{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)} (al-Hujurat : 15)

Tuesday, June 22, 2010

Surat kepada Sungai Nil daripada Umar Al-Khattab



Semasa Amru Bin Al-As menjadi Gabenor ISLAM di negara Mesir yang dilantik oleh Sayidina Umar Al-Khattab r.a., beliau menghadapi satu cabaran iaitu musim kemarau yang menyebapkan keringnya Sungai Nil yang merupakan sumber utama bekalan air ke seluruh negara tersebut

Memang telah menjadi tradisi masyarakat Qibti, yang merupakan masyarakat pribumi negara Mesir untuk mengadakan upacara potong kepala atau korban dalam satu tempoh untuk " Penunggu" yang menjaga Sungai Nil.

Dengan cara meraka lakukan itu, dan beranggapan mendapat keberkatan rezeki. Mereka juga percaya bahawa "ibadah" yang merupa korbankan anak dara yang paling elok yang dipilih di kalangan mereka penting, supaya penunggu Sungai Nil tidak marah atau murka kepada meraka.

Apabila Amru Bin Al-As menjadi pemimpin di situ beliau telah berusaha menghentikan perbuatan mungkar tersebut di atas prinsip Islam mengharamkan upacara memuja syaitan dan jin. Secara kebetulan berlaku kemarau. Keadaan ini menyebapkan penduduk yang masih mempercayai perkara karut itu memohon untuk mengadakan semula upacara tersebut, bagi mengelak keadaan menjadi lebih teruk.

Penduduk Mesir menyalahkan Amru Al-As,cuba menghentikan perbuatan itu.

Amru Al-As memaklumkan kejadian itu kepada Khalifah Umar a;-Khattab r.a. di Madinah.

Baginda memuji tindakan dan usaha Amru Al-As menghentikan amalan khurafat itu. Begitu juga dengan tindakan segera melaporkan kepada Khalifah.

Lalu Sayidina Umar al-Khattab r.a menulis Surat "Buat Sungai Nil"

"Dari hamba Allah, Amirul Mukminin kepada Nil Mesir. Segala puji buat Allah, selawat dan salam ke atas Rasullullah s.a.w, jika engkau mengalir kerana kehendakmu semata-mata, maka janganlah engkau mengalir lagi, tetapi jika kamu mengalir kerana Allah maka alirkan semula!"


Lalu Sayidina menghantarkan surat kepada Amru Al-As dan meminta Amru supaya mencampakkan surat tersebut kedalam sungai Nil.

Dengan karamah Sayidina Umar r.a, pada hari yang sepatutnya penduduk Mesir kembali melakukan amalan syirik itu, Sungai Nil yang telah di campakkan surat dari Sayidina Umar Al-Khatab r.a telah meningkat paras airnya dengan lebih banyak air dan lebih luas sungainya.

itulah dia Wali Allah, yang Taat dan patuh sepenuh hati, iaitu Khalifah Agong Umar Al-Khattab r.a. Allah s.w.t telah mentakdirkan agar amalan tradisi syirik itu berakhir di tangan khalifah yang sangat di cintai oleh semua umat Islam.

Mari Mengaji

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails