{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)}
(al-Hujurat : 15)
Wednesday, May 26, 2010
Solat Tahajjud- Hidup Kan Malam Kita..
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
Kita perhati kekuatan Sultan Muhammad Al-Fatih terletak pada kekuatan Ruh dan Ketaqwaan kepada ALLAH s.w.t
cuma masih ramia yang tidak mengetahui khafiat solat tahajjud yang mampu menguatkan Jiwa dan begitu juga dengan solat yang lain.. Beliau tak putus-putus melakukannya sejak baligh.
Dan pada hari ini, ramai yang menjadi Sultan Muhammad Al Fatih sebagai pembakar semngat mereka tetapi ramai yang tumbang dalam bab ibadah dan untuk kekuatan Jiwa kita.
Seperti mana kita tahu, Solat Tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur,walaupun tidur sebentar. Waktunya antara isyak sampai Subuh.Waktu utama dari satu sampai Subuh. Jumlah rakaat tidak terbatas,paling kurang dua rakaat.Jadi cara melakukan hendaklah tiap dua rakaat gengan satu salam.
Banyak ganjaran yang diperolehi bila selalu mendirikan Solat Tahajjud. Antara lain mudah mendapat rezeki dan doa dimakbulkan Allah.
Lafaz niat:
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akbar.
" Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah. Selepas itu surah Al-Kafirun Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas
Semasa sujud akhir pada rakaat kedua bacalah sebanyak tiga kali,iaitu
Ertinya: "Oh Tuhanku masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong "
Selepas memberi salam ucaplah doa :
Ertinya : " Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum .
Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan". Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul'alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah"
Doa Solat Tahajjud
“Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji’. Bagimu kerjaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang hak, dan janjiMu adalah hak, dan syurga adalah hak, dan neraka adalah hak, dan nabi-nabi itu adalah hak, dan nabi Muhammad saw, adalah hak, dan saat hari kiamat itu adalah hak, ya Allah, kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.”
semoga ia menjadi Rutin harian kita..
Monday, May 24, 2010
Rasulullah s.a.w berpolitik kembangkan ISLAM
Jika di lihat pada tahun ini dan lepas, tercatat dalam sejarah Pilihanraya paling banyak berlaku di Malaysia samaada di peringkat Parlimen @ DUN. Bergitu jugak di Universiti yang telah menjalankan pilihanraya.
Pilihanraya yang terdekat baru-baru ini yang mana kemenangan Pakatan Rakyat di SIBU.
Dan sesetengah University membuat kajian mengenai PASCAL PRU 13 akan datang.
JIKA sebelum ini jarang orang berminat bercakap mengenai politik, melainkan golongan yang terbabit secara langsung dengannya, keadaan adalah sebaliknya, malah remaja juga berminat mengetahui senarionya.
Di rumah bersama seisi keluarga, minum bersama teman di warung atau restoran, mengisi masa terluang di pejabat, malah di jalanan, topik perbualan mengenai politik tidak ditinggalkan, tetapi tidak di kawasan yang mundur seperti di Pulau-Pulau,nelayan, FELDA, dan pelbagai lagi. Mereka tidak berani bercakap mengenai politik walaupun ada yang mereka tidak puas hati kerana bimbang tidak akan menerima wang EHSAN RM 300 setahun dan bagi gologan nelayan Bimbang tidak mendapat subsidi. Jika pengundi Pembangkang, tidak mendapat akan mendapat wang EHSAN sedikit pun, ini kerana JKK telah blacklistkan senarai nama bagi pengundi berdaftar ini. Jika di lihat, sistem ini kejam dan zalim kerana tidak membahagi wang Rakyat secara adil dan Telus serta pilih kasih.
DI kawasan yang di memenangi pembangkang memang selalu bercakap mengenai politik, dan bila selalu bercakap mengenai ini, kita boleh melihat dan membongkarkan apa yang telah pemimpin yang kita pilih buat pada kita. Samaada menipu kita, mengambil duit serta memakan duit rakyat atau menjaga serta mendidik rakyat takut kepada ALLAH s.w.t.
Walaupun Rakyat tahu pemimpin mereka, bermain polotik kotor, tetapi kenapa masih memilih /mengundi parti serta calon yang melakukan politik kotor itu.
Penyalahgunaan kuasa, politik wang, maki hamun dan skandal seks menyebabkan politik dipalit kekotoran.
Tetapi, bagaimana Islam melihat politik dan pilihan raya itu sendiri. Nabi Muhammad s.a.w ketika mengembangkan Islam turut menggunakan politik.
Kamus Dewan Edisi Tiga, "politik" bermaksud ilmu cara pemerintahan, ilmu siasah dan ilmu kenegaraan; kedua, segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain dan ketiga, kelicikan, muslihat atau tipu muslihat.
Takrifan itu membuktikan makna politik amat luas, bukan saja merujuk kepada pengetahuan dan kebijaksanaan mentadbir negara, malah membawa maksud tipu muslihat.
Jadi, tidak hairan ada pihak menggunakan muslihat tersendiri untuk mendapatkan pengaruh dan gelaran yang diidamkan, kerana politik itu sendiri dari satu sudut dikatakan muslihat.
Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, berkata politik ialah keupayaan manusia mengurus sesuatu, mengikut disiplin ditetapkan.
Beliau berkata, manusia sudah lama berpolitik malah di kalangan nabi termasuk Rasulullah s.a.w, baginda turut berpolitik.
"Nabi Muhammad s.a.w dari muda mempunyai kebijaksanaan termasuk berniaga sehingga Khadijah tertarik padanya, manakala Nabi Nuh a.s ada kepandaian mengemudikan bahtera.
"Nabi Yusuf pernah dilantik menteri dan Nabi Musa pernah berdoa supaya saudaranya, Nabi Harun menjadi pembantunya dalam gerak kerja dakwah," katanya.
Beliau turut mengungkap nas dari surah Thahaa, ayat 29, bermaksud: "Dan, jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku."
Dalam Islam, urusan membabitkan pelantikan pemimpin bukan perkara sampingan atau main-main, malah ia menjadi topik khusus dalam pewarisan Nabi Muhammad s.a.w bagi memastikan agama dan politik dunia terpelihara.
Justeru itu, katanya, menjadi kewajipan bagi umat Islam melantik pemimpin bagi memastikan Islam dan umatnya terbela dan apabila dilantik mesti ditaati.
"Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan rasul dan kepada ulil-amri (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." (an-Nisa: 59)
Zamihan berkata, Nabi Muhammad s.a.w sudah menggambarkan ada pemerintah yang memerintah dengan baik dan pemerintah yang buruk.
"Apabila pemerintah baik, Nabi kata kamu kena dengar dan apabila pemerintah yang buruk, disuruh kita menghindarinya. Itulah juga dinamakan politik," katanya.
Beliau berkata, kewajipan umat Islam ke atas pelantikan pemerintah adalah fardu kifayah seperti jihad dan menuntut ilmu.
"Tidak salah menggunakan sistem demokrasi walaupun asalnya dari barat, sebab ada kebaikannya.
"Walaupun ada yang kata tiada demokrasi dalam Islam, tetapi Islam tidak menafikan manfaat demokrasi.
"Malah, sistem pilihan raya seperti sekarang ini juga tidak mengongkong syariat Islam daripada terlaksana.
"Hari ini kerajaan melaksanakan pelbagai sistem Islam, seperti ekonomi Islam dan pendidikan Islam. Itu semua lanjutan sistem demokrasi.
"Jika ada yang mengatakan kena ketepikan pilihan raya dan kembali kepada sistem syura seperti zaman awal Islam, masalahnya kini tiada sistem khalifah. Bagaimana mahu kembali kepada cara itu, sebab sistem khalifah itu sendiri tidak ada.
"Kita tidak mampu kembali kepada sistem itu, tetapi kita kena ada cita-cita ke arah itu dan oleh kerana demokrasi menjadi latar belakang pemerintahan sistem negara, jadi tidaklah mengapa untuk menjadikannya wahana dalam pemerintahan dan orang Islam diberikan hak memilih.
"Walaupun dalam Islam tidak dinyatakan secara khusus penegasan membuang undi untuk memilih pemimpin, masih ada nas mengenai prinsip asas dalam surah al-Maidah supaya bantu membantu hal kebajikan dan bertaqwa serta melarang daripada melakukan dosa dan pencerobohan.
"Dalam konteks Malaysia yang dinilai pengundi ialah calon atau ideologi politik. Mengundi asalnya adalah harus, tetapi jika calon yang baik menjadi sunat malah wajib pula, sebaliknya calon jahat hukumnya haram disokong," katanya.
Beliau juga menjelaskan beberapa kriteria yang sewajarnya tersemat pada diri pemimpin, iaitu orang yang adil mempunyai ilmu mendalam, sempurna pancaindera dan tidak mengalami kecacatan (jika cacat seperti buta mudah ditipu orang), berpandangan terbuka, berwibawa dan berani mengemukakan pendapat, bijak, tegas dan dari keturunan mulia.
"Tetapi janganlah kerana politik timbul sengketa, sehingga anak berbalah dengan bapa, putus persahabatan dan suami isteri sampai bercerai.
"Dalam kempen juga kena ada etika, seperti bercakap benar, apabila berjanji ditunaikan, apabila diberikan amanah tidak khianat, apabila berselisih faham tidak melangkaui had, tidak mengadu domba dan menabur fitnah," katanya.
