{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)} (al-Hujurat : 15)

Tuesday, December 29, 2009

HIJRAH 1431- Adakah kita sudah berhijrah?



SALAM MAAL HIJRAH 1431

Assalamualaikum kepada seluruh pengunjung blog ini..sedar tak sedar sudah selesai kita berpuasa 10 muharam 1431 pada hari ahad 27 Disember 2009 dan hari ni sudah 13 muharam kita masih di beri nyawa / nafas daripada ALLAH s.w.t untuk kita sama-sama meningkatkan amal ibadat kita dan perbetulkan amal ibadat kita sempena penghijrahan kita ke pada tahun baru.
Di kesempatan ini,kami ingin mengucapkan selamat Tahun Baru 1431Hijrah yang jatuh pada 1 muharam 1431 bersamaan 18 Disember 2009 pada hari jumaat baru-baru ini dan saya rase masih sempat lagi untuk mengucapkan walaupun agak sibuk dengan aktiviti/program harian.
Semoga dengan kedatangan tahun baru ini,akan memberi lebih hidayah, keberkatan, keredhaan,dan segala kebaikan pada kita semua dan yang paling penting kita dapat berubah kepada islam yang sebenar..

Akhir kalam,semoga anda semua sentiasa di dalam pemeliharaan yang Maha Esa..Ameenn..
Wa Ilal Liqa'

Disini ingin di kongsi daripada Presiden Ulamak Dunia berkenaan dengan Hijrah baru-baru ini di selangor



Hijrah satu kemenangan'

Dalam syarahan beliau itu, Dr Yusuf menegaskan hijrah Rasullullah SAW adalah satu pertolongan daripada Allah SWT yang benar-benar berlaku dan bukannya satu khayalan.

"Dalam al-Quran jelas Allah menurunkan tentera (malaikat) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar . Allah tampilkan mereka tidak lain adalah untuk membantu baginda. Ini jelas di dalam Al-Quran.

"Hijrah adalah satu kemenangan kerana mereka (umat Islam di Mekah) percaya (kepada Allah), mempertahankan prinsip akidah, walaupun dianiaya, diseksa dan pelbagai bentuk penyeksaan," katanya sambil membaca sepotong ayat Al-Quran untuk menguatkan hujahnya.

Dalam kesempatan itu, beliau juga mengemukakan contoh bagaimana sahabat baginda, Sumayyah dan Ammar ibn Yasir diseksa oleh kaum kafir Quraisy kerana menerima ajaran Nabi Muhammad SAW sebelum baginda berhijrah ke Madinah.

Mereka adalah antara sahabat baginda yang terawal mati syahid dalam sejarah Islam, tambah ilmuan Islam itu.

Menurut Dr Yusuf, selain faktor penyeksaan yang diterima oleh para sahabat baginda, ahli keluarga dan kaum kerabat turut baginda dikenakan tekanan sosial dan diboikot dalam bidang ekonomi, menyebabkan Allah memerintahkan baginda berhijrah ke sana.

Dr Yusuf berkata antara pengajaran lain yang perlu dicontohi oleh umat Islam daripada peristiwa agung itu adalah "bagaimana Rasullullah SAW mengatur, merencanakan dan merancang strategi untuk berhijrah".

Katanya baginda mengatur strategi antaranya, memilih Abu Bakar Al-Siddiq menemani beliau sewaktu berhijrah, memilih Ali Abi Talib bagi menggantikan beliau ditempat tidur baginda, dan melantik Asma Abu Bakar menjadi sumber berita kepada Rasullah SAW sewaktu berhijrah.

'Harus atur strategi'

Sebahagian strategi Rasulullah SAW juga ialah memilih penunjuk jalan yang benar-benar arif ke Madinah supaya terhindar daripada kaum kafir Quraisy, tambah ilmuan Islam itu.

"Oleh itu setiap orang Islam harus mengatur strategi dan operasi supaya perjalanan hidup dapat bergerak dengan cara yang betul dan kemudiannya kita berserah kepada Allah. Allah akan membantu kita selepas itu," kata Dr Yusuf sambil membaca sepotong ayat yang dibaca oleh baginda Rasulullah SAW kepada Abu Bakar meminta beliau tidak bersedih dan gusar dengan kaum kafir Quraisy.

Dalam peristiwa hijrah juga, Dr Yusuf berkata bahawa Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW bukan agama yang bersifat individualistik.

Sebaliknya katanya, Islam itu menganjurkan manusia agar hidup berjamaah atau berkumpulan dengan baginda mengasaskan masyarakat Islam dengan mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj, yang dinamakan sebagai kaum Ansar.

"(Ia adalah) permulaan kepada sesebuah masyarakat itu berasaskan kepada Islam... tidak mungkin penyebaran Islam akan berlaku tanpa ada orang yang mempertahankan Islam.

"Berjamaah (atau berkumpulan) adalah sesuatu yang disuarakan oleh Allah dalam al-Quran," katanya sambil membaca ayat keempat dan kelima dari surah al Fatihah, yang menggalakkan manusia hidup berkumpulan bukan bersikap individualistik.

Menurut Dr Yusuf lagi, pengajaran dari peristiwa hijrah tidak terhenti di situ sahaja, apabila baginda membina masyarakat yang berteraskan kepada iman dan Islam.

Menurutnya, baginda mempersaudarakan kaum Ansar dan kaum Muhajirin (umat Islam yang berhijrah ke Madinah), sebagai asas membina masyarakat Islam 'Rabbani Insani' di situ.

Bina masjid

Ini kerana, wahyu yang turun di Madinah, secara umumnya mengisahkan tentang akhlak termasuk pensyariatan solat, puasa, urusan bermuamalat dan sosial di kalangan mereka termasuk perlaksanaan hukum qisas dan pengurusan hutang piutang berlaku selepas peristiwa hijrah.

Dr Yusuf berkata, bagi tujuan tersebut, Rasulullah SAW membina sebuah masjid sebagai pusat sosial dan pertemuan dengan cara menunaikan solat berjamaah serta tempat bermesyuarat.

Baginda juga menubuhkan sebuah pasar bagi meningkatkan kegiatan ekonomi umat Islam, yang menjadi tempat singgahan para pedagang dari luar, tambahnya.

"Pasar itu mempunyai pelbagai seksyen seperti buah-buahan, sayur-sayuran, lembu, unta dan baginda menjadi pemantau terhadap sikap peniaga dan pedagang (yang berniaga)," katanya sambil menceritakan kisah seorang peniaga yang menipu dengan menjual tamar yang tidak elok.

Maka Dr Yusuf membaca sepotong hadis sahih yang menceritakan teguran Rasulullah SAW terhadap perbuatan peniaga tersebut, yang cuba menipu pelanggan.

Sebelum beliau mengakhiri syarahan beliau, ilmuan Islam itu, mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan "orang munafik yang sentiasa menyebarkan fitnah dalam masyarakat Islam".

'Pendustaan kaum munafik'

Katanya, mereka ini mengaku beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka benci kepada Islam. Menurutnya, terdapat ayat-ayat dalam surah Al-Taubah yang menjelaskan sikap, sifat dan ciri-ciri orang munafik.

Katanya, pendustaan kaum munafik di zaman ini "lebih dahsyat daripada zaman silam".

Beliau memberi contoh bagaimana isteri baginda Rasullah SAW, Aisyah Abu Bakar difitnah mempunyai hubungan dengan seorang sahabat, yang terkenal dalam sirah baginda sebagai kisah 'Hadith Al-Ifki'.

Dalam peristiwa ini, orang munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay menyebarkan fitnah berhubung perkara tersebut dalam masyarakat Islam di Madinah, menyebabkan ada di kalangan sahabat terpedaya dan termakan dengan fitnah tersebut.

"Ayat-ayat di dalam surah ini, Allah mendedahkan tipu daya mereka kerana mereka begitu mudah menjatuhkan martabat orang lain.

"Mereka menuduh (Aisyah) tanpa menampilkan saksi bagi tuduhan tersebut. Ia perlu ditampilkan empat orang saksi. Tidak menampilkan empat orang saksi, maka mereka adalah sesat dan dusta," katanya.

Selepas menyampaikan ceramah, Dr Yusuf diminta membaca doa untuk kesejateraan umat Islam dan hadirin baramai-ramai mengaminkannya, sebelum diiringi dengan laungan takbir.

Wednesday, December 23, 2009

PARA PEMINANG BIDADARI





قال رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي بِطَرِيقٍ، وَجَدَ غُصْنَ شَوْكٍ عَلَى الطَّرِيقِ، فَأَخَّرَهُ، فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ، فَغَفَرَ لَهُ، ثُمَّ قَالَ، الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ، الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ، وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّه،ِ وَقَالَ، لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ، وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ، ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا لَاسْتَهَمُوا عَلَيْهِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا (صحيح البخاري)

Sabda Rasulullah saw :
Ketika seorang berjalan di sebuah jalan, dan menemukan batang berduri di jalan itu, lalu ia menyingkirkannya, maka Allah berterimakasih padanya dan mengampuni dosa dosanya. Lalu beliau Nabi saw bersabda : Syuhada adalah lima kelompok, orang yg wafat terkena wabak Ta’un, orang yg wafat terkena sakit perut, orang yg wafat tenggelam, orang yg wafat tertimpa runtuhan, dan orang yg berperang di Jalan Allah. Dan beliau Nabi saw bersabda : Kalau saja orang itu tahu kemuliaan yg ada di saf pertama, lalu mereka tak mendapatkannya kecuali harus dgn diundi, maka mereka akan melakukannya, kalau saja mereka itu tahu kemuliaannya mendatangi solat zohor saat terik matahari, niscaya mereka akan berlumba melakukannya, kalau saja mereka itu tahu anugerah yg ada pada solat Isya' dan subuh berjamaah, niscaya mereka akan datang melakukannya walau dgn merangkak” (Shahih Bukhari)

sahabat-sahabat sekalian


Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadith Nabi saw yang memberitahu tentang kelebihan orang yang mati syahid.



"dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki;
(dan juga) mereka bersukacita Dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira Dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
171. mereka bergembira Dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), Bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang beriman". AALI IMRAN=169-171


"dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya". AL-BAQARAH=154

RasuluLLah saw bersabda;
Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:
1. Diampunkan semua kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan keedahsyatan yang besar(pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan. [Hadith Riwayat Bukhari).

Hadis riwayat Anas bin Malik ra.: Dari Nabi saw. beliau bersabda: Tidak ada satu jiwa pun yang mati dan akan memperoleh kebajikan yang menggembirakannya di sisi Allah karena dia dapat kembali ke dunia bukan karena untuk memperoleh dunia serta isinya kecuali orang yang mati syahid. Karena ia berharap dapat kembali lagi lalu terbunuh lagi di dunia, melihat besarnya keutamaan mati syahid.
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3488

Hadis riwayat Jabir ra., ia berkata: Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, di mana aku nanti bila telah mati terbunuh? Beliau menjawab: Di surga. Lelaki itu lalu segera melemparkan beberapa buah kurma yang berada di tangannya, kemudian ia berperang hingga gugur. Dalam hadis Suwaid: Seorang lelaki berkata kepada Nabi saw. pada waktu perang Uhud
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3518

Semoga ALlah memilih kita sebagai syuhada' satu masa nanti... INSYAALLAH Mudah-mudahan-amien.

Manakala Buat Para Mujahid dan pejuang-pejuang ISLAM yang akan meminang BIDADARI syurga.Di ruang ini, sedikit perkongsian tentang Bidadari sepertimana yang di janjikan.

Di syurga, Allah swt akan mengahwinkan para penghuni syurga dengan para bidadari yang sangat cantik, selain dari isteri-isterinya di dunia. Allah swt. telah berfirman, "Demikianlah, dan Kami berikan kepada mereka bidadari."(Q.s. Ad- Dukhaan: 54). Para bidadari itu bermata jeli, putihnya sangat putih, dan hitamnya juga sangat hitam. Al-Qur'an telah menggambarkan bahawa para bidadari itu adalah para gadis remaja yang sebaya.

Allah swt. berfirman, "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan, (yaitu) kebun-kebun dan buah anggur, dan gadis-gadis remaja yang sebaya." (Q.s. An -Naba': 31-33). Kata gadis remaja di situ menunjukkan seorang wanita muda yang montok buah dadanya, sedangkan sebaya maksudnya adalah usia mereka sejajar. Sedangkan bidadari adalah satu di antara makhluk Allah swt. di syurga. Allah swt. menjadikan mereka sebagai gadis-gadis. "Sesungguhnya kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) secara langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta, lagi sebaya umurnya." (Q.s. Al- Waqi'ah: 35-37).

Para bidadari itu adalah gadis-gadis perawan yang belum ada yang menyentuhnya sebelumnya. Allah swt. berfirman, "Tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." (Q.s. Ar- Rahman: 56). Ayat ini sekaligus menolak pendapat yang mengatakan bahwa para bidadari itu adalah isteri-isteri mereka di dunia, di mana setelah mereka masuk syurga, maka dikembalikan menjadi muda lagi.

Allah memang memasukkan wanita-wanita mukmin ke syurga dalam keadaan muda, tetapi mereka bukanlah para bidadari yang diciptakan Allah swt. di syurga secara langsung.Al-Qur'an telah menceritakan kepada kita mengenai kecantikan para bidadari di syurga. Allah swt. berfirman, "Dan (di dalam syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik." (Q.s. Al Waqi'ah: 22-23). Maksud tersimpan dengan baik di sini adalah tersimpan sehingga tidak berubah warnanya oleh sengatan matahari maupun oleh sentuhan tangan.

Dalam ayat lain digambarkan mereka seperti permata yakut dan marjan. "Di syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Q.s. Ar-Rahmaan: 56-5. Yakut dan marjan adalah dua jenis permata yang teramat cantik dan indah.

Dan sifat bidadari itu sangat sopan dan menundukkan pandangan. la tidak mau memandang selain kepada suaminya. Sungguh ini merupakan ungkapan dari Allah swt. kepada kita untuk menggambarkan kecantikan dan keindahan mereka. "Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah." (Q.S. Ar-Rahmaan: 70-72).

Para bidadari syurga itu tidak seperti wanita-wanita di dunia. Mereka suci dari haid dan nifas. Mereka tidak meludah, beringus, berak, atau kencing. Hal ini telah diceritakan oleh Allah swt. dalam firman-Nya, "Dan untuk mereka di dalamnya ada istri-istri yang suci, dan mereka kekal di dalamnya." (Q.s. Al-Baqarah: 25).

Demikian pula Rasulullah saw. telah menceritakan kepada kita mengenai kecantikan para bidadari itu. Imam Bukhari telah meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Rombongan yang pertama akan masuk syurga memiliki wajah seperti bulan purnama. Mereka tidak meludah, tidak beringus, dan tidak buang air.
Wadah-wadah mereka di sana terbuat dari emas, sisir mereka dari emas dan perak, tempat pembakaran kayu wangi mereka berupa permata, dan keringat mereka adalah misik. Setiap orang dari mereka memiliki dua isteri dimana sumsum betis mereka kelihatan dari balik daging karena amat cantiknya." Perhatikan kecantikan yang digambarkan oleh Rasulullah saw. dalam hadits ini. Apakah ada gambaran kecantikan yang lebih tinggi daripada kecantikan tersebut? 'Seandainya seorang bidadari dari ahli syurga itu muncul ke bumi, maka ia akan menyinari apa-apa yang ada di antara keduanya, dan keharumannya akan memenuhi di antara keduanya. Sungguh tusuk rambutnya di kepalanya lebih baik daripada dunia dan seisinya." (H.r. Bukhari).

Pembatasan bilangan isteri bagi penghuni syurga itu dua karena dua adalah bilangan yang paling kecil. Jika tidak, maka sungguh telah diriwayatan bahawa seorang syahid di syurga itu akan memiliki isteri tujuh puluh dua bidadari.

Dalam Sunan Tirmidzi diriwayatkan dari Miqdam bin Ma'di Kariba bahawa Rasulullah saw. bersabda, "Bagi seorang syahid di sisi Allah memiliki tiga hal, yaitu ia diampuni sejak tetesan pertama dari darahnya, ia melihat tempatnya di syurga, diselamatkan dari siksa kubur, dan di Makhsyar akan diletakkan di atas kepalanya sebuah mahkota yang indah dari permata yakut, satu permata saja lebih baik daripada dunia dan seisinya. la akan dinikahkan dengan tujuh puluh dua bidadari. la akan diberi kesempatan untuk menolong tujuh puluh orang dari kerabatnya."

Daripada sebuah buku indahnya bidadari syurga karya JamalAbdulRahman halaman 111 mengarang bahawa Kekuatan Seorang Muslim dalam Menggauli Isterinya di Syurga

Tirmidzi rahimahullah men-takhrij hadits dari Anas radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam; ucap beliau:
"Seorang Mukmin di syurga akan diberi kekuatan ini dan itu dalam bersebadan. " Beliau ditanya, "Apakan dia kuat wahai Rasulullan?" Jawab Rasulullah, "la diberi kekuatan seratus Kali lipat. " Tirmidzi berkata: Ini adalah hadits hasan shahih. Lihat Shahihul-Jami' nombor 1627.

Darimi rahimahullah dalam Musnad-nya menyebutkan satu riwayat dari Zaid bin Arqam radhiyallahu 'anhu; ia menuturkan bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
‘Laki-laki penghuni surga akan diberi kekuatan seratus laki-laki dalam makan, minum, bersebadan, dan memenuhi selera nafsu. " Seorang pria Yahudi berkata: "Yang makan dan yang minum tentu buang hajat." Rasulullah bersabda: "Kemudian Keluarlah keringat dari Kulitnya sehingga perutnya mengecil. " Shahihui-Jamf, nombor 1627.

Al-Bazzar rahimahullah dalam Musnad-nya men-takhrij hadits Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu; ia bercerita:
"Rasulullah ditanya: wahai Rasulullah, apakah kita akan mendatangi isteri kita di syurga? Jawab beliau: 'Ya, demi Dzat Yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya seorang laki-laki dalam satu hari mendatanginya hingga seratus gadis'. Silsiiatiil-Ahadits ash-Shiahihah. nombor 367, 375.

Maka Mahasuci Allah Yang Mahakuat, Yang menganugerahi segala apa yang diingini-Nya kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya.

semoga kita semua terpilih dan teruskan berjuang di jalan ALLAH s.w.t

Thursday, December 3, 2009

Buku-buku Haraki - GERAKAN ISLAM KAMPUS



1.0 Usrah : My Family
1.1 Usrah & Harakah : Ya’qub Muhammad Hussin
1.2 Usrah & Dakwah : Hassan al – Banna
1.3 Teks Usrah : Idris Ahmad
1.4 Risalah Usrah : Abu Urwah
1.5 Adab – Adab Usrah : Ikhwan Muslimim
1.6 Tajuk – tajuk Asasi untuk Remaja yang Soleh : Teh Izanuri Jamaluddin
1.7 Fiqh Sirah 1 : Said Ramadhan al - Buti

2.0 Hakikat Tauhid
2.1 Pngertian Tauhid ( Hakikat Tauhid ) : Dr. Yusof Qardawi
2.2 Muqaddimah Aqidah Muslim : Tuan Guru Abd. Hadi Awang
2.3 Aqidah & Perjuangan : Fadzil Noor
2.4 Aqidah Islamiah :Sayyid Sabiq
2.5 Manhaj Hidup Muslim: Sayyid Qutb & Abu'l A'la Al-Maududi
2.6 Tauhid dan Makna Syahadatain
2.7 40 Perkara yang Membatalkan Iman Menurut al – Quran & Sunnah : Dr. Hanafi Mohamed
2.8 Syahadatul Haq: Abu a’la al –Maududi

3.0 Islam sebagai cara hidup : Muslim 24 jam
3.1 Asas – asas Islam : Abu a’la al –Maududi
3.2 Dasar – Dasar Islam : Abu a’la al –Maududi
3.3 Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur'an dan Sunah : Dr. Yusof Qardawi
3.4 Masa Depan Islam : Dr. Abdullah Azzam
3.5 Konsep – konsep Umum Islam : Abu Urwah
3.6 Salah Faham Terhadap Islam : Syed Qutb
3.7 Beberapa studi Tentang Islam : Syed Qutb
3.8 Apa Ertinya Anda Seorang Muslim : Abu a’la al –Maududi
3.9 Apa Erti saya Menganut Agama Islam : Fathi Yakan
3.10 Cara Hidup Islam : Abu a’la al –Maududi
3.11 Islam dan Jahiliyah : Abu a’la al –Maududi
3.12 Islam Yang Mesti Difahami : Ali at-Thontowi
3.13 Islam : Fikrah, Harakah & Daulah : Tg Hj. Abd. Hadi Awang
3.14 Islam Kesejahteraan Untuk Seluruh Manusia : Syed Qutb
3.15 Bagaimana kita Menyeru kepada Islam : Fathi Yakan

4.0 Konsep Ibadah dalam Islam
4.1 Bimbingan Mukminin : Imam al – Ghazali
4.2 Ikhlas dalam Ibadah dan Perjuangan : Dr. Yusof Qardawi

5.0 Akhlak dalam Islam
5.1 Asas – asas akhlak bagi Harakah Islamiah : Abu a’la al –Maududi
5.2 Akhlak Dan Kaunseling Islam : Mohd Nasir Omar
5.3 Jundullah Thaqafatan Wa Akhlakan : Said Hawa
5.4 Keperibadian Muslim : Mohd Ali Hashimi
5.5 Adab Pergaulan Menurut Al – Quran & Sunnah : Dr. Rokiah Ahmad

6.0 Ukhuwah Persaudaraan Islam
6.1 Virus – virus Ukhuwah : Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir
6.2 Ukhuwah Islamiah: Abdullah Nasih Ulwan.

7.0 Tasawur Tarbiyah
7.1 Tarbiyah Islam & Madrasah al – Banna : Dr. Yusof Qardawi
7.2 Risalah Ta’lim : Imam Hassan al – Banna
7.3 Manhaj Daurah Tadribiyah

8.0 Dakwah Islamiah
8.1 Islam dan Dakwah : Dr. Abd. Karim Zaidan
8.2 Jalan Dakwah : Mustafa Masyhur
8.3 Islam Dakwah yang syumul : Dr. Yusuf Qardawi
8.4 Buku Panduan Badan Dakwah Di Sekolah Menengah : Ust. Fahrul Irfan Ishak
8.5 Bekalan Di Sepanjang Jalan Dakwah : Mustafa Masyhur
8.6 Dakwah Fardiah : Mustafa Masyhur
8.7 Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah : Fathi Yakan
8.8 Fiqh Dakwah Dalam al – Quran : Muhammad hanif Hassan
8.9 Bahtera Penyelamat : Fathi Yakan
8.10 Golongan yang tercicir di Jalan Dakwah : Fathi Yakan
8.11 Beberapa Peringatan untuk Para Daie : Fathi Yakan
8.12 Fiqah Berinteraksi dengan Non Muslim : Mohammad Nizam Abd. Kadir
8.13 Bagaimana Menyentuh Hati : Abbas as - Siisi

9.0 Amar makruf Nahi Mungkar
9.1 Iman dan Harakah ( Ghulam Dakwah ) : Hisyam Soqr

10.0 Amal Jamaie dan amal Ijtimaie
10.1 Amal Jamai Gerakan Bersama : Mustafa Masyhur
10.2 Amal Jamaie : Pengertian & Tuntutan : Yahya Othman

11.0 Pengenalan Jamaah Islamiah
11.1 Tasawur Asasi Gerakan Islam : Fathi Yakan
11.2 Beberapa Pelajaran dalam Amal Islami : Said Hawa
11.3 Keutamaan Harakah Islamiah dalam Menghadapi Cabaran Mendatang : Dr. Yusof Qardawi

Tuesday, December 1, 2009

JALAN TARBAWI




Medan Dakwah Itu Sangat Luas, Maka Pilihlah Mana Yang Sesuai Bagi Diri Kamu



Ketika mana dakwah itu masih di peringkat pengasasan dan pembinaan, para du’at perlu memilih mana-mana cara yang sesuai untuk dipraktikkan di tempat yang sesuai.

1. Mulakanlah dengan yang dekat sebelum yang jauh

2. Mulakan dengan yang kecil / muda sebelum yang besar / tua

3. Dahulukan yang tawadhu’ berbanding yang takabbur

4. Dahulukan yang berpendidikan sebelum yang buta huruf

5. Utamakan yang masih bebas (tidak menganggotai mana-mana kumpulan) dari yang telah ada keanggotaan

6. Utamakan kawan-kawannya di tempat kerja sebelum yang lain



1. Mulakanlah dengan yang dekat sebelum yang jauh

Maka dakwah kepada yang dekat ini tidak memerlukan kita berjalan jauh kerana mereka sedia ada di depan kita. Hakikatnya, kaum kerabat kita dan jiran-jiran kita juga ingin merasai sentuhan dakwah seperti yang kita dapat.

Mereka ini lebih kita kenali, malah tidak memerlukan kita untuk mengumpul maklumat tentang diri mereka kerana telah dikenali sejak sekian lama. Malah tidak memerlukan kepada mukadimah yang banyak.

Para daie perlu menegur jiran-jiran dan kerabatnya dengan dengan baik, jika tidak mereka akan lari. Dia tinggal bersama-sama mereka dan mereka melihat kebaikan dan keburukannya, merasai suka dan duka bersama-sama mereka. Maka dia (para daie) itu bertanggungjawab ke atas mereka.

Nabi saw telah mengkritik orang-orang yang tidak mengajar dan menegur jiran-jiran mereka, malah telah mengancam dengan hukuman kerana lalai dengan taklifan dakwah ini (2). Hatta Rasulullah saw sendiri ketika memulakan dakwah, Allah swt telah menyuruhnya berdakwah kepada kaum kerabatnya. Firman Allah swt :

öÉRr&ur y7s?uϱtã úüÎ/tø%F{$# ÇËÊÍÈ

214. dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu Yang dekat (3).



Imam Ar-Razi berkata :

Maka selepas itu, Baginda saw disuruh berdakwah kepada kaum kerabatnya. Ini kerana, apabila di dicaci dan menghadapi ujian, maka kerabatnya juga akan menerimanya. (Lalu mereka boleh menolongnya).

Diriwayatkan di dalam Sohih Bukhori, dari Ibnu Abbas r.a katanya :

Ketika mana turunnya ayat ini ( Surah Asy-Syura : 214 ), Nabi Muhammad telah menaiki bukit safa lalu dia menyeru : “ Wahai Bani Fahr, Wahai Bani ‘Adi ”.

Maka semua kaum Quraisy pun berkumpul, malah sesiapa yang tidak mampu untuk keluar dari rumah, dia akan mengutuskan seseorang untuk mendengar perkhabaran dari baginda. Sabda baginda : “Adakah kamu semua akan percaya jika aku mengatakan bahawa ada sekumpulan kuda (tentera) ingin menyerang kamu semua, adakah kamu akan percaya? ”.

Jawab mereka : “ Ya, kami tidak pernah melihat engkau berbohong ”. Lalu sabda Nabi saw : “ Sesungguhnya aku ini adalah pemberi peringatan kepada kamu semua tentang azab yang pedih ” (4).

Ibnu Hajar berkata :



Dan sebab mengapa disuruh supaya berdakwah kepada kaum keluarga dulu adalah, supaya apabila dia berdakwah kepada orang lain, mereka tidak akan memberikan sebab (mengapa tidak berdakwah kepada keluarga sendiri dulu) yang boleh menghalang dakwah (5).



2. Mulakan dengan yang kecil / muda sebelum yang besar / tua

Ini kerana budak kecil masih belum terikat pemikirannya dengan mana-mana fahaman atau mana-mana pihak. Berurusannya dengannya adalah lebih mudah berbanding dengan orang tua yang telah memilih jalan hidupnya sendiri, terikat dengan banyak pihak dan penuh dengan tanggungjawab.

Manakala bagi budak kecil yang telah meyahut dakwah, dia terus boleh diproses dan dibentuk. Para du’at tidak perlu menghabiskan masa yang panjang untuk membuang adat-adat dan kebiasaan jahiliyyahnya, malah lebih cepat untuk menerima dan mengamalkan akhlak-akhlak islam.

Kanak-kanak ataupun budak kecil ini, memang sudah menjadi tabiat mereka adalah menjadi pengikut kepada dakwah para rasul. Di dalam kisah Nabi Musa a.s. , Allah swt berfirman:

!$yJsù z`tB#uä #ÓyqßJÏ9 wÎ) ×p­Íhè `ÏiB ¾ÏmÏBöqs% 4n?tã 7$öqyz `ÏiB cöqtãöÏù óOÎg'Z~tBur br& óOßgoYÏGøÿt 4 ¨bÎ)ur cöqtãöÏù 5A$yès9 Îû ÇÚöF{$# ¼çm¯RÎ)ur z`ÏJs9 tûüÏùÎô£ßJø9$# ÇÑÌÈ

83. maka tidaklah ada Yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun Dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana Sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi, dan sebenarnya ia dari orang-orang Yang melampaui batas.(6)



Tidaklah dimaksudkan dengan kata-kata ini, kita boleh meninggalkan orang-orang tua. Tetapi apa yang dimaksudkan adalah penerimaan dan penyambutan dakwah oleh budak kecil lebih cepat. Kanak-kanak pada hari ini adalah pemuda masa depan, merekalah harapan ummah.



3. Dahulukan yang tawadhu’ berbanding yang takabbur

Sifat tawadhu’ yang ada seseorang mad’u itu adalah satu kemungkinan untuk dia menyambut dakwah dan kebenaran. Manakala orang yang takabbur pula menunjukkan kepayahannya untuk menerima kebenaran dan suka mencemuh manusia. Justeru, kita dapati pengikut-pengikut para rasul adalah dari kalangan orang-orang kaya yang bersyukur dan tawadhu’ ataupun orang-orang fakir yang lemah dan sabar.

Dakwah kepada golongan sebegini lebih banyak membuahkan hasil pada kebiasaannya. Ini juga bukanlah bermaksud melarang berdakwah kepada yang lain. Sesungguhnya keuntungan yang diperolehi berdekatan dengan kita adalah lebih mudah, sebelum kita mengaut keuntungan dari tempat yang jauh. Begitu juga dengan dakwah, cari pendokongnya dari yang dekat. Maka apabila telah ramai pendokongnya, mudahlah penyebaran dakwah itu sendiri.



4. Dahulukan yang berpendidikan sebelum yang buta huruf

Ini adalah kerana peranan yang boleh dimainkan oleh orang yang berilmu dan berpendidikan itu lebih luas. Dia lebih berkemampuan dari yang lain untuk mengeluarkan pendapat-pendapat dan membuat pemilihan. Iaitu memilih fikrah-fikrah yang dapat memberikan kesedaran, dan kebiasaannya dia akan lebih beriltizam dengannya. Selain itu, orang yang bijak dan berpendidikan ini lebih mengetahui perbezaan dan khilaf-khilaf dikalangan para ulama’ serta mengetahui sebab berlakunya perbezaan ini berbanding yang lain.



5. Utamakan yang masih bebas (tidak menganggotai mana-mana kumpulan) dari yang telah ada keanggotaan (Al-Muntama)

Orang yang masih ‘bebas’ ini, tidak terikat dengan mana-mana pihak, dia duduk di pertengahan. Manakala orang telah menganggotai mana-mana kumpulan (Al-Muntama), maka dia telah terkeluar dari di pertengahan dan menjadi pendokong pihak yang dianggotainya.

Untuk menarik mad’u yang bebas ini adalah lebih mudah berbanding Al-Muntama ini. Namun begitu, jika Al-Muntama ini menukar pendiriannya kepada sesuatu fikrah yang lebih baik, dia akan mampu melebihi orang lain kerana mempunyai pengalaman yang luas dan persediaan lebih baik. Hakikatnya, ia jarang-jarang berlaku.



6. Utamakan kawan-kawan di tempat kerja sebelum yang lain

Ini kerana, kawan-kawan di tempat kerja tersebut selalu kita jumpa, bidang percakapan juga lebih luas serta banyak persamaan. Sebagai contohnya, doctor lebih sepadan doctor berbanding jurutera, peguam lebih sesuai dengan peguam berbanding guru atau pensyarah dan sebagainya.

Oleh itu, para daie yang bersih hatinya dan mempunyai rasa berlumba-lumba melakukan kebajikan akan cuba sedaya menjadikan rakan sekerjanya merasai sentuhan tarbiyah ini.



Berdakwah mengikut marhalah-marhalah dakwah tersebut

Kadang-kadang dakwah itu berada di peringkat pengumpulan dan penyebaran, kadang-kadang di peringkat melaksanakan misi atau projek-projek tertentu (seperti : pendidikan, ekonomi, kemanusiaan @ kemasyarakatan dan politik). Maka pada setiap peringkat mempunyai keperluan atau kehendak yang berbeza, yang kita perlu penuhi. Ini dapat kita fahami dari sabda Baginda saw :

(( اللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ بِأَحَبِّ هَذَيْنِ الرَّجُلَيْنِ إِلَيْكَ ، بِأَبِيْ جَهْلٍ أَوْ بِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ ))

Maksudnya : “ Ya Allah, muliakanlah Islam ini dengan dua orang lelaki yang aku cintai : Abi Jahal atau Umar Al-Khattab.” (7)

Kalau kita perhatikan, marhalah dakwah ketika itu adalah di Mekah. Dakwah islam kebanyakannya tersebar dikalangan orang-orang yang lemah dan fakir. Dakwah pada itu perlu disebarkan secara terang-terangan. Oleh itu, tokoh seperti Saidina Umar sangat sesuai untuk menjadikan dakwah islam bertukar ke peringkat yang seterusnya, iaitu disebarkan secara terbuka. Selepas Saidina Umar masuk islam, dakwah islam telah memasuki fasa perubahan yang baru, iaitu dari sirr (rahsia) kepada jahar (terang-terangan).

Di dalam kisah yang lain pula, ketika Mus’ab bin Umair diutuskan ke Yathrib (Madinah), dia telah berjaya mengislamkan dua tokoh besar di Madinah ketika itu iaitu ; Usaid bin Hudhair dan Sa’ad bin Mu’az. Selepas mereka masuk islam, mereka telah berjaya mempengaruhi kaum-kaum mereka untuk memeluk islam.

Kesimpulannya daripada dua kisah di atas, kita perlu memusatkan segala usaha dakwah kepada pusat tumpuan atau markaz sesuatu masyarakat supaya kerja-kerja dakwah dan proses merubah sesuatu masyarakat tesebut lebih cepat. Juga, kita perlu berdakwah berdasarkan peringkat atau tahap dakwah tersebut.

Wallahu’alam…

PENUTUP

Semoga sedikit usaha ana ini diterima oleh Allah swt sebagai amal soleh amin. Terjemahan yang dibuat bukanlah secara bulat-bulat, tetapi ana menggunakan uslub bahasa yang lebih sesuai supaya mudah difahami.

Wallahu’alam.

(2) Majma’ Zawaid

(3) Surah Asy-Syura : 214

(4) Fathul Bari oleh Ibnu Hajar Al-Asqolani

(5) Fathul Bari

(6) Surah Yunus : 83

(7) Hadis Riwayat At-Tarmizi

Artikel ini adalah terjemahan tulisan dari buku Qowaid Ad-Dakwah ila Allah oleh Dr. Hammam Abdul Rahim Sa’id. Diterjemahkan oleh Ustaz Mohd Naqib Hamdan.

Mari Mengaji

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails