Sunday, February 28, 2010
Percaturan Politik Kampus
Politik Kampus Sepintas Lalu-Bahagian 2
Petikan buku Politik Kampus Di Sebalik Tabir, karangan Mohd. Shuhaimi Al Maniri,hlm.13-24
Percaturan Politik Kampus
Mahasiswa merupakan segolongan manusia yang dapat pengaruhi masyarakat. Aktiviti-aktiviti politik kampus kebanyakannya menjadi tumpuan dan menarik minat masyarat. Aktiviti-aktiviti tersebut telah meninggalkan kesan kepada masyarakat kampus dan luar kampus. Kegiatan-kegiatan mahasiswa penuh dengan idealisma tersendiri sama ada dalam persoalan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya yang kadang-kadangnya bercanggah dengan dasar 'establishment'. Oleh itu tidak dapat dinafikan ianya turut meninggalkan kesan kepada mereka.
Walaupun mahasiswa tidak boleh terlibat secara langsung dalam politik negara kerana tertakluk kepada AUKU.
Tetapi secara tidak langsung mahasiswa memainkan peranan yang penting dalam politik negara umpamanya dalam pilihanraya umum 1990 di mana telah wujud dua kumpulan mahasiswa turut terlibat dalam percaturan politik negara. Satu pihak dikenali sebagai Angkatan Mahasiswa Negara (AMAN) yang didokong secara tidak langsung oleh beberapa akrivis pemuda UMNO secara terang-terang menyokong Barisan Nasional.
Manakala satu lagi Gagasan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) tidak membuat kenyataan terbuka menyokong mana-mana parti politik. Tetapi penglibatan GAMIS dalam pilihanraya umum yang lalu secara tidak langsung menguntungkan parti-parti pembangkang setelah menyebarkan manifesto mereka yang bertemakan "Selamatkan Malaysia Dengan Mewujudkan Keadilan, Kebebasan dan Kebenaran".
Menyedari bahawa golongan mahasiswa merupakan satu 'asset' yang penting kepada masa depan politik negara, parti UMNO khususnya Pergerakan Pemudanya telah menubuhkan sebuah biro khas dinamakan Biro Hal Ehwal Pelajar (HEP) Pemuda UMNO pada tahun l990 untuk tujuan ini [Mohd Shuhaimi Embong, 1990].
PAS juga dikatakan mempunyai sebuah jawatankuasa khas yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pelajar PAS (JPP) di bawah penyeliaan Dewan Pemuda PAS Pusat [Siti Zabidah bte. A.Rahman, 1991]..
Parti-parti lain tidak dapat dipastikan sama ada mereka juga mempunyai jawatankuasa khas pelajar ataupun tidak.
Jelaslah di sini, bahawa pengaruh mahasiswa dalam politik kampus dapat menyumbangkan "saham" tertentu dalam menentukan arah politik negara di masa akan datang. Parti-parti politik tidak mahu ketinggalan "memikat" mahasiswa supaya menyebelahi mereka dalam pergelutan politik negara. Tetapi di sini, mahasiswa tidak dibenarkan menganggotai parti-parti politik secara langsung seperti rakan mereka yang menuntut di luar negara yang boleh menganggotai Kelab UMNO, MCA dan sebagainya, menyebabkan hubungan mereka dengan parti-parti politik dibuat secara tidak langsung atau sulit.
Bagaimanapun untuk mempastikan sejauh manakah keberkesanannya dalam ertikata yang lebih luas dan menyeluruh bukanlahmerupakan satu perkara yan mudah. Persoalan yang sukar untuk ditentukan adalah 'Ke arah manakah politik kampus dibawa?'.
Bersambung....
Friday, February 26, 2010
Pilihanraya Kampus
Petikan buku Politik Kampus Di Sebalik Tabir, karangan Mohd. Shuhaimi Al Maniri,hlm.13-24
Pilihanraya Kampus
Pilihanraya kampus merupakan detik-detik penting dalam menentukan corak dan pimpinan pelajar. Saya kira, dalam kerja berpilihanraya seperti ini memang sukar untuk dinafikan berlakunya kumpulan atau "parti" pelajar sama ada secara langsung atau tidak langsung. Memang sukar dan hampir mustahil untuk seseorang pelajar melakukannya bersendirian bertanding dalam pilihanraya kampus. Sebab itu berlaku kewujudan kumpulan-kumpulan tertentu dalam pertandingan pilihanraya kampus yang merupakan kemuncak segala aktiviti pelajar. Malah universiti-universiti utama dan terkemuka seperti Universiti Malaya dan sebagainya membenarkan perkara ini dilakukan secara terang-terangan tanpa perlu berselindung.
Di dalam Seksyen 48 Akta Universiti dan Kolej Universiti (pindaan 1975) memberikan kuasa kepada pihak berkuasa universiti membentuk satu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dipilih oleh pelajar sendiri. Pemilihan wakil pelajar untuk menduduki MPP ini dilakukan menerusi satu pilihanraya MPP yang biasanya dikenali sebagai pilihanraya kampus. Sungguhpun begitu terdapat perbezaan diantara sesebuah universiti dalam mengendalikan pilihanraya kampus ini. Ada universiti yang membenarkan pelajarnya bertanding secara berkumpulan (atau berparti) seperti di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan sebagainya.
Sementara di sesetengah universiti tidak membenarkan bertanding secara berkumpulan, sebaliknya bertanding atas nama individu seperti di Universiti Islam Antarabangsa dan sebagainya.Jika diteliti atau dikaji secara mendalam kewujudan kumpulan atau biasanya disebut parti ini hampir menyamai keadaan sebenar yang berlaku di luar kampus. Parti-parti yang dibentuk oleh pelajar ini ada yang pro-UMNO dan juga pro-PAS. ABIM dan IRC juga membentuk kumpulan mereka sendiri dan mengambil sikap bersendirian ataupun melakukan kerjasama salah satu dari dua parti utama itu mengiku 'trend' atau sikap pimpinan induk mereka.
Di awal 1980'an mereka bekerjasama dengan kumpulan pro-PAS mewujudkan "Barisan Islam" tetapi keadaan sebaliknya berlaku di akhir 1980'an dan dekad 1990'an ini.
Pelajar Cina dan India juga membentuk kumpulan atau parti mereka sendiri. Dalam pilihanraya kampus mereka akan membentuk gabungan dengan parti-parti Melayu menjadi seolah-olah "Barisan Nasional".
Proses pilihanraya kampus hampir menyamai pilihanraya umum yang sebenar. Perang poster dan kempen-kempen dibenarkan selama kira-kira seminggu. Di universiti- universiti yang utama dan "berfikiran terbuka", kempen-kempen pilihanraya begitu hidup dan sentiasa dinanti-nantikan oleh pelajar serta pengkaji-pengkaji politik kampus. Pengundian dan pengiraan undi dilakukan secara terbuka seperti pilihanraya umum. Keputusannya pula biasanya diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor (HEP) sebagai pegawai utama pilihanraya sebaik sahaja selesai pengiraan undi.
Menerusi proses pilihanraya ini, pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Maktab Perguruan berpeluang memilih wakil-wakil mereka bagi kawasan Umum (seluruh kampus) dan Fakulti atau Pusat Pengajian. Calon-calon yang menang dalam pilihanraya ini akan menjadi Ahli MPP selama satu tahun pengajian. Kedudukan MPP seakan menyamai dengan peranan Dewan Rakyat selaku badan perundangan di mana wakil-wakil pelajar menghadiri mesyuarat untuk berbincang, berbahas dan meluluskan sesuatu usul. Resolusi yang diambil oleh ahli MPP dalam membuat sesuatu keputusan memerlukan undi majoriti tetapi bagi mengubah sesuatu keputusan yang telah diambil atau ditetapkan memerlukan majoriti dua pertiga di kalangan ahli MPP.
Majlis Perwakilan Pelajar ini akan membentuk satu badan 'executive' atau 'kabinet' pelajar dikenali sebagai Persatuan Mahasiswa Universiti (PMU). Kumpulan yang menguasai kerusi terbanyak kalangan ahli MPP akan membentuk kabinet PMU dengan melantik Presiden dan anggota exco yang lain. Manakala kumpulan yang tewas akan bertindak sebagai pembangkang. Tetapi di sesetengah universiti telah menetapkan semua ahli MPP akan memegang jawatan dalam PMU yang dibentuk oleh MPP.
Keputusan pilihanraya kampus terutamanya di universiti- universiti yang utama seperti Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya sentiasa mendapat liputan yang meluas di akhbar-akhbar tempatan. Terdapat ulasan-ulasan yang dibuat berdasarkan keputusan itu untuk menentukan pengaruh parti mana yang lebih kuat dan diterima ramai di kampus-kampus universiti. Keadaan ini begitu ketara di tahun-tahun 1980'an dan era 1990'an ini.
Bersambung......
Wednesday, February 24, 2010
Aktiviti Politik Kampus
Politik Kampus Sepintas Lalu-Bahagian 2
Petikan buku Politik Kampus Di Sebalik Tabir, karangan Mohd. Shuhaimi Al Maniri,hlm.13-24
Aktiviti Politik Kampus
Aktiviti politik kampus adalah sebahagian dari budaya pelajar. Menurut M.A. Fauzi (1977) golongan pelajar mempunyai pola perlakuan, sistem dan tradisinya yang merangkumi sikap, nilai, moral, prinsip dan ciri keintelektuelan. Sementara Lipset (1969) menyatakan "politik pelajar seharusnya tidak menyamai dengan politik orang dewasa. Perlakuan politik pelajar ini adalah bebas dan mempunyai perjuangan mereka sendiri".
Dari sebilangan besar mahasiswa di universiti, jumlah mereka yang terlibat secara aktif dalam kegiatan politik begitu kecil, iaitu kira-kira 10 peratus sahaja (kajian di Amerika dan negara maju sekitar peratus sahaja). Segelintir sahaja yang berminat dan terlibat dengan politik kampus. Kumpulan minoriti yang aktif ini memandang politik kampus ini sebagai sebahagian dari kehidupan mahasiswa. Cockburn and Blackburn dalam 'Student Power : Problem, Diagnosis, Action' menyebut tindakan mereka yang lazimnya dilakukan secara berkumpulan boleh mencetuskan apa yang dipanggil 'kuasa pelajar'.
Perlakuan politik mahasiswa mempunyai hubungan yang rapat dengan penglibatan mereka dalam persatuan-persartuan. Kebanyakan mereka yang giat berpolitik juga memegang jawatan-jawatan dan aktif dalam berpersatuan. Pelajar-pelajar yang aktif berpersatuan didapati mempunyai minat yang tinggi dan melibatkan diri dalam hal-hal politik kampus. Sementara pelajar-pelajar yang pasif dalam politik pula tidak aktif dalam aktiviti-aktiviti persatuan.
Bagi aktivis pelajar, pada peringkat awal yakni semasa berada tahun pertama, mereka memegang peranan sebagai Ahli Jawatankua atau peserta dalam sesuatu projek yang dianjurkan. Kemudia semasa berada di tahun kedua dan ketiga, mereka memegang jawatan Exco-exco persatuan. Dalam masa yang sama juga, pelajar-pelajar inilah yang berpeluang untuk berkempen dan bertanding dalam pilihanraya kampus. Justeru itu, aktiviti dan kepimpinan yang diperolehi dari kegiatan persatuan mempengaruhi penglibatan politik di kalangan mahasiswa [Syed Kheder Ismail, 1986].
Secara amnya pergerakan mahasiswa dalam politik kampus telah berjaya merubah beberapa keadaan, khususnya dalam kampus.Walaupun ramai yang berpendapat bahawa mahasiswa sekarang semakin tidak berupaya menangani persoalan-persoalan yang timbul dengan baik dan berkesan berbanding dengan mahasiswa dahulu,namun tidak dapat menafikan bahawa era baru yang dibawa oleh mereka iaitu memperjuangkan politik yang berbentuk "dakwah" merupakan suatu perubahan yang boleh dibanggakan kerana rneninggalkan kesedaran Islam di kalangan masyarakat.
Secara umumnya aktiviti-aktiviti politik pelajar di kampus melibatkan; pertama; aktiviti berbentuk simposium, seminar, forum, debat, ceramah dan sebagainya di mana perkara-perkara politik, ekonomi dan isu-isu semasa dibincangkan. Aktiviti-aktiviti seumpama ini membolehkan mereka berkomunikasi dengan pemimpin-pemimpin politik dan tokoh- tokoh masyarakat yang diundang ke kampus. kedua; Mesyuarat-mesyuarat di dalam berbagai organisasi pelajar seperti Majlis Perwakilan Pelajar dan berbagai lagi persatuan pelajar di mana keputusan atau resolusi diambil akan dipaparkan atau dihebahkanuntuk tatapan pelajar.
Ketiga; kenyataan-kenyataan pelajar yang ia disalurkan dalam media massa dalam kampus ataupun peringkat kebangsaan yang menyatakan pendirian dan hasrat perjuangan mereka. keempat; Proses pilihanraya kampus dan pemilihan pemimpin berbagai persatuan mahasiswa di mana mereka berpeluang untuk berkempen dan mengundi untuk memilih kepimpinan sesuatu persatuan atau badan. kelima; aktiviti-aktiviti sebagai reaksi spontan mereka terhadap sesuatu isu yang berlaku sama ada berbentuk bantahan-bantahan, perarakan, tunjuk perasaan dan demonstrasi aman yang sering dilakukan. Menerusi tindakan-tindakan seperti ini, mahasiswa mampu menyuarakan pandangan dan kritikan mereka.
Skop aktiviti pelajar harus lebih meluas dengan fungsi dan potensi yang ada pada mahasiswa. Tohmahan bahawa perjuangan mahasiswa merupakan ciplakan idea pembangkang harus ditolak. Soal pelajar menyebelahi pembangkang adalah soal lain tetapi tidak sewajarnya mereka menerima membuta tuli. Harus diingat pembangkang tidak mempunyai imej yang baik kepada pelajar dan sekiranya pelajar berterusan menyuarakan bangkangan serupa dengan parti politik, akan timbul kesukaran untuk memenangi hati masyarakat kampus [Fathi Aris, 1990].
Di kampus sekarang, dakwah jarang lagi diperkatakan. Kegiatan pertubuhan Islam tidak serancak dulu, malah hanya berlegar 4 kalangan ahli sahaja.
Pensyarah-pensyarah pendidikan Islam pun jarang bercakap berhubung kewajiban menutup aurat ataupun berjuang dalan gerakan Islam. Tidak ada lagi pekeliling atau risalah-risalah yang dikeluarkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang menekankan aspek-aspek ini. Ceramah-ceramah agama juga tidak lagi diminati Apakah pelajar-pelajar baru semuanya sudah memahami Islam secara menyeluruh atau aktivis islam di kampus telah jemu mengatur program?
Selain daripada itu, pemimpin-pemimpin pergerakan mahasiswa Islam juga memainkan peranan untuk menyedarkan masyarakat luar kampus dengan mengadakan berbagai aktiviti khususnya di kampung-kampung seperti OPKIM, Khemah Ibadat, Khemah Kerja Dakwah dan sebagainya. Program-program seumpama ini berjaya mengajak penduduk kampung berganding bahu melakukan kerja-kerja kebajika tanpa mengira pegangan politik masing-masing.
Sungguhpun kehadiran mereka ke kampung-kampung tidak dapat merubah suasana kampung secara mendadak, tetapi sedikit sebanyak dapat dilihat perubahannya. Pihak kerajaan kadang-kadangnya dengan mudah meluluskan sesuatu projek pembangunan seperti jalan-jalan, tandas awam dan sebagainya sekiranya ada program yang dijalankan oleh mahasiswa di kampung-kampung berkenaan. Ini kerana pada kebiasaannya projek ini dirasmikan oleh Pembesar-pembesar Negeri berkenaan [Siti Zabidah A.Rahman ,1992].
Bersambung......
Monday, February 22, 2010
Perkembangan Politik Kampus
Politik Kampus Sepintas Lalu-Bahagian 2
Petikan buku Politik Kampus Di Sebalik Tabir, karangan Mohd. Shuhaimi Al Maniri,hlm.13-24
Perkembangan Politik Kampus
Dalam konteks sosial semasa, pergerakan pelajar dalam usahanya membina semula peradaban manusia tidak terbatas dalam lingkungan masyarakat kampus, malah perlu menyeluruh meliputi seluruh masyarakat. Pergerakan pelajar yang mempelopori 'kebangkitan semula Islam' sejak dekad I970'an berjaya menyedarkan semula umat Islam yang lalai. Zainah Anwar (1986) dalam bukunya "Kebangkitan Islam di kalangan Pelajar" yang membuat kajian terhadap perkembangan ini untuk Ijazah Sarjana mengakui keadaan ini paling meluas dan berkesan di universiti-universiti serta Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.
Penglibatan pelajar-pelajar di dalam budaya politik dalam kontes kebangkitan Islam tidaklah sekadar kesedaran tanpa diikuti dengan penghayatan yang akan mempengaruhi pola-pola penyebaran penyertaan politik kemudiannya. Oleh itu aktivisme pelajar masakini haruslah dilihat sebagai satu rangkaian yang tidak terpisah dari usaha-usaha memperbaharui peradaban dan budaya Islam, bahkan penglibatan mereka mampu menjadi 'catalyst' ke arah proses tersebut [Muhammad Nur Anuar, 1988].
Zainah Anwar menyebut, "alat yang paling berkesan membangunkan gerakan dakwah ialah melalui usrah. Di setiap kampus terdapat banyak kumpulan usrah, biasanya dianggotai oleh tidak lebih daripada sepuluh orang yang berjumpa untuk berbincang tentang Islam. Bagi pelajar-pelajar baru, usrah memainkan peranan penting meningkatkan pengetahuan serta kefahaman mereka tentang Islam. Bukan semua pengikut dakwah menganggotai kumpulan usrah"
Bermula dengan kumpulan usrah yang hanya bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman Islam sahaja pada mulanya berkembang menguasai politik kampus bila pengaruh Islam semakin mantap dan diterima umum dalam kehidupan kampus. Sejajar dengan pelbagai kefahaman dan method perjuangan Islam, berbagai-bagai 'kumpulan Islam' wujud di kampus.
Kumpulan ini mengenengahkan identiti dan organisasi masing-masing bagi mempengaruhi masyarakat kampus menyokong perjuangan kumpulan mereka. Perlumbaan yang bermula untuk memperkemaskan gerakan dakwah telah bertukar menjadi percaturan politik kampus yang serius di penghujung dekad 1980'an.
Sebahagia besar individu yang aktif dalam kegiatan-kegiatan politik kampus dikatakan telah menggabungkan diri mereka secara tidak langsung dengan penubuhan yang lebih besar di luar kampus. Bagi kumpulan Islam mereka dikatakan ' berhubungan' dengan salah satu dari badan dakwah dan politik seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Parti Islam SeMalaysia (PAS), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Jemaah Tabligh, Darul Arqam dan sebagainya. Disebabkan terdapatnya halangan dari Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), kehadiran badan-badan ini secara langsung tidak dibenarkan, maka mereka berselindung disebalik nama-nama tertentu supaya kehadiran mereka di kampus tidak ketara [Mohd Shuhaimi Embong, 1989]
Gerakan-gerakan dakwah Islamiyyah yang wujud adalah saling pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain. Kesemuanya mempunyai peranan yang tersendiri dalam meningkatkan dakwah Islamiyyah di Malaysia. Masing-masing berjaya dengan kekuatan sendiri dan tidak sedikit juga pergeseran yang berlaku antara gerakan-gerakan ini. Sering terdapat konflik yang mencetuskan pergeseran yang berpanjangan antara gerakan-gerakan ini mengenai sesuatu isu dan juga perasaan "kurang senang" di antara satu sama lain.
Disebabkan politik kampus banyak dipengaruhi oleh pertubuhan induk di luar kampus, perpecahan kumpulan pelajar Islam tidak dapat dielakkan. Sikap politik di luar kampus mempengaruhi keadaan di . kampus. Disebabkan sikap ABIM sekarang yang pro kepada UMNO, "anak didik" mereka di kampus juga mengambil sikap yang sama dengan berkompromi atau menyokong kumpulan pelajar nasionalis Melayu yang ditaja oleh UMNO. Mereka tidak lagi dapat bersama dengan kumpulan pelajar Islam yang pro kepada PAS seperti sebelum ini.
Cuma di sesetengah universiti yang politik kampusnya unik seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia, kumpulan ABIM (dikenali sebagai ATMA) masih "segan" untuk bersama secara nyata dengan kumpulan pro UMNO (dikenali sebagai TSB) walaupun tidak sebulu dengan kumpulan pro-PAS (dikenali sebagai IPU). Begitu juga dengan kumpulan "Islamic Representative Council (IRC)" yang sebelum ini menyokong kumpulan pro-PAS juga telah "mufarakah" di akhir dekad 1980'an bila ipimpinan mereka menamatkan era persembunyian dengan menubuhkan Jemaah Islah Malaysia (JIM). Sekarang JIM juga dikatakan umula berbaik-baik dengan UMNO.
Perpecahan dan persaingan kumpulan Islam di kampus, betul-betul membayangkan perjuangan pertubuhan "induk" mereka yang lebih besar dalam sistem politik Malaysia. Persaingan antara ABIM dan PAS paling hebat, kerana keduanya tidak memisahkan agama dengan politik. Ini berbeza dengan Jemaah Tabligh dan Darul Arqam yang tidak berminat berpolitik. Tanpa "penyatuan" kembali ABIM dan PAS di peringkat kebangsaan, persaingan diantara kedua-dua kumpulan ini tidak akan berakhir [Zainah Anwar,I990].
Percaturan bertambah kronik bila di sana telah wujud kumpulan nasionalis-pragmatis yang sentiasa mengikuti perkembangan ini. Kewujudan kumpulan nasionalis ini sebagaimana biasa diasaskan mengikut etnik dan bila perlu atau menguntungkan kumpulannya, mereka bergabung mewujudkan satu 'front'. Keadaan ini yang menghidupkan percaturan politik kampus untuk dikaji dan cuba memahami susur-galur isu-isu yang mendapat perhatian mereka.
Bersambung.....
Friday, February 19, 2010
� Gerakan Politik Kampus Sepintas Lalu-Pendahuluan (1)
Politik Kampus Sepintas Lalu-Bahagian 1
Petikan buku Politik Kampus Di Sebalik Tabir, karangan Mohd. Shuhaimi Al Maniri,hlm.13-24
Pendahuluan
Secara umumnya, kebangkitan mahasiswa sebagai suatu gerakan sosial dan politik bermula disekitar tahun 1966 dan 1967. Banyak peristiwa penting yang berlaku pada tahun-tahun tersebut, sehingga ia boleh dianggap sebagai tahun peralihan dalam sejarah pergerakan mahasiswa di Malaysia [Hassan Karim, 1984].
Satu peristiwa penting yang memberi 'impact' paling besar ke atas gerakan mahasiswa dalam tahun 1966 dan tahun-tahun berikutnya ialah dengan tertubuhnya 'Sudut Pidato' pada 27hb. Mei, 1966 di Universiti Malaya. Ini telah memberi sumbangan yang besar kepada golongan mahasiswa kerana hampir kesemua demonstrasi yang diadakan selepas tarikh tersebut dimulai dengan perbahasan di Sudut Pidato tersebut. Manakala pada tahun 1967 pula, peristiwa penting yang mempengaruhi pergerakan mahasiswa ialah penubuhan Kelab Sosialis di Universih Malaya yang cuba berjuang mengikut landasan sosialisma. Keadaan ini telah meletakkan kedudukan masyarakat kampus dalam suasana yang lebih 'politicised' lagi [Muhammad Abu Bakar,1973]
Mulai tahun 1969 dan 1970, beberapa buah lagi universiti telah diwujudkan seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. Kewujudan universiti-universiti ini telah mempengaruhi perkembangan dan kedominan pergerakan mahasiswa.
Sejarah pergerakan mahasiswa di Malaysia banyak mencatatkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa. Seperti yang dimaklumi, menjelag pertengahan 1960'an dan awal tahun 1970'an merupakan tahun-tahun yang penuh cabaran bagi pergerakan mahasiswa di negera ini.
Satu daripada peristiwa penting dalam sejarah pergerakian mahasiswa di negara kita ialah peristiwa 13hb. Mei, 1969. Boleh dikatakan perjuangan politik mahasiswa berikutan tragedi tersebut telah mencapai ke kemuncaknya. lanya berbeza dengan keadaan-keadaan sebelumnya kerana mahasiswa selepas itu telah tampil dengan cara yang paling terbuka menentang kepimpinan Tunku Abd. Rahman dan mendesak beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Ketika itu suasana kampus menjadi amat tegang akibat semangat perkauman yang berpunca dari krisis politik antara mahasiswa berhubung dengan perarakan anti Tunku dan perlaksanaan Bahasa Malaysia di kampus [Muhammad Abu Bakar, 1973]. Pada masa ini, semakin ramai mahasiswa yang berasal dari desa dan berlatar belakangkan kemiskinan berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Golongan inilah yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam pergerakan mahasiswa. Ini adalah ekoran timbulnya rasa kesedar tentang perlunya kemajuan di daerah mereka dan masyarakat desa perlu diberi perhatian dan perubahan [Hassan Karim, 1984]
Pada ketika itu idealisma pergerakan mahasiswa masih lagi berunsurkan sosialisma. Perjuangan mereka adalah selari dan sealiran dengan Parti Rakyat yang menganuti fahaman sosialisma. Bagaimanapun idealisma tersebut ditentang oleh generasi kemudiannya yang membawa aliran yang berbeza [PMIUM, Meneliti Liku Perjuangan ] Idealisma pergerakan mahasiswa selepas itu telah memperlihatkan suatu perubahan dari berunsurkan sosialisma dan nasionalisma kepada berunsurkan Islam. Ini adalah ekoran dari kembalinya golongan muda yang mendapat pendidikan di luar negera seperti Mesir dan lain-lain. Kebetulan juga diwaktu itu kesedaran Islam (al-wa' yu al-Islami) begitu subur di kalangan masyarakat luar [Wan Ali Wan Jusoh, 1989].
Bagaimanapun pemahaman Islam ketika itu masih lagi dipengaruhi oleh aliran sosialisma dan nasionalisrna. Ini disebabkan oleh fahaman bahawa isu-isu berhubung dengan nasionalisma itu adalah isu Islam. Tetapi kemudiannya golongan mahasiswa Islam yang membawa fahaman tersebut telah berubah corak. Mereka telah mengambil Islam sepenuhnya untuk dijadikan landasan kepada pergerakan mereka dengan menolak semua isme-isme yang lain.
Kesedaran politik Islam di kalangan mahasiswa telah meningkat di akhir dekad 1970'an memandangkan tingginya 'profail' kegiatan dakwah mereka. Fenomena kebangkitan Islam di kalangan mahasiswa ini dikenali sebagai 'ledakan Ubudiyyah' apabila mereka bergiat aktif dalam politik kampus bagi memimpin persatuan-persatuan mahasiswa.
Di awal dan pertengahan tahun 1980'an, terdapat banyak rungutan di kalangan masyarakat terutama ibu bapa bila mendapati perubahan , mendadak di kalangan anak-anak mereka yang belajar di Institusi Pengajian Tinggi. Masyarakat digembar-gemburkan dengan terdapatnya sebilangan pelajar yang meninggalkan pengajian untuk rberdakwah. Ketika ini istilah-istilah 'dakwah songsang', 'ekstremes agama', 'Islam fanatik' begitu popular. Salah faham (pengertian) dan perasaan keliru di kalangan masyarakat begitu memuncak kerana makna sebenar istilah ini tidak pernah dijelaskan oleh pihak berkenaan.
Mesej Islam mudah diterima oleh pelajar di Institusi Pengajian Tinggi pada masa ini kerana kesedaran Islam dan keinsafan terhadap keagungan Islam juga hasil 'kekosongan' dalam diri oleh kerana kegagalan pendidikan sekular. Kepimpinan pelajar Islam mula meningkat selepas ianya diterajui oleh Anwar Ibrahim melalui wadah PKPIM dan PBMUM. Dan selepas itu kumpulan Islam mula [mendominasi perkembangan kampus hingga ke hari ini [Muhamad Abu Bakar, 1987
Bersambung....
Politik Kampus Di Sebalik Tabir Vol. 1
Disini saya, ingin menceritakan sedikit isi Buku " Politik Kampus Di sebalik Tabir" yang mana boleh di pesan atau oder atau membeli melalui saya, dengan menghubungi saya dan insyaAllah akan di Pos, pesanan juga boleh di buat melalui Phone, emil, YM , bersemuka dan apa saje bentuk yang boleh dihubungi.
Di ruang yang terhad ini juga saya memulakan dengan pengenalan menegenai bidodata penulis " Politik Kampus Di sebalik Tabir":
Penulis buku " Politik Kampus Di Sebalik Tabir" adalah Mohd. Shuhaimi al Maniri atau Mohd Shuhaimi Embong .
Dilahirkan di Kg Balau Kolam, Kuala Terengganu. Mendapat pendidikan awal di kampungnya sebelum menyambung pelajaran peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Belara, Kuala Terengganu dan menengah atas di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
Beliau adalah seorang penulis muda berbakat. Sejak di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) lagi, beliau pernah menjadi pengarang beberapa majalah terbitan kampus.
Kepemimpinan beliau terserlah sejak dibangku sekolah lagi. Beliau sering dilantik memegang pelbagai jawatan penting. Di universiti, beliau seorang aktivis kampus, memegang jawatan antaranya Exco PMUTM sesi 1985/86, Pengarah Kolej Pertama, Naib Presiden Permata dan Exco Persatuan Sains Komputer.
Beliau pernah menjadi Setiausaha Agung Kelab Siswazah Muslim Terengganu Darul Iman (KEMUDI), Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Pernah menulis di akhbar Watan, Mingguan Politik, Harakah dan Dunia Islam suatu ketika dahulu.
Buku "Politik Kampus Di Sebalik Tabir" diterbitkan pada tahun 1995, cetakan Pustaka Generasi Baru. Buku ini menjadi sumber rujukan peminat-peminat politik kampus IPTA dan dianggap dokumentasi politik kampus yang paling komprehensif dan popular.
Penulis mengulas gerakan politik kampus di universiti utama Malaysia iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa.
Buku ini bercorak dokumentasi sejarah berdasarkan sumber lisan, pemerhatian, keratan akhbar,majalah, buku yang disusun semula oleh penulis. Pengamatan penulis yang tajam dan pengalamannya sebagai bekas aktivis pelajar dengan susunan menarik dari tahun ke tahun menyebabkan buku menarik minat pembaca.
Buku ini mengupas gerakan pelajar di IPTA bermula dari tahun 60-an hingga 90-an. Dibahagikan kepada 10 bab, tiga bab perbincangan secara umum iaitu 'Politik kampus sepintas lalu', Tragedi kelesuan politik kampus' dan 'Perebutan kuasa politik di kampus' serta 6 bab lagi dikhususkan kepada universiti-universiti tertentu. Bab ke10 pula penulis membuat kesimpulan dengan menyentuh perkembangan politik mutakhir di kampus sekitar tahun 90-an.
Pendedahan penulis tentang corak kepartian kampus, badan-badan pelajar, kaitan dengan politik luar dan pergelutan dalaman politik kampus telah memberi pandangan sebenar mengenai senerio kampus.
Sebelum ini, beliau telah menerbitkan buku pertama yang bertajuk "Gerakan Pelajar - Kepimpinan, Pengurusan dan Cabaran"
Dalam buku itu beliau cuba mengupas beberapa persoalan mahasiswa, termasuk berakhirnya zaman kegemilangan mereka, menyebabkan banyak pihak mempertikaikan kredebiliti mahasiswa sekarang.
Sehubungan itu, penulis dalam bukunya berpendapat, kepemimpinan mahasiswa perlu berusaha serta peka kepada keadaan semasa, dengan memberi tumpuan ke arah mempertingkatkan peribadi, pengetahuan, kepemimpinan dan kebolehan berkomunikasi.
Katanya, kewibaan itu boleh digilap menerusi pelbagai kegiatan kampus seperti mengadakan kursus, seminar, simposium, forum, pidato, khidmat kerjaya, ekspo, pertandingan, lawatan dan sukan.
Peningkatan prestasi aktiviti di kalangan mahasiswa perlu kerana persatuan yang baik tidak sewajarnya melakukan kegiatan yang bersifat berulang atau carbon copy sehingga sanggup mengadakan persaingan mengikut aktiviti persatuan lain.
Ada tujuh bab utama dalam buku itu, termasuk tajuk kecil yang mengupas perbincangan permasalahan secara lebih terperinci. Pada bahagian akhir buku itu, penulis mengupas permasalahan yang dihadapi gerakan mahasiswa Islam secara global.
Bersambung........
Tok Guru menyelamat mangsa Lemas perlu di contohi oleh pemimpin lain
Pada 14.2.2010 Jam 5.30 Petang. Di Pantai Belubor, Rusila, Marang, Trg.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah Menyelamatkan Mangsa lepas di Pantai Belubor, Rusila, 5.30ptg. 14.2.2010.. Semasa kejadian beliau sedang berehat ditepi pantai bersama keluarga. Turut sama terlibat dalam usaha ini adalah beberapa orang ahli keluarga beliau termasuk 2 anak lelaki dan seorang menantu.
dari : http://www.malaysiakini.com/news/124520
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang memancing pada petang Ahad lalu di Pantai Rusila, Marang bersama dua orang anaknya apabila beliau mendengar jeritan meminta tolong.
Lantas, beliau bersama anaknya berusia 20-an itu, terjun ke laut untuk menyelamatkan seorang lelaki yang nyaris lemas ketika mandi di pantai berkenaan.
Ini diceritakan oleh Herman Shamsudeen, timbalan ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, yang juga menulis mengenai perlakuan 'hero' Hadi di blognya.
Selain sedikit butiran umum mengenai kejadian tersebut, Herman turut memuatkan dua keping gambar yang dirakam oleh seorang individu pada masa itu.
"Saya dapat gambar ini melalui seseorang melalui Facebook. Itu memang gambar (Hadi), susah sikit untuk dikenali sebab dia tidak memakai serban," kata Herman ketika dihubungi.
Salah sebuah foto berkenaan (kiri) menunjukkan Hadi - berbaju kemeja-T, berkain pelikat sambil duduk berlunjur di atas pasir pantai.
Di sebelah Hadi itu pula duduk seorang lagi lelaki yang dikatakan sebagai mangsa kejadian tersebut.
Herman bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang menghantar gambar berkenaan kepadanya.
Menurut Herman lagi, Hadi, 63, ternyata masih gagah dan mampu bertindak pantas semasa menyelamatkan mangsa tersebut.
"Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya.
"Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa," kata Herman dalam tulisannya.
Dalam catatan tambahan dalam tulisan tersebut, beliau juga memohon maaf kerana menyiarkan dua keping foto tersebut.
"Tok Guru pasti marah kalau tahu ana siarkan gambar dan tulis macam nie. Ana minta maaf pada dia.
"Beliau tidak suka perkara ini dibesarkan, tapi itulah hakikat dirinya yang kita kena tahu. Semoga kita dapat mencontohi beliau," katanya.
Monday, February 15, 2010
Fitnah dalam Dakwah dan Jamaah
Oleh : Al Fadhil Ustaz Mohd Hazmi Dibok
2. Penimbul fitnah (perpecahan) dalam jamaah seringkali menggunakan alasan yang indah untuk menjustifikasi tindakan
Sikap menjustifikasikan tindakan sumbang dengan alasan yang indah (cth : kerana sayangkan jamaah) ini adalah merupakan syiar golongan kafir yang menjangkiti penimbul fitnah dalam jamaah Islam.
"Kemudian ada pemimpin yang dituduh tidak memahami permainan politik. Qiaskan apa yang berlaku sekarang dengan apa yang telah berlaku dahulu. Al-Quran telah memberi amaran kepada kita daripada terlibat dengan tuduhan-tuduhan tersebut kerana ia merupakan syiar golongan kafir. Firaun (dan menteri-menterinya) telah berkata tentang Nabi Musa a.s ;
{dan Firaun berkata ; Biarkan aku membunuh Musa dan biarlah dia memohon kepada Tuhannya kerana aku bimbang dia akan menukar agama kamu atau dia akan menimbulkan kerosakan di muka bumi} - Surah Al-Ghafir ayat 26
{Dan berkata pula ketua-ketua dari kaum Firaun ; Adakah kamu (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir)} - Surah Al-A'raf ayat 127
Bukankah inilah perkataan yang turut digunakan oleh setiap thagut yang melakukan kerosakan di atas muka bumi dan mendakwa yang yang mereka melakukan pembaikan? Bukankah ia merupakan perkataan batil yang hodoh dan digunakan bagi berhadapan dengan kebenaran yang indah? Bukankah ia juga perkataan yang digunakan oleh si penjahat bagi membangkitkan keraguan dan syak wasangka di sisi seorang yang beriman lagi tenang? Logik yang digunakan adalah sama. Ia berulang ketika bertembung di antara kebenaran dan kebatilan, iman dan kufur, kebaikan dan keburukan di sepanjang zaman dan setiap tempat. Kisah ini sentiasa berulang dari masa ke semasa" [Fi Zilal Al-Qur'an, 5/3078]
Oleh itu para daie hendaklah sentiasa berwaspada daripada menyerupai golongan kafir, iaitu dengan mengadakan alasan ;
- bahawa fitnah yang digembar-gemburkan bertujuan untuk membaiki,
- bahawa mereka keluar dari jamaah demi melakukan pembetulan,
- bahawa bisikan yang dilakukan di kalangan mereka bertujuan untuk berbincang (wacana),
- bahawa umpatan yang dilakukan bertujuan untuk mewujudkan suasana dialog,
- bahawa percanggahan dengan pemimpin atas alasan kebenaran bukannya satu,
- bahawa ketidak tegasan (dengan Islam-pen) dengan hujjah untuk mendapatkan sokongan,
- bahawa tidak taat kepada dakwah atas alasan mempermudahkan (dinamik)
- bahawa mengkritik golongan yang membawa kebaikan dengan alasan (kebaikan) itu subjektif,
- bahawa meninggalkan dasar-dasar syarak dengan hujjah maslahah,........
Tetapi, kerosakan adalah tetap kerosakan, tidak boleh diubah oleh ibarat dan lafaz yang digunakan untuk menggambarkannya. Tetap teguh di atas manhaj adalah lebih utama daripada mendapat sokongan yang cepat. Kesatuan jamaah adalah daripada lebih utamamendapat sokongan di dalam satu-satu situasi. Kemaslahatan umum mengatasi kepentingan individu.
* Petikan dari buku Fitnah Dalam Kehidupan Pendakwah - Muhammad Ahmad Ar-Rashid m.s. 55-57
Sunday, February 14, 2010
Tok Guru Nik Aziz ziarah Jenazah adinda Tok Guru Haji Hadi
Tuan Guru Nik Ab Aziz ziarah Jenazah adinda Tok Guru.
13.2.2010- Rusila.
Tok guru Hj Abd Hadi menyambut ketibaan Tok guru Nik Abd Aziz di rumah beliau sebelah Masjid Rusila
Ketibaan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat di sambut oleh orang ramai yang datang mengziarahi jenazah Adinda kepada Tok Guru Hj Abd Hadi.
Suami arwah, Hj Razali menyambut Tok Guru Nik Abd Aziz
Hj Razali menerima ucapan takziah dari Tok Guru
Dato Mustaffa Ali bersama-sama 2 Tok Guru.
Jenazah Dibawa turun dari rumah Tok Guru Presiden untuk dibawa ke Masjid
Ustaz Mat, anak kepada arwah dan Tok Guru Hj Abd Hadi mengiringi Tok Guru Nik Aziz menuju ke Masjid untuk solat Jenazah.
Tuan Guru Haji Abd Hadi mengimami solat jenazah adinda beliau Hjh Aishah Awang, turut sama Tuan Guru Nik Abd Aziz, Dato' Mustaffa Ali, pimpinan Pas semua peringkat serta ahli Jamaah masjid
Gambar di satu Majlis di Setiu (petang)....
[[ Semoga Allah merahmati kedua Tok guru ini...]]
Wednesday, February 10, 2010
Valentine's day menurut perpektif ISLAM
VALENTINE DAY (HARI BERKASIH SAYANG)
Menurut pandangan Islam
Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)
Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.
SEJARAH VALENTINE:
Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.
PANDANGAN ISLAM
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-
Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam masalah 'Valentine Day'.
1. PRINSIP / DASAR
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.
2. SUMBER ASASI
Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.
Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
3. TUJUAN
Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.
4. OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta dan huru-hara.
Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)
Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.
Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim. Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.
Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.
MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)
Perhatikanlah Firman Allah :
“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.
Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.
Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t.:
“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.
Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..]
artikel ini di petik dari : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/valentineday.htm
Al-Quran : Kalimat munafik di dalamnya
Kesemua 29 ayat al-Qur'an yang membawa perkataan munafik adalah:
3:167. Dan supaya Dia mengetahui orang-orang munafik apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah berperang di jalan Allah, atau menangkislah." Mereka berkata, "Sekiranya kami mengetahui bagaimana hendak berperang, tentu kami mengikuti kamu." Mereka pada hari itu adalah lebih dekat dengan ketidakpercayaan (kekafiran) daripada keimanan mereka, dengan mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak ada di dalam hati mereka; dan Allah sangat mengetahui apa yang mereka menyembunyikan.
(kata dengan mulut yang tiada di dalam hati)
4:61. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kepada apa yang Allah menurunkan, dan rasul", kemudian kamu melihat orang-orang munafik menghalangi kamu dengan penghalangan yang keras.
(menghalangi al-Qur’an dengan keras)
4:88. Mengapakah kamu, bahawa kamu berdua golongan mengenai orang-orang munafik, dan Allah menggulingkan mereka kerana apa yang mereka mengusahakan? Apa, adakah kamu menghendaki untuk memberi petunjuk kepada orang yang Allah menyesatkan? Sesiapa yang Allah menyesatkan, kamu tidak akan mendapati baginya suatu jalan.
4:138. Berilah berita gembira kepada orang-orang munafik bahawa bagi mereka azab yang pedih.
(berita gembira kepada orang munafik)
4:140. Dia menurunkan kepada kamu di dalam Kitab, "Apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah dinafikan, dan diperolok-olokkan, janganlah duduk bersama mereka sehingga mereka terjun pada hadis (pembicaraan) yang lain; jika tidak, kamu adalah serupa dengan mereka." Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik, dan orang-orang yang tidak percaya, kesemuanya di dalam Jahanam.
(menafi dan memperolok-olokkan ayat-ayat Allah)
4:142. Orang-orang munafik hendak menipu Allah, tetapi Allah, Dia yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan tidak mengingat Allah, kecuali sedikit.
(menipu Allah tanpa disedari; malas untuk bersolat)
4:145. Sesungguhnya orang-orang munafik berada di dalam bahagian yang paling bawah di Api, dan kamu tidak mendapati bagi mereka sebarang penolong.
(kediaman mereka di akhirat)
8:49. Apabila orang-orang munafik, dan orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, berkata, "Agama mereka telah menipu mereka"; tetapi sesiapa mempercayakan (tawakal) kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.
9:64. Orang-orang munafik takut jika sebuah surah diturunkan terhadap mereka, yang memberitahu kamu apa yang di dalam hati mereka. Katakanlah, "Berolok-oloklah kamu; sesungguhnya Allah akan mengeluarkan apa yang kamu takuti."
(takut al-Qur'an ada menceritakan mengenai mereka)
9:67. Orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan adalah sama satu sama lain; mereka menyuruh pada kemungkaran dan melarang daripada yang baik, dan mereka menggenggamkan tangan-tangan mereka; mereka melupakan Allah, dan Dia melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik, mereka adalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
9:68. Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki, dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang yang tidak percaya, dengan api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya. Cukuplah itu bagi mereka; Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka, azab yang kekal.
9:73. Wahai Nabi, berjuanglah terhadap orang-orang yang tidak percaya, dan orang-orang munafik, dan bersikapkeraslah terhadap mereka; tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
9:77. Maka akibatnya, Dia meletakkan kemunafikan di dalam hati mereka hingga hari mereka menemui-Nya, kerana mereka memungkiri Allah pada apa yang mereka menjanjikan kepada-Nya, dan kerana merekalah pendusta-pendusta.
(diletakkan kemunafikan ke dalam hati orang yang berjanji untuk bersedekah tetapi tidak melakukannya setelah Allah memberi kepada mereka; sila rujuk 9:75-76)
9:97. Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak mengetahui had-had (hudud) yang Allah menurunkan kepada rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
(orang Arab)
9:101. Dan antara orang-orang Arab yang di sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian daripada penduduk Kota menjadi berani dalam kemunafikan. Kamu tidak mengetahui mereka, tetapi Kami mengetahui mereka, dan Kami akan mengazab mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.
29:11. Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang percaya, dan Dia mengetahui orang-orang munafik.
33:1. Wahai Nabi, takutilah Allah, dan janganlah mentaati orang-orang yang tidak percaya, dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
33:12. Dan apabila orang-orang munafik, dan orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit berkata, "Allah dan rasul-Nya menjanjikan kami hanya tipuan."
33:24. Supaya Allah membalas orang-orang yang benar kerana kebenaran mereka, dan mengazab orang-orang munafik, jika Dia mengkehendaki, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Pengampun, Pengasih.
33:48. Dan janganlah mentaati orang-orang yang tidak percaya (kafir), dan orang-orang munafik, dan janganlah mempedulikan gangguan mereka, dan kamu percayakanlah kepada Allah; cukuplah Allah sebagai wakil.
33:60. Sungguh, jika orang-orang munafik tidak berhenti, dan orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan mereka yang membuat kegemparan di kota, pasti Kami akan mendesak kamu untuk menyerang mereka, kemudian tidaklah mereka menjadi jiran kamu di situ, kecuali sedikit.
33:73. Supaya Allah mengazab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang menyekutukan dan orang-orang perempuan yang menyekutukan; dan supaya Allah menerima taubat orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan. Allah adalah Pengampun, Pengasih.
48:6. Dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang menyekutukan dan orang-orang perempuan yang menyekutukan, dan orang-orang yang bersangkaan dengan sangkaan buruk terhadap Allah; terhadap merekalah giliran yang buruk. Allah murka pada mereka, dan melaknatkan mereka, dan menyediakan untuk mereka Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
57:13. Pada hari apabila orang-orang munafik lelaki, dan orang-orang munafik perempuan, berkata kepada orang-orang yang percaya, "Tunggulah kami, supaya kami dapat meminjam cahaya kamu!" Dikatakan, "Kembalilah kamu ke belakang, dan carilah cahaya!" Dan sebuah dinding diadakan di antara mereka, yang mempunyai sebuah pintu, di dalamnya pengasihan, dan bertentangan dengan yang di luar di mana terdapat azab.
(di akhirat)
59:11. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang munafik, yang berkata kepada saudara-saudara mereka daripada ahli Kitab yang tidak percaya, “Jika kamu diusir, kami akan keluar bersama kamu, dan untuk kamu, kami tidak akan mentaati sesiapa pun selama-lamanya. Jika kamu diperangi, kami akan menolong kamu.” Dan Allah mempersaksikan bahawa mereka adalah benar-benar pendusta-pendusta.
63:1. Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata, “Kami mempersaksikan bahawa kamu benar-benar rasul Allah.” Dan Allah mengetahui bahawa kamu adalah benar-benar rasul-Nya, dan Allah mempersaksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta.
(kesaksian orang munafik)
63:7. Merekalah orang-orang yang berkata, “Janganlah kamu menafkahkan kepada mereka yang dengan rasul Allah, sehingga mereka bersurai”; namun begitu, kepunyaan Allah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik tidak memahami.
63:8. Mereka berkata, “Jika kita kembali ke Kota, orang-orang yang perkasa daripadanya akan mengusir orang-orang yang lebih hina”; namun begitu, kemuliaan adalah bagi Allah, dan bagi rasul-Nya, dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik tidak mengetahuinya.
66:9. Wahai Nabi, berjuanglah terhadap orang-orang yang tidak percaya dan orang-orang munafik, dan bersikapkeraslah terhadap mereka; tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
by : http://www.e-bacaan.com/kalimat_munafik.htm
Monday, February 8, 2010
Silaturrahim : eratkan persaudaraan ISLAM
Silaturrahim adalah hubungan dengan orang yang terdekat iaitu kaum kerabat. Apa yang dimaksudkan adalah mereka yang ada pertalian darah. Bahawasanya Allah memuji orang yang menjaga hubungan silaturrahim kerana takut pada perhitungan yang buruk di akhirat kelak. Menghubungkan silaturrahim juga merupakan perintah Allah sebagaimana yang terdapat pada ayat yang banyaknya.
Orang yang memutuskan silaturrahim adalah dilaknat oleh Allah sebagimana dalil daripada Al-Quran surah Ar-Ra’du ayat 25.(boleh rujuk). Allah menyuruh kita menghubungkan silaturrahim dan bukannya memutuskan hubungan silaturrahim. Telah berkata Ali bin Hussain ketika menasihati sebahagian anak2nya: “Janganlah engkau putuskan hubungan silaturrahim kerana aku dapati yang demikian perbuatan tersebut telah Allah laknat pada 3 tempat.
Dalilnya:
Sabda Nabi s.a.w.: “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturrahim.” (Riwayat Baihaqi).
Nabi juga bersabda, diriwayatkan Abu Hurairah r.a.: “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Kesimpulannya
Maka, adalah rahmat Allah tidak akan turun terhadap satu2 kaum yang padanya ada orang yang memutuskan hubungan silaturrahim. Agaknya macam mana keadaan orang yang putuskan hubungan silaturrahim? Kita kena ingat, bila kita ditimpa masalah pasti kita rujuk kepada seseorang(keluarga), jadi tidak rugi kalau kita menghubungkan silaturrahim. Sebaik-baik silaturrahim adalah kita mengalah dengan mereka. Dan memaafkan di antara satu sama lain, kerana sifat maaf bermaafan ini adalah langkah ke arah ke sempurnaan Iman.
Maka wajib bagi kamu menghubungkan silaturrahim dan jangan memutuskannya kerana yang demikian itu sebesar-besar dosa dan balasannya akan disegerakan di dunia, kalau tidak, Allah pasti simpan balasan bagi orang yang putuskan silaturrahim di akhirat dengan azab yang sangat pedih.
Sunday, February 7, 2010
ISLAM : Penghayatan serta pengamatan
Umat Islam mengikut taarif Allah S.W.T. adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan di antara umat manusia kerana mereka sentiasa berjihad menegakkan Al-Maaruf dan di waktu yang sama juga mereka mencegah yang mungkar.
Mereka adalah contoh yang terbaik dan pilihan kerana mereka yakin akan wujudnya Allah S.W.T dan percaya sepenuhnya kepada janji-janji Allah, mereka beriman kepada Allah S.W.T dan iman itu ditunjukkan dengan taat dan takwa kepada Allah S.W.T pada setiap saat dalam kehidupan mereka, mahupun apabila mereka sesama mereka ataupun mereka keseorangan diri.
Mereka sedar bahawa belumlah betul-betul dinamai Iman jika belum mendorong orangnya untuk bekerja keras, menerus dengan kerja-kerja Islam (Amal Islami) dan menyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada orang lain belum lagi merasai kemanisan dan menikmati cara hidup Islam. Sesungguhnya tepatlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
“Iman itu bukanlah angan-angan dan bukan pula perhiasan tetapi Iman itu adalah sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan amalan.”
Itulah ummat yang terdahulu yang mendapat didikan Iman dari Madrasah Rasulullah S.A.W yang mana sumber didikan mereka hanya sanya Al-Quran, menilai Rabbani yang sentiasa mendidik dan membetuli mereka dan setiap aktiviti mereka di dalam kehidupan samada dalam bentuk fikiran, tindakan dan amalan. Di sana masih ada perbezaan yang jauh antara ummat Islam kini dan jenerasi Al-Quran yang pertama dahulu yang mana di dalam jiwa mereka terdapat Iman yang bergelora, menyala, cermat dan waspada.
Sebaliknya Umat Islam kini mereka mempunyai Iman yang bisu, mandul, tidur nyenyak dalam jiwa dan mereka tidak mematuhi hukum dan tuntutan Iman itu sendiri.
Keadaan dan Masalah yang Sama
Sesungguhnya segala keadaan dan corak hidup yang ada di seluruh dunia Islam pada hari ini adalah sama saja. Keadaan Ummat Islam yang sebenarnya telah menyerah kalah kepada pemikiran-pemikiran dan cara hidup yang menggunakan akal fikiran sebagai inti wahyu Illahi. Tiada penafian dalam hal ini kerana masyarakat Islam telah begitu lama dijajah (tanah air dan fikiran) telah jauh dari hakikat hidup dari kacamata Islam.
Perhambaan diri mereka tidak hanya sanya pada Allah S.W.T semata-mata sedangkan mereka mengucap dua kalimah Syahadah, mengerjakan sembahyang, berpuasa, mengeluarkan Zakat dan menunaikan Haji di Baitullah. Apabila kita meninjau ke seluruh pelusuk alam ini, nescaya kita dapat melihat keadaan sebenar Ummat Islam pada hari ini. Ratusan umat Islam tidak lagi digeruni oleh musuh-musuh mereka, malah umat Islam dipermain-mainkan sesuka hati oleh angkatan Jahiliah yang diketuai oleh Syaitan, umat Islam seolah-olah dibius, jiwa mereka rendah, peribadi mereka juga rendah serta natijah mereka juga dipandang rendah.
Kemanakah hilangnya tradisi kegemilangan, kekuatan Islam yang pada satu ketika dulu tradisi telah dapat menarik penganut-penganut cara hidup yang bukan Islam kepada cara hidup Islam?
Wujudnya situasi yang sebegini rupa adalah kerana umat Islam sendiri telah jahil akan tujuan sebenarnya Islam itu diturunkan kepada seluruh umat manusia. Umat Islam kini tidak tahu menghargai Pimpinan Illahi dan merasa rendah dikira apabila menyebut Islam. Ummat Islam pada hari ini tidak boleh lagi dipanggil sebagai ummat Islam, Islam itu tetap ada tetapi ummatnya adalah umpama jasad tanpa nyawa, sebenarnya mereka juga sendiri daripada angkatan jahiliah kerana;
1) Tidak beriman dengan Allah S.W.T. dalam erti kata yang sebenar
Nampak jahiliah itu dalam bermacam-macam keadaan, tindakan dan aktiviti. Mereka tidak menyerah semua urusan hidup mereka kepada Allah S.W.T. Iman yang sebenarnya ialah dengan menjadikan hanya Allah sahaja sebagai Illah. Perintah dan undang-undang Allah sahaja yang diterima dan dipatuh. Jika tidak, maka uluhiyyatillah kita masih tidak sempurna.
2) Mengikut Hawa Nafsu
Jahiliah dengan hawa nafsu adalah seiringan. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Jaatsiyah (45) ayat 18 yang bermaksud,
“Kemudian kami jadikan kamu berada di atas Syariat (peraturan) dari urusan (Deen) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”
Sekiranya hawa nafsu menghukum walaupun pengikut syariat Allah S.W.T maka masih dikira jahiliah. Hakikat hawa nafsu menghukum ialah ianya berbeza mengikut keadaan dan masa.
3) Mengikut Thaghut
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud,
“Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman,Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (Iman). Dan orang-orang kafir pelindung-pelindung mereka ialah thaghut,yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan.Mereka itu adalah penghuni neraka,mereka kekal di dalamnya.”
Dalam surah Annisa’ (4) ayat 76 Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,
“Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan Orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kuncu-kuncu syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.”
Orang-orang yang beriman kepada Allah berjuang dan berperang kerana Allah S.W.T, tetapi orang-orang Jahiliah berjuang bermati-matian untuk mengikut perintah thaghut.
SIFAT-SIFAT MEREKA YANG HIDUP UNTUK ISLAM
Berbeza dengan sifat-sifat yang tersebut di atas, sifat-sifat mereka yang hidup untuk Islam sepatutnya;
a) Benar-benar terikat dan menurut ajaran Islam, Iman dan amal mereka yang selaras, tidak menyuruh orang berbuat baik tanpa dirinya sendiri berbuat baik dan tidak memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukannya.
b) Mengutamakan kepentingan Islam walau di mana sahaja mereka berada. Musuh-musuh Islam tidak dapat meresap masuk dan mengganggu-gugat dengan apa cara sekalipun.
c) Merasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah. Tidak merasa lemah dan dukacita dengan mehnah dan fitnah yang berada di hadapan mereka.
d) sentiasa bekerja untuk Islam bersama-sama dengan Aktivis-aktivis (mujahid-mujahid) Islam yang lain dalam berdakwah kepada Allah, menyuruh dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Mereka sentiasa bersama Jamaah Ummah dan patuh kepada kehendak dan pimpinan Jamaah tersebut.
SISTEM WAHYU
Sekiranya Iman merupakan penyelamat dan tenaga penggerak kepada pembangunan kepada generasi Al-Quran yang terdahulu maka Iman itu juga yang menjadi penyelamat dan tenaga penggerak kepada jenerasi ummat yang terkemudian. Dan generasi yang terdahulu telah mengambil Al-Quran untuk mencipta Tamadun. Generasi sekarang juga mesti mengambil Al-Quran untuk menempah semula tamadun tersebut.
Generasi Al-Quran yang pertama dahulu apabila mereka bertindak melakukan sesuatu, dalam apa sahaja bidang yang mereka ceburi mereka tidak pernah malah takut untuk mendahulukan Allah dan RasulNya. Mereka sentiasa menunggu saranan dan teguran wahyu dan apabila ditanzilkan wahyu kepada mereka tanpa persoalan lagi mereka terus melaksanakan kehendak wahyu tersebut samada dalam bentuk suruhan ataupun tegahan bagaikan askar-askar yang menurut perintah ketua mereka.
Oleh itu kita dalam setiap gerak kerja kita mestilah merujuk terlebih dahulu kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dan bersesuaian dengan waki’ (realiti) serta ikhlas tanpa ada sedikitpun matlamat duniawi. Sepatutnya sejarah Tanzil (turun) nya Al-Quran itu menjadi contoh kepada kita dewasa ini. Ia ditanzilkan secara munajjaman(beransur-ansur). Hal ini adalah mengikut fitrah manusia itu sendiri, kalau dulu Al-Quran itu mendidik dan berjinak-jinak dengan jiwa-jiwa generasi sahabat secara munajjaman iaitu mengikut perkembangan pemikiran dan sosial mereka, semestinyalah kita mengikutnya demikian juga.
Dengan ini bukanlah bererti yang kita tidak perlu menjalankan undang-undang dan peraturan Allah di muka bumi ini disebabkan kita bermula dengan iman tetapi undang-undang Allah telah lengkap dan mesti dipatuhi sepenuhnya. Apa yang kita maksudkan dengan munajjaman di sini ialah khusus dalam pendidikan jiwa kita.
Mungkin ada sebahagian orang akan merasakan proses ini tidak perlu lagi pada zaman yang serba canggih ini, sedarilah dan insafilah bahawa untuk bersemadinya Iman di dalam hati kita dan dapat melahirkan natijah yang positif sangatlah perlu kita kembali kepada satu proses pendidikan semula setiap jiwa-jiwa muslimin yang ikhlas kepada Islam.Kita tegaskan di sini, bahawa Islam bukan sekadar Risalah tetapi ianya juga merupakan Manhaj(cara), sunnah dan perjalanan Rasulullah S.A.W adalah sebaik-baik manhaj, sunnah itu adalah Haq dan Haq itu adalah daripada Allah Azza Wajjalla.
Proses pendidikan semula itu perlulah menurut satu persatu landasan yang telah dilalui oleh Muhamad Rasulullah S.A.W dan jenerasi sahabat dahulu. Matlamat hidup perlulah diperbetulkan semula, kesungguhan dan keikhlasan kepada proses itu sendiri perlulah ada pada setiap jiwa yang ingin mengikuti proses pendidikan semula Islam itu, jika tidak natijahnya akan bersimpang-siur.
MASA DEPAN DUNIA ADALAH UNTUK ISLAM
Di kalangan ummat Islam yang telah dibius itu telah ada yang sedar, bangun dan mengejutkan saudaranya yang lain. Seorang demi seorang bangun dan bersatu di bawah panji-panji Aqidah Islam. Seluruh dunia sekarang ini sedang menghadapi pergolakan yang dicetuskan oleh mujahid-mujahid ini.
Bagi yang mahu kepada kebenaran mereka menyambut baik akan perkembangan ini, tetapi bagi mereka yang menyintai kekufuran, kezaliman, penyelewengan dan kemaksiatan, insiden ini amatlah tidak disenangi dan mereka cuba sedaya upaya mereka samada secara diplomasi atau kuku besi sekalipun untuk melenyapkan cahaya ini.
Kita bersikap optimis bahawa, masa depan dunia adalah untuk Islam memandangkan kepada keadaan masyarakat dewasa ini yang mana sistem-sistem pembikinan manusia yang dipaksakan kepada mereka jelas tidak mampu untuk menyelamatkan manusia dari segala bentuk bahaya dan kezaliman yang sedang berjalan walau atas nama apa sekalipun tetapi amat dibenci oleh masyarakat terbanyak.
Optimisnya kita bukanlah bererti kita boleh berpeluk tubuh, memerhatikan keadaan dan menunggu natijahnya tetapi ianya menuntut kepada usaha, tenaga, Ilmu, kedudukan, keikhlasan dari kita yang beriman kepada Allah dengan yang sebenarnya.
Oleh itu, perbetulkan Aqidah kita agar Iman kita betul, dengan itu nanti akan benarlah segala amalan kita, Insya-Allah.
PENUTUP
Menyedari bahawa Islam sudah tidak lagi dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat kerana ketandusan Iman, berkepentingan peribadi serta jahil, maka program-program yang positif perlu diambil untuk membetulkan keadaan tersebut.
Abul A’la Al Maududi menyarankan supaya diajak manusia supaya kembali beriman kepada rukun-rukun Iman dengan sebenarnya, membersihkan diri dari segala bentuk kepercayaan tahyul, khurafat dan bid’ah dan membentuk serta membangunkan semula konsep kefahaman Islam yang sebenarnya di kalangan masyarakat.
Inilah jalan yang sah dan betul yang telah dilakukan oleh Harakah Islamiyyah melalui susunan tarbiahnya yang rapi
Wednesday, February 3, 2010
LIWAT : SIAPA BENAR : ANWAR ATAU SAIFAUL ??
Hari ini bermula satu lagi perbicaraan yang akan menjadi sejarah kepada sistem kehakiman di negara kita. Episod tahun 1998 berulang kembali cuma pendokong watak utama yang bertukar. Kalau pada tahun 1998 antara watak utama ialah Anwar, Christopher Fernando, Azizan, Mohtar Abdullah, Umi Hafilda, Musa Hassan, Gani Patail, Munawwar Aness, Sukma dan tidak lupa Augustine Paul kini ianya dipikul pula oleh Anwar, Sepol, Yusof Zainal Abidin, Mohamad Zabidin Mohd Diah dan lain-lain.
Perkataan jijik yang sama dengan tahun 1998 juga tetap akan digunakan kali ini. Tidak payah saya ulangi di sini.
Antara barang kes yang popular pada tahun 1998 ialah tilam yang diusung ke mahkamah. Kali ini kita tidak tahu apa barang kes yang akan diusung. Mungkin kondom, seluar dalam atau apa juga yang difikirkan relevan.
Hebat perancangan puak-puak ini untuk mengenakan Anwar. Kini sekali lagi Anwar berhadapan dengan situasi yang sama.
Cuma siapa yang menipu dalam kes ini mereka akan diazab oleh Allah dengan seazab-azabnya. Di dalam sendiri andainya pendakwa tidak dapat mendatangkan saksi yang tidak fasik dan menepati ciri-ciri yang baik maka orang menuduh sudah tentu tidak mempunyai asas yang kuat dan penuduh mungkin didakwa dengan hukuman lain.
Namun dalam sistem sivil semua itu tidak di ambil kira. Saksi boleh sahaja seorang perompak, penyagak, pemakan rasuah, fasik, penjenayah dan sebagainya. Jadi di mana integriti saksi. Mungkin saksi yang sebegini akan mudah dibeli dan disogok.
Tetapi apakan daya negara kita tidak mengamalkan undang-undang Islam walaupun sudah lebih 50 tahun kita merdeka dan dipimpin oleh orang Islam. Undang-undang Islam dipinggir dan dibelakangkan.
Mudah sahaja jika Anwar bercakap benar Sepol bohong, jika Sepol benar Anwar bohong. Maka kalian tunggulah hukuman Allah. Siapa yang benar akan terlepas. Siapa salah dan tidak mahu bertaubat maka tunggulah azab Allah.
sumber; http://mutaligat.blogspot.com
Sistem pilihan raya kampus perlu dirombak
Dewan Pemuda PAS Pusat merakamkan rasa kesal terhadap kekecohan yang berlaku di dalam Pilihanraya Kampus (PRK) sesi 2009/2010 di IPTA seluruh negara yang berlaku semalam, khususnya di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kekecohan dan bantahan yang berlaku tidak lain berpunca dari pengendalian PRK oleh pihak pengurusan universiti yang memang sejak dari dulu dipertikaikan kewibawaan dan keberkecualiannya (impartiality). Ianya adalah akibat sikap pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang mengambil sikap memihak kepada kumpulan pelajar tertentu hingga menjadikan demokrasi kampus bahan lawak semata-mata. DPPP sekian lama berpendirian bahawa soal pemilihan kepimpinan mahaasiswa seharusnya ditentukan sendiri oleh mereka secara bebas dan terbuka. Strategi menggugut dan memaksa mahasiswa untuk hanya mengundi sesuatu kumpulan adalah penghinaan terhadap maruah para mahasiswa selain dari mencabul hak asasi mereka. Begitu juga sikap memihak yang amat ketara yang ditunjukkan oleh kebanyakan pentadbir universiti yang menyokong kumpulan pro Aspirasi di kampus-kampus hingga hanya kumpulan tersebut diberi ruang yang luas untuk berkempen dan mendekati pelajar dan pada masa yang sama menafikan hak tersebut kepada kumpulan pro Mahasiswa. Bagaimana universiti-universiti di Malaysia ingin mencapai tahap universiti bertaraf dunia jika dalam hal menentukan pemimpin mereka pun mahasiswa diperlakukan seumpama kanak-kanak. Mungkin seluruh dunia akan memperlecehkan Malaysia jika mereka mengetahui beginilah caranya kita membentuk dan mengajar barisan pelapis kepimpinan negara untuk menang pilihanraya dengan cara mengugut dan menekan lawan. Oleh yang demikian DPPP mendesak supaya: 1) Semua keputusan PRK di kampus-kampus yang mahasiswanya mempertikaikan proses perjalanan pilihanrayanya digantung buat sementara dan sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat segala aduan ketidak adilan dan penipuan yang berlaku dalam PRK sesi ini. 2) Sekiranya jawatankuasa ini mendapati terdapat ketidak adilan dan pencabulan demokrasi di dalam PRK kampus tersebut, maka PRK hendaklah diadakan semula dikampus-kampus yang berkenaan. 3) Pengendaliaan PRK di kampus-kampus tidak diletakkan secara eksklusif pengendaliannya di bawah Unit HEP, tetapi di bawah satu Suruhanjaya Pilihanraya Kampus yang dilantik oleh Senat Universiti dari kalangan ahli-ahli akademik terkemuka dan kakitangan kanan universiti tersebut yang tidak dipertikaikan kewibawannya. SPRK ini hendaklah diberi kuasa untuk melantik para petugas untuk negendalikan pilihanraya dari kalangan kakitangan universiti. 4) Peraturan perjalanan Pilihanraya hendaklah diperkemaskan dan digubal selaras dengan standard universal perjalanan pilhanraya yang adil dan telus. 5) Para mahasiswa yang bertanding hendaklah diberi hak sama rata untuk berkempen serta melantik agen-agen mereka untuk memantau dan mengikuti dari dekat proses pembuangan undi dan pengiraan undi. 6) Proses pengiraan dan penjumlahan undi serta pengumuman keputusan pilihanraya hendaklah diadakan secara terbuka dengan dipantau oleh calon-calon atau agen-agen mereka bagi mengelakkan sebrang kemungkinan manipulasi dan penipuan. 7) Para pegawai universiti, pengetua-pengetua kolej kediaman, felo-felo dan juga para dekan dan pensyarah dilarang sama sekali menggunakan pengaruh dan kedudukan mereka untuk memaksa para mahasiswa menyokong mana-mana calon yang bertanding. 8) Pemantau pilihanraya dari luar seperti dari SUHAKAM, MAFREL dan Majlis Peguam hendaklah dibenarkan untuk memantau seluruh perjalanan PRK. AHMAD SABKI YUSOF, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat SUMBER :
|