Friday, May 14, 2010
SYAITAN DAN TUGAS-TUGASNYA
NAMA-NAMA SYAITAN DAN TUGAS-TUGASNYA
Rupa-rupanya syaitan mempunyai organisasi yang lengkap dan teratur. Patutlah
kebanyakan manusia tersugkur dengan godaan mereka.
Apatah lagi Iblis, bapa segala syaitan telah diberikan ijazah oleh Allah dalam ilmu menggoda manusia sehingga manusia semuanya tidak akan beriman kepada Allah. Tetapi Allah menyebutkan bahawa orang-orang yang ikhlas tidak akan dapat diperdaya oleh Iblis dan tenteranya.
Bagi mereka yang beriman syaitan akan membisikkan was-was, gelisah dan sebagainya. Begitulah hebatnya perancangan dan gerakkerja syaitan yang terus berjalan tanpa henti dan mengira masa. Syaitan telah membahagikan tugas-tugas tertentu kepada
ketua-ketua mereka yang tertentu pula.
1-Qarin – mendampingi manusia sejak lahir lagi bagi mengajak, merayu dan menipu supaya menyimpang jauh dari jalan yang diridhai Allah.
2-al Wilhan –menggoda dan mengganggu manusia sedang wudhuk
3-al Hinzab – mengganggu manusia sedang solat
4-Thibr- bertugas khusus untuk membinasakan manusia.
5-Awar- menggoda manusia untuk melakukan zina.
6-Mabsut – membisikkan manusia supaya berdusta.
7-Dasim – Bertugas semata-mata menjadikan supaya manusia bersengketa dengan keluarga.
8-Zalanbur- Bertugas dipasar-pasar membisikkan dan memberansang manusia supaya melakukan penipuan semasa menjula beli.
Itu adalah antara nama-nama syaitan dan tugas-tugas yang dipertanggung jawabkan yang dapat dicatatkan disini. Pengkhususanini menjadikan syaitan tersebut begitu mahir dengan tugas mereka dan faham benar akan kelemahan manusia. Semakin tinggi ilmu agama yang dimiiki oleh seseorang manusia itu, semakin tinggi azam dan usaha syaitan bagi membinasakan manusia dengan menghantar bala tentera dan pengikutnya yang standing atau yang lebih tinggi dari taraf manusia yang hendak dibinasakan itu.
Ada manusia yang menjadikan syaitan itu gurunya. Jadilah syaitan itu bersarang dalam uratdarahnya. Ada juga manusia menjadikan syaitan itu hambanya yang mereka sangka bahawa mereka memiliki sesuatu yang luar biasa. Tetapi itu adalah perangkap syaitan bagi menyesatkan manusia. Sehinggakan manusia tidak dapat menggunakan akalnya yang waras dalam mencari dan mengikut kebenaran. Dan akhirnya manusia ini tidak sempat bertaubat dan menjadi rakan syaitan di dunia dan di dalam neraka Allah buat selama-lamanya.
Kita minta dijauhkan oleh Allah akan perkara yang sedemikian. Nauuzubbillahi minasysyaitanirrajim. Kita mohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang kena rejam..
sumber;http://darussyifabota.blogspot.com/2010/01/nama-nama-syaitan-dan-tugas-tugasnya.html
Thursday, May 13, 2010
Sayangi IbuBapa..
Rasullulah s.a.w bersabda, "Redha Allah tergantung pada redha ibu dan bapa, dan murka Allah bergantung pada murka ibu dan bapa mereka." (Riwayat: al-Hakim)
*
Dari Abu Usaid Malik bin Rabi'ah As Sa'idy ra. berkata: suatu ketika kami duduk di hadapan Rasulullah saw. kemudian tiba-tiba datanglah seorang laki-laki dari Bani Salimah dan bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah masih ada kebaikan yang boleh saya kerjakan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa saya setelah mereka meninggal dunia?"
Beliau menjawab, "Ya, masih ada yaitu menshalatkan jenazahnya, memintakan ampun buat keduanya, melaksanakan janji-janjinya setelah keduanya meninggal dunia, menyambung tali persahabatan yang tidak boleh disambungnya kecuali dengan keduanya, dan memuliakan sahabat keduanya." (HR Abu Daud)
*
Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; "Manakah amal yang lebih utama?", Rasulullah s.a.w. menjawab; "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah." - Sahih Bukhari
*
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w bersabda: Ibumu.Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya:
Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.
*
Diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya: Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah,mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu. Semasa Rasulullah bersabda, baginda sedang bersandar lalu duduk. Baginda terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Semoga baginda berhenti dari menyebut hadis tersebut .
*
Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, tidak mahu memberi miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegahkan ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-ngadakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta .
*
Rasulullah bersabda, maksudnya; "Seseorang anak tidak dapat membalas jasa orang tuanya sehingga dia mendapati orang tuanya menjadi hamba sahaya kemudian dibeli dan dimerdekakan mereka." - (Riwayat Muslim dan Abu Daud).
*
Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan ditambah rezekinya maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya serta menyambungkan silaturrahim." - (Riwayat Ahmad).
*
Daripada Malik bin Zurarah bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Memohon keampunan untuk ibu bapa yang meninggal dunia daripada seorang anak, termasuk perbuatan berbakti." - (Riwayat Ibnu Najar).
*
Au Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya seseorang akan diangkat darjatnya di syurga maka dia berkata: Wahai Tuhanku, dari manakah semua ini untukku?" Maka dijawab: "Daripada permintaan keampunan anakmu untukmu." - (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Baihaqi).
*
Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menziarahi kubur kedua-dua orang tuanya atau seorang daripada mereka pada setiap Jumaat, nescaya akan diampunkan dosanya dan ditulis sebagai orang yang berbakti (kepada ibu bapanya)." - (Riwayat Tabrani).
*
Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat kepada wajah ibu bapa, al-Quran dan kepada laut." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan lafaz "Melihat kepada Kaabah adalah ibadah". - (Riwayat Abu Daud).
*
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: Apakah saya mesti meminta izin ibu saya jika masuk ke dalam biliknya?" Baginda menjawab: "Ya." Dia bertanya lagi: "Tidak ada lagi selain saya yang melayaninya." Jawab baginda: "Apakah kamu suka melihat ibumu tidak berpakaian?" Lelaki itu menjawab: "Tidak." Baginda bersabda: "Maka minta izinlah kepada ibumu." - (Riwayat Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).
*
Diriwayatkan oleh Aisyah, katanya: "Aku belum pernah melihat seorang pun yang wibawa dan kelakuannya seperti Rasulullah terhadap Fatimah puterinya. Jika masuk kepada Rasulullah, dia bangkit kepadanya, menciumnya dan mempersilakannnya duduk di tempat duduk baginda. Dan jika nabi masuk kepadanya dia bangkit daripada tempat duduknya, mencium baginda dan mempersilakan baginda duduk di tempat duduknya." - (Riwayat Abu Daud, Nasai dan Termizi).
*
Daripada Jabir bahawa seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai harta dan anak tetapi ayahku ingin menguasai hartaku." Rasulullah bersabda,
maksudnya: "Kamu dan hartamu milik ayahmu." - (Riwayat Ibnu Majah).
*
Daripada Ibnu Umar, katanya: "Seorang lelaki datang mengadu mengenai bapanya maka dia berkata: Sesungguhnya dia (bapaku) mengambil hartaku." Rasulullah menjawab: "Kamu dan hartamu daripada hasil jerih payah ayahmu." - (Riwayat Tabrani dalam Al-Kabir).
*
Daripada Anas bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Siapa yang menjadikan ibu bapanya redha, maka dia menjadikan Allah redha dan siapa yang menjadikan ibu bapanya marah maka dia telah menjadikan Allah marah (kepadanya)." - (Riwayat Ibnu Najar dalam Tarikh Baghdad).
*
Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membayar hutang ibu bapanya sesudah mereka meninggal dunia dan menunaikan nazar mereka dan tidak menyebabkan cela bagi mereka, maka dia ditulis sebagai orang yang berbakti walaupun dia adalah orang yang pernah menderhakai ibu bapanya." - (Riwayat Ibnu Asakir).
*
Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya seseorang yang ditinggal mati oleh ibu bapanya atau seorang daripada mereka, maka dia adalah orang yang menderhakai ibu bapanya lalu dia tetap mendoakan mereka dan memohon keampunan bagi mereka sehingga Allah menulisnya sebagai orang yang berbakti" (Riwayat Baihaqi dalam Syu'bul Iman).
*
Ibnu Abas berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat adalah orang yang membunuh nabi atau orang yang dibunuh oleh nabi atau membunuh seorang daripada ibu bapanya dan pembuat patung serta orang berilmu yang tidak mendapat manfaat daripada ilmunya." - (Riwayat Baihaqi)
*
Allah s.w.t telah berfirman di dalam Al Quran : Maksudnya : "Allah melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya , dan menyuruh supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya "ah" dan janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia. (Al- Isra': Ayat 23)
*
"Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah :" Wahai, Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku di waktu aku kecil" (Al- Isra': Ayat 24)
Wednesday, May 12, 2010
Wahai Pemuda jadi lah pemuda seperti Kisah Ashabul Kahfi
Lokasi yang menempatkan makam pemuda Ashabul Kahfi.
Ashabul Kahfi; tauladan buat pemuda umat ini Pemuda sebagai tunggak kepada kekuatan ummah seharusnya mempunyai aqidah Islam yang teguh, kefahaman Islam yang jitu, akhlak Islam yang mantap dan semangat keislaman yang waja. Pemuda Islam mesti menyedari tanggungjawab mereka sebagai harapan agama dan ummah iaitu;
1. Untuk mengabdikan diri kepada Allah
2. Untuk berkomitmen dengan manhaj Rabbani dan memperjuangkanya.
3. Membantu membangunkan ummah dan negara Pemuda Islam juga harus menyedari asas-asas kekuatan mereka sebagai seorang muslim di mana tanpanya mereka tidak akan mampu merealisasikan tanggungjawab mereka itu. Asas-asas kekuatan itu ialah;
* Iman yang mantap di dalam jiwa
* Keikhlasan semata-mata kerana Allah dan mencari keredhaanNya
* Keazaman yang kukuh, yang tidak pernah mengenal erti takut, segan dan malu.
* Amal/kerja yang bersungguh-sungguh dan berterusan tanpa jemu dan malas.
* Pengorbanan yang tinggi yang tidak mengenal kecuali menang atau syahid.
Di dalam al-Quran, Allah telah membentangkan satu kisah untuk tatapan pemuda Islam sepanjang zaman. Kisah yang menggambarkan pemuda yang beriman dan dengan penuh cekal mempertahankan prinsip hidup mereka. Dalam usia yang masih muda mereka sudah mengenal betapa tingginya nilai iman dan agama sehingga mereka tidak sanggup menggadaikannya walaupun dengan tawaran harta benda yang mahal. Mereka lebih rela mempertahankan iman dan agama mereka biarpun terpaksa hidup dalam buangan dan terasing. Bahkan jika terpaksa mengorbankan nyawa sekalipun, mereka akan sanggup melakukannya.
Kisah yang kita maksudkan ialah kisah; “Ashabul Kahfi”. Kisah ashabul kahfi adalah kisah yang menonjolkan contoh pemuda yang memiliki segenap ciri Pemuda Islam yang sebenar iaitu;
1. Teguh dengan iman dan prinsip hidup sebagai seorang muslim
2. Yakin kepada diri sendiri
3. Berani berhadapan dengan apa sahaja cabaran
4. Sentiasa bersemangat mengharungi liku-liku hidup
5. Mampu berhujjah mempertahankan pandangan dan prinsip hidup
6. Sanggup berkorban
7. Setiakawan dalam mengharungi cabaran bersama
8. Sentiasa menjaga keta’atan kepada Allah walau dalam suasana mana sekalipun.
Kisah ashabul kahfi (yang bermaksud penghuni-penghuni gua) diceritakan oleh Allah dengan panjang lebar di dalam surah al-Kahfi, bermula dari ayat 9 hingga ayat 26 (iaitu kira-kira 15 ayat). Sebab turun ayat-ayat yang menceritakan kisah dalam surah al-Kahfi ini sebagaimana yang diceritakan oleh ulama’-ulama’ tafsir ialah; “Paderi-paderi yahudi berhasrat untuk menguji Nabi Muhammad s.a.w. sama ada ia benar-benar seorang Nabi atau tidak. Lalu mereka menyuruh orang-orang musyrikin supaya menguji baginda dengan bertanyakan tiga kisah yang ajaib yang berlaku pada zaman dahulu iaitu;
1. Kisah pemuda-pemuda yang bersembunyi dalam gua iaitu kisah ashabul Kahfi.
2. Kisah seorang raja adil yang mengelilingi dunia (timur dan barat) iaitulah Iskandar Zulkarnain.
3. Kisah tentang hakikat ruh.
Setelah 15 hari Rasulullah s.a.w. menunggu, maka turunlah wahyu menceritakan ketiga-tiga kisah tersebut”. Allah memulakan penceritaan dengan membentangkan rasa takjub manusia tentang kisah ini walaupun sebenarnya mereka tidak perlu rasa takjub kerana ia datang dari kudrat Allah, bahkan di sana terdapat banyak lagi tanda-tanda kekuasaan Allah yang lebih hebat dari peristiwa ini (seperti penciptaan langit dan bumi, penciptaan nabi Adam dan sebagainya).
Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo`a: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)
Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas –menurut para ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;
1. Maksalmina
2. Tamlikha
3. Martunus
4. Bainunus atau Nainunus
5. Sarbunus
6. Dzunuanus
7. Kasyfitatanunus
Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka. Pemuda-pemuda ini beriman kepada Allah di tengah kekufuran kaum dan bangsa mereka. Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh Allah dengan firmanNya; “Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (al-Kahfi: 13)
Gua yang dikatakan tempat persembunyian pemuda Ashabul Kahfi.
Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat menyatakan di Jordan, dan ada juga mengatakan di Syria). Asalnya penduduk negeri itu beriman kepada Allah dan beribadat mengesakanNya. Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman kufur/berhala dan ia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan siksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu. Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian.
Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu. Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan prinsip aqidah ilahi yang mereka yakini. Allah berfirman menceritakan peristiwa mereka berhujjah; “Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15)
Walaupun tidak mampu menjawab hujjah-hujjah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari agama mereka. Ia memberikan tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh. Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat sesama mereka untuk mencari keputusan yang muafakat; apakah tindakan yang sepatutnya diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka? Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan pedalaman/kampung.
Firman Allah; “Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”. (al-Kahfi: 16)
Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah.
Ia telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut. Firman Alalh menceritakan tentang mereka di dalam gua; “Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”. (al-Kahfi: 11). Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).
“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”. (al-Kahfi: 25)
Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur. “Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”. (al-Kahfi: 18) Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun atau 309 tahun), mereka dibangunkan.
Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja. “Berkatalah salah seorang di antara mereka: "Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)". Mereka menjawab: "Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”. (al-Kahfi: 19)
Sebaik bangun dari tidur mereka, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke Bandar bagi mencari sesuatu untuk di makanan. Akhirnya mereka memilih Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak.
Firman Allah menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu; “Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”. (al-Kahfi: 19-20)
Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah memerintahkan kita supaya bertakwa kepadaNya sedaya yang kita mampu, dalam keadaan mana sekalipun, sama ada senang atau susah.
FirmanNya; “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta ta`atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu”. (at-Taghabun: 16)
Walaupun Allah menceritakan dalam ayat tadi bahawa pemuda-pemuda amat berhati-hati dan berjaga-jaga agar jangan diketahui orang lain–kerana mereka menyangka raja yang memerintah negeri masih raja yang dulu dan kafir kepada Allah-, namun Allah telah mentakdirkan supaya berita tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain bagi menunjukan kekuasaan dan kehebatanNya. Kebetulan semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini dibangkitkan Allah setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya.
Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu tentang kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu; bagaimana Allah boleh menghidupkan orang yang telah mati? Apatahlagi yang telah beribu bahkan berjuta tahun lamanya dimakan tanah. Maka bertepatanlah masanya Allah membangkitkan ashabul kahfi pada zaman tersebut dan menzahirkan kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu lagi. “Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahwa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya”. (al-Kahfi: 21)
Allah mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu semasa wakil mereka itu datang ke kota hendak membeli makanan. Ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama.
Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua ashabul kahfi bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu sekeliannya dan mendengar kisah mereka. Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu dan orang-orangnya. Raja mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan. Hal ini diceritakan Allah dengan firmanNya;
“Setelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka". Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (yakni pihak raja) pula berkata: "Sesungguhnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka”. (al-Kahfi: 21)
sumber : http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=595:pemuda-unggul-dari-kisah-ashabul-kahfi&catid=34:cerpen-a-cerita&Itemid=85
Tuesday, May 11, 2010
19 Hadith dan 30 Larangan kepada WANITA @Kaum Hawa
19 Hadith Rasulullah SAW mengenai wanita
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w. t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s. w. t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang takutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s. w. t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s. a. w, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s. a. w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r. a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”
30 Larangan Kepada Kaum Wanita
1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi
Thursday, May 6, 2010
Usrah dan kepentingannya dalam jamaah
Usrah dan kepentingannya dalam jamaah
MUQADIMAH
Proses tarbiyyah Islamiyyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu. Usrah adalah medan di mana ahlinya menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat ukhuwwah al-islamiyyah. Ia membawa maksud penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.
Penekanan terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai system yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjemaah. Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan ‘amilin (petugas) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kepentingannya tidak boleh kita nafikan.
Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan diatasi oleh kebatilan yang kemas. Justeru, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar keberkesanannya akan dapat menguntungkan Islam dan jamaah.
PENTADBIRAN USRAH
Setiap naqib/ah perlu memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapi dan kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah. Usrah janganlah hanya dijumudkan dengan perbincangan teks sahaja tetapi ianya juga boleh diluaskan dengan bentuk perbincangan, rehlah, ziarah, riadhah, majlis qiamullail dan sebagainya.
Usrah mempunyai ciri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyyah yang lain diantara cirri-citi tersebut ialah:
1. Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan). Usrah yang berkesan mestilah berterusan dan pemutusan usrah akan mengakibatkan kurangnya penghayatan dan perkembangan tarbiyyah dikalangan anggotanya.
2. Merangkumi keseluruhan ahli samada pimpinan, pengikut, mahupun pekerja.
3. Mempunyai perancangan (al-tahhtit) yang rapi dalam semua sudut.
4. Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqoba’ manupun ahli.
5. Antara keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat sejauh mana persoalan ini dapat dilihat dan dijawab dengan sempurna:
• Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam.
• Sejauhmana pula konsep al-ta’wun (bekerjasama) di kalangan para ahli dalam membantu proses penghayatan Islam.
• Sejauh mana ikatan ukhuwwah dan amal jamaie dapat dibentuk dan sejauhmana pula perlaksanaannya dalam bentuk amalan.
TUJUAN DAN MATLAMAT USRAH
1. Memberi kefahaman yang benar dan jelas terhadap tasawwur Islam kepada anggota.
2. Meningkatkan penghayatan ‘amal Islami dan menghidupkan rasa tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan kemuliaan ajaran Islam secara fardiyy atau jamaie
3. Menjalin dan mengukuhkan ikatan ukhuwwah dan persaudaraan dan memupuk semangat bertindak dan bekerja secara jamaah.
4. membina ‘aqliyyah jamaiyyah di kalangan anggota agar mereka sentiasa memberi keutamaan kepada gerak kerja secara jamaie dan bertindak mengikut keputusan jamaah.
5. menggiat dan menyelaraskan usaha untuk mempelajari selok-belok perjuangan dari pengalaman gerakan Islam seluruh dunia.
6. mendidik, memupuk bakat serta mengeluarkan aktivis-aktivis yang benar-benar mampu dan teguh pendirian serta sihat tubuh badan, sempurna dalam pemahaman ilmu serta akhlaq.
7. memastikan bahwa yang bakal menempati saff pimpinan ialah orang-orang yang layak, jujur dan ikhlas. Memastikan bahawa yang memegang pimpinan adalah orang yang layak ditempat yang munasabah.
8. Memastikan bahawa barisan perjuangan tidak dimasuki oleh pemikiran yang sumbang atau musuh.
9. Berusaha meningkatkan bentuk penyusunan organisasi yang piawai atau mampu mnghadapi tahap-tahap perjuangan tanpa diserapi oleh anasir pemecah yang menggugat harakah.
CIRI-CIRI NAQIB
Secara ringkas disertakan sekali ciri-ciri naqib yang memimpin usrah:
1. Mempunyai kefahaman yang baik dalam agama.
Naqib perlu mempunyai asas kefahaman Islam yang mendalam terhadap Tasawwur Islam dan memahami Waqi’ (jamaah/ harakah) serta memahami marhalah dakwah. Setidak-tidaknya naqib biarlah dari kalangan mereka yang mempunyai pengalaman haraki, serta ilmu terhadap asas Islam (tasawwur Islam)
2. Iman yang mendalam
Naqib perlu menjadi contoh ikutan kepada ahli-ahli usrah. Lantaran itu ia mestilah mempunyai keimanan yang kukuh, keyakinan, tawakkal serta memelihara ibadat-ibadat fardiyy dan menjaga sunnah-sunnah Nabi saw.
3. Bersifat amanah
Naqib perlu menyedari bahawa ia memikul amanah yang tinggi iaitu membimbing ahli-ahli supaya menjadi golongan yang terpilih di samping merasakan bahawa dialah orang yang bertanggungjawab memelihara agama.
4. Keikhlasan yang tinggi.
Keikhlasan adalah perkara paling penting dalam mana-mana perkara yang hendak dilakukan. Namun perkara yang terlebih penting adalah ikhlas kepada naqib-naqib dengan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran serta sanggup berkorban. Ia perlu mengorbankan lebih masa, perasaan, masa kerja, keluarga, harta-kekayaan, dan berbagai kepentingan lain untuk cita-cita Islam.
5. Beramal dengan ilmu.
Naqib perlu beramal dengan ilmu dan dikenali sebagai orang yang beramal dengan ilmunya. Ini akan memberikan kesan yang baik ke atas anggota-anggota jamaah yang lain yang menjadi contoh yang baik.
6. Syakhsiah yang terpuji.
Naqib dikenali sebagai seorang yang memiliki akhlak dan syakhsiyah yang baik, menepati janji, jujur dan berbagai lagi akhlak yang mesti dimiliki. Ini kerana naqib adalah sebagai pembimbing, pendidik, guru dan seorang sahabat yang sentiasa menjadi tumpuan dan perhatian umum.
7. Pergaulan yang baik
Hubungan naqib dengan ahli usrahnya adalah hubungan yang berterusan, dan bukan terhad hanya di dalam usrah semata-mata. Naqib mestilah pandai bergaul dengan anggot usrah yang lain serta mewujudkan kemesraan dan kekeluargaan di kalangan anggota usrah.
MANHAJ USRAH
1. Mestilah ditegaskan bahawa islam dan ajarannya bersumber dari kitab suci al-Qur’an dan hadith Nabi saw sebagaiimana yang difahami dan diambil dari ulama’ yang muktabar.
2. Memberi penekanan terhadap tasawwur Islam dan penekanan bahawa Islam adalah satu system hidup (Nizamul hayat) atau ad-din yang sempurna.
3. Bahan-bahan usarh, hendaklah mengambil kira marhalah yang sepatutnya dilalui oleh ahli-ahli usrah.
4. Manhaj Usrah perlu mengandungi Tasawwur Aqidah yang kemas dan menyeluruh yang menjadi teras kepada perjuangan Islam.
5. Kandungan Usrah perlulah yan dapat memandu dan menyumbang kea rah pembentukan peribadi atau syakhsiah muslim dan pendakwah.
6. Kandungan usrah mestilah mengandungi perngatan untuk memelihara Islam sama ada secara fardiyy atau jamaie’.
7. Memberi penekanan terhadap ibadah-ibadah khusus dan amalan-amalan yang membina kerohanian seperti membanyakkan zikir, wirid mathurat, doa-doa, membaca al-Qur’an, menziarahi kubur dan sebagainya.
8. Kandungan Usrah mestilah mempunyai unsur-unsur pembentukan fikrah dakwah Harakah, dan siasah secara seimbang.
9. Menekankan panduan-panduan latihan kerja secara jamaie, seperti tanggungjawab memelihara amanah, berkorban, mematuhi arahan-arahan dan memberi wala’ dan ketaatan kepada pimpinan jamaah.
10. Menyediakan ruang-ruang buat ahli-ahli berinteraksi sesama sendiri bagi menguatkan ukhwah dan sanggup bermuhasabah, memperbaiki kelemahan, dan kekurangan yang ada dikalangan anggota dengan cara-cara yang baik.
FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN / KEGAGALAN USRAH
FAKTOR YANG BERPUNCA DARI NAQIB:
a. Tidak memahami atau kurang memahami tujuan dan matlamat usrah dalam rangka Tarbiyyah.
b. Tidak memahami kandungan dan skima tarbiyyah sesuia dengan marhalah mad’u dan sasarn.
c. Kaedah penyampaian Usrah yang tidak sesuai.
d. Naqib tidak memberikan tumpuan dengan ahli-ahli usrah.
e. Tidak mengenal mad’u.
f. Para Naqib tidak ada Fikrah Dakwah dan Harakah.
g. Tidak membuat persediaan dan Kajian terhadap bahan-bahan Usrah.
h. Tidak segera menyelesaikan masalah.
i. Tidak memahami politik dan isu-isu semasa.
j. Naqib tidak mematuhi arahan jamaah.
CIRI-CIRI USRAH YANG BERJAYA
1. Majlis yang terancang dan berterusan
2. Mempunyai ketua yang bertanggungjawab.
3. Mempunyai bilangan ahli yang kecil.
4. Keahlian usrah merangkumi semua peringkat.
5. Usrah sebagai saluran melahir dan membentuk pimpinan
Tuesday, May 4, 2010
Wahai anakanda di Penjara Menara Gading!
Wahai anakanda di Penjara Menara Gading!
Hassan Al-Banna
Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan di samping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama mahasiswa.
Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah. Itulah sebabnya anakanda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-manah kebangkitan; malahan angkatan mahasiswa jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.
Allah berfirman;
Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Al Kahfi:13)
Dengan kesimpulan inilah maka anakanda akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu anakanda itu akan menjadi bertambahberat. Oleh itu sepatutnya anakanda berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah anakanda menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.
Anakanda di penjara menara gading,
Ada mahasiswa yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya senang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.
Di samping itu ada pula mahasiswa yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, hak mereka yang dijajah. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang.
Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi mahasiswa tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri. Ketika bertindak sedemikian itu, mahasiswa tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan pahala di akhirat kelak.
Anakanda yang berada di penjara menara gading hari ini, bertuah sebenarnya sebab anakanda termasuk ke dalam golongan yang kedua hingga terbukalah mata anakanda melihat umat yang terus menerus berjuang serta bertungkus lumus demi kebenaran dan kebebasan.
Oleh itu, bersedialah wahai angkatan kesatria, alangkah hampirnya kemenangan itu untuk orang-orang yang beriman, dan alangkah besarnya kejayaan yang akan dicapai oleh mahasiswa yang terus menerus bekerja dan bertindak.
Anakanda di penjara menara gading,
Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.
Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi.
Memandang semua inilah ayahanda berasa berkewajipan menerangkan dengan jelasnya kepada anakanda sekalian dari hal hakikat dan program dakwah Islam untuk kurun yang ke-14 hijrah ini.
Anakanda di penjara menara gading,
Sebenarnya kita telah pun beriman tanpa sebarang keraguan atau prasangkaan malah kita sudah pun yakin dengan sepenuhnya sekira-kiranya keyakinan kita ini lebih kukuh dan tegap dari gunung-ganang yang memasak bumi, lebih dari segala lubuk hati sanubari bahawa tidak terdapat sebarang apa pun jua fikrah perjuangan melainkan hanya satu sahaja fikrah yang benar-benar mampu menyelamatkan dunia yang sedang terseksa, yang benar-benar mempunyai daya upaya membimbing kemanusiaan yang sedang berada di dalam keadaan tercengang-cengan dan yang benar-benar sanggup memimpin umat manusia ke arah jalan yang sewajarnya.
Fikrah atau ideologi perjuangan yang seperti itu mustahak diberi segala pengorbanan demi meninggikan kedudukannya, demi memperkenalkannya serta mendorong umat manusia supaya menghayati dengan segala jiwa raga serta memberikan dari sekecil-kecil pengorbanan hinggalah semahal-mahalnya.
Fikrah yang tunggal ini tidak lain dan tidak bukan ialah “Islam yang maha suci� yang sekali-kali tidak terdapat di dalamnya sebarang apa pun jua penyelewengan, keburukan dan kesesatan yang akan menimpa sesiapa yang mengikutnya.
Allah berfirman(Al-Imran:18-19): Allah menjadi saksi, dan para malaikat dan ahli cerdik pandai bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang berlaku adil terhadap makhluknya, tidak ada Tuhan melainkan Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya ugama yang di sisi Allah itu ialah Islam.
Suatu lagi firman Allah (Al-Ma’idah:3): Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu akan ugama kamu, dan Aku penuhkan kepada kamu nikmatKu, dan redhalah Aku Islam itu sebagai ugama bagi kamu.
Jelas bahawa fikrah perjuangan kita hendaklah fikrah yang bersifat Islam dengan setulin-tulinnya. Di atas dasar Islamlah fikrah kita berpijak, daripada sumbernyalah kita mendapat petunjuk. Kerana Islam maka kita ini berjuang dan demi kerana meninggikan kalimahnya maka kita bekerja serta bertindak.
Fikrah kita tidak sekali dapat menyamakan sebarang sistem dengan sistem Islam, tidak sekali-kali redha mengikut sebarang pimpinan yang lain malah fikrah kita sekali-kali tidak akan patuh kepada apa jua hukum melainkan Islam.
Allah berfirman (Al-Imran : 85):
Dan barangsiapa mencari ugama selain dari Islam maka usahanya itu tidak sekali - kali akan di terima.
Anakanda di penjara menara gading,
Islam serta penganut-penganutnya pernah mengalami suatu zaman cubaan di mana mereka ditimpa dengan pelbagai kemalangan dan diselubungi oleh bencana yang bertubi-tubi. Pada ketika itulah musuh-musuh Islam telah bekerja untuk memadamkan sinarannya, cuba untuk menyembunyikan keindahannya bahkan untuk menyesatkan para pemeluknya, membantutkan pelaksanaan hukum hududnya serta melemahkan bala tenteranya di samping memutar ajaran serta hukum-hukumnya.
Kadang-kadang mereka lakukan dengan cara mengurangkannya dan terkadang pula dengan jalan menambah-nambahkannya dan selain dari itu, dengan mentafsirkan hakikatnya dengan cara yang tidak sewajarnya.
Dalam usaha yang jahat itu mereka mendapat peluang yang baik bila berlaku kehilangan kuasa politik dari umat Islam dan kehancuran pemerintahan sejagat mereka di samping kemerosotan semangat Muhammadiyah di kalangan bala tenteranya. Akhirnya jatuhlah seluruh umat Islam itu ke dalam genggaman umat kufur sebagai mangsa penghinaan dan penjajahan.
Oleh itu tugas utama lagi pertama bagi kita wahai anakanda tercinta ialah memberi penjelasan kepada orang ramai akan hakikat segala batas agama Islam, menjelaskan kepada mereka itu dengan seberapa terang, sempurna dan jelas tanpa sebarang tambah dan tokok atau kekurangan atau sebarang kesamaran. Tugas seperti ini merupakan sudut teori bagi hakikat fikrah kita.
Di samping itu kita mestilah mengajak mereka melaksanakan fikrah islam itu serta mendorong mereka demi menyelamatkannya serta membimbing mereka ke arah beramal dengan ajarannya. Sudut ini di namakan sudut amali bagi fikrah perjuangan kita.
Anakanda di penjara menara gading, Pegangan kita dalam semunya itu ialah kitab Allah yang tidak pernah diresapi oleh kepalsuan sejak dulu hingga sekarang, dan keduanya ialah sunnah yang benar serta nyata datangnya dari Rasulullah s.a.w dan juga sejarah perjalanan bersih dari angkatan salaf umat Islam ini.
Kita tidaklah menghendaki di sebalik usaha itu sebarang apa pun jua melainkan keredhaan Tuhan, menunaikan kewajipan dan memimpin umat manusia serta menunjuk jalan kepada orang ramai.
Kita akan terus berjihad demi untuk menjayakan fikrah kita itu, dan kita akan berusaha sedaya upaya demi untuk menegakkan supaya dengan itu dapatlah kita sekalian hidup mulia atau sebaliknya biarlah kita mati secara yang mulia. Cogan kata kita ialah :
Allah matlamat kami ;
Rasul itu ikutan kami ;
Al-Quran itu perlembagaan kami ;
Jihad jalan kami; dan
Mati pada jalan Allah ialah setinggi-tinggi cita-cita kami.
Anakanda di penjara menara gading,
Sesungguhnya Allah telah memuliakan kamu dengan menamakan anakanda semua angkatanNya, dengan mengurniakan iman kepada anakanda serta mendidik anakanda sekelian atas dasar ugamanya, dan Allah telah meletakkan anakanda di martabat tertinggi di muka dunia dan di kedudukan para da’i di kalangan orang ramai serta Allah menganugerahkan kepada anakanda kemuliaan seperti yang dianugerahkannya kepada maha guru di hadapan muridnya.
Allah berfirman (Al-Imran : 110): Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia: iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu menegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.
Allah berfirman (Al-Baqarah : 143):
Demikianlah pula Kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi terhadap umat manusia.
Oleh itu perkara yang pertama sekali yang Allah menyeru ialah hendaklah anakanda mempunyai keyakinan diri sendiri, dan hendaklah anakanda menyedari martabat diri anakanda dan yakinlah bahawa anakandalah sebagai tuan di dunia walaupun musuh-musuh kamu sudah tentu ingin melihat kamu berada di dalam kehinaan.
Hendaklah anakanda yakin bahawa anakanda adalah sebagai guru kepada umat-umat di dunia walaupun pada waktu-waktu yang tertentu orang lain pernah mengatasi anakanda dalam sesuatu sudut yang tertentu; namun demikian, kemenangan terakhir adalah di tangan orang-orang yang bertaqwa jua.
Daripada Ayahandamu,
Assyahid Hassan Al Banna
MINDA MAHASISWA
Mahasiswa merupakan entiti penting dalam hieraki masyarakat kita di Malaysia. Namun, slogan ’Mahasiswa sebagai jurubicara ummah’ yang menjadi realiti satu ketika dulu era reformasi contohnya Peristiwa Baling semakin sepi pasca-AUKU kini.Realitinya mahasiswa pasca AUKU terJAJAH mindanya, bacul tindakan dan hilang sensitiviti pada isu sekelilingnya.Minda terjajah? Satu pengkajian dalam bacaan motivasi dan politik mahasiswa.Minda mahasiswa harus bebas tanpa kongkongan HAK dan keBEBASan dalam membuat pilihan.Benar,bahawa mahasiswa harus diberi guideline dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab namun bukannya dikongkong mindanya!!
APA ITU MINDA TERJAJAH?
Mengikut teori dalam Buku ’Membebaskan minda yang terjajah’ (Victor S.L.Tan), minda terjajah mempunyai enam karekteristik iaitu corak minda mundur, corak minda tak imaginatif, corak minda pentingkan diri, corak minda leka, corak minda pemasrah dan corak minda tak anjal.
Corak minda mundur
• corak minda tak imaginatif
• corak minda pentingkan diri
• corak minda leka
• corak minda pemasrah
• corak minda tak anjal
BAGAIMANA INGIN BERUBAH ?
Mengikut teori perubahan,ada tiga peringkat iaitulah UNFREEZING,CHANGE dan FREEZING.Unfreezing (Pencairan) iaitu mengganggu status quo dengan mengemukakan soalan secara provokatif. Change(Perubahan) ialah mengubah gelagat atau SIKAP apabila perubahan berlaku,perubahan bermakna membangunkan nilai, gelagat dan sikap baru.Manakala,freezing (pembekuan) ialah menginstitusikan kembali nilai, gelagat dan sikap baru.Teori perubahan ini sesuai untuk perubahan bagi setiap peringkat samaada individu,organisasi mahupun kelompok.
Mengikut ilmu tasawwuf ada tiga peringkat perubahan iaitu tahalli,takhalli dan tajalli. Tahalli iaitu membersih dari karat kejahatan atau keburukan,takhalli iaitu mengisi kekosongan yang ditinggalkan apabila kejahatan dibersihkan,diisikan dengan kebaikan dan tajalli iaitu memperhiaskan kebaikan yang diisi dengan perhiasan yang berbentuk melengkapkan.Ketiga-tiga peringkat ini akan membersihkan, dan memperbetuli kembali sistem kehidupan insan melalui proses muhasabah.
MENTRANFORMASIKAN CORAK MINDA?
Keenam corak minda yang terjajah harus dileraikan dengan mengubah setiap daripada kepada corak minda yang betul. Ciri minda yang perlu ditranformasikan ialah corak minda mundur kepada corak minda progresif, corak minda tak fleksibel kepada corak minda fleksibel, corak minda pemasrah kepada corak minda pemenang, corak minda leka kepada corak minda dinamik, corak minda pentingkan diri kepada corak minda berpasukan (kolektif) dan corak minda tak imaginatif kepada corak minda imaginatif.
MAHASISWA HARUS BEBAS
Ciri minda terjajah secara umumnya berada dalam ruang lingkup kehidupan manusia.Bagi mereka yang memiliki minda sebegini, sebenarnya mereka masih terjajah dengan pendekatan minda yang dibina dengan cara yang salah.Mahasiswa sebagai golongan intelektual harus tahu meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Mereka tidak boleh terbelenggu dengan ciri minda terjajah diatas, mereka harus bebas dan berubah!! Kerana Pencipta kita tidak akan mengubah kita melainkan kita sendiri yang mengubahnya. Ayuh mahasiswa!
http://ulumcordova.wordpress.com/2007/08/23/minda-mahasiswa-independent-dan-bebas/
AUKU Pindaan 2008 : Mahasiswa Masih Terjajah
Tanggal 11 Disember 2008 pasti dikenang oleh seluruh mahasiswa sebagai tarikh berharga pewartaan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 (AUKU) yang melibatkan 61 pindaan dilakukan ke atas Akta berusia 37 tahun itu. Akta ini telah melalui 4 siri pindaan ini, iaitu pada 1975 (Akta A295), 1983 (Akta A550)dan 1996 (Akta A496) dan juga pada tahun 2008 ini.
Walaupun diperkatakan bahawa isu AUKU sebagai isu basi dan taboo bagi mahasiswa,
tetapi bagi memberi kesedarkan mahasiswa dan rakyat Malaysia betapa kejamnya AUKU ini sepertimana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu sendiri. Sekiranya AUKU ini tidak dimansuhkan, mahasiswa ibarat berada dalam jaringan besi yang lebih dahsyat daripada Kem Kamunting itu sendiri.
Mungkin ramai mahasiswa yang tidak memahami berkenaan dengan AUKU 1971 Pindaan 2008 ini malahan ada segelintir yang hanya tahu wujudnya tetapi tidak pernah mengambil tahu untuk memahami kandungan akta mahasiswa ini secara terperinci. Walaubagaimanapun, ia bukannya menjadi alasan bahawa ‘saya tidak tahu maka ini bukan satu kesalahan’ kerana dalam undang-undang, prinsip ignorantia legis non excusat yang bermaksud tidak prihatin kepada undang-undang bukanlah satu alasan untuk dikecualikan daripada terlepas daripada undang-undang terbabit.
AUKU diwujudkan bagi tujuan mengenakan sekatan politik, berhimpun, bersuara kepada mahasiswa dan juga pensyarah kerana sebelum kewujudan AUKU, Universiti pada ketika itu boleh berdiri tanpa memerlukan akta khas untuk mengawal mereka. AUKU adalah tidak terpakai untuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menggunakan Akta Syarikat 1965 (Akta 125) dan Universiti Teknologi Mara yang mempunyai Akta Universiti Teknologi Mara 1976. Bagi institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) pula, ia tertakluk kepada Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
Menyoroti sejarah, AUKU ini telah dikemukakan oleh Allahyarham Dato’ Hussien Onn (Menteri Pendidikan ketika itu) di Parlimen pada 17 Mac 1971 oleh dan mula dikuatkuasakan pada 30 April 1971 di seluruh Malaysia. Penggubalan AUKU dikatakan kerana kebimbangan kerajaan terhadap suara mahasiswa ketika itu yang bersuara lantang dalam pelbagai isu seperti isu anti-kolonialisme oleh Kerajan (1946-1950an; isu anti Tunku (1966); isu pencerobohan AS ke atas Hanoi-Haiphong (1966); isu bahasa dan kependidikan nasional (1967); isu sosio-ekonomi negara (1969); isu tuntutan Sabah oleh Filipina (1969); isu pencerobohan Rusia ke atas Szekoslovakia dan juga pengisytiharan isytihar manifesto mahasiswa dalam PRU ke-4 pada tahun 1969 yang telah menyebabkan kekalahan kerajaan di banyak kerusi pada pilihanraya tersebut. Berdasarkan peristiwa-peristiwa tersebut, Kerajaan lantas membentuk “Jawatankuasa Mengkaji Kampus” sehingga tergubal dan diwartakan AUKU seperti yang ada pada hari ini.
Jika dahulu, ahli politik pasti takut untuk jejakkan kaki ke kampus jika mereka tidak mampu mematikan hujah mahasiswa. Mahasiswa bebas untuk bertanya, bebas untuk menegur tatkala kerajaan salah. Tetapi sekarang keadaan berubah kerana AUKU. Dengan AUKU, jika ada pelajar yang berani sebegitu, sudah pasti pelajar itu akan kena. Diambil tindakan dan kadang-kadang dikenakan hukuman yang tidak relevan. Ini kerana suara mahasiswa mempunyai suatu kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil perhitungan (a force to be reckoned with) dan mempunyai nilai keyakinan masyarakat (public confident value).
Sejarah dunia menceritakan bahawa mahasiswalah yang mencetuskan gelombang tumbangnya Rejim Papandreou di Greece, Rejim Menderes di Turki pada tahun 1960, rejim korup Dr. Syngman Rhee yang berkuasa selama 12 tahun di Korea Selatan, pengulingan Shah Iran yang zalim di Iran akibat peristiwa Black Friday yang dicetuskan oleh mahasiswa, dan kejatuhan 32 tahun pemerintahan diktator Soeharto di Indonesia juga dikaitkan dengan peranan dan pengorbanan gerakan mahasiswa Universiti Trisakti pada tahun 1998 lalu. Jelas bahawa AUKU tidak boleh lari daripada dikaitkan dengan pengubalan undang-undang untuk mengawal suara keramat mahasiswa.
Terdapat ramai tokoh akademik mengsyorkan bahawa akta lapuk itu dimansuhkan terus, bukannya dipinda seperti sekarang. Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pernah menyarankan agar AUKU dimansuhkan dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Mahasiswa, Pemikiran dan Partisipasi’. Laporan Hala Tuju Pengajian Tinggi pada tahun 2005 yang diketuai Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin turut menggesa agar pemansuhan dilakukan ke atas AUKU dan ini diakui oleh Tan Sri Prof Dr. Khoo Kay Kim, pensyarah kanan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya pernah berkata, pindaan (AUKU) itu wajar dilaksanakan kerana ia sebagai tanda kepercayaan kerajaan terhadap pihak berkenaan (mahasiswa) untuk lebih bersedia berdepan dunia global.
Jelas bahawa tokoh-tokoh akademik menyarankan agar AUKU dimansuhkan terus dalam kamus mahasiswa dan juga para pensyarah. Tindakan melakukan pindaan baru-baru ini dilihat sebagai satu lagi silap mata yang dilakukan oleh pihak pemerintah dalam mengaburi mata pihak mahasiswa akan pelaksanaan AUKU ini. Apa gunanya kebebasan menyertai NGO apabila senarai NGO ini dikeluarkan oleh Naib Canselor dan diluluskan oleh Menteri Pengajian Tinggi sepertimana peruntukkan Seksyen 15 (1) AUKU (pindaan 2008). Juga mahasiswa diberi kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat, tetapi hanya dalam soal akademik mengikut bidang pengajian masing-masing sebagai contoh, pelajar Fakulti Sains tidak boleh langsung bercakap soal Ekonomi, kerana ini bukan bidang pengajiannya. Malahan lebih kelakar, setiap pendapat mahasiswa dalam sesuatu majlis hanya dibolehkan apabila majlis tersebut telah diluluskan oleh menteri sepertimana Seksyen 15 (6) (b) AUKU (Pindaan) 2008 dan ini adalah sesuatu yang pelik dalam suasana kebebasan bersuara yang telah digariskan dengan jelas dalam Perkara 10 (a) Perlembagaan kita.
Terdapat banyak lagi pindaan AUKU 2008 yang lebih bersifat kosmetik dan ini ditunjukan juga dalam hak mahasiswa untuk menganggotai parti politik dan kebenaran hanya dibolehkan apabila segala butiran peribadi diberikan kepada Naib Canselor untuk kelulusan dan rekod Universiti melalui peruntukkan Seksyen 15 (4) Akta AUKU ini. Persoalan besar yang perlu kita tanya ialah beberapa ramai yang berani memberikan butiran peribadi kepada pihak Universiti berkaitan parti politik yang ingin dianggotai mereka dan adakah terdapat jaminan bahawa data tersebut tidak digunakan sebagai ugutan ataupun kawalan pihak Special Branch? Berdasarkan sejarah, mahasiswa yang menganggotai parti politik bukan kerajaan pasti akan dilakukan pemtauan 24 jam dan mereka ini akan dinafikan hak dalam pelbagai aspek termasuklah kelulusan mendiami kolej, peluang untuk menyambung pelajaran seperti di peringkat master dan phd atau ruang untuk kenaikan pangkat bagi para pensyarah.
Sebelum ini, pelbagai alasan diberikan oleh golongan bukan mahasiswa antara lainnya bahawa AUKU perlu diwujudkan kerana mahasiswa hari ini tidak bersikap dewasa dan bertanggungjawab. Mungkin berbangkit persoalan, adakah kita sebagai mahsiswa sudah lebih dewasa dan bertanggungjawab? Ukuran dewasa atau tidak, bertanggungjawab atau tidak, adalah subjektif. Dan tidak boleh diukur sesuka hati sahaja. AUKU sebenarnya boleh mengundang penghasilan pelajar yang suam-suam kuku, kerana sekatan ini akan menghasilkan mahasiswa yang jelas sekadar angguk-angguk, tetapi tidak berani geleng-geleng.
Selain itu, mahasiswa dihalang berpolitik kerana dikatakan akan menjejaskan daya berfikir mahasiswa. Sebenarnya ini adalah alasan yang berbentuk metafora, bersifat tuduhan semata-mata tanpa adanya satu kajian saintifik yang menunjukkan bahawa penglibatan dalam politik akan membantutkan daya berfikir mahasiswa. Satu lagi persoalan besar yang perlu dirungkaikan ialah wajarkah AUKU dikala mahasiswa juga mempunyai hak sebagai warganegara Malaysia layak untuk mengundi di dalam pilihan raya umum? Kita semua sedia maklum, purata umur mahasiswa dalam lingkungan 20 tahun. Berdasarkan Perlembagaan Negara, terang lagi bersuluh menyatakan bahawa semua warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas berhak untuk mengundi di dalam pilihan raya umum.
Kita sedia maklum bahawa pilihan raya umum adalah medan terbaik untuk semua warganegara Malaysia memanifestasikan hak demokrasi mereka dengan menentukan parti politik yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara. Pengundi yang bijak pastinya mengikuti arus politik negara sebelum membuat keputusan untuk memangkah kertas undi. Namun, realiti dalam konteks mahasiswa: Bagaimana mahasiswa hendak mengikuti perkembangan politik? Adakah semata-mata berdasarkan sajian media massa yang majoritinya jelas berat sebelah dan 'double-standard' terhadap parti pembangkang? Ingatkah kita tentang cerita orang-orang buta dengan gajah? Bijakkah kita bila membuat keputusan berdasarkan satu perspektif sahaja dengan bulat-bulat mengabaikan perspektif2 yang lain?
Juga kebebasan untuk terlibat dengan politik, tidakkah kita sedar bahawa dengan penafian hak mahasiswa untuk terlibat di dalam politik ini, mereka akan dikategorikan sebagai pengundi yang tidak cerdik, buta tuli atau golongan yang pangkah ikut suka hati tanpa ada fikiran utk memikirkan parti mana yang terbaik untuk masa depan mereka? Pelik tapi benar yang mana mahasiswa punya hak mengundi, namun dalam masa yang sama, mahasiswa juga dinafikan hak menyertai politik. Inilah realiti dilemma mahasiswa di Malaysia.
Sedangkan di Amerika Syarikat, yang menduduki senarai top 10 universiti dalam Times Higher Education Ranking, memberikan kebebasan penuh kepada mahasiswa untuk berpolitik dan tiada akta draconian seumpama AUKU dijalankan di sana. Hinggakan seorang mahasiswa yang berusia 19 tahun telah berjaya dipilih menjadi Datuk Bandar Muskogee yang mempunyai penduduk seramai 38,000 orang. John Tayler Hammons yang masih mengikuti pengajian tahun pertamanya di universiti di Norman telah menerima 57 peratus undi menewaskan bekas datuk bandar Hershel Ray McBride. Ini jelas menunjukkan bahawa keterlibatan dalam politik tidak akan mencacatkan keputusan dan keintelektualan seseorang mahasiswa malahan memberikan dorongan semangat kepada mereka yang telah dilepaskan daripada sangkar AUKU yang tidak relevan ini.
AUKU juga wajar dimansuhkan terus daripada hidup mahasiswa atas alasan bahawa akta ini telah menafikan hak-hak asasi manusia bagi mahasiswa. Terdapat banyak peruntukkan dalam AUKU yang bercanggah dengan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu 1945 dan juga Deklarasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia 1948, yang mana Malaysia menjadi salah satu anggotanya. Sebagai contoh, Artikel 19 dan 20 Universal Declaration of Human Rights jelas memberi jaminan hak setiap individu di dunia untuk menyatakan pandangan, berhimpun dan berpersatuan. (Rujuk Resolusi 217 A (III) bertarikh 10 Disember 1948 Perhimpunan Agung PBB) dan ini bercanggah dengan pindaan AUKU 2008 yang mensyaratkan bahawa kebebasan bersuara secara terhad. Apatah lagi hak mahasiswa untuk berhimpun, yang dinafikan sama sekali dalam AUKU terbaru ini.
Selain itu, AUKU bukan sahaja berjaya tidak mendisiplinkan mahasiswa malah berjaya mengikis kepekaan golongan intelek ini terhadap persoalan semasa yang berlaku di dalam dan luar kampus. Pelajar menjadi pasif dan isu-isu penting seperti isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, gejala sosial dan lain-lain dipandang sepi. Jika ini yang dididik dari sekarang, apakah agaknya bayangan kita terhadap cara berfikir pemimpin 20 tahun akan datang? Belum lagi bercakap soal sikap sikap dan minat terhadap kegiatan Mahasiswa. Sekatan yang dikenakan menyebabkan mahasiswa mengambil sikap protes dengan bersikap individualistik dan tidak peduli hal-hal sejagat.Ambil sahaja iktibar dari sambutan Pilihanraya Kampus yang berlaku. Ada sebuah universiti yang mana sememangnya sudah terkenal dengan kepincangan demokrasinya, terpaksa menggula-gulakan mahasiswa dengan tindakan tatatertib dan umpan pemberian barangan percuma demi memaksa mereka turun memeriahkan pesta tersebut. Ini amat membahayakan negara kelak dalam arena demokrasi.
Premis hujah menyatakan bahawa AUKU wajar dimansuhkan juga bertitik tolak daripada keangkuhan Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang diberi imuniti atau kekebalan yang tinggi oleh AUKU. HEP sebenarnnya ditubuhkan adalah untuk melicinkan segala urusan yang berkaitan urusan kemahasiswaan yang merangkumi soal kewangan, penginapan, kebajikan , kebudayaan , sukan hubungan dengan masyarakat luar dan sebagainya. Malangnya, melalui terma “budi bicara HEP” , bidangkuasa HEP boleh ditafsirkan sesuka hati seseorang pegawai dalam menentukan sesuatu perkara. Ada universiti menggunakan berbagai peruntukan yang ada dengan mengetatkan pengalawalan ke atas pelajar dan sindrom sperti pilih kasih, double standard juga wujud. Jelas AUKU sengaja dicipta bagi memberikan satu kekebalan kepada HEP yang dari segi rekodnya, banyak melakukan diskriminasi kepada mahasiswa yang bersifat anti-HEP.
Terdapat juga suara-suara nakal dan tuduhan melulu yang dilemparkan menyatakan bahawa mahasiswa malas membaca sepertimana ucapan ahli parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman semasa perbahasan AUKU tahun lalu. Setakat ini masih tiada kajian empirikal yang dapat mengaitkan gerakan pelajar dengan kemerosotan akademik pelajar. Justeru tiada bukti yang menunjukkan bahawa gerakan pelajar mampu menyumbang kearah kemerosotan akademik pelajar..Pencapaian akademik adalah bergantung pada usaha dan sikap individu masing –masing dan AUKU tidak diperlukan untuk menyuruh mahasiswa belajar. Cukuplah statut perlembagaan universiti yang mensyaratkan bahawa setiap mahasiswa wajib mendapat PNGK 2.00 ke atas dan sekiranya gagal dua kali berturut-turut, mereka akan disingkirkan daripada Universiti. Lantas, kenyataan ini menafikan bahawa AUKU adalah instrument atau alat untuk meningkatkan mutu akademik pelajar adalah tidak berasas sama sekali dan kenyataan ini lebih bersikap pesimis terhadap mahasiswa.
Pemansuhannya adalah untuk membebaskan mahasiswa dan para akademik daripada kekangan birokratik, supaya mahasiswa-mahasiswi dan ahli-ahli akademik dapat mempelajari ilmu dan menjalankan kajiselidik terhadap ilmu alam semesta dalam suasana yang bebas. Pemansuhannya juga membolehkan mahasiswa-mahasiswi untuk lebih mendekati apa yang berlaku di luar menara gading, dan seterusnya dapat memperbaiki keadaan di dalam masyarakat apabila tamat pengajian nanti.
Kita perlu menerima hakikat bahawa kehidupan mahasiswa tidak hanya terhad kepada dewan kuliah, bilik tutorial, makmal dan perpustakaan. Sebaliknya, ia membabitkan seluruh kehidupan universiti, termasuk aktiviti kokurikulum, politik kampus, kebajikan, hak dan keadilan mahasiswa, dan sebagainya. Kehidupan mahasiswa tidak terhad dalam batasan pagar universiti saja. Mahasiswa adalah sebahagian daripada masyarakat yang perlu mendengar denyut nadi mereka, menjadi jurubicara dan agen perubahan dalam masyarakat.
Kehidupan mahasiswa bukan kehidupan berseorangan. Ia adalah kehidupan berkumpulan dan berorganisasi. Apabila berkumpulan dan berorganisasi, ia menjadi berstruktur, berprinsip dan punya hala tuju yang kemas, lalu menjadi satu gerakan yang dipanggil gerakan mahasiswa. Apabila wujud gerakan mahasiswa, ia lazimnya mempunyai rukunnya sendiri, iaitu idealisme, aktivisme dan intelektualisme.
Auku telah menyaksikan lahirnya mahasiswa yang lemah segala saraf kepekaan mereka terhadap isu yang menimpa rakyat dan negara. Bisu dan kelu terhadap kerakusan golongan penguasa menindas golongan marhean. Mengangguk dan mengiyakan segala penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan amanah sang penguasa. Tidak hairan apabila negara ketandusan pemimpin bertaraf nasional dan berwibawa pada hari ini untuk diketengah gunakan untuk menerajui kepimpinan negara.
Hakikatnya bahawa proses penggubalan, pindaan dan praktis penekanan AUKU lebih banyak bermotif politik adalah tidak dapat disangkal lagi. Malah saat AUKU didapati gagal mengawal kesedaran masyarakat universiti kerana Reformasi 1998, diwujudkan pula Aku Janji untuk memastikan rasa takut ini berterusan. Tuduhan bahawa mahasiswa dan pensyarah sebagai anti-kerajaan, berkecenderungan ganas, tidak bersyukur dan lain-lain hanya menunjukkan keangkuhan kuasa dan penghinaan besar kepada maruah insan dan dunia keilmuan. Janganlah kita sebagai pihak berkuasa bersikap doli incapax (bersikap angkuh) dalam menekan pelajar kerana mahasiswa mempunyai kedaulatan yang disifatkan sebagai ‘cream of the society’ atau ‘mahasiswa jurubicara masyarakat’.
Jelas secara tuntasnya bahawa pindaan AUKU 2008 tidak lebih sekadar memenuhi harapan sedikit orang sedangkan ia tidak diiktiraf oleh ramai komuniti yang terikat dengan undang-undang tersebut. Seorang falsafah barat, Jeremy Bentham telah menyatakan undang-undang sedimikian adalah bersifat zalim kerana ia dikeluarkan oleh pemerintah tidak berdaulat, sebuah pemerintah yang dipertikaikan oleh orang ramai. Justeru, kita menghapkan agar pemansuhan AUKU terus dilakukan dan suara mahasiswa amat diperlukan dalam memansuhkan Akta ini daripada pewartaan di Parlimen. Semoga iklim kebebasan yang lebih baik akan memacu penghargaan kepada kemuliaan insan dan memartabatkan dunia keilmuan di samping memberikan kecerian kepada Malaysia yang impikan seorang pemimpin yang berkarisma dan berkaliber, yang hanya boleh dicapai dengan memansuhkan AUKU Pindaan 2008 ini.
sumber : http://gm-ukm.blogspot.com/2009/07/auku-pindaan-2008-mahasiswa-masih.html
AUKU
Jika di lihat, dalam pengupasan “trategi kelesuan politik kampus “ di mana wujudnya kontradiktik di antara zaman sebelum AUKU (1960-1974) dan zaman selepas AUKu (1975 – 1990) dan sekarang masih lagi di zaman AUKU. Sebelum AUKU di laksnanakan, ketika itu kampus di landa dengan penuh kontraversi, demonstrasi, dan antiestablismnet manakala selepas AUKU di laksanakan ia bercorak dalaman, sederhana dan kebajikan pelajar.
Jika kita lihat dengan teliti kegiatan mahasiswa sebelum AUKU (sebelum 1970) yang di simpulkan sebagai boleh mengugat kerajaan. Peristiwa ini di catat di dalam buku “ Mahasiswa Mengunggat” oleh Muhamad Abu Bakar dengan meletakkan dua frasa kegiatan mahasisiswa ketika ini. Frasa pertama di namakan frasa perm,ulaan (1959-1965). Pada frasa ini mahasiswa ketika itu kurang menggugat kerana mahasiswa hanya tertumpu kepada aspek dalam kampus dan kebajikan sahaja.
Frasa kedua di namakan frasa peralihan (1965-1970).Yang membawa erti peralihan daripada tumpuan dalaman kampus dan kebajikan kepada aspek luaran dan kebajikan masyarakt luar kampus kepada zaman kontroversi dan demonstrasi. Sudut pidato(Hisyamudin Rais,1966); demonstrasi anti-AS-Hanoi-Haiphong,(Anwar Ibrahim,1966); pembelaan Hamid Tuah(Hisyamuddin Rais,1967) anti-Rusia-penaklukan Czechoslovakia(Anwar-1968),anti-Tengku(Anwar Ibrahim,1969), .Membantah pemecatan Abd. Rahman Yaacub-Menteri Pelajaran(Anwar Ibrahim, 1970),Demo Papan Tanda UM(Anwar Ibrahim, 1970),demo anti-AUKU(Anwar Ibrahim, 1971), Demonstrasi Baling(Anwar Ibrahim, 1974) dan demonstrasi Tasik Utara (Hisyamuddin Rais, 1974)
Penghujung mahasiswa, berusaha untuk 'merampas kuasa' pentadbiran universiti yang telah dilakukan oleh "Majlis Tertinggi Sementara"(MTS-Anwar Ibrahim) pada 20 September 1974. Tetapi tidak lama kemudian kumpulan pelajar lain yang bergelar "Majlis Tertinggi Nasional"(MTN-Hamzah Zainuddin) berjaya mengambilalih kuasa dan menyerahkan kepada naib canselor semula.
Selepas zaman AUKU, "sudut pidato" telah dibenar semula oleh naib canselor Universiti Malaya, Dr. Syed Hussein Alatas pada tahun 1989, malangnya sudut pidato yang cuba dihidupkan semula itu tidak dipersetujui oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut penulis, tindakan membatalkan sudut pidato sebagai "double standard" dan membantutkan kelahiran aktivis pelajar kerana Datuk Seri Anwar, sebelum menjadi menteri pendidikan merupakan suara siswa yang paling lantang menganjurkan demonstrasi dan menentang AUKU.
Dan kini AUKU telah membuatkan mahasiswa menjadi bisu untuk bersuara dan menyatakan kebenaran dan lebih banyak memendam di dalam hati dalam sesuatu perkara di sebapkan Akta University dan Kolej University (AUKU) ini. Jika AUKU ini di hapus kan, kita boleh lihat dengan banyaknya bakat-bakat mahasiswa yang berketerampilan untuk menerajui Negara kelak, kerana pemimpin masa hadapan bermula di kampus. Dan di kampuslah, mahasiswa dapat belajar dan menilai banyak perkara sebelum berhadapan dengan masyarakat yang dahagakan sentuhan pemimpin dari lepasan university .
Sunday, May 2, 2010
Mewujudkan Hubungan Baik Anak Dengan Ibu Bapa
Anak wajib berbuat baik terhadap ibu bapanya. Sekiranya tidak, ia telah melakukan satu dosa. Di dalam al-Quran tidak terdapat perintah khusus agar seseorang bapa mengasihi anaknya, tetapi sebaliknya yang lebih banyak ialah perintah kepada anak supaya mengasihi ibu bapa.
Walaupun tidak banyak ayat yang memerintah ibu bapa untuk mengasihi anak, namun banyak hadis yang menyebut mengenainya.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَلَمْ يُكْرِمْ كَبِيرَنَا
Ertinya: Bukan daripada golongan kami (Nabi Muhammad) mereka yang tidak mengasihi orang kecil (anak muda) dan tidak memuliakan orang besar (orang lebih umur – pemimpin).
Memang secara outomatik ibu bapa akan mengasihi anaknya. Seorang bapa, apatah lagi ibu, amat sayang kepada anaknya sehingga ia sanggup berkorban apa saja demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Ia sanggup bersusah payah bekerja siang dan malam, menggerakkan segala usaha dan tenaga, di mana semuanya itu adalah untuk kebahagiaan anaknya.
Namun ada anak yang tidak sedar atau tidak dapat merasai bahawa ibu bapanya mengasihi dan menyanginya. Teguran dan nasihat ibu bapa selalu dianggap sebagai mengganggu kebebasannya. Kesalahan mereka yang cuba dibetulkan oleh ibu bapa sering di anggap sebagai segaja mencari kesalahan mereka. Padahal kalau semua itu tidak diingatkan akan menjadi satu kebiasaan yang merosakkan masa depannya.
Menyedari keadaan ini, mereka perlu terus disedarkan hakikat ini. Maka wajarlah anak berbuat baik terhadap ibu bapa. Di sini mungkin seorang anak akan bertanya, bagaimana mereka harus berbuat baik terhadap ibu bapanya.
Imam Ghazali telah menggariskan dua belas panduan, iaitu:
•Mendengar kata mereka.
•Berdiri apabila mereka berdiri kerana menghormati.
•Taat perintah mereka selagi mereka tidak menyuruh membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.
•Tidak melintas di hadapan mereka, tetapi hendaklah berjalan di sisi atau di belakang kecuali atas perintah mereka untuk sesuatu maksud.
•Tidak meninggikan suara melebihi suara mereka.
•Menjawab panggilan mereka dengan suara yang lembut.
•Sentiasa memelihara dan merawat apabila mereka sakit. Jangan sampai melakukan sesuatu yang melanggar keredhaan mereka baik dalam sikap, perkataan ataupun perbuatan.
•Merendah diri dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa berusaha meringankan beban mereka.
•Tidak melakukan sesuatu kebaikan kepada mereka atas dasar membalas jasa melainkan atas dasar kewajipan demi keredhaan mereka dan keredhaan Allah S.W.T.
•Tidak memandang mereka dengan menjeling, mengerling, marah atau masam muka.
•Tidak bermuram hati apabila menghadapi wajah mereka.
•Tidak keluar rumah sama ada jauh atau dekat kecuali dengan izin mereka.
Jika anak-anak dapat mengikut adab sopan ini, masa depan anak-anak akan terurus ke arah kejayaan. Ibu bapa tentu akan senang hati dengan kejayaan anak mereka itu.
sumber : http://idhamlim.blogspot.com/2010/05/mewujudkan-hubungan-baik-anak-dengan.html
Subscribe to:
Posts (Atom)