ada yang rasa tergugat kedudukan dan kepentingannya dengan penegasan Tok Guru ? Tok Guru hanya mahukan Islam berada di atas . Menguasai keadaan dan terjamin kedudukannya.

Yang peliknya , sepanjang saya turun bersama masyarakat bawahan , tidak pula saya dengar kebimbangan umum terhadap ketegasan Tok Guru . Yang banyak saya dengar ialah kebimbangan terhadap Kerajaan Baru yang bakal dibentuk , bagaimanalah keadaan Islam dan umatnya pada masa itu. lebih baik atau sama sahaja dengan yang lepas ?

Kebimbangan mereka sebenarnya berasas sebab mereka tidak tahu bagaimana kerajaan itu mahu dibentuk , siapa bakal anggota kabinetnya . Mereka hanya menyimpan kepercayaan kepada orang yang mahu menubuhkan kerajaan baru dengan harapan kepercayaan itu tidak dipersiakan apalagi dikhianati .

Adapun ketegasan Tok Guru mahu Islam dijamin majoritinya di sambut baik oleh sebahagian besar umat Islam dan bukan Islam pun tidak takut sebab mereka sudah kenal lama PAS dengan dasar dasar Islam yang konsisten diperjuangkan . Non Muslim bukan kenal PAS baru sehari dua ini !

Apa yang saya bimbang , ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan rasa bimbang ini dikalangan ahli PAS dan kelab penyokong . Kalau mereka salah seorang pemimpin PAS , sepatutnya mereka bantu memahamkan ahli dan anggota kelab penyokong bukan menambah rumit dan resah dihati mereka.

Apabila saya bertemu dengan rakan – rakan Tiong Hua di Kuantan , mereka bertanya mengenai kerajaan baru dan sikap Tok Guru . Saya menjelaskan kenapa Tok Guru nak Islam majority dan apa rasionalnya dan bagaimana sikap Islam terhadap non muslim . Saya beri mereka Ilmu mengenai Islam dan kedudukan mereka dalam Islam .

Akhirnya mereka terima malah menyokong sikap tegas Tok Guru. Ringkasnya mereka yakin , hanya Islam yang membawa konsep dosa dan pahala dalam kehidupan dan pengurusan akan menyelamatkan manusia serta institusi dari rasuah , penyelewengan , skandal dan seumpamanya.

Masaalah yang kita hadapi hari ini ialah seperti ada tukang cucuh api atas minyak yang mengalir. Kenapa tidak ambil kain lalu kesat minyak tersebut.

Jangan Sebut Islam untuk jaga Hati Pengundi Non Muslim

Sungguh ganjil kedengaran teori atau pendekatan seperti itu. Apakah kita tidak yakin Islam adalah agama samawi untuk semua umat manusia . Bukankah antara slogan kita ialah PAS For All dan Islam For All . Jauhilah igauan kononnya non muslim takutkan Islam.

Kalau benar sekalipun mereka takut kepada Islam , kita sebagai sebuah Gerakan Islam mestilah menyebut Islam dan menjelaskannya banyak – banyak supaya semua pihak semakin hari semakain bertambah fahamnya mengenai Islam . Kalau bimbang orang tidak setuju pada Islam , maka kita pun tidak sebut pasal Islam maka bila Islam itu akan difahami oleh mereka .

Pertama kita kena jaga Islam . Pengundi boleh datang dan pergi. Kalau dia datang kita menang kalau dia pergi , kita mungkin kalah tapi kita tidak salah . Adapun Islam , kalau dia datang kita selamat dan kalau dia pergi ( kerana kita tidak menjaganya ) maka kita akan derita dunia dan akhirat . Oleh kerana itu , jagalah Islam nescaya hati pengundi dapat kita tawan insyaallah .

Tok Guru Tegas Pasal Islam di saat Pegangan Islam kian Luntur.

Hari ini , kita boleh lihat bagaimana keadaan Islam dan umatnya yang kian jauh dari penghayatan Islam yang sebenarnya. Seolah – olah Islam tidak lagi dapat disesuaikan perlaksanaannya di zaman modern ini. Penegasan demi penegasan yang dikemukakan oleh Tok Guru bukan sahaja menyentap jiwa yang alpa , menyedarkan hati yang lagha tetapi juga menginsafkan mereka yang suka meremeh dan memperlekehkan Islam.

Umat pada hari ini memerlukan seorang ulama’ yang tegas dan tidak teragak – agak untuk bercakap mengenai Islam dan kehebatannya . Optimis dan positif terhadap Islam agama Allah swt. agar ia bertapak dan berdaulat di atas tanah air kita. Setuju kan ? Inilah himah besar buat ummah .

Ketegasan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang : Hikmah Yang Besar Buat Ummah .


Ketegasan Tuan Guru
Hj. Abdul Hadi Awang :
Hikmah Yang Besar Buat Ummah .

Siri Pertama :

Islam adalah agama suci yang telah diwahyukan oleh Allah swt. kepada seluruh umat manusia melalui Nabinya saw. Islam adalah agama buat semua manusia , dengan maksud seluruh umat manusia layak bahkan wajar menerima Islam sebagai cara hidup mereka .

Mereka yang telah menyaksikan bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah , mempunyai komitmen untuk hidup berpandukan peraturan dan pedoman Rabbul Jalil sementara mereka yang belum memeluk ajaran Islam , tidak dipaksa menganutnya justeru Islam adalah cara hidup yang mesti diterima secara rela dan sedar .

Prinsip Islam inilah meletakkannya sebagai satu agama atau cara hidup yang paling selamat , sesuai serta layak untuk dianut dan diterima oleh semua tanpa mengira latar belakang bangsa atau keturunan . Kalau pun masih ada yang tidak mahu menganutnya , ia tetap selamat untuk berurusan malah bernaung di bawah sinar Islam dan syariatnya justeru ia adalah cara hidup yang adil malah kaya dengan toleransi.

و أن هذا صراطي مستقيما فاتبعوه و لا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله

Sesungguhnya inilah JalanKu yang lurus maka hendaklah kamu mengikutnya dan jangan kamu mengikut jalan- jalan yang lain kerana kelak ia akan menyelewengkan kamu dari jalanNya.

Surah al Ana'am . Ayat : 153

Namun malang Islam gagal difahami oleh sebahagian manusia termasuklah sebahagian penganutnya yang hanya sekadar mampu meletakkan Islam antara dua bibirnya sahaja bahkan tidak pernah melepasi halkumnya.

Kegagalan tersebut samaada berpunca dari kejahilan tebal yang melingkari mereka atau terpengaruh dengan propaganda jahat musuh – musuh Islam yang senantiasa menyimpan dendam kesumatnya terhadap Islam .

Mereka ( musuh ) pantas dan licik untuk mengelirukan umat Islam malah nekad serta tidak pernah bosan dalam memastikan strategi mereka demi memalingkan umat Islam daripada hidup berlandaskan wahyu dan sunnah . Malah kemampuan mereka sampai melewati sempadan pejuang – pejuang Islam yang bersama jamaah . Mereka mampu mengeliru dan mengucar kacirkan fikrah ummah.

Firman Allah swt :

و لا يزالون يقاتلونكم حتى يردوكم عن دينكم ان استطعوا

Mereka akan senantiasa memerangi kamu sehinggalah mereka memalingkan kamu dari agama kamu jika mereka mampu melakukankanya .

Surah al Baqarah . Ayat : 217

Situasi Ummah Hari ini Memerlukan Ketegasan Seorang Ulama .

Tahap kejayaan mereka ( musuh ) menyusup masuk ke tengah – tengah kelompok dan pemikiran umat Islam sangat jelas dan ketara .

Longgarnya penghayatan Islam dikalangan muslim , bahkan umat Islam lebih banyak habiskan masa bertelagah sesama sendiri , non muslim walau sejak sekian lama hidup dalam masyarakat muslim, kian memuncak sikap prejudis mereka terhadap Islam dan semangat dendam serta benci semakin tebal dikalangan musuh Islam menjadi bukti kukuh kejayaan mereka ( musuh ) .

Turut melengkapkan bukti yang telah sedia kukuh ialah bagaimana kita melihat Islam begitu mudah dipermain , dipersenda , diperlekeh dan dipandang rendah tanpa umat Islam kini mampu berbuat apa – apa selain mengalah , mengeluh dan mengharapkan agar musibah ini segera berakhir .

Fenomena ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja sebaliknya gerakan mengembalikan semula Islam ke orbit agongnya mestilah diaktifkan. Ia bertujuan supaya seluruh umat manusia kembali dapat melihat kehebatan serta keagongan Islam yang penuh mulia , adil dan suci sebagaimana ianya pernah diperjuang dan ditegakkan oleh Nabi kita Muhammad saw.

Gerakan ini dianggap sangat mendesak setelah sekian lama Kehebatan Islam di tudung atau diselubung oleh fikrah asing dan juga fitnah serta tohmahan terancang oleh barat dan bonekanya .

Sejarah perjuangan Islam dinegara kita jelas menunjukkan bagaimana hadhirnya ulama’ yang tegas mampu meletakkan Islam dihormati dan disegani . Maka , untuk tujuan yang sama sebagaimana yang pernah dicapai melalui sejarah semalam , kita di hari ini juga sangat memerlukan ulama’ yang tegas untuk memimpin Islam dan ummahnya agar kembali berdaulat .

Tegas bukan keras dan Hikmah bukan lemah .

Tegas bermaksud mempertahankan kesucian Islam dan menzahirkannya disaat pelbagai pihak mencurigai kesucian Islam dan sebahagiannya pula berasa rendah diri untuk menonjolkan Islam, bimbang kalau – kalau non muslim tidak boleh menerimanya.

Tegas bersama hujjah syariah agar Islam tidak dipandang rendah justeru kita mulia dan hebat kerana Islam bukan kerana undi atau sokongan ramai . Saidina Omar al Khattab di hari menerima anak kunci Kota Baitil Muqaddas pernah menegaskan :

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما نبتغ عز بغير ما أعزنا الله أذلنا الله .

Kita adalah satu golongan yang diberikan kemuliaan ( kehebatan ) oleh Allah dengan Islam maka sesiapa yang mencari kemuliaan selain apa ( Islam ) yang dengannya Allah telah muliakan kita , nescaya Allah akan menimpakan kehinaan kepada kita.

Keras menyebabkan orang lari dari perjuangan sebagaimana Allah sebut dalam Al Quran :

فبما رحمة من الله لنت لهم و لو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك .

Bukti rahmat dari Allah , dilembutkan hatimu terhadap mereka , jika engkau berhati kasar nescaya musuh akan lari dari sisimu.

Surah aali Imran . Ayat 159

Namun tegas pula diperlukan agar orang menghormati agama Allah swt. agama yang suci. Sebagaimana Allah swt. juga berfirman :

ثم جعلناك على شريعة من الأمر فاتبعها و لا تتبع أهوآء الذين لا يعلمون

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad ) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)

( Surah Al Jathiyah . Ayat : 18 ).

Nabi Kita Muhammad saw pernah memperlihatkan ketegasannya . Sabda Baginda saw :

لو وضعوا الشمس في يميني والقمر في يساري على أن أَتركَ هذا الأمرَ حتى يُظْهِرَهُ اللهُ أو أَهْلِكَ دُوْنَهُ .. مَا تَرَكْتُ

Sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan ditangan kiriku supaya aku meninggalkan urusan ( perjuangan ) agama ini sehinggalah Allah menzahirkannya ( memenangkannya ) atau aku binasa kerananya , sekali – kali tidak akan aku tinggalkan ( perjuangan ini ) .

Sirah ibnu Hisyam

Hikmah Perjuangan Suci

Sementara Hikmah bermaksud bijak bertindak dan manafaatkan ruang untuk meletakkan Islam mengatasi segalanya . Mengatasi kepentingan peribadi dan agenda kelompok . Sekalipun tindakan itu memulangkan kesan yang sangat perit dan mendatangkan implikasi yang sangat getir .

Seperti kekalahan dalam pilihanraya kerana kita mengambil langkah yang tidak popular untuk mendaulatkan Islam dikalangan masyarakat yang jahil mengenai Islam. Kekalahan tersebut tidak boleh dianggap hasil dari tindakan yang tidak berhikmah justeru tindakan itu adalah untuk mendaulatkan islam .

Nabi Nuh as. Mengambil tempoh 950 tahun untuk berjuang , ( kalau dinilai melalui penggal pilihanraya , ertinya Nabi Nuh as kalah dalam 190 kali pilihanraya ) . Apakah Nabi Nuh as. Tidak berhikmah dalam dakwah dan perjuangannya sehingga kalah sedemikian rupa ?

Nabi kita Muhammad saw. Meskipun berbekalkan mukjizat yang banyak dan Baginda adalah kekasih Allah saw malah penghulu segala Rasul , pun mengambil masa 13 tahun sebelum menegakkan Negara Islam di Madinah al Munawwarah dan hampir 23 tahun untuk menumbangkan kerajaan jahiliyyah Makkah . Apakah kegagalan Nabi saw. Menegakkan Islam dan menumbangkan Jahiliyyah dalam tempoh satu atau dua penggal ( 5 – 10 th ) ( nisbah penggal pilihanraya ) dianggap Nabi saw tidak berhikmah dalam perjuangannya ?

Tentu sahaja Islam tidak pernah kalah kecuali ia hanya belum menang untuk mendaulatkan Islam . Kegagalan untuk mendaulatkan Islam dalam tempoh – tempoh tertentu pula bukanlah kerana ketiadaan hikmah dalam tindakan atau strategi tetapi demikianlah sunnah perjuangan yang wajib melalui ibtila’ dan mehnah .

Firman Allah swt :

لو كان عرضا قريبا و سفرا قاصدا لاتبعوك و لكن بعدت عليهم الشقة

Jika sekiranya perjuangan ini adalah untuk mencapai hasil yang cepat dan perjalanan yang dekat , nescaya mereka ( musyrikin ) akan mengikut kamu tetapi perjuangan ini jauh dan sukar dirasakan oleh mereka .

Surah at Taubah . Ayat : 42

Selepas kejatuhan Khilafah Islam Othmaniah sejak 3.3. 1924 yang lalu , hinggalah hari ini belum ada sebuah pun Negara umat Islam yang benar – benar dapat mendaulatkan syariat Islam . Entah berapa juta ummah dan ulama’ mereka yang telah gugur sebagai syuhada’ di medan juang demi memperjuang dan menegakkan Islam . Apakah gugurnya umat Islam , mujahid dan ulama’ mereka dalam jumlah yang begitu ramai sabagai manifestasi dari ketiadaan hikmah dalam perjuangan mereka ?

Salah besar kalau kita hanya memahami hikmah itu apabila kita menang , ( apatah lagi kemenangan itu baru sepenggal ) sementara kalah pula segera ditafsir sebagai salah perhitungan dan silap strategi perjuangan .

Hikmah Kemenangan : Syukur bukan Bangga

Nabi Sulaiman As. Telah menunjuk contoh agar kita bersyukur diatas kurniaan Allah berupa kuasa dan pengaruh . Firman Allah swt :

قال هذا من فضل ربي ليبلوني ءأشكر أم أكفر

Nabi Sulaiman telah berkata : Inilah sebahagian dari kelebihan kurnia Tuhanku bagi mengujiku apakah aku bersyukur atau kufur ….

Surah an Naml . Ayat : 40

Demikian firman Allah swt :

إذا جاء نصر الله و الفتح و رأيت الناس يدخلون في دين الله أفواجا فسبح بحمد ربك و استغفره إنه كان توابا

Apabila telah datang pertolongan dan kemenangan nescaya engkau melihat manusia berduyun – duyun menganut Agama Allah , maka bertasbihlah memuji Tuhanmu dan berIstighfarlah sesungguhnya Allah Maha menerima Taubat .

Surah An Nasr . Ayat : 1 – 3

Hikmah Kekalahan : Sabar dan Istiqamah

وكأين من نبي قاتل معه ربيون كثير فما وهنوا لما أصابهم في سبيل الله و ما ضعفوا و ما استكانوا و الله يحب الصابرين

Dan berapa ramainya Nabi yang berjuang bersama – sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana musibah ( kekalahan ) yang menimpa mereka di jalan Allah swt. dan tidak lesu dan tidak pula menyerah kepada musuh . Allah menyukai orang – orang yang sabar .

Surah aali Imran . Ayat : 146

bersambung ke siri kedua dengan tajuk seperti berikut :

Tuesday, September 21, 2010

Ijtimak Eidulfitri bersama PIMPINAN dan semua perantau dan juga sahabt-sahabat


(Kemaskini 11.30PM 13 September. Video Didalam) KUALA TERENGGANU - Ijtimak IdulFitri Anak-anak Terengganu di Perantaun (PERANTAU) yang diadakan semalam, 2 Syawal bersamaan 12 September 2010, sarat dengan persoalan bagaimana persiapan dan persediaan PAS serta Pakatan Rakyat menghadapi Pilihanraya Umum ke -13 akan datang.

Lebih 1000 orang peserta yang hadir, mewakili pelbagai kelompok, bukan sahaja dikalangan Perantau domestik, malah mereka yang bermastautin di luar negara.

Sesi dailog yang mencungkil pelbagai keresahan dan kebimbangan, datang dari nurani mereka yang yang cintakan Islam dan PAS sebagai sebuah parti politik serta gerakan Islam.

Bukan hanya soal fikrah perjuangan, aqidah dan pegangan, perhimpunan Ijtimak IdulFiri yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu itu telah merungkai kerangka persiapan PAS sebagai 'Kerajaan Menunggu' di negeri Terengganu dan pelan laluan (road map) ke Putrajaya.

Aqidah dan Perjuangan

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu. Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, aqidah dan perjuangan dan jamaah, tidak boleh dipisahkan.

"Apa jua yang dibicarakan, umpamanya ada signboar yang mengelirukan, jadi kalau Umno buat, dia kata kalau nak berjuang Islam mauk Umno, adakah Umno itu memperjuangkan Islam?"soalnya ketika menjawab persoalan peserta Ijtimak, terdapat papantanda 'signboard' yang mengelirukan aqidah.

Menurutnya, PAS mendidik masyarakat supaya memahami bahawa aqidah dan perjuangan adalah dua perkara yang seiringan.

Beliau menjelaskan, aqidah itu adalah iman dan perjuangan itu adalah jalan hidup dan teras kepada ceramah-ceramah PAS adalah isu pokok tentang aqidah.

Oleh itu katanya, makna aqidah itu membawa kepada perlaksanaan Islam dan keadilan sosial

untuk selanjutnya sila click : Ijtimak IdulFitri PERANTAU : Sarat Persoalan PRU-13 http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2430%3Aijtimak-idulfitri-perantau-sarat-persoalan-pru-13&catid=35%3Adalam-negeri&Itemid=85

PERUTUSAN AIDILFITRI PRESIDEN PAS


Di pagi Raya bersalaman dan memeluk sambil meminta maaf zahir dan batin selepas mendengar KUTBAH EIDULFITRI YANG DI SAMPAIKAN OLEH DAto' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang..



ORANG KUAT PERANTAU MOHAMAD SUHAIMI EMBONG

PERUTUSAN AIDILFITRI PRESIDEN PAS

Rayakan Syawal, jangan tentang usaha Nabi s.a.w

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Lailaha Illallah Wallahu Akbar.
Allahuakbar Walillahil Hamd.
Assalamualaikum . Warahmatullahi wabarakatuh.

SAYA bagi pihak PAS mengucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan.

Menjadi kelaziman selepas menunaikan ibadat-ibadat yang besar, Allah Taala, mengurniakan hari yang besar. Bagi sembahyang lima waktu dikurniakan hari Jumaat, bagi puasa Ramadan dikurniakan Hari Raya Aidilfitri dan bagi ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban (Aidiladha).

Hari Raya Aidlifitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiyyah dengan mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadan, supaya menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT.

Adalah juga menjadi suatu hikmah yang besar apabila Allah SWT memilih di bulan Ramadan ini berlakunya peristiwa al-Quran Karim diturunkan dan peristiwa peperangan Badar. Peristiwa pembukaan Makkah, diikuti dengan bulan Rejab, bulan Syawal dengan peristiwa Ahzab.

Ini menunjukkan bahawa kemuncak kepada taqwa yang ditarbiyahkan adalah melalui puasa Ramadan. Orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quran Karim, satu-satunya petunjuk yang benar kerana ia (al-Quran) daripada Allah SWT.

Setelah Allah SWT menyatakan tujuan ibadat puasa itu, supaya kamu (manusia) bertakwa kepada Allah SWT.

Allah SWT juga menegaskan, "Kitab (al-Quran) ini tidak syak lagi memberi Petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa".


Dan hanya orang-orang yang bertakwa yang menjadikan al-Quran Karim sebagai Petunjuk. Marilah kita mempelajari dari pada menafsirkan al-Quran Karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Apabila beramal dengan al-Quran bukan sahaja mengaku menjadi seorang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi, disertakan dengan keimanan yang sungguh-sungguh dan dalam masa yang sama menegakkan al-Quran itu menjadi petunjuk dalam seluruh cara hidup individu, keluarga dan masyarakat.

Apabila Rasulullah s.a.w berusaha untuk mendirikan sebuah negara atau amalan politik. Ini menunjukkan bahawa seluruh al-Quran Karim tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan adannya amalan (kuasa) politik yang menjadi syarat, kerana hukum-hukum yang ada dalam al-Quran Karim mensyaratkan adanya negara yang didirikan.

Negara yang dilandaskan al-Quran Karim itu dan petunjuk yang diajar oleh Rasulullah s.a.w supaya hukum-hukumnya diamalkan.

Para ulama mengatakan, "Apa yang tidak sempurna dan perkara yang wajib melainkan dengannya, maka ia (perkara itu) menjadi wajib".

Bagi mendirikan sembahyang syaratnya mestilah berwuduk, maka berwuduk untuk sembah yang yang wajib hukumnya wajib. Bagi menutup aurat yang wajib mestilah mempunyai pakaian yang lengkap bagi menutup au rat. Maka, mencari pakaian yang lengkap bagi menutup aurat huk umnya adalah wajib.

Bagi melaksanakan selu ruh perintah-perintah al-Quran Karim memerlukan amalan poli tik bagi mendirikan negara yang mendaulatkan Syariat (hukum) Allah. Maka, berpolitik mendiri kan negara adalah wajib.

Inilah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. Apabila di sana terdapat di kalangan manusia yang tidak boleh menerima petunjuk al-Quran Karim. Ini kerana, al-Quran itu menghalang hawa nafsu mereka untuk memerintah secara zalim dan diktator.

Untuk mereka melakukan cara yang melampau dalam menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan nikmat harta negara yang diberi oleh Allah SWT. Meneguhkan kuasa menyebabkan seseorang itu boleh membuat apa sahaja.

Apabila al-Quran Karim mengha lang kelakuan yang haram dan buruk itu, menyebabkan kumpulan-kumpulan yang mahu melakukan amalan itu menentang usaha Nabi s.a.w untuk mendirikan negara Islam.

Maka, berlakulah pertembungan antara haq dan batil, di antara benar dan salah, di antara adil dan zalim. Inilah yang menimbulkan peristiwa Badar, yang menimbul kan pembukaan Makkah, yang menimbulkan peristiwa Ahzab.

Apa yang menarik, peristiwa-peristiwa ini melibatkan bangsa Arab, melibatkan orang-orang Yahudi Ahlil Kitab. Ini menunjukkan bahawa pertembungan yang melahirkan Furqan, yang membezakan haq dan batil, bukan di atas asas kebangsaan, bukan di atas asas kenegerian.

Tetapi di atas asas prinsip aqidah Islam yang benar, yang menegak kan iman, yang menolak kufur, yang menegakkan Islam, yang menolak jahiliyah, yang menegakkan adil yang menolak kezaliman.

Inilah semangat yang perlu dilahirkan dari Ramadan, semangat yang diperlukan lahir dari hari raya. Di sinilah hikmatnya, mengapa tiap-tiap hari raya kita bertakbir membesarkan Allah SWT dengan menyebut "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar" dan Al lah sahaja Yang Maha Besar.

Dan bagi Allah sahaja kepujian dan kita menyebut, "Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Al lah, Esa-Nya dan tidak ada sekutu bagi-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang berjuang untuk menegakkan Islam, yang menghancurkan bala tentera Ahzab. Yang menentang usaha bagi menegakkan Islam itu".

Inilah semangat hari raya yang perlu disambut. Dalam masa yang sama, kita hendaklah mengukuhkan saf umat Islam itu sendiri. Khususnya, di kalangan mereka yang menegakkan Islam dengan mengeratkan hubungan persaudaraan di antara satu sama lain.

Dan mereka yang terlanjur melakukan kesilapan hendaklah sedar dan insaf serta kembali ke pangkal jalan.


Sebagaimana yang ditunjuk oleh generasi awal umat Islam yang membawa mereka kepada kemuliaan. Kemuliaan yang diberi oleh Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh Khalifah Umar al-Khatab, "Kita adalah umat yang diberi kemuliaan oleh Al lah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain dari Islam, nescaya kita akan menerima penghinaan daripada Allah".

Cukuplah, kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini mereka diratah oleh kaum yang lain. Mereka sepatutnya menjadi contoh kepada umat yang lain, tiba-tiba mereka terpengaruh dengan umat yang lain.

Marilah, kita kembali dengan semangat Ramadan, dengan se mangat hari raya melahirkan umat yang dinyatakan oleh Allah, "Kamu adalah umat yang dijadikan oleh Allah untuk dikeluarkan kepada manusia, untuk menjadi contoh, untuk memimpin manusia, dengan ciri-ciri dan sifat-sifat kamu menyuruh kepada yang baik dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah".

Dan mudah-mudahan kita dapat melaksanakan kewajipan ini dengan penuh mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah SWT sebagaimana yang dijanjikan,

"Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Allah yang menjadikan mereka itu golongan yang berkuasa, dan memerintah negara di atas muka bumi ini sebagaimana dikurniakan kepada umat yang terdahulu dan Allah menjadikan keadaan yang berubah, agama yang direda ialah Islam ini berkuasa memer intah. Keadaan yang menakutkan bertukar menjadi keamanan. Mer eka itu mengabdikan diri kepada Aku yakni Allah, dan mereka tidak menyengutui Aku yakni Allah dengan sesuatu yang lain. Dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka itulah orang-orang yang fasik."

Salam hormat,

DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Mari Mengaji

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails