{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)} (al-Hujurat : 15)

Saturday, November 28, 2009

FIKRAH Mahasiswa-6





MAHASISWA :
ENGINE KEMENANGAN

Mahasiswa adalah engine penggerak yang bertanggungjawab mengaktifkan jamaah agar tidak sekadar berfungsi tetapi mampu mencetus gerakkerja berkesan , menumbuh kesedaran ahli , meraih sokongan pengundi dan membawa pulang 'sijil' kemenangan .

Jentera mahasiswa menjadi sandaran jamaah dan harapan ummah yang mahukan agenda perubahan berjaya dilaksanakan dengan baik . Pendek kata , sebahagian dari faktor kemenangan jamaah dalam pilihanraya kampus mahupun Negara bergantung kepada sejauh mana keupayaan dan kemampuan jentera melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka dengan amanah dan istiqamah .

Apa yang paling penting , ia turut bergantung kepada tahap prestasi diri setiap individu mahasiswa , apakah ia menepati piawaian jentera yang ikhlas , taqarrub Ilallah , soleh , benar dan sebagainya yang mampu meraih redha Allah swt. sehingga turun nusrah atau mau'nahNya .

Syarat Menang Mestilah Berjuang

Saya mengharapkan Jentera Mahasiswa dapat melaksanakan tanggungjawab ini [ berjuang dan menang ] dengan penuh dedikasi dan 'memberi' yang terbaik . Tampil dengan himmah yang tinggi , syaksiyyah yang solehah dan perwatakan yang meyakinkan sebagai duta jamaah .
Ingatlah , bahawa kita menyertai perjuangan ini bukan kerana tuntutan pengaruh semata-mata atau dalam Negara mengunakan system demokrasi jauh sekali untuk beriman dengan demokrasi , tetapi kita menyertai perjuangan islam ini adalah amanah untuk membawa risalah perjuangan suci yang kita dokong selama ini dan mendaulatkannya iaitu syariat Islam dan seluruh syiarnya, dan apa yang penting melaksanakan tuntutan Allah s.w.t selaku kita adalah hambanya yang hina di sisi Allah s.w.t

Maknanya kita merupakan engine baru mesti di gilap jiwa kita dan mesti gigih,tekun, sabar dan istiqmah serta teliti tanpa peduli apa halangan yang terpaksa kita hadapi sebagaimana kita bekerja keras dan rajin , serta tegas tanpa menghiraukan apakah keputusan yang akan kita perolehi , menang atau kalah .

Berkali telah saya tegaskan bahawa perjuangan kita tidak syarat menang atau memliki pengaruh yang ramai, tetapi untuk mencapai kemenangan dan pengaruh yang ramai syaratnya mestilah kita berjuang . Saya teringat akan pesanan Tok Guru saya, sekiranya kita hendak memilik pengaruh yang ramai atau musuh mengeruni kita. Hendaklah terlebih dahulu kita mengerunkan dan mengukur diri kita samaada kita betul-betul takut akan Allah atau pun tidak. Sekiranya kita takut kepada Allah sudah tentu kita menjadi insan soleh berjiwa islam.

Sekurang - kurang perkara yang perlu dilakukan oleh Mahasiswa ialah :

1. Rohani Yang Mantap .

Maksudnya : Mahasiswa jangan turun beraksi [ berjuang ] tanpa mempersiapkan diri dengan kerohanian yang mantap atau erat hubungan dengan Allah swt. Turunlah dengan nama Allah swt. bersama iringan doa memohon restu Allah swt agar apa jua bidang tugasan yang kita lakukan beroleh kejayaan dan hasil yang gemilang .

Janganlah kerana tugas, jadual waktu yang padat kononnya , kita abaikan tanggungjawab asas kita sebagai seorang hamba Allah swt dan menjarakkan hubungan kita denganNya . Sebagai contoh , mengabaikan solat 5 waktu dan meringan - ringan solat berjamaah atas alasan keletihan setelah berjaga malam dengan kerja dan tugasan atau assignment yang banyak .

Konsisten dengan munajat dan solat hajat adalah suatu yang sentuhan terbaik jika dilakukan oleh jentera sendiri berbanding orang lain tanpa menafikan orang lain juga perlu terus bermunajat .

2. Akhlak Mahmudah.

Merujuk kepada syakhsiyyah atau peribadi yang terpuji . Bukan hanya terhenti kepada perilaku tetapi juga tutur bicara , penampilan , pakaian , interaksi dan segalanya mestilah lunak , berhemah dan menawan hati .

Saya percaya , mahasiswa antara orang yang paling letih dan penat sepanjang tempoh perjuangan ini. Kekadang mereka tidak sempat makan dan tidak cukup tidur demi memastikan segala urusan dan gerakkerja berjalan lancar mengikut jadual dan kadang-kadang ada yang tergadai pencapain akademik mereka demi kepentingan pencapaian orang lain. Waktu - waktu beginilah emosi mudah terganggu dan kesabaran mudah tercabar .

Mahasiswa mesti tabah dan berjiwa besar . Bekerjalah dengan tenang dan sentiasa bertindak sambil mengorak senyuman yang menggamit damai setiap orang yang berurusan dengan jentera mahasiswa . Sabarlah menghadapi karenah orang ramai yang pastinya pelbagai ragam . Anggaplah segalanya adalah ujian dan kita tanganinya dengan hikmah dan sakinah .

Tambahan pula berdepan provokasi musuh , mahasiswa mestilah bijak mengawal keadaan dan awasi situasi agar tidak terperangkap .

3. Dengar dan Taat .

Suasana berjuang seringkali meletakkan mahasiswa berhadapan dengan arahan yang bersifat ad hoc (sementara) atau tugasan diluar garis pandu dan bidang tugas yang telah diputuskan . Mahasiswa mesti sabar dan tabah menghadapi keadaan ini . Jangan merajuk apalagi menunjuk sikap protes terhadap pimpinan dan beremosi dengan kepimpinan walaupun di dalam meeting .

Laksanakan tugas atau arahan sebaik mungkin dengan hati yang mengharapkan redha Allah swt dan mengharapkan keputusan yang positif serta hasil kerja yang terbaik . Jangan sekali - kali melaksanakan tugasan secara sambil lewa atau sekadar melepaskan batuk ditangga .

Bekerja dan berjuanglah dengan rasa bangga bukan rasa bersalah meskipun kita berhadapan dengan penguasaan musuh . Selesaikan tanggungjawab sebagaimana yang diharapkan semampu mungkin sekalipun kita terpaksa mengorbankan kepentingan diri seperti masa , wang ringgit , tenaga malah darah dan nyawa jika perlu .

4. Faham dan Ikhlas

Mahasiswa mestilah terlebih dahulu menguasai satu - satu bidang atau perkara yang diamanahkan kepadanya sebelum dilaksanakan agar menghasilkan keputusan yang baik . Jangan segan untuk bertanya dan jangan rasa rendah diri untuk menerima tunjuk ajar walau dari sesiapa . Apatah lagi menerima tunjuk ajar dari pimpinan atau mereka yang berpengalaman .

Mahasiswa mestilah faham matlamat dan objektif sesuatu tanggungjawab yang digalaskan kepadanya dan laksanakannya kerana Allah swt bukan kerana manusia atau lainnya. Setiap masaalah yang timbul mestilah segera dirujuk kepada pihak yang berhak membuat keputusan .

Lantaran ikhlas kita kepada Allah swt , maka kerja yang kita lakukan jangan mengharap imbuhan apalagi pujian manusia . Saya tidak nafi bahawa setiap kerja perlukan peruntukan kewangan , namun kita menyedari bahawa peruntukan tidak semesti cukup dan memadai . Kita memerlukan pengorbanan untuk berjaya dalam perjuangan ini .

5. Tindakan berasaskan Syura.

Elakan sikap bertindak sendirian , demikian juga keputusan sendiri mestilah dihindarkan sebaliknya merujuk kepada keputusan bersama yang diputuskan melalui mesyuarat samaada diperingkat jentera dalam bidang kuasa tertentu atau keputusan yang telah diambil oleh kepimpinan jamaah .

Mungkin sesuatu keputusan itu tidak menepati selera dan kemahuan kita . Maka kita mestilah bertanggungjawab dengan keputusan tersebut dan laksanakan amanah tanpa sebarang rasa ralat di dalam hati .

Contoh : Isu penetapan calon yang bertanding dalam pilihanraya kampus. Besar kemungkinan calon yang diputuskan oleh pimpinan kelak bukanlah calon favourite kita , maka kita tidak perlu gundah jauh sekali berpaling tadah meninggalkan jamaah atau tutup pos sebagai protes .

Kita berjuang kerana Allah swt bukan kerana calon dan bukan kerana sesiapa . Keputusan syura insyaallah akan membawa kebaikan kepada kita , jamaah dan perjuangan Islam itu sendiri insyaallah .

Bagaimana Mahasiswa Menggerakkan Perjuangan Memburu Kemenangan

Sabda Rasulullah saw :

و من أبي عبد الله خباب بن الأرت رضى الله عنه قال شكونا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو متوسد بردة له في ظل الكعبة فقلنا : ألا تستنصرلنا ؟ ألا تدعولنا ؟ فقال : قد كان من قبلكم يؤخذ الرجال فيحفر له في الأرض فيجعل فيها ثم يؤتى بالمنشار فيوضع على رأسه فيجعل نصفين و يمشط بأمشاط الحديد ما دون لحمه و عظمه ما يصده ذلك عن دينه و الله ليتمن الله هذا الأمر حتى يسير الراكب من صنعاء إلى حضر موت لا يخاف إلا الله و الذئب على غنمه و لكنكم تستعجلون

Maksudnya : Dari Abi Abdullah Khabbab bin al Arat Rha. telah berkata : Kami telah mengadu kepada Rasulullah saw sedang Rasulullah saw pada waktu berbaring di bawah naungan Kaabah berbantalkan serban . Maka kami bertanya : Apakah Tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita ? Adakah tidak Tuan berdoa bagi pihak kita ?

Maka berkata Rasulullah saw : Sesungguhnya orang - orang sebelum kamu , ditangkap seorang lelaki lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya , kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya , namun demikian itu tidak memalingkan ia dari agamanya.

Demi Allah . Nescaya Allah menyempurnakan urusan ini ( agama Islam ) sehinggalah musafir dari Sana'a ke Hadhra Maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah , akan tetapi kamu adalah golongan yang gopoh .

Riwayat Imam Bukhari

Keghairahan untuk meraih kemenangan perlu ditenangkan seraya kita merujuk kepada manhaj perjuangan Nabi kita Muhammad saw bagaimana baginda saw. membina kemenangan .

Hadis ini sebagai renungan kita memaparkan bagaimana sikap Nabi saw disaat berhadapan dengan keadaan yang sangat kritikal , apabila para sahabat rhm. sering di siksa dengan dahsyat oleh kuffar musyrikin .

Antara mereka ialah Khabbab al Arat yang disalai oleh musyrikin di atas bara api dan dikelar jasadnya dengan besi panas sehingga masak dan luluh daging jasadnya . Kesan penyiksaan tersebut meninggalkan parut yang sangat hodoh pada diri Khabbab . Satu ketika Khabbab rha inilah yang pergi bertemu Nabi saw. yang sedang beristerehat di tepi Kaabah lantas bertanya : Apakah Tuan tidak berdoa kepada Allah agar kita menang ?

Sahabat sekalian :

Yang bertanya ialah insan yang berjuang malah menghadapi penyiksaan dahsyat oleh musuh dengan begitu tabah sekali . Yang bertanya ialah sahabat yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk pertahankan prinsip dan pegangan agama . Insan yang bertanya ialah sahabat yang telah mewaqafkan dirinya untuk Islam dan perjuangan suci ini , tiba - tiba ..

Nabi saw. menjawab bahawa orang terdahulu lebih teruk menerima penyiksaan dari musuh - musuh Allah swt sehingga ada yang digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan jasadnya disikat dengan sikat besi sehingga bercerai daging dari tulangnya namun mereka tetap mempertahankan agamanya .

Maka kamu yang datang meminta - minta agar di doakan kemenangan , biarpun kamu sangat perit berhadapan dengan kezaliman musuh , kamu adalah golongan yang gopoh dan tidak sabar menanti kemenangan yang dijanjikan Allah swt .

Sifat Kemenangan .

Kemenangan adalah suatu yang dianugerah oleh Allah swt . Ianya ( kemenangan ) tidak boleh dicipta oleh kita dengan maksud tiada kemenangan buatan kita selain ia anugerah Allah swt dan tiada jalan pintas untuk mencapai kemenangan . Demikianlah sunnatullah terhadap kemenangan atau nusrah yang dijanjikan buat mereka .

Sebagai analogi yang boleh saya bentangkan sebagai renungan kita bersama ialah bagaimana situasi seekor anak burung yang masih berada di dalam cengkeram telor sebelum ia dilahirkan ke bumi yang ganas ini .

Anak burung di dalam cengkerang telor tersebut , mahu tidak mahu ia terpaksa menunggu satu tempoh matang ia menetas dan akhirnya hidup untuk membesar seperti burung yang lain . Andai kata anak burung ini tidak sabar untuk menetas demi melihat alam yang indah ini lalu ia cuba untuk memecahkan cengkerang telor dari dalam dengan paruhnya yang masih muda , nescaya usahanya itu gagal dan sia - sia .

Sikap tidak sabar ibunya juga boleh membawa padah kiranya tidak sabar ingin melihat anak kesayangannya lahir atau menetas lalu ia memecahkan cengkerang telor itu dengan paruhnya yang kuat , maka keluarlah anaknya tetapi tidak mampu bertahan lama kerana belum masanya yang matang bagi ia hidup . Anak burung itu akan mati binasa angkara sikap gopoh ibunya.

Syarat Kemenangan

Saya kira demikianlah perihal perjuangan yang kita dokong ini . Walaupun kita ini bukanlah anak burung yang masih lemah tetapi kita mesti sabar menanti detik kemenangan yang bakal di anugerahkan oleh Allah swt setelah kita berjaya mendatangkan syarat - syarat kemenangan dengan baik dan berkesan .

Kita mesti mengambil sunnatullah dalam perjuangan suci ini dengan kita

- gigih berjuang ,
- ikhtiar melepasi segala cabaran ,
- ikhlas dan istiqamah dalam mengenderai perjuangan ,
- tabah mendepani ujian serta halangan dan
- berkorban apa jua sebagai taruhan buat perjuangan mulia ini .

Jangan sekali - kali kita keluar dari landasan sunnatullah ini kerana tidak sabar hendak menang atau memiliki pengaruh yang ramai


Kita bukan tidak mahu kemenangan atau memiliki pengaruh yang ramai , tetapi kita mestilah melihat kepada beberapa persoalan bersama jawapannya terlebih dahulu .

Pertama : Untuk apa kemenangan itu mahu dicapai ? apakah ia bermaksud memberi kemenangan kepada Islam ?

Kedua : Bersediakah kita dengan kemenangan ? apakah kemenangan itu kelak tidak menjadi fitnah kepada kita dan perjuangan yang didokong ini ?

Ketiga : Bagaimana kemenangan itu dicapai ? apakah ia tidak melanggar batas syara' dan prinsip amal islami ? kerana sudah tentu kaedah Islam ialah Matlamat tidak menghalakan cara .

Semua persoalan diatas mesti dijawab dengan hati yang jujur , jiwa yang tulus dan aqal yang ikhlas mengenai bagaimana situasi kita terhadap kemenangan yang ingin dicapai .

Tiada jalan pintas dalam Mencapai Kemenangan .

Jalan pintas bagi mengusahakan kemenangan buat perjuangan kita yang murni ini , ia mungkin boleh tercapai tetapi ia hanyalah sebuah kemenangan yang rapuh dan lemah .

Jalan pintas hanya laluan yang sering digunakan oleh golongan musta'jilun ( gopoh ) yang mungkin berjuangnya tidaklah setara mana.


Bukan bermakna kita tidak mahu menang dan selesa pula menjadi orang yang kalah , tetapi kita doakan agar kemenangan yang kita capai tidak menjadi fitnah kepada diri dan perjuangan Islam ini . Apa yang lebih jelas ialah kita berjuang dan berkorban sehabis daya dan upaya guna memastikan Islam berdaulat di atas tanahair kita dengan mengambil sunnatullah dalam perjuangan ini .

Antara sunnatullah dalam perjuangan ini :

Firman Allah swt :

لو كان عرضا قريبا و سفرا قاصدا لتبعوك و لكن بعدت عليهم الشقة

Jika sekiranya ( perjuangan ) ini suatu capaian hasil yang dekat dan perjalanan yang singkat nescaya mereka ( musyrikin ) akan mengikut engkau , akan tetapi ( perjuangan ) ini jauh perjalanannya dan dirasakan sukar ke atas mereka .

demikian juga Firman Allah swt :

و اذ يمكر بك الذين كفروا ليثبتوك أو يقتلوك أو يخرجوك و يمكرون و يمكر الله و الله خير الماكرين


dan ingatlah ketika orang - orang kafir merancang untuk memenjarakan kamu , membunuh kamu dan menghalau kamu keluar daerah , mereka merancang dan Allah swt juga merancang dan Allah swt sebaik - baik perancang .

Surah al Anfaal . Ayat : 30

- Jauh perjalanan ,
- sukar halangannya ,
- dipenjara ,
- dibunuh dan
- dihalau

adalah 5 item sunnatullah yang mesti ditempuh melengkap manhaj perjuangan ini.

Wednesday, November 25, 2009

FIKRAH Mahasiswa-5



MAHASISWA :
AGENDA PERUBAHAN
Satu Tinjauan
dari Sirah Rasulullah saw.


Sunnah Perubahan :

Keadaan / suasana ( merangkumi pendidikan, politik , sosial , ekonomi dll ) pasti akan berubah .

إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

“ Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar).

Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.”

Surah Ali Imran : Ayat 140

Peranan Islam dan mahasiswanya@pemudanya ialah memimpin perubahan :

1 : Penegasan ini dapat dilihat dalam lembaran sirah Rasulullah saw. dan Para Sahabat melalui ucapan Rubaei bin Amir rha. kepada panglima Rustam :

إِنَّ اللهَ ابْتَعَثَناَ لِنُخْرِجَ مَنْ شَاْءَ مِنْ عِباَدَةِ الْعِباَدِ إِلىَ عِباَدَةِ رَبِّ الْعِباَدِ وَ مِنْ جَوْرِ اْلأَدْياَنِ إِلىََ اْلعَدْلِ اْلإِسْلاََمِ
وَ مِنْ ضِيْقِ اْلدُّنْياَ إِلىَ سِعَتِهاَ وَ اْلآخِرَةِ


“ Sesungguhnya Allah swt. telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa yang mahu Dari perhambaan sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Tuhan Hamba
Dari kedholiman ideology ciptaan manusia kepada keadilan Islam
Dari dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat ”

Inilah 3 Program utama Bagi Proses Perubahan yang dibawa oleh Nabi saw. Kerana sebelum itu manusia terperangkap dalam period Jahiliyyah yang :

Ø Mengabdi diri sesama mereka
Ø Menganut agama ciptaan mereka sendiri
Ø Terbelenggu dalam fikrah Madiyyah

2 : Nabi saw. sendiri ada menegaskan :

أُمِرْتُ أَنْ أُقاَتِلَ اْلناَّسَ حَتَّى يَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ُوَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَ يُقِيْمُوا اْلصَّلاَةَ وَ يُؤْتوُا الزَّكاَةَ
فَإِذاَ فَعَلُوْا ذَلِكَ عَصَمُوْا مِنيِّ دِماَءَهُمْ وَ أَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ اْلإِسْلاَمِ وَ حِساَبُهُمْ عَلى اللهِ تعالى
.

“ Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammmad adalah pesuruh Allah , mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat . Apabila mereka menunaikan yang sedemikian itu , maka terpeliharalah darah dan harta mereka daripadaku kecuali apa yang telah menjadi hak bagi agama Islam sementara persoalan hati mereka terserah kepada Allah swt.”

Riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Orientasi dakwah dan perjuangan Nabi saw. adalah memerangi dan merubah manusia

Ø dari Syirik kepada Tauhid ( syahadah )
Ø dan mengabdikan diri kepada Allah ( solat )
Ø serta membina hubungan sesama manusia ( zakat )

Sebelum itu manusia hidup :

Ø Tanpa Aqidah ( keyakinan )
Ø Tanpa Ibadah ( pengabdian )
Ø Tanpa Akhlak ( silaturrahim )

* Justeru itu Islam agama yang memimpin perubahan dari : ( bila dan dimana sekalipun )

1. Jibayah ( kebendaan ) kepada Hidayah ( petunjuk )
2. Bidaah ( ciptaan manusia ) kepada Syaria’h ( perundangan Ilahi )
3. Kufur ( ingkar ) kepada Iman ( yakin )
4. Jahiliyyah kepada Islam
5. Bhatil kepada Hak
6. Dosa kepada pahala
7. Neraka kepada Syurga
8. Mungkar kepada makruf
9. Hamba kepada Tuan
10. Dijajah kepada Kedaulatan
11. Diperintah kepada Memerintah

Mahasiswa sebagai mengemudi terhadap perubahan – perubahan tersebut . Mahasiswa adalah asset ummah dan ia merupakan Institusi utama untuk menggerakkan ummah ke arah melaksanakan aspirasi perubahan tersebut .

Kekuatan tenaga , kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan Mahasiswa di saf hadapan perjuangan ( di bawah kepimpinan Islam ). Memprogramkan mahasiswa antara agenda baginda Rasul saw. dalam menggerakkan dakwah dan mengibar panji Islam di mukabumi Allah ini .

Generasi awal yang telah berkorban tenaga dan nyawa untuk mengemudi misi dan visi risalah As Samawiah juga terdiri dari golongan mahasiswa/pemuda . malah Rasulullah saw. sendiri ketika ditabal sebagai seorang Rasul akhir zaman adalah seorang pemuda yang berusia 40 tahun . ( suatu usia yang sempurna sebagai seorang pemuda )

Sabda Rasulullah saw.

أُوْصِيْكُمْ بِالشَّباَبِ خَيْراً فَإِنَّهُمْ أَرِقُّ أَفْئِدَةً لَقَدْ بَعَثَنِيَ الله ُبِالْحَنِيْفِيَّةِ السَّمْحَةِ فَحَاْلَفَنِي الشَّباَبُ وَ خَاْلَفَنِي الشُّيُوْخُ

“ Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk ( lembut dan unik ) Sesungguhnya Allah telah mengutusiku dengan agama yang lurus lagi toleransi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang – orang tua menyanggahiku .”

Kepentingan Mahasiswa dalam Menggerakkan Dakwah dan Menegakkan ad Deen

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ
وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَئِكَ سَيَرْحَمُهُمْ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ


"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Surah At Taubah : Ayat 71

Ø Perjuangan Islam pimpinan Rasululllah saw. turut mempunyai senarai panjang penglibatan pemudi - pemudi yang turun ke padang membantu perjuangan . Nama – nama seperti Sofiyyah rha. , Asma’ binti Abu Bakar rha. , Aisyah rha, Fatimah Az – Zahra’ rha.[1] dll adalah tunggak utama di belakang para pejuang dengan peranan mereka masing – masing.

Bukan sahaja sebagai jururawat di medan perang , tetapi juga sebagai benteng/kubu yang kuat di sempadan untuk mempertahankan kedaulatan Islam . Malah mereka berfungsi juga sebagai guru dan pendakwah gigih untuk menyebar maklumat dan kefahaman Islam kepada ummah khasnya golongan wanita .

Ø Gandingan mahasiswa-mahasiswi/pemuda – pemudi adalah satu penguasaan kepada dua sayap perjuangan ini untuk menggerakkan dakwah dan menegakkan Ad deen . Sebagai contoh di Negara ataupun di kampus kita yang turut mengambil pendekatan pilihanraya (Muwajjahah Silmiyyah – pendekatan aman sebagai salah satu wasilahnya) untuk mendaulatkan Syaria’h Islamiyyah .

Perlu difahami bahawa pengundi muslimat jauh mengatasi pengundi lelaki, ini kerana ramai pelajar perempuan berbanding lelaki di university . Justeru itu , untuk menjayakan hasrat menegakkan Ad deen , gerakan dakwah menyeluruh , merangkumi dua golongan pengundi ini mesti dijana secara bersepadu dengan gandingan mantap mahasiswa & mahasiswi

Gandingan ini tidak terhenti setakat gandingan tenaga , tetapi juga fikrah , kepimpinan dan suara .

Ø Baginda Rasul saw. semasa mengatur strategi hijrah , disaat musuh juga mengatur strategi untuk menggagalkan hijrah malah bertekad untuk membunuh Rasulullah saw. , baginda telah menggunakan khidmat gandingan mantap pemuda & pemudi demi menjayakan hijrah baginda saw. , justeru berjayanya hijrah bererti berjayanya proses menegakkan Daulah Islamiyyah / Ad Deen

Baginda telah memerintahkan seorang pemuda bernama Ali Karrramallahu wajhah untuk mengambil ranjang Rasulullah saw. dimalam hijrah guna melengah – lengahkan pergerakkan kuffar Musyrikin sementara seorang pemudi yang bernama Asma’ binti Abu Bakar rha. pula diarah untuk menghantar bekalan makanan dan maklumat terkini kepada baginda dikala baginda bersembunyi seketika di gua Thur.

Ø Kisah - kisah ini nampak simple pada riwayatnya tetapi sangat menggerunkan pada perlaksanaannya . Ia memerlukan keberanian dan pengorbanan yang tinggi . Ini adalah simbolik perlunya gandingan mantap mahasiswa-mahasiswi mahupun pemuda – pemudi di sepanjang zaman untuk menggerakkan Dakwah dan menegakkan Ad Deen .

Persiapan dan Kualiti diri yang perlu diperlengkapkan

Ø Memelihara Aqidah Imaniah dan Aqidah Perjuangan sehingga mampu menangkis segala syubhah dan helah aqidah yang dilontar oleh musuh .

- Yakin Islam menang dan mampu memerintah
- Menanggapi Islam secara syumul
- Bersedia untuk mendepani segala cabaran ( mehnah )

Ø Tingkatkan kesedaran Thaqafah ( knowledge ) guna menghadapi serangan pemikiran yang kian sengit dan mencabar

- Memahami pengertian & fungsi sekular , nasionalis , diktator dsbnya.
- Bijak membaca suasana – untuk menterjemah gerakerja dengan tepat
- Memahami sunnah perjuangan – yang penuh dengan Tribulasi[2]
- Mampu memenuhi keperluaan ummah semasa
- Miliki daya intelektual tulen yang tidak boleh dibeli dengan material .
- Mempunyai pandangan yang jauh serta wawasan yang membina .

Ø Bergabung dengan Gerakan dan kepimpinan Islam serta komited dengan aktivitinya .


- Menyertai ( intima’ ) dengan Jamaah Islam .
- Memberi sumbangan terbaik untuk Jamaah dan ummah
- Menjadi agent/duta Jamaah dimana sahaja berada ( ex: kampus )

Ø Membina semangat jihad dan daya prihatin yang tinggi untuk mempertahankan Islam dan ummat dari konpirasi musuh – musuh Allah .

- Berani bertindak menentang kezaliman& keburukan pemerintah[3]
- Peka terhadap isu yang memihak kepada kita utk. dimanafaatkan
- Sensitiviti yang tinggi terhadap sikap musuh yang menghina Islam .
- Sanggup berkorban dan sedia menerima risiko perjuangan

Ø Membentuk keperibadian ( syakhsiyyah Islamiyyah ) dan watak kepimpinan kontemporari yang mengekalkan prinsip Aqidah dan Akhlak Islamiyyah

- Penampilan berkarisma dan berwibawa
- Bebaskan diri dari pengaruh & sentimen negatif pada watak kepimpinan
- Telus , berlapang dada dan beramanah terhadap tugas dan peranan .
- Menguasai dan memimpin keadaan / arus

Ø Kemahiran menguasai sarana perjuangan dan keupayaan menguasai pengaruh masyarakat .
- Penguasaan dalam bidang IT (emil,blogger, dll)
- Menakluki arus media (risalah,bulletin, dll)
- Menangani polemik masyarakat kampus mahupun negara
- Ada hubungan dengan individu berpengaruh dalam masyarakat .
- Tidak meminggir diri dari arus perjuangan hak-hak masyarakat
- Memasang jaringan gerakkerja di peringkat nasional / internasional
- Kemampuan memanafaatkan jaringan utama untuk dakwah spt :

Ø Public speaker
Ø Public counselor dll.

Proses Pembentukan Peribadi Mahasiswa/Pemuda dari Sentuhan Rasul saw.

Proses pembentukkan peribadi pemuda – pemudi dilentur oleh Rasulullah saw . melalui Amal Islami yang merangkumi 3 kategori .

- Amal Jamaei ( Harakah Islamiyyah )
- Amal Ijtimaei ( Masyarakat )
- Amal Fardi ( Individu )

Ø Amal Jamaei .Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw. membentuk satu kelompok usrah di rumah Arqam bin Abi Arqam sebagai proses pengkaderan , berasaskan :

1. Ukhuwwah Islamiyyah ( Persaudaraan Islam )
2. Tasawwur Amal Islami ( Kefahaman Gerakkerja Islam )
3. Tauziu’l Amal توزيع العمل ( Pengagihan tugas )
4. Bina’ Asy – Syakhsiyyah بناءُ الشخصية ( Membentuk perwatakan/keperibadian )

- Jiwa yang soleh
- Watak kepimpinan
- Peribadi mujahid ( pejuang )

Pesanan Rasulullah saw. kepada Huzaifah Ibnul Yaman :

تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِيْنَ وَ إِماَمَهُمْ

“ Kamu hendaklah beriltizam ( komited ) dengan Jamaah Ummat Islam dan pemimpin mereka .”

Riwayat : Bukhari dan Muslim

Ø Amal Ijtimaei . Aktiviti sosial dengan membawa konsep :

1. At Ta’awun التعاون ( bertolong bantu dalam perkara baik & takwa )
2. At Tawasho التواصى ( berpesan – pesan dengan kebenaran dan kesabaran )
3. Ad Dakwatu Ilallah ( menyeru kembali kepada Allah swt. )
4. Al Amru bil makruf
5. An Nahyu A’nil mungkar

Berkata benar walau berhadapan dengan pemimpin yang zalim Tegas dengan prinsip syara’

Ø Amal Fardi : Berpusat kepada agenda taqarrub kepada Allah swt .

1. Qiamulaill & Solat An Nawafil ( Solat sunat )
2. Fikir dan zikir (Al Mathurat dll )
3. Tilawatul quran

يَاأَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ قُمْ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلا أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلا ثَقِيلا

Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat .

-Surah Muzammil : Ayat 1 – 5

Perubahan dalam bentuk bagaimana yang perlu di bawa oleh Mahasiswa

Mahasiswa mesti menjadi pencetus bagi mengawal proses perubahan yang berlaku kerana kita tidak mahu meruntuhkan jahiliyyah dan menegakkan jahiliyyah yang baru . Kita juga tidak mahu slogan taghyir ( perubahan ) hanya tinggal laungan dan slogan yang hampa .

Perubahan yang dilakukan bukanlah asas rekaan dan kajian tetapi mengikut acuan wahyu dan sunnah Rasulullah saw . Justeru itu , langkahan awal mestilah merubah persepsi umum masyarakat terhadap keupayaan Islam untuk memerintah di era sains dan teknologi .

Bentuk perubahan sedemikian boleh dilangsungkan dengan mengambil kaedah Muwajjahah Silmiyyah ( pendekatan aman ) dan mempelbagaikan wasilah serta methodology dakwah melalui usaha memanafaatkan semua ruang yang wujud dengan mencipta suasana untuk menguasai keadaan .


Mahasiswa juga mestilah membawa satu bentuk perubahan yang mantap di kampus masing-masing dan bersedia untuk mengambil alih ketuanan pentadbiran/pemerintahan negara kelak dengan memikir dan mengkaji secara serious dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan semasa .

Langkah untuk memastikan usaha ini berjaya , beberapa tindakan asas mesti dilaksanakan seperti :

Ø Menguasai JPM (Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa) @ MPM (Majlis perwakilan Mahasiswa) yang menjadi instrument pentadbiran
Ø Menyediakan tenaga upaya dalam bidang yang diperlukan untuk memerintah (lajnah Tarbiah dan pengkaderan, Siasah, dll)
Ø Membentuk Daulatun Nuwab ( Negara Bayangan )[9]
Ø Melebarkan dakwah di pelbagai peringkat
Ø Kelengkapan diri ( individu ) untuk turun menghadapi risiko perjuangan di tengah gelanggang dan bernafas panjang mengharungi badai perjuangan yang tiada penghujung .
Ø Memahami peranan yang mesti dilaksanakan dan mengetahui lokasi/medan operasi yang akan dijalankan agar tidak berlaku gejala over lap yang ketara dan pengabaian terhadap Fiqhul Aulawiyyat .[10]

Sikap gopoh dalam tindakan membentuk perubahan sehingga mencetus adegan – adegan yang tidak rasional atau bercanggah dengan keputusan syura ummat islam adalah perkara yang mesti ditinggalkan oleh mahasiswa dalam merangka bentuk perubahan yang ingin mereka bawa .


Lantaran itu sabar dan tenanglah dalam berjuang . Istiqamah dalam menggerakkan perubahan .

Mahasiswa tidak selayaknya berpaling dari tanggungjawab perjuangan walau dalam apa alasan sekalipun . Penglibatan mahasiswa adalah antara denyutan nadi perjuangan . Apakah kita tergamak berpaling setelah kita menerima hidayah , sedangkan hidayah yang kita terima adalah melalui pengorbanan tenaga dan jiwa mereka terdahulu .

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِيْن مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ
وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ


Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik ( berpaling tadah )? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

Surah Ali Imraan : Ayat 144

[1] Mereka ini semua adalah mahasiswi – mahasiswi di Universiti of Rasulullah saw. yang dibentuk dan dilentur untuk menjadi tunggak utama perjuangan Islam bagi mewakili sayap kiri perjuangan tersebut.
[2] Sunnah perjuangan : Jauh perjalanan , sukar , dipenjara , dibuang daerah dan dibunuh .
[3] Tindakan yang sesuai dengan penampilan dan tahap upaya pemuda/I . Sekali – kali tidak layak berpeluk tubuh membiarkan mereka bermaharajalela dengan kedholiman dan kekejaman .
[4] di anggarkan 70% kandungan internet ialah pornografi . Menurut Buchanan International ( sebuah rumah penapisan ) terdapat 20 000 laman web lucah baru muncul setiap hari didunia .
Sumber : MASSA 7/10/00 – hlm. 18
[5] Pemerintahan secular adalah natijah kepada serangan pemikiran yang dihadapkan kepada Ummat Islam . Ianya berfungsi untuk membendung semangat beragama dan mematahkan hasrat pelaksanaan Daulah Islamiyyah .
[6] Seringkali rasa putus asa ini mendorong pendakwah muda bertindak gopoh melewati batas rasional dalam tindakan mereka dan membuatkan mereka dikuasai emosi bukan mereka yang menguasai emosi.
[7] Peringatan : Bukan satu – satunya tetapi hanya salah satu …
[8] membawa maksud kita tidak akan berhenti meneruskan agenda At taghyir sekalipun pilihanraya dan kemenangan kita di batalkan sebagaimana apa yang berlaku kepada FIS di Algeria .
[9] seperti memiliki hospital dan sekolah sendiri dll.
[10] Termasuklah sibuk buat kerja orang lain sedang tanggungjawab sendiri terabai .

Thursday, November 19, 2009

FIKRAH Mahasiswa-4




KEKUATAN JISMIYYAH , RUHIYYAH & FIKRIYYAH MELAHIRKAN MAHASISWA CEMERLANG



وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لا تَعْلَمُونَهُمْ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لا تُظْلَمُونَ

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

( Surah Al Anfal : Ayat 60 )

Hadaf / matlamat kita adalah untuk memastikan musuh – musuh Allah yang terdiri daripada golongan mustakbirin dan Jabbaarin , gentar dan tunduk kepada ugama Allah swt. Justeru itu , kita mesti memiliki kekuatan semampu mungkin untuk mencapai hadaf kita. Kekuatan yang dimaksudkan terbahagi kepada 2 kategori

• قوة المآدي - terbahagi kepada قوة المالي و الجسمي
• قوة الروحي - terbahagi kepada قوة الإيماني و الفكري

Kesimpulannya , Allah swt. mengarahkan orang – orang yang beriman dengan kalimah و أعدوا ( dhomir jama’ pada kalimah tersebut kembali kepada ayat 45 dalam surah yang sama – Al Anfal )

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

( Surah Al Anfal : Ayat 45 )

Sifat orang beriman ialah thabat ( teguh ) dalam perjuangan untuk menjulang panji kalimatul haq dan ianya adalah satu daripada syarat kemenangan .

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا مِنْ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلا


Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

( Surah Al Ahzab : Ayat 22 - 23 )

Perlu disedari dan diinsafi bahawa mahasiswa adalah sayap kanan perjuangan ummat ini , demi mengembalikan semula kedaulatan Islam dan kesejagatan ummatnya. Satu sayap yang amat penting posisinya , sehingga Allah swt telah menegaskan di dalam taujihat Quraaninya :

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَئِكَ سَيَرْحَمُهُمْ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi Mereka zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

( Surah At Taubah : Ayat 71 )

Justeru Al Amru bil Ma'ruf wan Nahyu A'nil Mungkar suatu kewajipan. Namun suatu realiti yang tidak boleh dinafikan bahawa operasi ini amat sulit dan getir. Ianya tidak semudah yang diungkapkan. Ia adalah suatu operasi ( kewajipan ) yang terdedah kepada tentangan yang mencabar.

Suatu operasi yang terpaksa merentasi ibtila’ dan mehnah [ ujian ]. Suatu operasi yang terpaksa menuruni lurah tribulasi. Suatu operasi yang terpaksa berdepan dengan konspirasi musuh yang tidak pernah mengenal simpati.

Mahasiswa yang dimuliakan ,

Projek الأمر و البهي ini memerlukan battalion yang tahan lasak, mampu merentasi risiko , berjiwa cekal dan tabah serta berpengalaman jauh, penuh strategi dan pengalaman.

Projek الأمر و النهي ini memerlukan صفوة المخترة atau قاعدة الصلبة dan عصبة المؤمنة Dalam ertikata lain mereka adalah saf yang gemilang ( Mereka adalah mahasiswa cemerlang ).

Projek ini akan gagal ! kiranya saf pejuangan ini turut disertai oleh individu yang penakut dan lemah jiwanya.

Projek ini juga akan gagal kiranya battalion perjuangan ini turut disertai oleh individu yang lesu , beku dan jumud. Dalam ertikata lain mereka adalah “makhluk perosak” yang menggagalkan strategi perjuangan ini. ( Mereka adalah mahasiswa yang pasif, naih, laih dan dhoif ).

Persoalannya….bagaimana kita mahu melahirkan mahasiswa Cemerlang ini ? Maka risalah ini menjawab segala-galanya.

Mahasiswa yang dihormati sekelian. Jawapannya ialah paduan tiga kekuatan dan tiga kekuatan inilah yang melahirkan Mahasiswa Cemerlang.

Kekuatan Jismiyyah ,
Kekuatan Ruhiyyah ,
Kekuatan Fikriyyah.

Pertama : Kekuatan Jismiah / Fizikal

Tidak dimaksudkan dengan kekuatan jismiah ini, mahasiswa perlu masuk kelab-kelab yang lasak seperti kelab Taekwando, kelab Askar Wataniah dan sebagainya. Tetapi ia bermaksud mahasiswa perlu memiliki susuk tubuh yang mampu memikul beban dakwah dan tanggung jawab perjuangan ini serta berkemampuan juga menanggung risikonya. AWAS….setiap perjuangan ini pasti diuji dan dicuba dengan ujian[mehnah] Allah s.w.t.

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

( Surah Muhammad : Ayat 31 )

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

( Surah Al Ankabut : Ayat 2 - 3 )

Kekuatan / keupayaan fizikal yang memungkinkan mahasiswa menunaikan ibadah dan aktiviti taqarrub Ilallah. Hal ini memaksa mahasiswa menjaga kekuatan fizikal / agar tahap keupayaanya mengizinkan mahasiswa tampil kehadapan , menghadapi segala kemungkinan.


Ertinya kesihatan dan kemahiran fizikal adalah dua tahap keupayaan yang mesti dimiliki dan ditingkatkan kualitinya. Kita tak mahu gerak kerja dakwah tergendala kerana 2 tahap keupayaan ini terlalu rendah.

Contoh: Apabila kita nak menyusun program / aktiviti , pelbagai alasan yang kita terima dari mahasiswa .Tak sempat masa, assignment banyak, ada tugas lain,tak ada Ilmu, tak ada pengalaman dll. Keluhan-keluhan sebegini sebenarnya boleh menyebabkan mahasiswa lari dari tugas perjuangan.

Mahasiswa yang dihormati sekelian.

Kedua : Kekuatan Ruuhiyah

Kekuatan ruh adalah bersinonim dengan kekuatan jisim. Sebagaimana bidalan Hukama’

رُهْبَانُ في اللَيْلِ وَ فُرْسَاُن بِالنَّهَارِ


" Rahib di malam hari dan kuda yang tangkas di siang hari"

جُنْدِيَّةٌ بَحْتٌ مِنْ نَاحِيَةِ العَمَلِ وَ صُوْفِيَّةٌ بَحْتٌ مِنْ نَاحِيَةِ العِبَادَة


“ Tentera yang berdisiplin dalam menjalankan tugas dan sufi yang abid dalam melaksanakan ibadat"

Ruh ibarat nadi , menjadi roda untuk menggerakkan semangat perjuangan yang berterusan. Persediaan Ruhiyyah ini juga adalah suatu kewajipan utama apabila ia dibias oleh statement Ilahi:

يَاأَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ قُمْ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلا
أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلا ثَقِيلا

Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

( Surah Al Muzammil : Ayat 1 - 5 )

Kekuatan ruh adalah asas kelangsungan perjuangan untuk merealisasikan projek الأمر بالمعروف و النهي عن المنكر . Ia juga satu kuasa dalaman, laksana antibody yang yang mampu mengawal diri dari terjerumus dan terseleweng.

Kekuatan ruh bererti kekuatan bertawakkal dan tunduk kepada Allah. Beriltizam[komitment] dengan amal Islami dalam apa jua situasi .

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

( Surah At Taubah : Ayat 41 )

Kekuatan ruh jua bererti optimis bahawa مستقبل لهذا الدين Yakin Islam pasti menang. Justeru itu mahasiswa tidak sewajarnya merasa lemah.

وَلا تَهِنُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمْ الأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

( Surah Ali Imraan : Ayah 139 )

Kekuatan roh yang dimiliki oleh generasi terdahulu telah mencatat kemenangan dan sejarah yang gemilang. Selayaknya kita turut mencontohi mereka. Demikianlah anjuran Imam Malik rhm .
لا يَصْلُحُ أخِرُ هذِهِ الأُمَّةِ إلاّ بِمَا صَلُحَ بِهِ َأوَّلُهَا

“ Tidak gemilang ummat akhir zaman melainkan kembali melaksanakan apa yang telah menyebabkan ummat terdahulu menjadi gemmilang”

Apa yang penting kita mesti memiliki 3 prinsip :

• Iman & Tawakkal : Yakin menang dan serah kepada Allah. ( Al Ahzab ayat 22 )
• Tegas & Cekal : Tidak berganjak & cintakan syahid. ( Al Ahzab ayat 23 )
• Dakwah & Istiqamah.

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمْ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا
وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

( Surah Fussilat : ayat 30 )

Ketiga : Kekuatan Fikriyyah

Nabi Muhammad Saw di sepanjang zaman menghadapi musuh berbentuk غزوة الفكري . lantaran itu Al-Quran diturunkan dalam bentuk hujjah dan keterangan nyata untuk menghadapi mereka.

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ


"dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam."


( Surah An Nahl : Ayat 89 )

Ancaman غزوة الفكري menjelang abad 21 semakin sengit sementara mufakkir-mufakkir Islami semakin berkurangan. Ini suatu fenomena yang amat membimbangkan kita. Gejala Juhala’ berleluasa , pengangguran otak [ malas berfikir ] sampai ketahap bahaya . Mereka hanya rasa memadai mendapat sandaran mahasiswa/wi , Dr, ustaz , Prof. dan lain lain .

Tetapi malas berfikir untuk menterjemahkan amal Islami. Kelemahan ini menyebabkan benteng ummah kian rapuh (mudah ditembusi dengan pelbagai helah licik golongan orientalis). Kita mesti bina kekuatan fikriyyah ini, terutamanya mahasiswa .

Daya fikrah sebahagian mahasiswa masih telalu lemah. Kebanyakan mahasiswa hanya fikir tentang diri sendiri, fikir untuk kesoronokan/hiburan atau hanya apa yang berlaku di sekeling mereka sahaja. Mereka tidak melihat peranan mereka untuk ummah dan sedang Islam mesti dilihat secara syumul , justeru itu fikrah mahasiswa jua mestilah jelas dan syumul juga. Ketajaman fikrah Islami amat perlu di era kini ( Era maklumat / era manusia berfikir , tetapi mereka berfikir dengan fikiran yang dikuasai oleh fikrah jahiliyyah moden yang hanya berorientasikan fikrah maddiah.

Untuk membina kekuatan ini mahasiswa mesti berani tampilkan diri , banyak membaca dan mengadakan perbincangan ilmiah.

Sebahagian mahasiswa masih tidak menguasai ilmu . Masih ada mahasiswa , tak nak jadi pemidato Islami atau berceramah di surau-surau/masjid yang mampu mengutarakan fikrah-fikrah Islamiah yang mantap kepada masyarakat kampus atau sekeliling, nak mengemukakan soalan kepada penceramah pun , masih ada lagi mahasiswa yang menulis dikertas untuk diajukan tanpa mampu mengeluarkan soalan secara spontan.

Perbincangan kita pula banyak berkisar kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan remeh temeh (yang tidak membawa manafaaat kepada jamaah seperti mengumpat, mencela ,tuduh-menuduh dsbnya.)

Mahasiswa yang di hormati sekelian,

Tiga kekuatan ini saling berantaian. Kalau hanya badan sihat ,tapi tidak mampu memberi komitment. Ini tidak boleh jadi. Kuat beribadat tapi jumud , juga sia-sia . Bukan kita seorang nak masuk syurga. Islam perlu disebarkan dan ini memerlukan pemikiran yang haraki .

Kemudian fikrah jelas, hebat berfikir tapi malas nk agi komitment…nak buat apa, pelbagai alasan di berikan dan ada juga yang memberi alasan bercanggah dengan islam dan mengatakan dialah yang buat kerja paling banyak tetapi hakikatnya habuk pun tidak ada. Wal hasilnya semua aktiviti dan program tergendala disebabkan mahasiswa tidak memiliki tiga kekuatan yang telah digariskan .

Mahasiswa jangan banyak dalih dan lengah, pastikan tiga kekuatan ini dapat dikumpulkan semaksima mungkin . Demi Islam dan perjuangannya . Bila lagi kita nak berubah dan berusaha gigih untuk memiliki kemampuan dan kekuatan ini . Bukankah kita bercita – cita besar untuk menang dan seterusnya mendaulatkan syariat Islamiyyah di muka bumi Allah amnya dan di tanahair kita dan juga di kampus kita tempat kita menuntut ilmu khasnya .

Kalau benar ini menjadi cita – cita kita , wahai mahasiswa ! lupakan segala karenah dan masaalah peribadi atau masaalah lepak-melepak atau mengawan . Hindarkan jua masaalah yang hanya dicetuskan oleh media, fitnah, tuduhan dll . Telah tiba waktunya kita memberi keutamaan kepada persoalan amal Islami dan bagaimana melaksanakan masa depan ummah dan membanteras gejala maksiat .

Monday, November 16, 2009

FIKRAH Mahasiswa-3


Siri Fikrah Mahasiswa . vol 3



Mahasiswa sebagai Pemuda Islam
Rijal at - Taghyir


نحن نقص عليك نبأهم بالحق إنهم فتية ءامنوا بربهم و زدناهم هدى و ربطنا على قلوبهم إذ قاموا فقالوا ربنا رب السماوات و الأرض لن ندعوا من دونه إلها لقد قلنا إذا شططا


Kami ceritakan kisah mereka kepadamu ( Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda - pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk dan kami telah meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri lalu mereka berkata : Tuhan kami adalah Tuhan Langit dan Bumi , kami sekali - kali tidak menyeru Tuhan selain Dia . Sesungguhnya kami kalau sedemikian , telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran .

Surah al Kahfi : Ayat 13 - 14

Mahasiswa adalah sebagai Agen Perubah [ Rijalut Taghyir ] yang mana ianya sebagai pemuda yang beriman dengan satu keimanan yang meletakkan mahasiswa sebagai hamba Allah yang taat kepada segala titah perintah Allah dan senantiasa siap dan sedia untuk melaksanakan apa jua tuntutan syara' . Mereka laksana hawariyun yang siap sedia menjawab : "Kamilah tentera - tentera Allah" ( نحن أنصار الله ) ketika ditanya siapa dikalangan kamu yang mahu bersama berjuang menegakkan agama Allah swt.

Iman ( Aqidah ) yang Sohih.

Perjuangan yang kita dokong dan urus ini adalah perjuangan Islam . Justeru itu dasar , objektif dan matlamatnya juga Islam . Sebarang penyimpangan daripada Islam merupakan satu jenayah perjuangan yang kelak menyumbang kepada kerosakan kekal terhadap perjuangan suci ini malah diri pejuang itu sendiri turut menjadi mangsa .

Lantaran itu , mahasiswa mesti memiliki tahap pegangan agama yang utuh tanpa mampu digugat biarpun terpaksa berhadapan dengan apa jua situasi yang mencengkam samaada dari luar atau dalam . Tanggungjawab ini bukan sahaja digalaskan kepada pemimpin tetapi juga kepada seluruh ahli.

Mahasiswa yang mempunyai pegangan agama yang utuh dan iman yang mantap bukan sahaja meletakkan mereka layak untuk membawa perubahan tetapi wajib memimpin perubahan .

Mereka bukan mahasiswa yang menjadi "pak turut" dan jauh sekali "berangan" dalam perjuangan besar ini. Bahkan mereka juga tidak "kalut" mendepani realiti . Segalanya bermula dengan akar keyakinan yang jelas mengasas langkah perjuangan tanpa gentar dan panik menyerap tekanan serta meredah halangan .

Mereka adalah mahasiswa yang tahu apakah yang ia perjuangkan , untuk apa ia diperjuangkan dan bagaimana ia diperjuangkan .



Mahasiswa yang menggabungkan diri dengan Gerakan Islam berasaskan Aqidah ( intima' al aqidah ) , mendokong cita - cita perjuangan junjungan besar Nabi kita Muhammad saw untuk mendaulatkan Islam di atas muka bumi . Bukan mahasiswa yang sarat dengan cita - cita politik duniawi memburu jawatan dan pengaruh kuasa tanpa melihat kepada ruang dan peluang untuk Islam .

Tidak juga mahasiswa yang gopoh memburu kemenangan tanpa melihat kepada tahap masak matangnya perjuangan Islam yang didokong . Tentu sahaja kita semua membaca kisah Khabbab al Arat bersama Nabi saw :

و من أبي عبد الله خباب بن الأرت رضى الله عنه قال شكونا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو متوسد بردة له في ظل الكعبة فقلنا : ألا تستنصرلنا ؟ ألا تدعولنا ؟ فقال : قد كان من قبلكم يؤخذ الرجال فيحفر له في الأرض فيجعل فيها ثم يؤتى بالمنشار فيوضع على رأسه فيجعل نصفين و يمشط بأمشاط الحديد ما دون لحمه و عظمه ما يصده ذلك عن دينه و الله ليتمن الله هذا الأمر حتى يسير الراكب من صنعاء إلى حضر موت لا يخاف إلا الله و الذئب على غنمه و لكنكم تستعجلون


Maksudnya : Dari Abi Abdullah Khabbab bin al Arat Rha. telah berkata : Kami telah mengadu kepada Rasulullah saw sedang Rasulullah saw pada waktu berbaring di bawah naungan Kaabah berbantalkan serban . Maka kami bertanya : Apakah Tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita ? Adakah tidak Tuan berdoa bagi pihak kita ?

Maka berkata Rasulullah saw : Sesungguhnya orang - orang sebelum kamu , ditangkap seorang lelaki lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya , kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya , namun demikian itu tidak memalingkan ia dari agamanya.

Demi Allah . Nescaya Allah menyempurnakan urusan ini ( agama Islam ) sehinggalah musafir dari Sana'a ke Hadhra Maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah , akan tetapi kamu adalah golongan yang gopoh .

Riwayat Imam Bukhari

Betapa pejuang seperti Khabbab yang telah merentasi tempoh perjuangan dan pengorbanan yang getir masih dianggap gopoh oleh baginda saw. kenapa kita begitu tergesa - gesa inginkan kemenangan pula melalui jalan short cut sedang perjuangan dan pengorbanan kita belum ditahap maksima .

Saya bimbang kita hanya membina Istana Pasir . Indah dan cantik rupanya , tetapi menunggu saat runtuh dan binasa yang lebih parah selepasnya. Waliyazubillah !

Mahasiswa Rijalut Taghyir

Gerakan mahasiswa sejak awal bersama Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sangat konsisten membawa cita - cita perubahan dari sekular kepada Islam , dari kufur kepada Iman , dari bathil kepada haq , daripada zalim kepada adil .

Tentu sahaja perjuangan ini mengharapkan kejayaan dan kemenangan namun ia bukan matlamat perjuangan kita mahasiswa Islam . Kemenangan adalah anugerah Allah yang akan dikurniakan kepada yang berhak dan layak setelah mereka terbukti sanggup mewaqafkan diri kepada perjuangan Islam ini setulusnya tanpa mengharapkan sesuatu selain redha Allah swt.

Ini bukan minda saya dan bukan juga minda orang yang kalah tetapi ini adalah minda sunnah berasaskan manhaj perjuangan suci .

Kemenangan tidak diberi kepada Sang Gopoh , Mat Kalut bahkan tidak juga dikurniakan kepada Mat Jenin . Tetapi diberi kepada mereka yang telah berjaya memiliki pra syarat kemenangan seperti yang digariskan oleh para ulama' al mujahidin bertunjangkan manhaj an nabawi .

Bukan saya prejudis dengan kemenangan tetapi jangan dipetik buah sebelum masaknya. Sekalipun kita berjaya memetik , kita hanya akan memakan buah yang putik dan mungkin pahit atau masam rasanya. Alangkah jika kita bersabar menanti buah yang masak , lalu kita memetiknya sudah tentu kita akan merasai nikmat dan lazat yang tidak terhingga .

Saya yakin Allah swt Maha Mengetahui lagi Maha Bijak . Masakan Allah gagal atau terlupa untuk memberi kemenangan setelah kita dikenal pasti layak .


Orang yang berjuang tidak meletakkan bila kita akan menang ? sebaliknye Allah s.w.t akan mengatur kemenangan kita. Tetapi apabila, kita menang jangan lupa dan lalai kerana dengan tiba-tiba musuh akan datang menyerang, taktala kita di buai keseronokan.
Inilah sifat perjuangan Islam yang bila - bila pun tidak terikat dengan tarikh dan tempoh . Kita berjuang meredah masa dan merentas zaman . Nabi Nuh as. mengambil masa 950 tahun malah penguasaan Firaun juga mengambil masa ratusan sebelum ia ditumbangkan oleh Allah swt.

Kalau sememangnya kita layak dan berhak , saya yakin Allah swt akan memberikan kemenangan itu kepada kita pada bila - bila masa , kerana telah sabit janji daripada Allah swt . kepada kita yang berjuang :

و لينصرن الله من ينصره إن الله لقوي عزيز

Nescaya Allah akan memberi kemenangan kepada siapa yang berjuang untuk memenangkan agamanya . Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Kuat lagi Perkasa.

Surah al Hajj . Ayat 40

Sememangnya kemenangan bukan hak kita sebaliknya ia milik Allah swt tanpa kita boleh mengambilnya sekehendak kita . Kalau boleh ikut kehendak kita , bukan esok apatah lagi lusa tetapi hari inatni kita mahukan kemenangan itu . Tetapi Allah sebut :

و ما النصر إلا من عند الله إن الله عزيز حكيم

dan tiada kemenangan melainkan hanya kurniaan dari sisi Allah swt. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Surah al Anfal . Ayat 10

Sahabat-sahabatku sekalian ayuh kita berjuang dengan memberitahu yang perjuangan kita bukan terletak pada nama tetapi terletak pada apa yang tercatat di dalam al-quran,kerana al-quran sumber kehidupan kita. Mahasiswa sekalian jika kita tengok politik atau sistem mentadbiran diluar kampus atau kerajaan yang membentuk kita dengan system pendidikan,ekonomi sehingga kita makin jauh dengan islam kerana dasarnya masih belum berubah untuk islam dan masih tidak mengikut apa yang tercatat dan di beritahu oleh Allah s.w.t dengan firmannya.

Jahiliyah tidak selamanya terletak pada namanya atau orangnya , mungkin nama lain boleh mewakili jahiliyah . Sebagaimana yang jahat dan zalim tidak selamanya nama dia Firaun , dia boleh bernama Abu Jahal di zaman Nabi saw. Nabmamai pernah sebut sambit mengisyaratkan kepada kepala Abu Jahal :
هذا فرعون هذه الأمة
Inilah Firaun Ummat Ini .

Wednesday, November 11, 2009

FIKRAH Mahasiswa-2



Apa yang harus dilakukan
oleh MAHASISWA
Untuk Menghadapi cabaran
( siri 2 )


1. Tingkatkan kesedaran Thaqafah dan Tasawwur Amal Islami ( ilmu pengetahuan ) menghadapi serangan pemikiran yang kian sengit dan mencabar .

2. Memelihara aqidah Imaniah sehingga mampu menangkis segala syubhah dan helah aqidah yang dilontar oleh musuh dalam apa jua bentuk isu .

3. Bergabung dengan kepimpinan Islam dan gerakerjanya . Kita akan selamat dari lingkaran propaganda yang penuh fitnah dan kekeliruan sehingga lahir golongan teras yang terpilih untuk membantu ugama Allah swt .

4. Membina semangat jihad dan daya prihatin yang tinggi untuk mempertahankan Islam dan ummat dari serangan pemikiran . propaganda isu dan keganasan senjata musuh , sehingga kita berjaya mengembalikan kecemerlangan Islam .








Firman Allah swt :


فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ .
بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرحيم


Maksudnya : Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

( Ar Ruum 4 - 5 )


ISU DALAM WAJAH : KERUNTUHAN MORAL


Kepincangan nilai dan keruntuhan moral di kalangan MAHASISWA hari ini amat membimbangkan , sehingga ia menjadi satu masaalah kronik bagi negara - negara ummat Islam . Keruntuhan ini adalah natijah dari pakatan jahat yahudi dan barat yang mengorientasikan budaya kuning untuk meneruskan penjajahan mereka keatas minda ummat Islam .

Mereka meransang nafsu dan menaja sex bebas serta hiburan yang tidak terbatas untuk menyeret mahasiswa-mahasiswi menjadi liar dan buas semata - semata mencari kepuasan yang tak kunjung puas . Media massa cetak dan elektronik turut memainkan peranan untuk menuang minyak ke atas nyalaan api nafsu yang membara , mencetus noda dan dosa tanpa mengenal ketika dan masa pula tidak memperdulikan azab dan neraka .

Majallah - majallah dan video - video lucah laris di pasaran sementara ia mudah diperolehi tanpa segan silu , malah ianya suatu yang rutin bagi Mahasiswa hari ini. Mahasiswa di Kampus dan di luar Kampus tidak terlepas dari bahang runtuhan moral yang berlaku di celah - celah pembangunan yang mencakar langit .

Penyakit AIDS dan HIV marak menular angkara runtuhan moral yang kian parah bagai satu amaran keras dari ilaahi buat semua manusia agar sedar dan insaf . Barat menaja kebebasan untuk terus memancing ummat Islam agar terus asyik dan alpa dengan runtuhan nafsu syahwah . Mereka mendakwa kebebasan adalah kebabanggan antarabangsa .

KEBEBASAN TAJAAN BARAT

1. Bebas dari kongkongan tanggungjawab di kolej-kolej . Sehingga mereka lebih senang mengunjungi kelab - kelab malam dan pusat - pusat hiburan dari tingggal di kolej-kolej .

2. Bebas berpakaian malah sampai keperingkat berpakaian tetapi telanjang .

3. Bebas bertindak tanpa terbatas kepada disiplin , akhlak dan tatasusila . Adab kesopanan dianggap suatu kongkongan kehidupan .

4. Bebas beraqidah dan memegang prinsip.

5. Pembebasan wanita dengan menuntut hak yangg sama seperti lelaki dan tidak lagi sebagai mahasiswi yang solehah atau suri rumah atau pembantu lelaki bagi yang sudah berkahwin .

6. Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat sekalipun ianya menyentuh pihak yang lain . Ini membuka ruang untuk mereka menghina Islam .

7. Kebebasan media massa sehingga ia diluar kawalan adab kemanusiaan . Sementara media ini menjadi salah satu saranan penting untuk mencetak minda masyarakat . ( dalam masa yang sama mereka mengekang Islamic media )


ISU DALAM WAJAH : TENTANGAN PEMERINTAHAN SEKULAR


Pemerintahan sekular adalah sebuah pemerintahan yang menjarak agama dari politik .
( أد ما لقيصر لقيصر و ما لله لله ). Ini bererti semua orentasi pemerintahan dan pentadbiran negara bebas serta tidak terikat dari prinsip dan pandangan agama . Sebaliknya berasaskan kepada apa yang dipandang baik oleh pemerintah.

Sedang Islam adalah satu agama yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk urusan pemerintahan negara mestilah tunduk dan patuh kepada hukum Ilahi


َأَنْ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنْ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ . أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنْ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ . يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.

Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.

( Al Maidah 49 - 51 )

Pemerintahan sekular adalah natijah kepada serangan pemikiran yang dihadapkan kepada ummat Islam . Ianya berfungsi untuk membendung semangat beragama yang ada pada ummat Islam sekaligus mereka mampu mematahkan usaha penguasaan terhadap ummat Islam.

Antara tindakan yang diambil untuk mengekalkan pemerintahan sekular ialah :

1) Menyebarkan fikrah tidak beragama (فكرة اللادنية )

• Mereka memaksa pemikiran ini bertapak di minda ummat Islam dengan apa jua cara termasuk kekerasan .

• Mereka memaksa anak-anak ummat Islam mempelajari sejarah dan tamadun Barat melalui sistem pendidikan yang terpisah jauh dari ruh Ubudiyyah.

• Melontarkan istilah - istilah negatif kepada pejuang Islam seperti pelampau , ekstrim dan lain-lain untuk menanam rasa benci kepada Islam dan pejuangnya di hati mahasiswa Islam .

• Menganjur perhimpunan yang bercampur gaul lelaki dan perempuan sehingga ia dianggap rutin dan bertamadun serta terkini.

• Mencipta pelbagai fesyen pakaian yang mendedahkan aurat.

2) Mengekang Harakah Islamiyyah

• Mereka meletakkan Harakah Islamiyyah sebagai musuh utama mereka yang mampu menggugat kestabilan pemerintahan mereka dan mampu kembali menyatukan kesatuan ummat Islam.

• Lantaran itu, mereka mengambil tindakan tegas demi menghalang Harakah Islamiyyah . Pelbagai tuduhan dan helah ( isu ) dilakukan semata-mata untuk memastikan Harakah Islamiyyah berkubur.

3) Undang-undang ciptaan manusia

• Hasrat mereka adalah untuk melenyapkan syariah Islamiyyah daripada terus bertapak di bumi dan di hati ummat Islam.

• Mereka membentuk demokrasi dan undang-undang ciptaan manusia untuk mentadbir negara dan masyarakatnya sebagaimana mereka meletakkan sistem kapitalis dalam pengurusan ekonomi.

• Memecahkan kesatuan negara-negara ummat Islam kepada negara-negara kecil yang mempunyai undang-undang masing-masing selain dari syariat Islamiyah.

• Mengekalkan prinsip politik sekular mereka ( pecah dan perintah ).

4) Sistem pendidikan sekular
• Suatu sistem yang membuatkan mahasiswa/wi tidak mengenal Islam malah tidak mengenal lagi kalimah syahadah .

• Sistem yang memburuta kehidupan dunia yang sementara dan lupa kehidupan akhirat yang kekal.

• Sistem yang memuja kebendaan dan kedudukan serta memandang rendah hidup beragama.

• Sistem yang membuang jauh ruh agama dari setiap mata pelajaran yang dikemukakan di peringkat sekolah dan universiti .

• Sistem yang mendidik pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sejak di peringkat bawah hingga ke peringkat universiti.

• Menghapuskan tulisan jaawi atau huruf al-Quran dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia agar ummat Islam jauh dari sumber utama syariat mereka.

Wahai Mahasiswa Mahasiswi ……

Masa depan ditanganmu !! Dan ianya Milik Islam …..

Kealpaan dan sikap tidak mengambil berat merupakan agen pembunuh yang sangat berbahaya . Ia mampu membunuh stamina perjuangan seorang aktivis sekaligus mampu melumpuhkan sebuah gerakan Islam yang besar jika kehadirannya tidak dibanteras.

Islam adalah suatu agama yang optimis , sensitive dan responsive , ia melarang ummatnya beku membatu diri , pasif dan dhoif . Sungguhpun suatu kenyataan bahawa kini ummat islam telah ditekan dan ditindas serta dikepung dari segenap arah oleh musuh-musuh Islam yang begitu ramai dan memiliki segala kelebihan maddiah.

Namun, sebagai seorang mahasiswa muslim, kenyataan itu tidak sewajarnya menjadikan kita kaku dan berputus asa terhadap amal Islami malah sebaliknya menyemarakkan semangat perwira dan jiwa keislaman mahasiswa untuk menghadapi segala kemungkinan . Justeru Islam bukanlah satu agama yang menjanjikan kemenangan dan kejayaan di dunia malah ia satu agama yang membawa berita gembira untuk kemenangan di dunia dan di akhirat.

Penguasaan Kuffar akan tiba hari dan saatnya untuk ia jatuh tersungkur mencium bumi bersama kebesaran dan keangkuhan mereka. Namun khabar gembira ini adalah suatu yang amat mahal nilai harganya. Ia tidak mungkin berlaku tanpa pengorbanan dan kegigihan pejuang-pejuang Islam yang tidak mengenal erti penat dan putus asa, demikianlah sunnatullah

إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
( Ali - Imran 140 )

Firman Allah swt. yang bermaksud :

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

( An - Nuur - 55 )

FIKRAH Mahasiswa-1


Sensitiviti Mahasiswa
Terhadap Isu Negara :

CABARAN DAN MASA DEPAN . [ siri 1 ]

فأحسنَ الكلامِ كلامُ الله و أحسنَ الهدىِ هدىُ محمدٍ صلى الله عليه و سلم . ألا و إياكم و محدثات الأمور فإن شر الأمور محدثاتُها و كلَّ محدثاتٍ بدعةٌ كلَّ بدعةٍ ضلالةٌ و كلَّ ضلالةٍ في النار .


Muqaddimah


Mahasiswa adalah aset ummah dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah . Kekuatan tenaga , kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di saf hadapan .


Sabda Rasulullah saw.

أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ .


Maksudnya : Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang - orang tua menyanggahiku .

Sabda Rasulullah saw.

إنَّ اللهَ لَيُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة .


Maksudnya : Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda - pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral. ( Riwayat Ahmad dan Abu Yu’la )

Mahasiswa sayugianya peka terhadap persekitaran dan isu yang timbul justeru di bahu merekalah terletaknya masa depan ummah . Mahasiswa adalah tiang dan harapan ummah.

(Fakta ini adalah jelas kerana : antara elemen pembentukan ummah ialah menganalisis suasana semasa dan suasana semasa seringkali dipengaruhi oleh isu semasa.)

Mahasiswa tak selayaknya alpa dibuai mimpi dan impian palsu , sebaliknya insaf menangani realiti yang mencabar dengan daya sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku.

Sabda Rasulullah saw.

و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

“… dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka .”

Saiyyidina Omar Al Khattab Rha. Berkata :

إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لم يعرف الجاهلية

sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah .”

Cabaran Utama Yang Mesti dihadapi .

Paling minima , cabaran utama yang akan ditempohi oleh mahasiswa dalam membentuk dan membina kewibawaan ummah serta keunggulannya ialah :


Ø Sukar untuk mencipta Isu
Ø Gagal untuk manafaatkan Isu yang timbul
Ø Isu membalikkan arca negatif ( back fired )
Ø Sifat Isu yang mudah luput
Ø Tidak menafsirkan isu dengan tepat

Lantaran itu, pemuda sewajarnya memiliki keupayaan dalam menghadapi cabaran ini , suatu cabaran yang tak mungkin mampu di atasi tanpa sensitiviti tinggi dan tahap pembacaan Isu yang tajam dan berpengalaman .

Tanpa persiapan sedemikian, mahasiswa akan terperangkap dalam manipulasi musuh yang amat licik . Realiti hari ini mempamerkan suatu hakikat yang amat meresahkan kita apabila ramai mahasiswa/wi muslim tersungkur di hadapan musuh seterusnya menjadi agen musuh .

Baginda Rasul saw. telah mengisyaratkan supaya berwaspada dari tipu helah itu kerana menyedari “jiwa mahasiswa” mahasiswa mudah dipengaruhi.

ِغْتَنِمْ خَمْسًا قبْلَ خمسٍ حياتَك قبل موتِك و صِحَّتَك قبلَ سقمِكَ و فراغَكَ قبلَ شُغْلِكَ
و شبابَكَ قبلَ هَرَمِكَ و غِناكَ قبلَ فَقْرِكَ . رواه الحاكم

Maksudnya : Peliharalah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain : Hidupmu sebelum datang matimu , sihatmu sebelum datang sakitmu , kelapanganmu sebelum datang kesibukanmu , mudamu sebelum datang tuamu dan kayamu sebelum datang faqirmu .

Sabda Rasulullah saw :

لا تزولُ قدَماً عبدٍ يوم القيامةِ حتى يسألَ عن أربعٍ : عن عُمْرِهِ فيما أَفْناهُ و عن شبابِهِ فيما أَبْلاهُ و عن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اْكْتَسَبَهُ و فيما أنفَقَهُ و عن عِلْمِهِ ما عملَ فيه .

Maksudnya : Tidak berganjak kaki seorang hamba pada hari qiamat sehingggalah ia disoal berkenaan dengan empat perkara :Ke manakah dihabiskan umurnya , bagaimana ia manafaatkan usia mudanya , dari mana diperolehi hartanya dan ke mana pula ia belanjakannya dan apa yang telah direalisasikan ilmu miliknya . ( Riwayat At- Tarmizi )

Antara isu yang menguji keperihatinan mahasiswa hari ini , sering kali timbul dalam wajah serangan pemikiran , keruntuhan moral , dan tentangan pemerintahan sekular .

ISU DALAM WAJAH: SERANGAN PEMIKIRAN

Serangan pemikiran dihadapkan kepada ummat Islam , jua kepada semua mahasiswa/wi secara khusus untuk menghancurkan Islam dan ianya datang dari segenap arah .

1. Barat

Sebahagian besar serangan pemikiran ini berpusat di Barat. Sebagaimana diketahui umum , barat bertanggungjawab mengibar panji sekularisme yang memenjara agama dengan dinding rumah-rumah ibadat.

Ø Dalam hal pentadbiran , Barat mengemukakan fahaman sekular yang menjarakkan ugama dari urusan hidup sehari . فصل الدين عن الحياة

Ø Begitu juga dijauhkan agama dari pemerintahan فصل الدين عن الحكومة و الدولة

Ø Sementara dari urusan ekonomi, Barat mendokong prinsip kapitalis dengan orentasi ekonomi Ribawi . Urusan politik pula , Barat menaja prinsip demokrasi dengan menganggap suara ramai adalah suara Tuhan.

Ø Urusan kemasyarakatan jua demikian , Barat mengemukakan prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan memilih sikap dan cara hidup serta berfikir sehingga kebebasan itu membawa kepada pengharusan apa yang diharamkan oleh Allah dan yang bercanggah dengan fitrah kejadian manusia.

2. Timur Blok Komunis

Suatu blok yang mengibar panji Sosialisme atau Komunisme yang mendokong prinsip Ilhad (tidak bertuhan) dengan usaha gigih mereka untuk menjauhkan manusia dari Manhaj Rabbani dan hak hukum hakam Islam.

Kenapa Barat dan Timur Menyerang Islam . ( Sifat Isu ini berpanjangan )

Justeru Islam mempengaruhi aqal dan pemikiran manusia dan ia tersebar ke seluruh dunia dengan begitu cepat sementara ummat manusia berduyun-duyun menganut agama Islam dengan penuh ketaatan tanpa sebarang paksaan.

Firman Allah swt :

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ . وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا .
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Maksudnya : Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. ( An Nasr 1- 3 )

Rancangan Jahat Mereka

Setelah menyedari bahawa mereka tidak akan berupaya untuk menjatuhkan Islam dengan peperangan bersenjata, maka mereka melancarkan propaganda-propaganda sulit dalam pelbagai wajah isu untuk tujuan tersebut.

Ianya bermula dengan rancangan menghapuskan Sistem Khalifah yang menjadi tunggak kekuatan ummat Islam kerana sistem ini telah berupaya menyatukan dan membentuk ummat Islam serta kestabilan politiknya.

Gerakan penjajahan ke atas negara-negara ummat Islam telah memainkan peranan utama untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyyah. Mereka melebarkan empayar dengan falsafah politik keji mereka ( فرِّق و تَسُد ) atau "divide and rule" ( pecah dan perintah )

Kejatuhan sistem khilafah bermula apabila penjajah berjaya menjatuhkan Sultan Abdul Hamid dan menyerahkan Turki kepada Mustapha Ata-Turk dari Yahudi Daunama dengan syarat-syarat berikut :

• Hapuskan Sistem Khilafah sama sekali

• Isytihar Negara Sekular
• Mengekang gerakan Islam
• Mengganti perlembagaan Othmani Al-Islami kepada perlembagaan atau undang-undang sivil ciptaan manusia.

Pemuda yang dihormati sekelian,

Tindakan jahat mereka tidak terhenti setakat itu, malah mereka meneruskan semangat permusuhan mereka terhadap ummat Islam dengan memastikan aqidah dan fikrah ummat Islam turut diperangi.

Musuh-musuh Islam dengan pelbagai nama seperti Kristianisasi, Orientalis, Penjajah, Komunis, Yahudi dan sebagainya bekerja keras untuk mencapai matlamat mereka yang satu iaitu mengeluarkan ummat Islam dari agama mereka atau sekurang-kurangnya dapat mencampakkan keraguan pada aqidah Islamiyyah dan merosakkan kejernihan akhlaq Islami.

Rancangan jahat terhadap Islam dengan tipu daya mereka yang licik terbentuk pada 4 gerakan iaitu :

a) Gerakan Komunis مخططات الشيوعية

b) Gerakan Solibiyah مخططات الصليبية
c) Gerakan Yahudi dan Freemason مخططات اليهودية و الماسونية
d) Gerakan Munafiqin مخططات العملاء في الداخل

i) Gerakan Komunis

Serangan Komunis terhadap Islam tidak sahaja melibatkan fikrah tetapi juga sampai ke peringkat pertumpahan darah dengan maksud menghapuskan Islam dan ummatnya.

Pada permulaan Revolusi Komunis iaitu pada tahun 1917, satu Mu’tamar Islami telah diadakan di Khukand demi menuntut hak pemerintahan sendiri di Turkistan. Namun malangnya, secara tiba-tiba tentera Rusia telah menyerang dan membunuh beribu-ribu ummat Islam dengan kejamnya. Rumah-rumah mereka diruntuhkan dan harta mereka telah dirampas.

Satu sumber rasmi Rusia sendiri telah melaporkan bahawa ummat Islam yang menjadi mangsa pemerintahan mereka dalam tempoh setahun (1917-1918) ialah seramai satu juta .

Pada tahun 1928, Rusia telah berjaya menghapuskan kerajaan Islam Khukand. Pada tahun 1930, kerajaan Islam Bukhara pula telah dijatuhkan dan mereka juga telah meragut banyak nyawa di bumi Afghanistan. Demikianlah Kominis telah berjaya membunuh 20 juta ummat Islam melalui serangannya yang bertubi-tubi tanpa henti sepanjang 50 tahun.

Semangat Penentangan Komunis Terhadap Islam

1. Pada tahun 1913, LENIN telah menegaskan : “Tidak benar bahawa Allah yang mentadbir alam, akan tetapi Allah adalah pemikiran khurafat yang dicipta oleh manusia untuk berlepas diri dari kelemahannya. Justeru itu, setiap individu yang bertegas dengan pemikiran tersebut adalah seorang yang jahat dan lemah.

2. MARK telah menjelaskan bahawa “Tidak ada tuhan dan kehidupan adalah berbeza”

3. Akhbar Supteshia Bravda dalam tahun 1954 menyatakan : Kepercayaan kepada Allah adalah peninggalan orang-orang dahulu yang bodoh.

4. Mu’tamar ke 22 ,jawatankuasa pusat Parti Komunis Soviet telah membuat ketetapan bahawa : Kita menyedari bahawa kekalnya kesan keugamaan dalam masyarakat Rusia. Hari ini, kita masih menghadapi ancaman dari kawasan-kawasan orang Islam. Lantaran itu,mu’tamar ini menegaskan keazaman untuk menentang kebangkitan Islam habis-habisan.

Kesan Pembawaan Komunis di Dunia Islam Berselindung di sebalik slogan sama rata dan keadilan masyarakat serta memeranggi Imperialis, mereka telah berjaya memperdaya ummat Islam sehingga Lahore sebahagian ummat.yang keliru tentang Wujudiah Rabbaniah..

Menimbulkan isu untuk menanggapi agama sebagai “Candu” masyarakat dan mendorong manusia membebaskan diri dari ikatan agama dan akhirnya syiar Islam tidak lagi berdiri megah . Sebaliknya, menjadi asing di tengah ummat Islam sendiri.

Sabda Rasulullah saw :

بَدأَ اْلإسْلامُ غَرِيباً فَسَيَعُوْدُ غَرِيباً كما بدأ فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاء

Maksudnya ; Islam telah bermula dalam keadaan dagang dan ia akan kembali menjadi dagang maka berbahagia orang - orang yang dagang ( asing )

b) Gerakan Solibiyyah

Suatu gerakan Nasara dengan semangat permusuhan yang tinggi sreta dendam kesumat yang mendalam untuk membinasakan Islam daan ummatnya. Solibiyah menyusur untuk menjatuhkan Islam melalui beberapa gerakan licin termasuklah Orientalis , Missionerry dan penjajahan dengan membawa tekad dan hadaf yang satu.

Noktah Utama Dalam GERAKAN SOLIBIYYAH.

1. Bertindak keatas kerajaan Islam dan menghapuskan Sistem Khilafah

2. Bertindak keatas sumber utama syariat Islam al-Quran dan al-Hadis.
3. Merosakkan fikrah Islamiyyah di kalangan ummat Islam.
4. Memecahkan kesatuan ummat Islam.
5. Merosakkan wanita-wanita muslimah melalui gerakaan “Women Liberation “ dan sebagainya.

Wasilah-wasilah Mereka

1. Mendidik anak-anak orang Islam di madrasah -madrasah mereka .

2. Menyebarkan Risalah Tabsyiriah dan buku-buku mereka.
3. Khidmat kebajikan masyarakat.
4. Melalaikan masyarakat dengan hiburan ,arak,perrempuan dan sebagainya .
5. Menghantar lebih ramai pendakwah-pendakwah Kristian ke negara-negara ummat Islam.

c) Gerakan Yahudi dan Freemason

Firman Allah swt :

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا

Maksudnya : Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. ( Al Maidah 82 )

Yahudi merupakan musuh tradisi ummat Islam dan ia merupakan penggerak utama semangat permusuhan terhadap ummat Islam.

Gerak Jahat Yahudi

1. Menubuhkan kerajaan Israel pada tahun 1948 di kawasan suci ummat Islam yang mana ia telah dijadikan sebagai pusat propaganda mereka terhadap Islam dan ummatnya. Mereka bekerja keras untuk menghalau ummat Islam daan membinasakan tamadun Islam.

2. Pengisytiharan kemerdekaan Israel pada 15 Mei 1948 telaah dilakukaan oleh Ben Ghorion. Sehubungan dengan itu, semua negara Mustakbirin Amerika dan Rusia segera mengiktirafnya kerana dengan wujudnya negara Israel, maka tercapailah hasrat mereka untuk bersama-sama menjajah Islam.

3. Membentuk pertubuhan-pertubuhan Yahudi, iaitu:

Ø Kerjasama Israel Antarabangsa

Ø Mu’tamar Yahudi Antarabangsa
Ø Kesatuan Sahafi ( wartawan ) Yahudi Sedunia
Ø Majlis Penasihat Pertubuhan-pertubuhan Yahudi
Ø Pertubuhan Israel Sedunia
Ø Majlis Yahudi Rabbani Sedunia
Ø Pertubuhan Zionist Sedunia

Sementara agen-agen rahsia mereka ialah:

a) Freemason

b) Rotary Club
c) Lions Club

Freemason , Rotary dan Lions

Pertubuhan-pertubuhan rahsia ini memainkan peranan untuk menyalurkan mesej Yahudi untuk kembali menbina kerajaan Yahuza dan seterusnya menguasai alam. Mereka mempengaruhi manusia dengan program-program kebudayaan, sukan, hiburan-hiburan dan lain-lain lagi untuk “brain wash” pemuda/I , sekaligus memesongkan mereka dari tatasusila murni. Yahudi akan menggunakan apa saja cara yang boleh mencapai matlamat mereka Prinsip ini dikenali sebagai الوصولية.

Protokol Zionist ke-5 menjelaskan bahawa akan sampai kesatu taahap yang tinggi dalam penguasaan politik mereka melalui kaedah الغاية تبرر الوسيلة Melalui protokol ke-11 ,Yahudi mengisytiharkan bahawa ummat selainYahudi ialah kumpulan-kumpulan kambing yang lemah dan hina . Adapun mereka orang-orang Yahudi merupakan serigala-serigala yang mulia dan perkasa.

( Protokol pemimpin Zionist adalah ketetapan dan resolusi rahsia yang diputuskan dalam mu’tamar pemimpin-peminpin Zionist yang diadakan buat kali yang pertama di Bal ( بال ) Switzerland pada tahun 1897. Protokol ini akhirnya terdedah buat kali pertamanya . Ia didedahkan oleh Sergius Neilus yang merupakan seorang pengarang Nasrani . )

Objektif Politik Zionist

1. Penguasaan ekonomi

2. Kekuatan tentera
3. Penguasaan media massa
4. Pengaruh kebudayaan dan serangan pemikiran .

d) Gerakan munafiqin dan aktor mereka dari dalam .

Kebanyakan mereka adalah dari kalangan kaum bangsa kita , mereka bertutur bahasa yang kita gunakan dan berpakaian dengan pakaian orang-orang Islam .Tetapi mereka mempunyai hubungan yang erat dengan musuh-musuh Islam samada Komunis Mulhidah atau Solibiyyah Haqidah atau Yahudi Makirah atau Penjajah Mudhallalah.

الشيوعية الملحدة / الصليبية الحاقدة / اليهودية الماكرة / المذاهب الإستعمارية المضللة ))

Ancaman golongan ini merupakan suatu yang paling bahaya justeru ia menyusup masuk ke dalam saf-saf kita . Mereka menguasaai ummat Islam dengan penguasaan terhadap kementerian-kementerian , media massa , jabatan-jabatan pendidikan , muassasah-muassasah, yayasan-yayasan , badan-badan berkanun dan badan -badan swasta.

Lantaran itu, dengan tidak disedari , mereka telah meresapkan ideologi dan budaya mereka di tengah-tengah masyarakat ummat Islam dan memaksa ummat Islam menerima tanpa disedari . Sehingga ummat Islam larut dalam ideologi dan budaya mereka yang keji sebagaimana yang berlaku hari ini . Aduhai Mahasiswaku sekalian , ingatlah penegasan Ilahi :

لا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلادِ . مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ

Maksudnya : Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.

( Ali Imran 196 - 197 )

Mari Mengaji

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails