{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)} (al-Hujurat : 15)

Thursday, August 19, 2010

Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini


Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini

olehABUL A'LA AL-MAUDUDI


PENGENALAN ABUL A'LA AL-MAUDUDI



Beliau dilahirkan di Aurangbad ( Hyderabad ) pada 25 September 1903M. Pada mulanya iabertugas sebagai wartawan muda yang sangat aktif. Ketika baru berusia 17 tahun, beliau telahpun menjadi ketua akhbar harian "Taj" dan kemudian menjadi ketua 'Al-Jami'ah', salah satuakhbar harian Islam yang paling berpengaruh dan dikenali pada awal kurun ke 20 di India. Padaketika usianya meningkat 26 tahun (1929M) beliau telah menunjukkan kebolehan dankemampuannya dalam Ilmu Islam iaitu dengan menyumbangkan sebuah karya ilmiah yangterkenal 'Al-Jihad fil Islam' yang merupakan satu-satunya buku yang penting sebagai kajian danrujukan dalam bidang ini.

Dan pada 1932M beliau telah berjaya menerbitkan sebuah majalah buletin yang bernama"Tarjuman Al-Quran". Majalah ini telah memainkan peranan yang hebat sekali dalammembangkitkan semangat perjuangan Islam dalam usaha menentang penjajah dan pemerintahpemerintahTaghut - di Benua Kecil India - Pakistan khususnya dan di dunia Islam umumnya.Dalam tahun 1941M, dengan usahanya yang gigih, beliau telah mendirikan satu gerakan Islamyang bernama 'Al-Jamaat Islami' yang hingga kini terkenal sebagai satu-satunya gerakan yangsangat berpengaruh dan kuat berpegang kepada akidah Islam.

Pada tahun 1948M (ketikaPakistan diisytiharkan merdeka dari penjajah Inggeris), beliau telah ditangkap, iaitu setelahdikeluarkan buku beliau yang bertajuk 'Undang-undang dan Perlembagaan Islam' yangmemberikan kritikan panas terhadap pemerintahan yang tidak mahu mengembalikan undangundangIslam sebagai dasar pemerintahan negara.

Antara isinya kandungannya tertulis :'Umat Islam di Pakistan pada keseluruhannya dijiwai oleh semangat dan roh Islam. Mereka bercita-citasupaya negara ini benar-benar dijalankan dengan undang-undang Islam, tetapi sebaliknya pemerintahyang menerima kekuasaan politik dari penjajah Inggeris telah mabuk dengan fikiran-fikiran dankebudayaan sekularisma barat.......'Setelah 20 tahun lamanya didalam tahanan, maka akhirnya beliau telah dibebaskan.Menjelang tahun 1953M, beliau telah ditangkap lagi kerana kegiatan dakwah yang dipandangbahaya oleh pemerintah. Kali ini beliau dijatuhkan hukuman mati, tetapi beliau diberi peluangsupaya membuat rayuan dan meminta kasihan belas dari pemerintah.Beliau dengan tegasnya berkata :"..saya lebih baik menyerah jiwa raga saya kepada Allah daripada mengemis kepada seseorangpemerintah yang zalim. Jika memang Tuhan menghendaki, maka dengan ikhlas saya menyerahkan jiwaraga saya ini. Tetapi jika bukan dengan kehendakNya, apa pun yang diperbuat, mereka tak akan dapatmelakukan sesuatu pun atas diriku..!".Dan memang benar, sesudah 26 bulan berada dalam tahanan, menjelang tahun 1955M beliautelah dibebaskan atas keputusan Makamah Tinggi. Beliau kembali bergiat dan terus bergiatdalam mempertahankan kesucian Agama Allah dari pencabulan manusia dan pemerintahantaghut.Dalam meneruskan perjuangan suci, beliau telah menyumbangkan banyak buah karya kepadadunia Islam. Karya-karya atau buku-buku beliau tak kurang dari 60 buah, yang menjelaskantentang Islam dari berbagai aspek.Buku yang berada pada tangan saudara ini ialah hasil dari ceramah beliau yang disampaikan diMakkah pada musim Haji tahun 1381H (Mei 1962) yang kemudiannya dibukukan dalam bahasaArab dengan tajuknya " واجب الشباب المسلم اليوم " - Tanggungjawab Pemuda Islam Hari ini.Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini



REBUTLAH PELUANG DENGAN MENYEBARKAN ISLAM !



Saudara-saudara yang mulia!!!Di saat yang bertuah ini, sukacita saya membayangkan kesyukuran dan perasaanpuashati saya dengan peluang ini, di mana diberi kesempatan untuk sayamenyampaikan ucapan yang serba kekurangan di hadapan kumpulan yang baik yangterdiri dari pemuda-pemuda yang beriman serta ikhlas yang datang dari pelusuk alamuntuk mengunjungi negara yang aman makmur ini. Mereka datang keranamenyebutkan Nama Allah di hari-hari yang tertentu (musim haji) dan keranamenyampaikan perkara yang memberi manfaat pada mereka. Atau dengan kata lainkerana menghadiri perhimpunan agong sebagai persidangan tahunan Islam.


Tujuan ucapan saya ini ialah untuk memperkatakan kepada pemuda mukmin secaramenyeluruh tentang perjalanan dakwah Islamiah sebagaimana yang di kehendaki olehkeadaan dunia Islam sekarang.Saya akan mengambil kesempatan yang berharga ini untuk menyatakan sesuatu yangtersembunyi di lubuk saya dan terpendam di sanubari saya. Agar saudara-saudarasemua dapat mengetahui dengan nyata dan terang satu persatu tentang perkara-perkarayang memberi manfaat kepada Islam dan umatnya.

Mereka yang hadir ini hendaklahmemberitahu kepada yang tidak hadir, kerana kemungkinan di masa akan datang sukarbagi saya untuk mendapat peluang yang baik seperti pada hari ini dan ditempat yangmulia ini.Saya berdoa agar Allah berikan taufik kepada saya dan kepada saudara-saudara untukmendapat keredhaanNya dan ia menjadikan segala amalan kita ikhlas kepadaNya.



KEADAAN DUNIA ISLAM DAN KEPENTINGANNYA



Saudara-saudara yang mulia !!


Perkara yang pertama yang harus anda semua ketahui ialah Dunia Islam terbahagikepada dua jenis:Jenis pertama :Negara di mana orang-orang Islam merupakan kumpulan minoriti dan tampukpemerintahannya berada di tangan orang lain (bukan Islam).Jenis kedua :Negara yang majoriti (sebahagian besar) penduduknya terdiri dari orang-orang Islamdan mereka sendiri menerajui pemerintahan.Tidak perlu dibincangkan lagi bahawa kelompok yang kedua ini lebih penting darikelompok yang pertama mengikut ukuran biasa.

Kerana nasib umat Islam di dunia inibenar-benar bergantung di atas maju atau mundurnya kelompok kedua ini, berdasarkansistem yang dipilih untuk diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.Ini bukan bererti saya menafikan kepentingan kelompok yang pertama, malahan sayamemberi perhatian khusus untuknya, kerana dengan wujudnya orang-orang yangberiman dengan satu akidah, satu fikrah dan satu sistem hidup yang berada di segenapTanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini .

Penjuru alam ini, yang bilangan mereka ratusan ribu, malah lebih banyak, itulahsebenarnya sebesar-besar wasilah dan sekuat-kuat pendorong untuk membakarsemangat orang-orang yang beriman dengan akidah, fikrah dan sistem tadi supayahidup secara praktikal dan meninggikan panjinya.Tetapi apabila akidah, pemikiran dan dakwah tadi telah kalah dalam kandang sendiriatau kedudukan terhina maka sudah terang orang-orang mukmin yang bertaburandisana sini di segenap pelusuk alam tidak akan di tanggung oleh bumi dan diteduhioleh langit hingga sesuatu masa yang tidak dapat ditentukan, dan ianya bukan pendekpula.


MASA DEPAN NEGARA ISLAM IALAH MASA DEPAN UMATNYA


Oleh kerana itu tidaklah salah kalau saya katakan:Bahawa masa depan yang akan dihadapi oleh umat Islam di dunia ini adalah terletak diatas bahu negara-negara Islam itu sendiri. Kawasan negerinya luas, dari Indonesia danMalaysia di sebelah timur hinggalah ke Morokko dan Nigeria di sebelah barat. Iniadalah berdasarkan fikiran yang logik dan sebab-sebab yang boleh dilihat.Ada pun jika di sana jika berlaku perkara yang menyalahi adat, yang luar dari batasankekuasaan kita maka itu bukanlah perkara yang mustahil, kerana Allah berkuasamemancarkan air dari batu yang keras, berkuasa menukar padang pasir yang keringtandus menjadi kebun-kebun yang indah, segar bugar, suka mata memandang.

MahaSuci Allah Tuhan memiliki segala sesuatu dan Dia Maha berkuasa atas segalanya2.Mengikut apa yang kita bayangkan tadi bila membicarakan tentang masa depan umatIslam, kita katakan: bahawa masa depan mereka bergantung dengan masa depan negaraummat Islam sendiri, samada baik atau buruknya. Sekarang kita ingin kemukakan:- apakah keadaan yang sedang berlaku di negara-negara ummat Islam hari ini ?- apakah sebab dan faktornya ?- dan apakah cara dan metod yang mesti diikuti oleh orang-orang yang berkerjakeras untuk membela nasib umat Islam ?


PENJAJAHAN TANAH AIR BERUBAH KEARAH PENJAJAHAN FIKIRAN


Di antara perkara yang diketahui oleh kita semua wahai saudara-saudaraku bahawapada akhir-akhir ini negara Ummat Islam telah jatuh ke dalam genggaman penjajahsetelah ianya ditimpa oleh kemerosotan fikiran, kebekuan akal, keruntuhan moral dankekacauan politik.Pada abad ke 18, penjajah telah memacakkan tongkat penjajahan mereka di negaranegaraIslam dan dapat mencapai maksudnya pada awal abad ini. Penjajah telah dapatmenguasai kebanyakan negara-negara Islam kecuali sedikit.

Negara yang tidak dijajahsecara langsung ini pula sentiasa menerima kekalahan demi kekalahan menyebabkanianya tidak berbeza dari segi kehinaan dibanding dengan suasana yang menimpanegara-negara Islam yang dijajah penuh.. Mereka merasa serba kekurangan dan lebihgerun kepada penjajah dari negara-negara yang kemerdekaannya dirampasTanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini sepenuhnya.

Seburuk-buruk kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat iniialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahanfikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini


ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM


Saudara-saudara yang budiman,Andainya penjajah barat merampas harta benda kita, memeras kekayaan negara kita,membunuh, menghapuskan anak cucu kita habisan-habisan dan memusnahkan rumahtangga kita, maka kezaliman seperti itu tidaklah seburuk atau sejelik-jelik natijah jikadibandingkan dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap kita dalam bentukmenaburkan racun-racun tamaddun kebendaan, kebudayaan dan pengetahuan sainsyang mengingkari kewujudan Tuhan dan moral akhlak yang runtuh. Apa yang dapatkita lihat dibuat oleh musuh-musuh Islam itu ialah contohnya:


PERTAMA : Merombak sistem pelajaran dan pendidikan adalah antara menjadi tujuanpenjajahan . Setiap kali berjaya menguasai sesebuah negara Islam, mereka biasanyaterus menghapuskan sistem pelajaran dan pendidikan kita jika mereka mampu. Ataumereka akan jadikan orang-orang yang berkelulusan menurut sistem pelajaran kitatidak ubah seperti barang yang tidak berharga dan seperti suatu benda yang hanyalayak ditempatkan di dalam tong sampah.


KEDUA : Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakancara yang halus. Mereka tidak akan membiarkan bahasa umat Islam yang telah ditawanitu mempunyai nilai yang tinggi. Mereka singkirkan bahasa-bahasa itu agar tidakdigunakan dalam bidang pelajaran dan pendidikan. Mereka juga tidak akanmengekalkan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi dalam sektor pentadbiran negara.Mereka kuatkuasakan bahasa mereka menjadi bahasa rasmi di dalam urusanpendidikan dan pentadbiran negara sebagai pengganti bahasa yang telah dimusnahkanitu.

Taktik-taktik yang kotor itu telah pun diamalkan dalam negara-negara Islam olehsemua penjajah barat seperti Belanda, Inggeris, Perancis dan Itali. Begitu juga Russiadan China. Seolah-olah mereka semua telah mengadakan persetujuan bersama dalammengunakan taktik ini.


KETIGA : Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam. Penjajah barat telahmencipta dalam negara-negara Islam melalui cara yang amat halus suatu generasi baruyang jahil tentang Islam yang suci. Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat,sejarah Islam yang agong dan tamaddun mereka yang hebat. Ini hanyalah satu sudut,manakala sudut lain pula generasi ini telah dicelup aliran pemikiran nya sehingga caracaraberfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamatamaterialisma barat.

Dari generasi yang berhaluan barat ini tumbuh pula generasi baruyang lain, yang sudah dapat dipastikan generasi yang belakang ini akan lebih lemahlagi pegangannya terhadap ajaran Islam dibandingkan dengan generasi sebelumnya.Mereka lebih kuat dalam mempertahankan tamaddun barat, lebih cinta kepadakebudayan barat dan lebih yakin terhadap falsafah barat yang berkaitan dengankehidupan manusia.Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini


MENIRU GAYA HIDUP BUKAN ISLAM


Sesungguhnya kemerosotan pemikiran generasi ini telah sampai kemuncaknya :


PERTAMA :
Meniru bahasa dan gaya hidup penjajah. Mereka menganggap bahawabahasa sendiri adalah satu keaibpan sementara bercakap dalam bahasa penjajah satukebanggaan bagi mereka. Ada di antara mereka yang merasa gelisah disebabkanmereka adalah orang-orang Islam sedangkan para penjajah adalah orang yang fanatikdengan ajaran kristian.

Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana merekamenyeleweng dari landasan Islam; disebabkan kebutaan mereka terhadap hukumhukumnya.Mereka merombak tamaddun Islam yang luhur ini dengan segala makianatau tuduhan. Mereka menganggap dengan berbuat begitu, itu adalah cara untukmenambahkan kemuliaan, meningggikan kedudukan dan status mereka dalammasyarakat. Padahal penjajah-penjajah barat tetap merpertahankan peradaban dantradisi mereka yang lapuk dan berpegang teguh dengan akidah mereka yang lemah.


KEDUA : Meniru pakaian dan fesyen penjajah. Sedangkan penjajah tidak pernah sukamemakai pakaian orang-orang Islam. Mereka tidak pernah mengikut tingkah lakukehidupan orang Islam walaupun hanya sekejap, sekalipun mereka hidup dalam negaraummat Islam seumur hidup mereka.



KETIGA :
Meniru cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah. Golongan yangberhaluan barat tanpa merasa malu berusaha untuk meniru cara hidup orang-orangbarat dalam semua aspek - kecil dan besar. Bermula dari cara makan dan minummereka sehinggalah kepada adat istiadat seperti cara berdiri dan duduk.

Akhirnyamereka masuk ke dalam setiap lubang yang dimasuki oleh orang-orang barat, sekalipunketika mereka berada di negeri-negeri mereka sendiri (negeri-negeri Islam). Bukansetakat itu sahaja, bahkan mereka merpertahankan cara hidup barat dan mengikutsemua peninggalan mereka. Mereka telah terhidu fahaman kebendaan (materialisma),idealisma (fikiran yang tidak mengaku kewujudan tuhan) seperti nasionalisma jahiliah,pergaulan bebas, berbogel (mendedahkan aurat) dan mabuk.

KEIMANAN ORANG YANG TERPENGARUH DENGAN BARAT.

Sesungguhnya fikiran mereka telah diresapi fahaman bahawa "..segala sesuatu yangdatang dari barat adalah benar dan betul, wajib dipercayai dan diikut. Mempraktikkan cara baratadalah di antara tanda-tanda orang yang maju. Menentang cara barat disifatkan sebagaigolongan kolot, mundur, bodoh dan tolol, menentang kemajuan dan lain-lain tuduhan, padahalsebenarnya mereka itu adalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidakmengetahui.


TEKNIK MENGANKAT TARAF ORANG YANG JAHIL TENTANG ISLAM



Wahai saudara-saudara yang dicintai sekelian,Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini

Di antara taktik penjajah yang licik dalam usaha mereka memerangi ummat Islam ialahdengan cara; setiap orang Islam yang mula mendapat menerima celupan barat danmenjauhi ciri-ciri Islam akan segera diberikan kedudukan yang tinggi dalammasyarakat. Mereka akan di beri kedudukan di pejabat rasmi pentadbiran samadasebagai pegawai awam atau tentera. Mereka mendapat keistimewaan dalam lapanganpolitik dan sosial. Kemudian mereka inilah yang menjadi pelopor gerakan politik danmereka jugalah dipilih sebagai wakil ke parlimen.

Pendek kata mereka inilah yangmendapat keistimewaan dalam masyarakat.Apabila gerakan kemerdekaan mula bangkit, dan kemerdekaanpun tercapai, makabiasanya tampok pimpinan pasti kembali ke tangan mereka ini. Oleh kerana merekaadalah orang-orang yang menguasai bahasa dan tabiat penjajah, maka mereka itumerupakan manusia yang paling dekat dengan penjajah.Oleh yang demikian, takkala bayang penjajah mulai hilang dari negeri-negeri ummatIslam, bila belenggu-belenggu penjajahan dapat disingkirkan, negara-negara Islammencapai kemerdekaan, maka tampok pemerintahan dan kuasa memutuskan undangundang(kekuasaan mesyuarat tertinggi ) berpindah kepada golongan ini. Ketika itujadilah mereka sebagai pengganti penjajah di bumi ummat Islam.

Bermula dari kekuasaan penjajah bertapak di negeri-negeri Islam sehingga merekamengangkat kaki meninggalkan bumi itu, sejarah penjajahan ini mengandungiberberapa perkara yang perlu diketengahkan, terutama ketika kita sedang mengkajitentang suasana dan masalah yang sedang berlaku di negara-negara Islam. Kita tidakboleh memahami dan menyelesaikan permasalahan ini secara meyeluruh sekiranya kitatidak mengkaji terlebih dahulu tentang kesan-kesan yang ditinggalkan oleh penjajah.

KESAN-KESAN PENJAJAH



Diantara kesan-kesan yang ditinggalkan oleh penjajah ialah;



1. MEROSAKKAN AKHLAK UMMAT


Para penjajah tidak berjaya memesongkan majoriti orang Islam dari Islam sepanjangpenaklukan mereka keatas negara-negara itu. Walaupun mereka mereka mencurahkantenaga mereka habisaan untuk tujuan ini, ianya tetap tidak berjaya.Oleh kerana itu penjajah telah mengekalkan mereka (anak2 negeri yang dijajah) supayamereka tetap hidup dalam kejahilan dan dengan merosakkan akhlak mereka.

Penjajahmemguat kuasakan undang-undang mereka yang diekspot ke negara-negara UmmatIslam sebagai ganti perundangan dan Syariat Islam. Seterusnya mereka membiasakananak tempatan hidup di atas dasar dan cara hidup yang bukan Islam.Walaupun begitu penjajah masih tidak mampu menarik ummat Islam untuk menentangIslam dan tradisi Islam. Buktinya ialah umat Islam masih tetap cinta kepada Islamhingga sekarang ini, sama dengan umat Islam di zaman silam.

Saudara-saudara akandapati mereka itu beriman dengan Islam dari lubuk hati mereka. Niat mereka jujur,Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini azam mereka benar, mereka tidak akan redha menganut sistem hidup yang bukanIslam, walaupun mereka tidak memahami Islam secara mendalam dan tidak terdidikdalam perundangan dan pengetahuan Islam. Tidak diragukan lagi bahawa akhlakmereka telah runtuh, adat resam mereka telah musnah dan perasaan-perasaan merekatelah rosak, tetapi pengukuran atau neraca nilai-nilai akhlak tetap tidak berubah.

Ya, kemungkinan mereka akan bermuamalat dengan riba, melakukan zina, meminum arak bahkan memang itu telah berlaku, tetapi saudara-saudara tidak dapati di kalanganmereka ada yang menyatakan halal sesuatu yang diharam oleh Allah kecuali sedikitdari mereka. Ada yang memang benar-benar berhaluan barat yang menghalalkanperkara yang diharam oleh Allah dan mengharamkan perkara yang dihalalkan olehAllah.Orang-orang Islam secara umumnya tidak mengangap tarian, nyanyian, permainan siasiadan pelbagai maksiat yang memenuhi malam itu adalah kebudayaan dan dasar carahidup mereka, sekalipun mereka sendiri terlibat dan berat kaki tangan ketika diajakberibadat untuk menyuci jiwa mereka.Walaupun mereka masih mewarisi cara hidup di bawah undang-undang barat, namunfikiran mereka belum diresapi oleh fahaman yang menyatakan bahawa undang-undangbarat ini adalah lebih betul dan lebih sesuai. Mereka masih tidak dapat menerima katakataundang-undang Islam telah ditelan zaman atau tidak sesuai lagi dengan peredaranzaman sekarang. Hanya segolongan kecil sahaja yang benar-benar terperdaya dengantamaddun barat tertarik dengan lahiriah tamaddun ini yakin dengan perundangan dansistem rekaan barat itu. Kebanyakan orang Islam umumnya masih beriman teguhdengan perundangan Islam. Mereka menuntut supaya undang-undang Islam dikuatkuasakan didalam negeri mereka.


2. MENJAUHKAN ULAMAK DARI MEMIMPIN MASYARAKAT DAN TERAJUPOLITIK

Para ulama dalam negara-negara Islam dulunya mempunyai hubungan yang sangatrapat dengan orang Islam secara berterusan, di waktu senang dan susah . Mereka tidakpernah bercakap atau membayangkan kecuali apa yang diyakini bahawa perkara itudaripada agama.Malangnya alim ulama itu akhirnya menjauhkan diri dari teraju pemerintahan negaradan tidak mencebur diri dalam masalah politik dan sosial, hingga lama kelamaanmereka tidak lagi mampu dan layak untuk membimbing umat dalam bidang politik.

Dengan sebab inilah mereka tidak mampu memimpin gerakan perjuangan danpembebasan yang telah bangkit diakhir-akhir ini di negara Islam yang jatuh dibawahpenjajah.Begitu juga mereka tidak dibenarkan menyertai secara langsung didalam pentadbirannegara di zaman selepas kemerdekaan. Tugas mereka dari sudut sosial hari ini tidaklebih dari tugas brek pada enjin kereta.

Mereka hanya dapat mempertahankan sedikitsebanyak kelajuan perjalanan hidup sosial. Dalam hal itu pun brek ini telah pecahTanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini berkecai di setengah negara Islam. Ada pun pemandu kereta, iaitu golongan pemerintahyang terpengaruh dengan barat terus terjun dengan keretanya itu ke jurang yang dalamdengan dahsyatnya. Mereka menyangka sedang mendaki kemuncak yang tinggi dansedang menuju kehebatan.


3. MEMBENTUK SERTA MENYOKONG GERAKAN PERJUANGANKEMERDEKAAN YANG PALSU


Gerakan-gerakan kemerdekaan yang lahir di negara-negara Islam yang dipimpin olehgolongan barat tahu bahawa mereka tidak dapat menggerakkan orang-orang Islam danberhujjah untuk membangkit semangat orang ramai untuk menyokong gerakan merekatanpa digerakkan di atas nama Agama. Ianya perlu mempergunakan slogan'mengembalikan keagungan Islam' dll. Mereka menyeru orang ramai dengan namaAllah dan Rasulnya.Untuk lebih meyakinkan, mereka mempertentangkan antara Islam dengan kufur. Inimembuat hati orang ramai bertambah cenderung kepada seruan dan laungan merekadan dapat menggerakkan supaya rakyat mencurahkan tenaga dan jiwa untuk tujuan ini.Mereka bertindak demikian bukan agar orang-orang Islam mengikut jejak langkahmereka dan bergabung dibawah panji dan parti mereka.


BENARKAH DA'YAH "NANTI SETELAH MERDEKA BARU MAHU BERAMALDENGAN ISLAM" ??



Sesungguhnya sepedih-pedih dan sesedih-sedih kejadian ialah ketika matlamat merekaini telah tercapai. Apabila negeri telah merdeka, mereka mengkhianati janji mereka.Mereka pura-pura lupa apa yang mereka laung-laungkan di masa perjuangankemerdekaan. Dan jadilah Islam sebagai mangsa pertama pengkhianatan sesudahnegara merdeka. Mereka memperalatkan Islam untuk membangunkan istanakemewahan dunia dan mendiami di dalamnya. Kerana kelebihan Islamlah perjuanganmereka berkobar dan hingga akhirnya mereka berjaya.Saudara-saudara sekelian.......Tidakkah ini termasuk sebesar-besar jenayah yang dapat disaksikan dalam sejarahIslam. Bukankah ianya sebesar-besar pendustaan yang timbul dalam dunia politik?Diatas pengkhianatan seumpama inilah hati-hati akan hancur luluh kerana terlalu duka- sekiranya dalam hati itu masih ada saki-baki roh Islam dan iman.


PENJAJAHAN BANGSA SENDIRI SELEPAS PENJAJAHAN BANGSA ASINGYang terakhir.......

Apa yang dicapai oleh negeri-negeri Islam di bawah pimpinan golongan ini dan hasildari jasa perjuangan Islam adalah kemerdekaan di bidang politik sahaja. Yang berbezaantara penjajahan bangsa asing yang telah hilang dengan kemerdekaan sekarang ialahpenguasaan bangsa asing yang lalu kini dapat dinikmati oleh anak-anak tempatan.Dari segi kecenderungan aliran pemikiran, falsafah moral, sosial dan ekonomi, keduaduagolongan ini ( penjajahan asing dan anak tempatan) tidak banyak berbeza. BegituTanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini juga sikap kedua golongan itu terhadap Islam adalah hampir-hampir sama sahaja,sehingga dasar-dasar sistem pelajaran dan pendidikan yang dibuat oleh penjajah asingmasih diamalkan oleh penjajah baru.

Undang-undang yang dibawa oleh penjajah asingdigunakan, malah lebih dari itu perundangan baru dari segi dasar, pemikiran dansistemnya masih berjalan di atas landasan yang diatur di zaman penjajah asing.Lebih dari itu lagi undang-undang keluarga (Personal Laws) yang tidak diusik olehpenjajah asing, kini kita lihat ada usaha untuk dihapuskan atau diubah supayadikatakan lebih maju, sesuai dengan peredaran zaman, era zaman kemerdekaan dll..

Pada hakikatnya ini adalah zaman penjajahan baru.Kemajuan barat dan asas moral yang bersifat kebendaan yang ditinggalkan olehpenjajah-penjajah barat, bukan sahaja dipegang teguh oleh mereka yang kagum denganbarat, bahkan mereka telah berusaha pula supaya orang ramai akan bertambah kuatpegangannya daripada mereka di zaman penjajah.

Sayangnya orang ramai Islam yang lemah ini tidak mampu melihat bentuk sistem hidup Islam yang syumul. Mereka telahhanya nampak sistem cara hidup yang dibina di atas dasar perkauman, pemikiran otakmanusia dan sistem rekaan manusia.

Akhir sekali penjajah telah dapat merosakkan perpaduan umat Islam sedunia atas namaperkauman-nasionalis. Mereka mengoyak perpaduan ini dan memecah belahkankesatuan ummat Islam atas nama perkauman. Menjadikan mereka itu bunuhmembunuh antara satu sama lain, semua itu dilakukan atas nama perkauman.

Mereka kemudiannya memasukkan fahaman sekular (fahaman yang memisahkanagama dari urusan pentadbiran negeri) kedalam jiwa mereka. Mereka seringmenggunakan kesempatan yang ada untuk merosakkan generasi baru ummat Islam.Mereka berusaga mengeruhkan kemurniaan akhlak mereka, merosakkan agamanya danmenyelewengkan dari landasan Islam.

Mereka menggalakkan supaya mempersendasendakanakidah Islam seperti kepercayaan kepada hari akhirat, syurga, neraka, pahaladan siksa.Mereka bergiat cergas dalam menabur fahaman mengharuskan maksiat danmeninggalkan perintah Allah. Kesemua itu di bawah dakwaan kemajuan,pembaharuan, kebebasan individu, pembangunan dan bersama orang ramai.

PEMERINTAH NEGARA ISLAM LEBIH SUKAKAN PENJAJAH


Suatu perkara yang tidak diragui bahawa orang-orang yang berhaluan barat, sekalipunmereka melawan penjajah barat selaku musuh mereka dan mengadakan pelbagai usahamenentangnya, namun mereka sebenarnya lebih suka kepada penjajah daripadaperkara-perkara lain.

Buktinya; apa sahaja yang datang dari barat terus menarikperhatian mereka dan tiap-tiap yang lahir dari sana menyilau mata mereka. Apa-apayang datang dari barat dianggapnya sebagai kebenaran, contoh bagi kemajuanhinggakan mereka meniru dalam semua perkara, sama ada besar atau kecil, betul atausalah. Yang berbezanya ialah orang barat mereka, mencipta dan meneroka dalamsemua ilmu dan pekerjaan sedangkan mereka hanya meniru sahaja, tanpa mengkajidan berfikir. Barat rosak secara tersedar tetapi mereka rosak secara buta tuli. Merekakecewa di dunia dan akhirat. Itulah kekecewaan yang nyata.Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini


KEMUNDURAN UMAT DAN NEGARA ISLAM BERPUNCA DARIPEMERINTAHANNYA MENERAPKAN AJARAN YANG BUKAN ISLAM


Setelah beberapa analisa yang saya bentangkan kepada saudara-saudara ini, bolehlahsekarang saudara-saudara mengkaji apa yang sedang berlaku di negara-negara Islambagi mengenali tempat penyakit dan dapat merumuskan ubat baginya.Tidakkah saudara-saudara melihat kerajaan Islam di dunia ini semuanya telahdihinggapi dan diresapi oleh kelemahan, seolah-olah menjadi batang kayu yangkosong? Apakah sebabnya terjadi demikian?Sebab asasinya ialah kerana kerajaan-kerajaan ummat Islam menentang akidah,menentang kemahuan dan perasaan orang Islam. Umat Islam ingin kembali kepadaIslam, kepada syariatnya yang utuh sedangkan kerajaan Islam menekan mereka supayaberpegang teguh dengan ekor-ekor barat dan bergabung di dalam bloknya.

Di antara kesan pertentangan yang terus menerus ini menyebabkan hati umat Islamtidak sehaluan dengan kerajaan mereka. Telah jelas secara lahiriah dan apa yang dapatdilihat bahawa mana-mana negara tidak menjadi kuat, tidak mempunyai kekuasaan,ketinggian dan kemajuan apabila kerajaannya berada di satu pihak dan rakyatnyaberada di pihak yang lain.

Mereka pula tidak bersama-sama dalam usaha mencapaikemajuan kerana kerajaan tersebut tidak mempunyai sifat yang dipercayai. Rakyat jelatapula tidaklah bangkit dengan hati yang bersemangat dan dan keazaman yangbersungguh-sungguh. Dan apabila telah terjadi begitu, sedang pertarungan telahberlaku di antara kerajaan dengan rakyat atau di antara tangan dengan hati, kiranyabetul berlaku begini, maka mustahil kerajaan dapat mengharung langkah ke depan danakan memajukan negara walaupun sedikit, kerana segala usaha dan tenaga yangdicurahkan disebabkan pertarungan dari dalam ini akan lenyap ditiup angin danmenjadi debu yang bertaburan.Dari suasana yang menyedihkan ini, sebagaimana yang saya jelaskan kepada saudarasaudaratadi, maka negara-negara ummat Islam masih ditimpa oleh bencanakediktatoran.


PEMERINTAH UMAT ISLAM MENIPU DAN MENINDAS ATAS NAMADEMOKRASI


Golongan yang berhaluan barat yang diperniagakan oleh penjajah sebagai penggantimereka di dalam negeri ummat Islam mengetahui dengan yakin bahawa sistempemerintahan yang dijalankan dengan cara pilihanraya yang bersih, tampukpemerintahan tidak akan kekal ditangan mereka. Lambat laun ianya akan berpindah,sama ada cepat atau lambat kepada umat yang menuntut supaya mendirikan sistempemerintahan di atas dasar akidah, ajaran, aliran fikiran dan nilai-nilai Islam yangmereka warisi.

Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini Memandang kepada keadaan demikian maka golongan sekular ini tidak akanmembenarkan nilai-nilai keadilan dizahirkan dan mereka tidak membiarkan supayanilai-nilai berjalan dengan baik. Malah penjajah akan segera menempatkanpemerintahan secara diktator sebagai ganti sistem demokrasi. Dalam hal itu pun merekamenamakan diktator tersebut dengan nama demokrasi demi untuk menipu manusiadan menonjol diri mereka sebagai pendokong sistem demokrasi, sedangkan merekapada hakikatnya tak lain tak bukan ialah penipu.


MEMBANYAKKAN NEGARA-NEGARA ISLAM YANG DIPERINTAH OLEHTENTERA YANG TIDAK MENGERTI ISLAM


Pada mulanya, kediktatoran ini dijalankan oleh pemimpin politik yang berhaluan baratsahaja kemudian segalanya akan berkembang seperti biasa dan akan berjalan mengikutsaluran yang semestinya. Hakikat ini telah disedari oleh kumpulan tentera didalamnegara Islam. Mereka berpendapat bahawa sistem diktator tidak akan terbangun kalautidak dipikul oleh golongan tentera.

Taktik ini tidak akan sempurna tanpa senjata.Kesedaran ini timbul dari kalangan pemimpin tentera yang keluar dari kem danmenuju ke gelanggang politik. Mereka mulai mengadakan pakatan sulit dalam usahamengubah sistem pemerintahan dan mula menguatkuasakan sistem dictator askar keatas rakyat jelata sebagai ganti diktator politik. Sesudah itu mereka pun menyingkirpemimpin politik daripada pemerintahan dan mengurung mereka dalam penjara ataumelakukan tahanan rumah.

Beginilah kita lihat tentera-tentera dalam negara ummat Islam hari ini. Mereka telahmenjadi bencana kepada rakyat Islam. Tugas mempertahankan tanahair dan berjuangmenentang musuh sudah tidak diendahkan lagi. Mereka disibukkan dengan kerja-kerjaingin menguasai politik negeri sendiri dengan cara kekerasan. Untuk tujuan ini merekamenggunakan kekuatan senjata ysng diserahkan oleh rakyat yang lemah itu untukmempertahankan dan menjaga keamanannya.

Dan sekarang sampailah saat di mananegara-negara Islam telah ditimpa masalah yang besar dan masalah yang rumit yangtidak dapat di selesaikan melalui parlimen atau dewan perwakilan rakyat dan tidakpula dapat diselesaikan dengan pilihanraya umum atau dengan cara memorandum. Iahanya boleh diselesaikan dalam kem-kem tentera, dengan kereta kebal , pistol danmesingun.Kalau keadaan ini menghairankan saudara-saudara maka saudara-saudara akan lebihhairan dengan tentera yang selalu berselisih faham sesama mereka dalam menentukanpemimpin mereka.

Tiap-tiap seorang jeneral mengambil kesempatan menjalankankediktatorannya dan mempertahankan kerusi pemerintahannya sesudahmenghancurkan yang lain. Di antara perkara yang membuat suka dan duka iaituapabila salah seorang dari jeneral itu menguasai negeri, ianya dianggap sebagai harapanrakyat, penyelamatnya, pelopor yang unggul dan hero, hingga apabila ia berdepandengan akibat perbuatannya sendiri ia akan berbalik menjadi sebesar-besar pengkhianatTanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini dan seketat-ketat musuh terhadap rakyat. Manakala rakyat pula tak ubah seperti anakpatung di tangan kanak-kanak kecil, tidak dapat mencampuri urusan negara, walaupunurusan yang paling kecil sekalipun.

DUA HAKIKAT PENTING DI GELANGGANG POLITIK YANG MESTIDIKETAHUI OLEH PEJUANG ISLAM


Saudara-saudara yang mulia !Dalam kegelapan yang menghitam ini, di sana masih terdapat harapan yang cerah,berkilapan cahayanya, dalam dua hakikat ini :


PERTAMA: Sesungguhnya Allah telah menurunkan bala ke atas penduduk yangatheis, yang berterusan dalam kefasikan. Allah telah menurunkan bala kepada penyeruyang menghalalkan segala-galanya. Allah telah memecahkan mereka menjadi berpuakpuak,sebahagian dari mereka menggunakan kekuatan dalam usaha menghancurkansebahagian yang lain. Inilah di antara kelebihan-kelebihan Allah yang dikurniakankepada hamba-hambanya.

Firman Allah :وَلَوْلا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتِ الأرْضُMaksudnya : "..dan andainya Allah tidak mempertahankan setengah mereka dengan setengahyang lain nescaya rosaklah bumi..." (Al-Baqarah : 251)Kerana kalau mereka memanah umat Islam dengan busur yang satu nescaya jadilahbagi umat Islam satu penyakit teruk yang tidak boleh diubati lagi, tetapi mereka jadikansyaitan sebagai penolong mereka.Firman Allah :إِنَّ آَيْدَ الشَّيْطَانِ آَانَ ضَعِيفًاMaksudnya : "..dan sesungguhnya tipu helah syaitan itu adalah lemah.." ( Al-Nisa' :76 )



KEDUA: Jiwa penganut Islam tidak kurang semangat mereka terhadap Islam dankemuliaan. Apa sahaja usaha dan perbuatan meruntuh dan menghancur yangdilakukan oleh pemimpin dan penyeru sekular tidak melemahkan mereka.Di sana ada beberapa bukti yang menunjukkan bahawa apabila ada satu jemaah yangcergas, cukup lengkap dengan syarat keahliannya untuk menjalankan peranankepimpinan dan pentadbiran, jemaah yang tegak di atas keimanan yang kuat denganberpegang teguh kepada Islam, yang bangun di atas akidah yang kuat dengan dasarIslam dan keazaman yang benar untuk mengorbankan segala2 pada jalan ini, sama adaperkara yang dikorbankan itu mahal atau murah maka tidak syak lagi bahawa padaakhir nanti dokongan umat akan kembali kepada mereka.

Allah akan memberiTanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini kemenangan kepada mereka di dalam pertempuran yang menentukan di antara yanghaq dengan yang batil. Merekalah yang akan bertanggungjawab membersihkan umatIslam dari segala bentuk najis fahaman atheis tidak bertuhan, amalan fasik dan jahat.Kemuliaan, kebahagiaan dan kemakmuran akan kembali seperti di abad sebelumnya.

Firman Allah:وَلا تَيْئَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِإِنَّهُ لا یَيْئَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلا الْقَوْمُ الكَافِرُونَMaksudnya : Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah ( kerana ) tidak berputus asadari rahmat Allah kecuali golongan yang kufur. ( Surah Yusuf: Ayat 87 )


DI ANTARA KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM


Untuk mengakhiri ucapan saya ini, penting juga bagi saya membuat kesimpulan kepadapemuda-pemuda yang beriman terutama para bijak pandai yang mempelajari ilmumoden tentang beberapa perkara yang harus mereka titik beratkan untuk bangunbekerja dengan sungguh-sungguh dalam situasi yang berlaku sekarang :



1. Pertama kali saya harus memperkenalkan hakikat Islam dengan secaraterperinci, agar anda semua benar-benar menjadi muslim, baik dari segi ilmupengetahuan mahupun dari segi fikiran. Juga agar anda benar-benar menjadimuslim dari segi hati dan perasaan, supaya anda mendapat sebesar-besarhabuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalamkelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zamansekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam..



2. Anda semua mesti segera memperbetulkan budipekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga anda dapat memperlihatkan perkara secara praktikal bagi Islam seperti mana datuknenek kita telah memperlihatkannya pada masa lampau. Hendaklah andasemua mengetahui bahawa percanggahan antara perkataan dengan amalanitu akan menuumbuhkan bibit-bibit nifaq dalam jiwa. Ia akan menghilangkan kepercayaan. Sesungguhnya kejayaan akan bergantungkepada kejujuran dan niat anda, benar di dalam keazaman dan keselarasandi antara amalan anda dengan perkataan anda. Sesungguhnya seseorangyang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratanbesar terhadap dakwahnya.

Firman Allah :یَاأَیُّهَا الَّذِینَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ *آَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَTanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata barangyang kamu tidak buat. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkatabarang yang kamu tidak buat. ( Surah Al-Sof : 2-3 )


3. Janganlah anda merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang andamampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepadaanda untuk berdakwah. Samada dengan tulisan atau dengan ucapan.Hendaklah anda mengkaji asas-asas tamaddun barat dan mengkritik sertamembezakan di antara asas yang silap dengan yang betul. Anda perlu dapatmembebaskan fikiran dan jiwa orang Islam dari meniru orang-orang barat.

Anda hendaklah mampu menghancurkan berhala-berhala dan teori-teoribarat kerana teori ini telah banyak menipu segolongan orang-orang Islamsejak zaman berzaman.Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut yang lain pula hendaklah andabertugas menyusun dan membentangkan undang-undang Islam yangbersangkutan dengan kehidupan manusia dengan cara-cara yang palingmunasabah dan mudah dalam mempraktikan supaya dapat menarik danmeyakinkan generasi baru bahawa undang-undang Islam itu adalah betuldan baik.Anda hendaklah mampu meyakinkan mereka bahawa jika merekamengamalkan sistem Islam mereka bukan sahaja akan maju ke depan, malahmereka akan mendahului bangsa lain dalam semua cabang kehidupan.

Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja anda dan makin betuldengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilanganpendakwah, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruhdengannya di dalam tiap perjuangan hidup. Dan tugas anda ini hendaklahditeruskan untuk jangka masa yang panjang hingga tiba suatu hari, di manaakan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugasdakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah.

Kumpulan inisangat kita perlukan untuk mengikat bangunan negara di atas tiang-tiangseri yang berlandaskan Islam.Termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawaperubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidakdidahuluinya oleh persiapan yang cukup. Jika di takdirkan perkara ituberhasil juga dengan tiada persiapan yang cukup lengkap maka perkara itutidak akan tahan lama dan terasnya tidak akan bertapak kukuh di bumi.



4. Hendaklah anda gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwahIslamiyah kepada usrah dan kumpulan anda. Hendaklah anda menyusunorang-orang yang ada di kalangan mereka dalam satu jemaah yang kuat,yang mempunyai disiplin yang kukuh dan mempunyai perlembagaan yangutuh hingga kelemahan dan kelonglaian tidak boleh menyelit dicelah-celahbarisan anda.

Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini Sesungguhnya semata-mata membentuk jemaah di kalangan manusia yangtelah bersetuju dengan dasar tertentu tanpa ada penyusunan yang licin,kukuh dan segala gerak kerjanya di tolak oleh perasaan taat dan patuh, makaitu adalah pekerjaan yang cacat tidak akan membuahkan natijah. Ini telahdibuktikan oleh pengalaman dan pengajaran yang telah lepas. Orang yangberpengalaman sahaja dapat menjelaskan kepada anda.



5. Begitu juga anda mesti bekerja keras menyebar dakwah di kalangan orangorangawam hingga anda boleh menyingkap kabus kejahilan mereka. Andajadikanlah mereka itu terang benderang mengenai agama mereka, sehinggamereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik.Demikian juga anda mesti bekerja keras memperbaiki budi pekerti mereka,meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam supayamereka dapat berdiri tegak dan teguh dalam menghadapi serangan ideologi,seruan kepada maksiat dan kefasikan yang sedang bermaharaja lela dinegeri-negari Islam, dengan dibantu dan dokongan dari kerajaan yang telahrosak.

Ini adalah penting kerana :-Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hiduptidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam,-Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruhdi kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar danundang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orangorangfasik. Sejauh mana mereka boleh hidup dengan dasar dan sistem kafir makasejauh itulah mereka tidak boleh hidup dengan dasar dan sistem Islam.



6. Jangan anda cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yangtidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.Anda mesti bersabar dahulu di dalam masalah ini, kerana matlamat yangmahu kita capai itu ialah matlamat yang besar, yang bertujuan membaikinilai-nilai kemanusiaan, memberikan fahaman kepada manusia danmengembalikan mereka ke kandang Islam sesudah mereka berada di dalamkemurtadan sejak beberapa lama. Kerja-kerja yang baik seperti inimemerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang.Anda pasti menghayung langkah kedepan dan tiap langkah mestiberwaspada, bijaksana dan berhati-hati.

Dan jangan anda terlalu cepatmenghayung langkah baru sebelum anda mengulangi hasil langkahan andadahulu serta menganalisa natijahnya : Adakah langkahan itu berjalan di atasjalan yang telah digariskan, adakah ia memberi natijah yang diharapkan. Antarahakikat yang mesti diterima ialah gopoh gapah itu adalah suatu perkarayang tidak selamat akibatnya.Contohnya - kita menyertai di dalam suatu kementerian yang tidak betul dantidak beriman dengan dengan dasar-dasar kita - Harapan kita menyertai didalam kementerian itu akan memberi suatu langkah yang boleh mendekatiTanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini kepada tujuan-tujuan kita.

Tetapi itu adalah perkara yang salah keranapengalaman lalu membuktikan bahawa usaha yang seumpama ini tidak akanmembuahkan natijah yang baik, kerana orang yang memegang terajupemerintahan, merekalah yang menetapkan polisi pemerintahan dalam danluar negerinya dan menyelenggarakan polisi pemerintahan itu berdasarkankepentingan dan nafsu mereka. Penyertaan kita bersama mereka denganmembawa tujuan yang baik, bersih dan mulia terpaksa berganding bahudengan mereka dan terpaksa menyesuaikan dengan perjalanan mereka. Inimemberi erti bahawa pada akhirnya kita akan jadi trompet dan alat mainandi tangan mereka, yang boleh mereka lakukan terhadap kita mengikutsesuka hati mereka.


NASIHAT PENTING



Saudara-saudara yang mulia !Di akhir ceramah ini, ingin saya sampaikan nasihat kepada saudara-saudara, iaitujanganlah saudara-saudara menjalankan kerja secara gerakan persatuan sulit (tanpaada penyebaran umum dakwah) dan janganlah saudara-saudara menggunakan carakekerasan senjata untuk mengubah suasana yang berlaku.

Uslub ini termasuk dalamertikata gopoh gapah yang tidak akan meninggalkan kesan yang baik.Janganlah anda cuba-cuba untuk mencari jalan pendek, kerana uslub ini adalahlebih buruk akibatnya dan mendatangkan kemudaratan yang lebih besar daripadajalan yang lain. Sesungguhnya perubahan yang betul dan sihat yang telah dicapai dizaman dahulu, dan akan tercapai juga di zaman mendatang, ialah dengan kerjadakwah yang terus terang seterang matahari diwaktu tengah hari.Oleh itu, anda mesti menyebar dakwah anda dengan cara terus terang.

Anda mestibangun bekerja memperbaiki jiwa dan akal fikiran manusia dengan kegiatan yangseluas mungkin.Anda mesti menggunakan tenaga manusia untuk sampai kepada tujuan anda yangmulia itu dengan bersenjatakan akhlak yang menarik, nilai yang luhur, budi pekertiyang baik, nasihat yang bagus dan kebijaksanaan yang tinggi. Dan anda mestimenghadapi rintangan yang berbentuk ujian dan kesusahan sebagai pengadapanseorang pahlawan. Inilah jalan yang membolehkan kita melakukan perubahansecara radikal, yang kukuh asasnya, kuat umbinya dan besar pula faedahnya kepadaumat yang lemah di hari ini.

Riak gelombang semacam ini tidak dapat disekat olehmana-mana kekuatan musuh.Saya berani bertegas bahawa umat Islam yang kemudian ini tidak menjadi baikmelainkan dengan mengamalkan ajaran yang telah diamalkan oleh umat Islam yangterdahulu. Adapun jika anda bergopoh gapah melakukan perubahan denganmenggunakan cara kekerasan, kemudian anda berjaya sedikit sebanyak dalamperubahan itu, maka kejayaan itu tak ubah seperti angin yang masuk melalui pintudan keluar melalui jendela.Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini Nasihat ini saya sampaikan kepada setiap orang yang bekerja menyebar dakwahIslamiyyah, kerana ia adalah peringatan bagi orang yang mempunyai hati ataumenggunakan pendengarannya sedang ia menyaksi.Saya memohon kepada Allah supaya ia memperbetulkan kesalahan kita,mengilhamkan hidayah, taufik dan menolong kita dalam usaha meninggikankalimahnya pada jalan yang Ia redai. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baikpenolong.



Wasalamu 'alaikum warah matulllahiwabarakat

Tuesday, August 17, 2010

5 rahsia nikmati ibadat puasa



DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya ‘al-Ibadah Fil Islam’ mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.



Menguatkan jiwa.


Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu.

Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi.

Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia kepada kesesatan.

Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)

Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.

Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)


Mendidik keinginan ke arah kebaikan.

Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.

Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng” (daripada serangan keburukan).

Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri, meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.

Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.


Menyihatkan badan.


Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.


Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur.

Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.

Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.

Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).


Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain.


Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.

Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.

Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Hal ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.

Allah berfirman bermaksud: “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103).


semoga kita semua mendapat shafaat dalam bulan Ramdhan ini..

Doa Ramadhan



"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua

"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga

“Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”

Hari Keempat
“Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk
melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan
berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran
dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan
perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”

Hari Kelima
“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang
sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu
yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’
(orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha
pengasih daripada segala pengasih.”

Hari Keenam
“Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan
maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan
balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh
mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan
Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.”

Hari Ketujuh

“Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”

Hari Kelapan

“Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.”

Hari Kesembilan

“Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.”

Hari Kesepuluh

“Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.”

Hari Kesebelas
“Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.”

Hari Kedua Belas

“Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.”

Hari Ketiga Belas
“Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin.”

Hari Keempat Belas

“Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.”

Hari Pertama
Hari Kelima Belas
“Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.”

Hari Keenam Belas
“Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.”

Hari Ketujuh Belas
“Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.”

Hari Kelapan Belas
“Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.”

Hari Kesembilan Belas
“Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.”

Hari Kedua Puluh
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”

Hari Kedua Puluh Satu

“Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”

Hari Kedua Puluh Dua

“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”

Hari Kedua Puluh Tiga
“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”

Hari Kedua Puluh Empat
“Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”

Hari Kedua Puluh Lima

“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’ Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”

Hari Kedua Puluh Enam

“Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.”

Hari Kedua Puluh Tujuh
“Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.”

Hari Kedua Puluh Lapan
“Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.”

Hari Kedua Puluh Sembilan
“Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.”

Hari Ketiga Puluh
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Al Mubarak,Tarbiyah dan Jihad


Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden dan Pengerusi Lembaga Tatatertib PAS
"Kedatangan Ramadhan adalah proses untuk menundukkan hawa nafsu yang sentiasa bergelodak dalam jiwa untuk mengabadikan jihad dan perjuangan."

“Andainya hawa nafsu boleh ditundukkan dengan jalan lain (bukan berpuasa) nescaya Allah akan mewajibkannya."

“Namun bilamana Allah mewajibkan puasa kepada umat dahulu dan sekarang, bermakna hawa nafsu hanya dapat dikawal melalui ibadat puasa.”

“Lihatlah di zaman kita serangan ke atas Iraq, Afghanistan, Bosnia dan lainnya banyak dimulakan dalam bulan Ramadhan."

“Bahkan kalau kita buka lipatan sejarah lampau, sejak zaman Rasulullah hingga zaman tabieen, serangan musuh banyak tertumpu dalam bulan Ramadhan."

"Janganlah dijadikan Ramadhan alasan untuk mengabaikan jihad; kerana tarbiah Ramadhan adalah tarbiyah langsung dari Allah, sehingga Allah menyatakan dalam hadis Qudsi yang bermaksud: Puasa kamu untuk Ku, maka Akulah yang akan memberi balasannya."

"Rasulullah s.a.w. sering kali berdoa yang bermaksudnya: Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami) sehingga bertemu dengan Ramadhan."

“Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan kerana sabda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah."

“Saya mengambil kesempatan menyeru kepada semua pendokong parti agar menjadikan Ramadhan ini sebagai bulan menambahkan amalan seharian, hidupkan tadarus al-Quran di kalangan ahli usrah. Hidupkan majlis berbuka, tarawih dan tazkirah di mana-mana ruang yang ada dan ambillah kesempatan menderma terutamanya memberi makan kepada orang yang berpuasa."

"Pendekkanlah masa di bazar-bazar Ramadhan, dan jangan membeli juadah untuk berbuka dari tangan-tangan yang fasiq, tangan yang tidak mengerjakan sembahyang, dan tangan yang tidak takutkan Allah."

“Peliharalah setiap suap makanan kerana ia menjadi darah daging, dan darinya menjadi air mani yang melahirkan zuriat kamu."

"Kutiplah mutiara keberkatan Ramadhan pada siangnya dan hidupkanlah ibadahmu pada malamnya, kerana persoalan utama bukan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat, tetapi apakah kita memperolehi keberkatan dan rahmat itu.”

Monday, August 9, 2010

Bidadari berhias sambut Ramadan





DARIPADA Anas, katanya, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: “Tiada daripada seorang hamba apabila melihat sehari Ramadan, lantas dia memuji Allah (kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaannya). Kemudian dibacanya al-Fatihah tujuh kali, melainkan di'afiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan itu.”

DARIPADA Anas, katanya, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: “Tiada daripada seorang hamba apabila melihat sehari Ramadan, lantas dia memuji Allah (kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaannya). Kemudian dibacanya al-Fatihah tujuh kali, melainkan di'afiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan itu.”

Berkata pula Saidina Ali bahawa Rasulullah bersabda: ”Apabila engkau melihat sehari Ramadan, maka bacalah olehmu ’Allahu Akbar’ tiga kali kemudian bacalah: “Segala kepujian bagi Allah yang menjadikan aku dan engkau dan menentukan bagi engkau pangkat (darjat) dan menjadikan engkau tanda (kekuasaan-Nya) bagi sekalian alam” atau bacakan: “Ya Allah! zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau, Allah”

Bersabda Nabi bahawa: “Bahawa syurga berlenggang-lenggang dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya Ramadan.

“Pada awal malam Ramadan bertiup angin di bawah Arasy dan bergerak daun kayu dengan lemah longlainya ke dalam syurga, terdengar desiran daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang amat indah, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani, maka berhias bidadari sekaliannya hingga berdiri di atas puncak mercu syurga itu.

“Lantas bersuaralah bidadari: “Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah.” Kata bidadari lagi: “Apakah malam ini namanya?” Jawab Malik Ridwan: “Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadan.” Lalu Allah berfirman: “Hai Ridwan, bukalah pintu syurga Babuljannah untuk orang yang berpuasa daripada umat Muhammad.

“Hai Malik Zabaniah, tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad. Hai Jibril belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka, berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali: “Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkannya.”

Friday, August 6, 2010

Khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W





9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH



"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Thursday, August 5, 2010

Puasa membentuk TAQWA

IBADAT UNTUK TINGKAT KETAQWAAN
Oleh: DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI



Syeikh Sya’rawi berkata, Allah s.w.t memulakan ayat ini dengan melembutkan hukum yang keluar dengan taklif yang datang iaitu puasa seolah-olah berfirman, Hai yang beriman dengan-Ku dan kasih kepada-Ku sesungguhnya Aku fardukan keatas kamu puasa, justeru ketika datangnya hukum bagi siapa beriman dengan-Nya dan sikah sudah tentu taklif yang datang memberi faedah.
Firman Allah,

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertakwa.
(Iaitu berpuasa) pada sebilangan hari yang tertentu. Jika di antara kamu ada yang sakit atau di dalam persafiran (lalu ia berbuka) maka wajiblah ia berpuasa (qada sebanyak hari yang dibuka) pada hari-hari yang lain dan wajib di atas orang-orang yang terdaya berpuasa (tetapi meninggalkan puasa kerana keberatan) membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada orang-orang miskin dan barang siapa dengan sukarela memberi makan (melebihi kadar yang ditentukan), maka itulah yang lebih baik baginya. (Namun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (dari membayar fidyah) jika kamu mengetahui. (Al-Baqarah: 183-184)


Firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertakwa. Sayid Qutub berkata: Allah mengetahui bahawa pelaksanaan taklif itu merupakan suatu perkara yang mana jiwa manusia memerlukan kepada pertolongan, dorongan dan rangsangan biar bagaimana besar sekalipun hikmat dan faedah yang terkandung di dalam taklif itu hingga jiwa manusia yakin dan merelakannya.


Oleh sebab itulah al-Quran memulakan taklif itu dengan seruan yang mesra kepada para mukminin, iaitu seruan yang mengingatkan kepada hakikat mereka yang semulajadi, dan selepas seruan itu barulah ia menjelaskan bahawa ibadat puasa itu merupakan satu fardu yang tua yang diwajibkan ke atas para mukminin dalam semua agama.

Matlamat utama ibadat itu ialah menyediakan hati mereka untuk diisikan dengan takwa, perasaan yang jernih hening, kesedaran yang peka dan rasa takut kepada Allah.

Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu iaitu untuk mencapai takwa. Takwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardu puasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengutamakan keredaan-Nya. Takwa itulah yang mengawal hati daripada merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati.

Takwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka, dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai takwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada takwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkat takwa di hadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa.

Adapun hikmah puasa seperti dinukilkan daripada Fiqh al-Manhaji antaranya, puasa yang sempurna akan menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah.

Ini kerana orang yang berpuasa akan berasa lapar dan dahaga pada waktu siangnya. Nafsunya ingin makan dan minum namun perasaan yang menyedari dirinya berpuasa menghalang keinginan tersebut kerana melaksanakan perintah Allah.
Dalam menghadapi pertentangan ini, hatinya sedar akan pemerhatian Allah terhadapnya, lalu mengingati ketuhanan Allah dan keagungan kekuasaan-Nya di samping sentiasa menyedari bahawa dirinya hamba yang tunduk patuh kepada hukum Allah dan menurut segala kehendak-Nya.

Bulan Ramadan adalah bulan paling suci. Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan amal ketaatan dan yang menghampirkan diri kepada-Nya, di samping menyatakan erti kehambaan mereka setinggi-tinggi kepada yang maha suci dan maha tinggi.

Namun mereka jauh daripada dapat menyatakan demikian di hadapan hidangan makanan, dalam majlis-majlis minuman, selepas kekenyangan dan isi perutnya meruap ke kepala. Pensyariatan puasa Ramadan adalah cara termudah untuk menunaikan hak Allah dan tanggungjawab kehambaan kepada-Nya.

Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan keterlaluan. Kedua-dua nya bertentangan dengan sifat orang Islam.

Antara asas penting yang membangunkan masyarakat Islam ialah sifat kasih sayang. Namun orang kaya jauh daripada menghayati kasih sayang yang sebenar terhadap orang miskin tanpa merasai sendiri keperitan dan kesempitan hidup mereka.

Oleh itu, bulan puasa adalah waktu terbaik bagi golongan kaya menyelami perasaan orang miskin dan hidup bersama-sama keperitan dan kesulitan mereka.

Mengikut sebuah hadis bahawa syaitan berjalan dalam tubuh anak adam mengikut perjalanan darah. Justeru hendaklah kamu sempitkan perjalanannya dengan cara lapar. Dalam erti kata lain berpuasa boleh melawan kehendak syaitan seterusnya mengikut kehendak Allah.

Allah menyebut kefarduan puasa dan diakhiri dengan perkataan mudah-mudahan kamu bertakwa. Dengan ini jelas kepada kita objektif puasa boleh menatijahkan seseorang bertakwa yang sudah tentu mendapat banyak ganjaran daripada Allah baik di dunia atau akhirat.

Rasulullah s.a.w bersabda: Berpuasalah kamu nescaya kamu sihat. Ini kerana dalam Islam kesihatan terbahagi kepada dua sama ada rohani atau jasmani. Di mana uniknya puasa dapat menyembuhkan dua penyakit rohani dan jasmani dan menggantikan kesihatan untuk kedua-duanya. Ini terbukti dengan pengesahan pakar perubatan moden bahawa amalan berpuasa boleh menaik tarafkan kesihatan seseorang. Adapun sihat rohani sudah dinyatakan oleh Allah berkenaan dengan natijah puasa iaitu takwa.

Adapun hikmah puasa sunat disyariatkan pula adalah untuk meningkatkan pengabdian dan pendampingan diri kepada Allah. Apa-apa pun ibadat yang dilakukan oleh seseorang tetap akan menyebabkan dirinya lebih hampir lagi kepada Allah. Hal ini berdasarkan hadis yang bermaksud: Hamba-Ku sentiasa mendampingi diri-Ku dengan melakukan ibadat-ibadat sunat sehingga aku menjadi kasih kepadanya.

Firman Allah: (Iaitu berpuasa) pada sebilangan hari yang tertentu. Jika di antara kamu ada yang sakit atau di dalam persafiran (lalu ia berbuka) maka wajiblah ia berpuasa (qada sebanyak hari yang dibuka) pada hari-hari yang lain dan wajib di atas orang-orang yang terdaya berpuasa (tetapi meninggalkan puasa kerana keberatan) membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada orang-orang miskin dan barang siapa dengan sukarela memberi makan (melebihi kadar yang ditentukan), maka itulah yang lebih baik baginya. (Namun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (dari membayar fidyah) jika kamu mengetahui.

Al-Sonhadji berkata, para ulama berselisih pendapat dalam mentakwilkannya.
Kebanyakan mereka berpendapat ayat ini telah dimansuhkan, kerana kewajipan berpuasa dalam permulaan Islam merupakan kewajipan yang baru yang belum biasa mereka lakukan. Mereka diberi peluang memilih antara dua perkara-puasa atau berbuka dengan membayar fidyah, dan permansuhan (pembatalan) ayat ini diganti dengan ayat yang lain, pada ayat 185 yang bermaksud: Barang siapa di antara kamu yang berada pada bulan Ramadan, maka hendaklah ia berpuasa.

Yakni tidak dibenarkan memilih. Sekumpulan ulama yang lain pula berpendapat, bahawasanya ayat ini tetap teguh tidak dimansuhkan. Mengikut pendapat mereka ayat yang bermaksud: Bagi mereka yang berkuasa (berdaya) berpuasa pada masa mudanya tetapi tidak berdaya pada masa tuanya, bolehlah mereka membayar fidyah sebagai ganti dari puasa.

Kata Ibn Abbas; ayat ini tidak dimansuhkan, tetapi dimaksudkan kepada orang yang sudah tua lelaki atau perempuan yang tidak lagi berdaya untuk berpuasa. Maka bolehlah ia menggantikan puasanya itu dengan fidyah tetapi - tiap sehari memberi makan kepada orang miskin dengan kadar yang mencukupi untuk makan malam dan makan sahur.

Maksudnya: Jika orang itu suka membayar fidyah dengan memberi makan kepada dua orang miskin bagi sehari adalah lebih baik lagi. Maksudnya: Jika kamu berpuasa, tahulah kamu betapa besarnya pengaruh puasa itu kerana dapat mendidik jiwa menjadi baik dan takut kepada Allah.

Ketahuilah bahawasanya tidak ada kebenaran membuka puasa Ramadan bagi orang Islam yang mukalaf dengan tiada keuzuran.

Adapun keuzuran yang membolehkan berbuka puasa ada tiga macam:
Berlayar, sakit, datang haid dan nifas. Mereka itu apabila berbuka wajib mengqada puasanya dengan tidak dikenakan fidyah.

Perempuan yang mengandung dan perempuan yang menyusui, jika khuatir dengan sebab ia puasa akan membahayakan kandungannya atau yang disusukannya, dibolehkan berbuka, kemudian wajib mengqadanya dengan disertai membayar fidyah.
Orang yang sudah tua dan orang yang sakit yang tiada harapan sembuh, boleh berbuka (tidak perlu qada puasa ) dan hanya membayar fidyah sahaja.

Iktibar dan pengajaran ayat:

*Natijah puasa ialah takwa.
*Puasa merupakan syariat umat terdahulu.
*Puasa mempunyai hukum-hukum, adab dan segala syaratnya.

Mari Mengaji

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails